aetikel daripada e-mail .
Pemilihan Dato’ Wan Farid sebagai calon BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dilihat sebagai penentu kesinambungan atau berakhirnya karier politik beliau. Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai lebih 80 ribu pengundi, akan menentukan nasib beliau.
Wan Farid dikatakan bukanlah calon terbaik untuk kerusi ini dan pemilihan beliau membuktikan suatu ‘pelan politik bahagian’ ke arah kenyataan. Setelah beliau menang tanpa cabaran jawatan Ketua UMNO bahagian, cukup sukar untuk menidakkan ‘kumpulan’ Wan Farid dalam jawatankuasa UMNO bahagian. Gandingan Wan Farid-Sabri Alwi-Wan Hisham yang merupakan kroni Pak Lah sebagai teraju UMNO bahagian tidak disukai sesetengah pemimpin UMNO negeri.
Menteri Besar Terengganu yang sering melawan arus dengan keputusan UMNO pusat sekali lagi bijak dalam percaturan beliau untuk UMNO bahagian Kuala Terengganu. Kali ini serampang dua mata beliau meletakkan strategi politik ke tahap terbaik.
Dengan memilih Wan Farid sebagai calon, menang atau kalah tidak menjadi perkiraan. Kerana kedua-dua keputusan memberi untung.
Kemenangan Wan Farid akan menaikkan kredibiliti Menteri Besar sebagai Pengerusi UMNO negeri yang sering diperlekehkan sebelum ini. Malah memberikan suatu impak yang hebat dalam UMNO di saat parti itu dalam keadaan ‘goyah’. Malah suatu hadiah manis kepada presiden yang bakal berundur.
Kekalahan pula dilihat sebagai menamatkan riwayat Wan Farid yang merupakan anak emas kepimpinan Pak Lah. Juga sebagai tamparan kepada UMNO bahagian yang dikatakan bukanlah dari kumpulan MB. Tambahan pula, kabinet Najib Mac depan cukup sukar melihat Wan Farid terus kekal hatta menggunakan tiket sebagai senator. Ini akan memberi peluang kepada kumpulan MB kembali semula dalam jawatankuasa UMNO bahagian.
Lantas kempen kali ini meletakkan tanggungjawab kepada UMNO bahagian lebih berat berbanding negeri.
-ahli fikir-
Filed under: Kiriman, Politik, Isu Semasa | 11 Comments »