Filed under: poster | Tagged: Politik, poster | Leave a comment »
“KITA CAKAP, KITA BUAT”-SILA LETAK JAWATAN!!
Di bawah ini dppkt siarkan satu coretan menarik dari seorang teman cyber yang menggelarkan dirinya cucutokwang.
MB ANGKAK SUPOH
Semalang Mad Said angkat supoh jadi menteri besor Teranung. Puok2 hok derhaka ke Sultang pung ade maghi belake. Ambe ingat ke Derih dok maghi doh. Rupe2nye muke dok mmalu tu maghi jugok. Siap pelok Mad Said lagi. Sorang lagi Rosul takdok wahyu. Kate nok letok jawatang kalu Mad Said angkak supoh. Bakpe mung dok letok jawatang di Istane rama2. Puok2 ning bukang stakat derhaka ke Sultang, hok terok lagi derhake ke Allah dok sedor skit abok.
KITA CAKAP, KITA BUAT
Ambe teringat ke ayat2 hok Derih promot. Antaranye bunyi “Kita Cakap, Kita Buat”. Ari tu Rosul kate nok letak jawatang, tapi tok buat pung. Ni la puok2 hok cakap dok serupe biking. Mad Said pulok melaksanekang slogan Derih hok bunyi “TIADA HALANGAN, HANYA PELUANG”.
EXCO TAK DOK LAGI
Ambe ingak ke exco angkak supoh slalu kmareng. rupe2nye dok lagi. Kate Mad Said bui mase ke die tempoh seminggu atau 10 hari nak lantik exco2. agok2 sape lah hok layok jadi exco mad said. 23 orang penderhaka blake. Kalu Mad Said lantik jgok maknenye macam mad said pong derhake jugok la. Tapi nok buat guane? tok kang nok lantik puok kite hok hijau ni? Aie berak kije mad said ni….Mudoh2an Agong ampung doh sek2 derhake ni…
MAMPAT
Ambe nok ucap tahniah la ke Mampat sebab berjaye anjur perhimpunang sambut Sultan kite di Lapangang Terbang 29 Mac baru2 ni. ikut kate kawang ambe, seorg reporter, ade dekat 30, 000 maghi. ade hok kate sapa 50,000. Dok tau la angke sebenor. AMbe kate 15,000 ribu je. kalu betul hok 15 ribu pung lepas target doh. TAHNIAH!!TAHNIAH!! Ghamoknye pengerusi MAMPAT lepas ni buleh anugerah mende ape? Ambe percaye die bukang kejo ke pangkat macang puok2 umno. Susoh hati puok tu bile dengor kabor nok kene tarik gelorang dato’. Dengor kabor ari tu, Sultang kite pung takbir jugok slow2. TAKBIR!!!!Hidup Sultang Mizang!!! Ambe gi jugok ari tu. mase balik ambe sengaje balik lewat sebab malas nok bratur krete panjang2. lama gile jammed. sampa pukul 1ptg baru lege jalang. menasaboh la kalu kate 30,000 ribu. Ambe teringat berite Berita Hairan kate 10ribu sambut Derih di Besut lepas komfem tok jadi MB. Hok peliknye dalang METRO pulok kate 300 org je. hok mane se betul ni? Panda2 sndiri la pikir hok mane betul…………
UKIRAN DEWA
Lepah pade berhimpung, ambe gi minung kedai dekak lapangang terbang. Temung ngang saing lame. die kabor la ade ukirang dok comel dalang bilik vvip. ambe tanye mende ape? Katenye ade ukirang macang patung dewa same ade buddha @ hindu. di sepanjang pagor flyover sbeloh kanang pung ade jugok katenye. ambe tanye guane buleh jadi gitu? Katenye Derih wak maghi ‘design’ dari Bali. Patut pung….Dok abih crite Jing Sejid Kristel, maghi pulok Jing Lapangang Terbang. Kalu Sultang tau hok ni, lagi murke ghamoknye. Dok soh maing politik la Derih wei, gi balik ngaji pondok pasir tumboh nu……
Filed under: Kiriman, Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, MB Terengganu, Politik | 1 Comment »
36 HARI BERTARUNG, AKHIRNYA IDRIS KALAH
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, MB Terengganu, Politik | Leave a comment »
AHMAD SAID KEKAL MB
Filed under: Nasional, Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, MB Terengganu, Politik | Leave a comment »
GELARAN DATO’ SERI DILUCUT?
DPPKT menerima sms semalam(26 Mac) dari seorang rakan yang menyatakan bahawa Idris Jusoh, Rosul Wahid dan Din Adam dilucutkan gelaran Dato’ oleh pihak istana. Kami tidak dapat mempastikan kesahihan berita tersebut. Tetapi nampaknya khabar angin itu telah disebarkan meluas termasuklah laman web http://www.malaysia-today.net Harap-harap ada ‘orang-orang istana’ yang persahkan khabar tersebut agar rakyat tahu cerita yang tepat.
Yang pasti, Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat pulang ke Terengganu pada 29 Mac, Sabtu ini dan insyaAllah akan disambut oleh ribuan rakyat Terengganu yang datang untuk menyatakan sokongan terhadap DYMM Tuanku.
DPPKT terima berita sebentar tadi menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pun baru sahaja mengarahkan semua pegawai dan kakitangan menyambut Tuanku Sultan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 9 pagi Sabtu ini. Mungkin banyak persoalan akan terjawab apabila sekembalinya Tuanku Sultan. Tuanku dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur semula pada 30 Mac jam 11 pagi keesokan harinya.
DPPKT menyeru semua rakyat Terengganu yang berkelapangan hadir sama di lapangan terbang Sultan Mahmud Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan dokongan terhadap Tuanku As Sultan dan institusi raja-raja Melayu.
DPPKT: BERSATULAH RAKYAT TERENGGANU DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG TUANKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH. DAULAT TUANKU.
ALLAHU AKBAR!!!
Filed under: Nasional, Politik, Isu Semasa, Tempatan | Tagged: Isu semasa, MB Terengganu, Politik | 2 Comments »
JOM SOLAT HAJAT SOKONG SULTAN TERENGGANU
DPPKT menyokong penuh usaha-usaha NGO yang menyokong Sultan Terengganu dan Institusi Raja Melayu. Mampat dan beberapa ngo lain akan mengadakan solat hajat esok hari iaitu 27 Mac 2008 bersamaan 19 Rabiul Awal 1429 bertempat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (MASJID TERAPUNG), Kuala Ibai, selepas solat Isya’.
Manakala sebelah petang hari yang sama, rakyat Terengganu akan bersama-sama menandatangani papan tanda sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Terengganu dan Institusi Raja.
Di bawah ini disertakan kad jemputannya:
dppkt: Daulat Tuanku…Patik tok suke orang ccakap hudoh-hudoh ke Tuanku
Filed under: Nasional, Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Nasional, Politik | 1 Comment »
DATO’ MOHAMED AWANG TERA TIMBALAN MB?
26 Mac,Kuala Terengganu-Dato’ Ahmad Said diberitakan tidak hadir ke pejabat hari ini. Ahmad yang dilaporkan datang ke pejabat untuk bertugas, sebenarnya hanya datang untuk bersolat hajat lalu masuk ke pejabat lamanya di tingkat 6.
Dalam pada itu, menurut sumber yang boleh dipercayai, satu mesyuarat tergempar diadakan di Putrajaya dan hasilnya, Dato’ Mohamed Awang Tera, Adun Chukai dipersetujui untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu. Idris Jusoh dilaporkan hadir sama di mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri , Pak Lah.
Idris pula dilaporkan dalam akhbar hari ini meminta untuk mengadap Sultan Terengganu yang kini bertugas sebagai DYMM Agong, bertujuan untuk memohon ampun sekiranya ada melakukan kesalahan terhadap tuanku sultan. Idris mendakwa hubungannya dengan Sultan selama ini baik, dan beliau tidak tahu apa kesilapannya terhadap sultan.
Dalam pada itu juga, sebuah pertubuhan ngo iaitu Mampat(Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) membuat laporan polis terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Umno terhadap institusi raja Terengganu kira-kira jam 11 pagi tadi bertempat di IPD Kuala Terengganu. Semalam diberitakan Alumni Sekolah Menengah Sultan Sulaiman membuat laporan polis dan kenyataan akhbar menyokong penuh sultan Terengganu.
Khabar angin mengatakan bahawa banyak lagi ngo-ngo yang akan tampil bagi memberi sokongan kepada Sultan Terengganu dan institusi raja yang semakin hari semakin diperlekehkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
dppkt: kita tunggu dan lihat apa pula selepas ini…
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik | Leave a comment »
MB BARU TERENGGANU MULA TUGAS
MB Terengganu Mat Said masuk ofis hari ini bagi memulakan tugas baru beliau. Beliau ke Wisma Darul Iman seawal jam 8 pagi, kemudian adakan masjlis solat hajat (macam Deris awal2 jadi MB juga) dan buat ‘press conference’.
Semalam(24 Mac), beliau diberitakan mengadap Sultan Terengganu yang juga DYMM Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan di Istana Terengganu di Ibu kota. Sekembalinya di Terengganu, beliau disambut oleh 3000 penyokong di Kemaman.
Katanya, beliau tidak pernah meminta diberikan jawatan itu, sebaliknya “ia berlaku atas kehendak dan ketentuan Ilahi.”
Justeru kata Ahmad, tiada sebab mengapa beliau boleh dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat daripada UMNO dan dituduh menderhaka kepada parti.
“Tidak timbul soal saya derhaka sebab selama ini saya berjaya menyatu dan mengukuhkan UMNO Bahagian Kemaman sehingga bilangan ahli parti di kawasan ini termasuk Puteri mencecah lebih 40,000 orang.
Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan bahawa Idris akan mengadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat bagi meminta keampunan dari Sultan atas segala kekecohan yang berlaku.
Semalam, KeAdilan Terengganu membuat laporan polis terhadap penderhakaan 23 adun Umno Barisan Nasional terhadap Sultan Terengganu. Menurut undang-undang negeri, sesiapa yang didapati menderhaka kepada Sultan (termasuk menghina) boleh diambil tindakan buang daerah.
Setiausaha Dewan Pemuda Kuala Terengganu ketika dihubungi menegaskan bahawa Pemuda menerima dengan penuh hati terbuka terhadap pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu walaupun beliau dikaitkan dengan kisah perobohan Masjid Bujal dan sikap kurang ajarnya dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga menyatakan kekesalan di atas kebiadaban penyokong-penyokong Barisan Nasional yang membawa kain rentang yang berbunyi “KAMI NAK IDRIS, NATANG”. (Natang adalah singkatan dari perkataan binatang).
“Ini merupakan suatu perkara yang serius, dan boleh ditafsirkan sebagai menghina Sultan Terengganu. Saya rasa pihak polis perlu ambil tindakan di bawah Seksyen 4 ,Akta Hasutan 1948.” Katanya ketika dihubungi awal pagi ini.
dppkt: satu derhaka ke parti, satu lagi derhaka ke sultan. DUA2 DERHAKA KE TUHAN DOK SEDOR…
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik, Terengganu | 3 Comments »
PENDOKONG IFC JADI MENTERI?
ISLAM DI MALAYSIA DI TAHAP BAHAYA
Saya yakin masyarakat Islam di Tanah Air ini masih ingat isu-isu perbahasan Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Inter-Faith Council (IFC) dan pertubuhan Artikel 11.
Satu-satunya nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ialah Zaid Ibrahim.
Fasal 121(1A) hangat dibincangkan selepas isu kematian Muhammad (Moorthy) Abdullah. Zaid adalah antara mereka yang mengesa kerajaan untuk membatalkan peruntukan yang telah memartabatkan Mahkamah Syariah pada tahun 1988.
Kini Pak Lah telah melantik dia sebagai senator dan menjawat menteri yang bakal melakukan “reform†perundangan.
Apakah yang bakal Zaid lakukan? Apakah dia akan cadang untuk pinda Perlembagaan Persekutuan Fasal 121 (1A)? Jika itulah yang Pak Lah harapkan dengan membawa masuk Zaid sebagai menteri maka Mahkamah Syariah akan hilang wibawanya.
Zaid juga terlibat dalam beberapa sesi penerangan yang dilakukan oleh pertubuhan Article 11 (lanjutan kes Shamala) yang dibantah oleh orang ramai dengan dokongan pelbagai NGO Islam sekitar 2007. IB pasti ramai yang masih ingat bantahan yang dilakukan di JB dan Pulau Pinang. Tidak kurang juga ada di kalangan kita ditangkap dan terpaksa dihadapkan di mahkamah demi membela Islam.
Sebagaimana dilaporkan oleh pertubuhan Prowaris, Menteri Besar Johor, Ghani Othman, pernah memperakui bawa Zaid adalah “pencadang asal kandungan Akta WPI 664″ dalam mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diluluskan dengan tergesa-gesa dan dilihat sebagai “menjual†wilayah tersebut kepada Singapura.
Apakah hebat sangat Zaid hingga dialah diharapkan oleh Pak Lah untuk “reform†sistem perundangan? Seorang blogger mengatakan bahawa orang Kota Bharu “tidak bodoh kerana menolak Zaid“.
Cuba baca komen-komen dan pujian yang diperolehi oleh Zaid selepas pengumuman dibuat. Kesemua yang memujinya adalah mereka yang kerap dilihat pernah memusuhi Islam.
Zaid memang di antara segelintir orang Melayu yang menyokong IFC.
Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.
Ibrahim Baba
Sekian, IB
Filed under: Nasional | Tagged: Isu semasa, Nasional, Politik | Leave a comment »
KRONOLOGI KES PELANTIKAN MB TERENGGANU
Kronologi krisis MB Terengganu |
Mar 23, 08 11:03pm |
Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini.
Rentetan peristiwa krisis menteri besar Terengganu 10 Mac – majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. 11 Mac – Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua. 12 Mac – nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris. Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan. Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris. 14 Mac – Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya. 15 Mac – pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi. Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris. Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu. 18 Mac – Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana. 19 Mac – Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar. Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam. Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR. 20 Mac – Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu. 21 Mac – Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar. 22 Mac – Pejabat Sultan Terengganu melantik Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pagi esoknya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut. Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal. Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin. 23 Mac – Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR. Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR. Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad. Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya. Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN. Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB. Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris. Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya. |
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik, Tempatan | 1 Comment »