• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mei 2024
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,924 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

BEKAS PEMIMPIN UMNO P. DUYONG DAKWA DITINDAS

Persoal projek: Bekas pemimpin Umno Pulau Duyong dakwa ditindas
Muda Mohd Noor | Dec 7, 07 3:57pmmonsoon-cup.jpg
Umno bahagian Kuala Nerus akan menyiasat dakwaan seorang bekas pemimpin Umno Pulau Duyong di Kuala Terengganu yang mendakwa beliau ditindas kerana memperjuangkan nasib penduduk pulau tersebut.Kerajaan negeri giat memajukan Pulau Duyong yang bukan sahaja menjadi tempat pertandingan kapal layar Monsoon Cup tetapi juga membangunkan Taman Tamadun Islam yang membabitkan perbelanjaan ratusan juta ringgit.Timbalan Ketua Umno Kuala Nerus, Che Azmi Abdul Rahman berkata, pihaknya juga sedia berbincang dengan bekas Timbalan Pengerusi Umno Pulau Duyong, Azman Mohammad bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya perlu meneliti dakwaan tersebut terlebih dahulu untuk menentukan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Azmi yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Azman bahawa beliau mengalami pelbagai kesusahan kerana memperjuangkan nasib penduduk Pulau Duyong yang disiarkan dalam Buletin Online.

Azman mendakwa, peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan, bantuan wang ehsan dan bantuan kebajikan untuk anaknya yang kurang upaya, telah disekat kerana tindakannya membela nasib penduduk Pulau Duyong..

Katanya, beliau telah dijanjikan jawatan pegawai di sebuah anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2005 – namun selepas majlis dialog berkaitan pembangunan Pulau Duyong diadakan, tawaran jawatan itu ditarik balik.

Persoal projek

Dalam majlis tersebut beliau dan beberapa rakan telah bangun mempersoalkan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Pulau Duyong.

“Malah mereka yang bersimpati dengan saya juga ditindas” kata Azman lagi.

Mengulas perkara tersebut, Che Azmi berkata, Umno bahagian sentiasa mengambil langkah untuk memastikan penduduk Pulau Duyong mendapat manfaat dari pembangunan pesat di pulau itu.

Katanya, kerajaan negeri membina apartmen kos rendah untuk penduduk tempatan tetapi ramai yang tidak mahu membelinya.

“Saya berpendapat penduduk Pulau Duyong sendiri tidak mahu mengambil kesempatan daripada pembangunan pesat di pulau itu.

“Malangnya mereka cuma mengharapkan kerajaan seratus peratus tanpa mencari jalan untuk memajukan diri sendiri,” katanya lagi.

Menurut Che Azmi lagi, beliau telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya menjadikan Pulau Duyong sebagai pulau bebas cukai untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau itu.

Katanya, cadangan tersebut sangat sesuai kerana belum ada pulau bebas cukai di Pantai Timur.

CERAMAH MONSOON CUP!!MESTI DATANG

SIRI CERAMAH
Tarikh: 02/12/2007
Tempat : Kg Kubur Timah, Batu Rakit
Masa : 9.15 mlm
Hari : Selasa mlm Rabu
Penceramah :
1. Ustaz Azaman Shapawi Abd Rani – Ketua DPPNT
2 Ustaz Saharizukirnain A Kadir – Ketua DPP Setiu
3. Ustaz Mod Nazari Alias – Setiausaha Kawasan Setiu
_________________________________________________

Tarikh: 03/12/2007
Tempat : Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Masa : 9.15 mlm
Hari : Isnin mlm Selasa
Penceramah :
1. YB Salahuddin Ayub (Ketua DPP Pusat)
2. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani (Ketua DPPNT)
3. Ustaz Ariffin Deraman (Tim. Ketua DPPNT)
4. Sdra Ramlan Roes (Exco Angkatan Muda PKR Pusat)
5. Sdra Lau Tek Hai (Ketua Penerangan AMK Pusat)

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

KHUTBAH HADHARI HALALKAN MAKSIAT

Khutbah Hadhari Halalkan Maksiat!!
25 November 2007
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Selama dua minggu berturut-turut, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melakukan kejutan dengan mengeluarkan teks Khutbah Hadhari yang cukup membingungkan ramai jemaah. Khutbah itu secara sengaja menjadikan Monsoon Cup sebagai suatu kempen kepada para jemaah. Ianya bukan sahaja mencemarkan isi khutbah yang menyokong acara yang diiringi dengan banyak kemaksiatan itu, bahkan turut menunjukkan bahawa Ajaran Hadhari itu tidak kisah soal percampuran antara dosa dan pahala.

Minggu pertama, Khutbah telah membawa tajuk: “Manfaat Daripada Pelancongan” kepada jemaah. Manakala Jumaat lalu pula membawa tajuk: “Tiada Halangan, Hanyalah Peluang”.

Dalam sibuk khatib-khatib hadhari seluruh negeri membaca khutbah ‘Monsoon Cup’ itu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan suatu iklan konert yang cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya program Monsoon Cup itu. Pokok-pokok mula ditampal poster Monsoon Cup, tiang letrik digantung bunting, dan simpang-simpang jalan mula dipenuhi banner acara-acara sambutan kepada Monsoon Cup ini. Dari sekecil-kecil anak dijemput ke pertandingan mewarna, hinggalah kepada sebesar-besar Dato’ dan Tan Sri ke Malam Gala yang hidangannya istimewa.

Tiada pula kedengaran Forum Perdana sempena Monsoon Cup. Apatah lagi pertandingan Nasyid sempena Monsoon Cup. Maka, amat jauh sekali untuk membayangkan suatu program yang dicampur aduk ini selari dengan tuntutan Islam dan nilai ketimuran itu sendiri.

Dalam ghairah musim hujan, dan tengkujuh yang sudah bermula ini, sepatutnya agenda kemaksiatan ini dijauhi sama sekali. Apatah lagi penghujung tahun sebegini, peringatan kepada peristiwa ‘Gelombang Tsunami’ haruslah menjadi ikhtibar. Bukan bermaksud boleh melakukan maksiat, tetapi ini menunjukkan mereka langsung tidak segan silu dan melupakan peringatan-peringatan yang telah diberikan kepada golongan terdahulu.

Itu belum menyentuh soal pembaziran yang melampau, soal penindasan kepada penduduk Pulau Duyong, dan pencemaran pulau yang pernah menjadi tempat kepada seorang ulama yang dikenali dengan Tok Syeikh Pulau Duyong.

Bayangkan dalam suasana masyarakat Terengganu yang cukup rosak dengan penyakit sosial dan keruntuhan akhlak ini, Khutbah Hadhari masih mampu melunakkan maksiat menjadi sesuatu yang halal. Masjid yang sepatutnya berperanan menjadi tempat bermulanya pencegahan maksiat, telah dijadikan tempat menyebarkan dakyah maksiat. Mimbar yang suci dicemari dengan begitu sahaja. Punah!

Jika ada yang mahu menafikan program Monsoon Cup itu sebahagian dari maksiat, kenapa tidak dijemput semua imam bilal seluruh negeri untuk datang dan menyaksikan sendiri keseluruhan acara yang diadakan. Biarkan imam bilal menonton konsert yang terbuka itu. Jemput juga imam bilal ke majlis jamuan tertutup Gala Nite. Jangan lupa untuk jemput imam bilal ke atas kapal persiaran di tengah laut sana. Biar mereka ini menjadi saksi bahawa memang Monsoon Cup itu halal dan selari dengan Islam.