5 RIBU PEMUDA TEGAR BERSIAP SEDIA

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) – Kira-kira 5,000 pemuda PAS tegar akan turun membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu menjelang 17 Januari akan datang.

azman-syafawi4

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani kepada Harakahdaily ketika menjelaskan mengenai perkembangan operasi pemuda PAS.

“Kita akan menggerakkan pemuda PAS dengan kekuatan seramai 5,000 orang petugas yang komited bagi membantu kerja-kerja PRK kali ini,” katanya.

Jelasnya, semua jentera di semua peringkat telah pun digerakkan dan kesemua kawasan diarahkan untuk turun membuka bilik gerakan masing-masing.

“Pemuda PAS negeri sendiri akan melancarkan Jentera PRK Pemuda pada 20 Disember ini dengan perancangan mengadakan lebih daripada 50 program bagi menjayakan operasi dan kempen kita.

“Kami juga bekerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang akan turun bersama-sama bagi membantu usaha mencapai kemenangan ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang, Azman yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat menjelaskan ia cerah memandangkan PAS telah berjaya memenangi tiga Dun di dalam parlimen tersebut.

Pemuda PAS juga katanya, telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Terengganu agar mereka menjalankan tugas dengan profesional dan tidak bersifat berat sebelah.

“Apa yang dibimbangi, sekiranya Dato’ Wan Farid dipilih sebagai calon, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa untuk kepentingan dirinya.

“Jadi, kita minta supaya polis bertindak dengan profesional dan adil,” katanya lagi.

Azman berkata, isu pengundi hantu mungkin akan timbul lagi memandangkan daftar pemilih yang digunakan merupakan daftar pemilih yang lama.

Mengulas mengenai kempen PRK ini juga ujarnya, telah dimulakan dengan pemberian wang royalti minyak kepada Terengganu sebagai gula-gula kepada pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

“Itupun kita belum pasti adakah rakyat Terengganu akan dapat menikmatinya atau pihak tertentu sahaja,” tegasnya.

PAS katanya, mengalu-alukan kedatangan kesemua jentera daripada negeri-negeri termasuk daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat bagi membantu merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN. – mns_

3 Respons

  1. Salam sejahtera Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu. Saya berasal dari Kuantan,Pahang,keturunan Cina ingin sangat menolong PAS memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO. Sila hubungi saya di emel saya jika saudara/saudari fikir ada perlu pertolongan saya di Kuala Terengganu nanti. Saya akan cuba sedaya upaya untuk hadir bersama anak anak muda Cina yang lain. Sebab saya difahamkan bahawa di kawasan Dun Bandar terdapat ramai pengundi pengundi dari kaum Cina. Saya dan kawan kawan lebih rela menolong dan percaya kepada calon PAS daripada calon UMNO/BN.

    Terima kasih.

  2. salam sejahtera & salam reformasi buat saudara kami dari bangsa tionghua. Sila hubungi kami sdi no telefon 09 617 8591 (minta bercakap dgn SU DPPKT)waktu pejabat utk mengatur gerakerja PRK 036 nanti. Jemput hadir CERAMAH PELANCARAN GERAKERJA PRK PARLIMEN K.TRG d MARKAZ TARBIYYAH PAS KUALA IBAI jam 9 MLM.

    KITA KUBURKAN UMNO DAN BN !!!

  3. MAAF, PELANCARAN PD 20 DISEMBER

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: