• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KENYATAAN MEDIA DSAI TERBARU

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Advertisement

MESYUARAT AGONG DPPKT KE 27

cover-buku-agm1Pada 24 April yang lalu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 27 di Dewan Besar Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu di Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Majlis Perasmian tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang  perwakilan dan pemerhati di kalangan pemuda Kuala Terengganu, dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Qur’an oleh Ustaz Sharifuddin Ibrahim, kemudian diikuti ucapan alu-aluan Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali. Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil Pas Kawasan iaitu Yang Berhormat Mulia Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyampaikan ucapan beliau. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan perasmi, beliau menyentuh tentang isu-isu semasa politik tanahair termasuklah isu Sidang Dun terbaru di mana dewan negeri kosong kerana kumpulan Idris Jusoh boikot Ahmad Said. Beliau juga menekankan bahawa tugas kita merupakan kesinambungan tugas para nabi alaihimusolatu wassalam, dengan membaca ayat dari surah Yunus yang menceritakan bahawa tugas nabi ialah memberi amaran kepada manusia. Begitu jugalah tugas pas hari ini ialah memberi amaran kepada masyarakat agar jangan sokong  Umno kerana kalau sokong juga, masyarakat akan dizalimi. Manakala orang-orang yang beriman dan yang sokong Islam akan diberi berita gembira dengan keteguhan hati dengan perjuangan Islam.

Mesyuarat Agong diteruskan selepas berhenti rehat pada waktu asar, dengan pengundian Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu sesi 2009-2011. Berikut merupakan calon-calon yang menang pertandingan:

  1. Ahmad Kamal Ali
  2. Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Mohd Yusof Embong
  4. Mohd Azrin Mohd Aris
  5. Mohd Ubaidillah Abdullah
  6. Mohd Nordin Ali
  7. Shamsuri Talib
  8. Mohd Al Ghazali Abu Bakar
  9. Wan Hamidi Wan Embong
  10. Nasir Abdul Razak
  11. Zakaria Embong

Manakala Pengerusi Tetap dimenangi oleh Ustaz Hamzah Ngah, Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi oleh Ustaz Ariffin Deraman.

Setelah diumumkan, Pengerusi Tetap telah mengendalikan mesyuarat bagi membentuk Jawatankuasa Dewan Harian. Keputusannya adalah seperti di bawah:

  1. Ketua                                  Ahmad Kamal Ali
  2. Timbalan Ketua             Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Naib Ketua                       Mohd Yusof Embong
  4. Setiausaha                       Mohd Nasir Abdul Razak

Jawatan-jawatan lain masih belum diputuskan.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1429

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ADIL ADHA 1429 HIJRAH BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.


KULLU AAMIN WA ANTUM BIKHAIR…

KENYATAAN DAT0′ SERI TUAN GURU PRESIDEN PAS

oleh: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu.<!–

–>

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.

Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.

Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.

Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.

Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.

Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar.

Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Sepanjang tempoh ini, PAS sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat ini tanpa henti. PAS menaruh harapan yang tinggi agar khazanah negeri ini digunakan secara telus, adil dan penuh integriti untuk kepentingan seluruh warga negeri Terengganu tanpa mengira anutan agama, bangsa dan fahaman politik kepartian.

PAS juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), orang perseorangan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wang royalti minyak ini kembali ke pangkuan rakyat. Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua.

Presiden PAS

KONSERT 10 MEI DI STADIUM BARU

Sempena perasmian Stadium baru di Gong Badak nanti, Kerajaan Negeri menjemput DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin untuk merasmikannya. Ini memang sewajarnya dilakukan sebagai tanda penghargaan, penghormatan dan terima kasih Ahmad Said di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu. Namun apa yang menyedihkan ialah, satu Konsert sempena perasmian tersebut diadakan bagi menarik rakyat Terengganu ke Stadium tersebut untuk memeriahkan lagi upacara perasmian. Datuk Siti Nurhaliza mungkin merupakan artis contoh di kalangan artis-artis Malaysia. Tetapi Anuar Zain merupakan artis yang menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat apabila membuat kenyataan yang bercanggah dengan nilai-nilai akhlak seorang muslim. Sila baca kenyataan beliau apabila ditanya berkenaan Majlis Makan Malam “A Nite with Anuar Zain” yang telah berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 lalu; “Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu,”.

Sila tonton klip video di bawah(bukan malam 2 mei):

Kalau Kerajaan Perlis boleh akur dengan permintaan Muftinya yang mahu Jom Heboh TV3 mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan maksiat atau gejala sosial berleluasa,kenapa Mufti Terengganu tidak melakukan perkara yang sama terhadap kemasukan artis melalui program hiburan yang sudah tentu melalaikan dan dipenuhi dengan maksiat.

DPPKT kesal atas sikap Kerajaan Terengganu yang terus menerus menghidangkan hiburan melalaikan untuk rakyat Terengganu. Ustaz Wan Hamidi Embong, Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu menyatakan rasa terkilannya terhadap tindakan kerajaan negeri menganjurkan konsert seumpama itu.“Kami sangkakan Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar baru Dato’ Ahmad Said akan berbeza berbanding di zaman Dato’ Seri Idris Jusoh dalam isu hiburan. Ternyata sangkaan kami meleset. Kami harap Menteri Besar mengkaji semula program-program hiburan yang akan dilaksanakan di Terengganu agar bertepatan dengan ajaran Islam sebenar, supaya tidak mengundang gejala sosial yang semakin hari semakin parah.” Katanya ketika diminta mengulas lanjut.

UNDI BN DAPAT PAHALA!!

rosol.jpg2 Februari 2008, Sabtu, Kuala Berang- “Sesiapa yang mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon Pas tidak mendapat sebarang ganjaran.” Kata Rosol Wahid ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al Quran Peringat Daerah Hulu Terengganu 2008 di perkarangan Masjid Kampung Nasi Dingin.
Ucapan Dato’ Rosul Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan. DPPKT menyeru agar Dato’ Rosul menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan Pilihanraya Umum yang akan datang sudah semakin hampir.
Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.
Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, ” Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti Konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala? Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud, Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka. Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik? “