• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Januari 2010
    I S R K J S A
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

Beza PAS dan Umno Dalam Isu Allah


http://peguampas.blogspot.com

Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .

Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.

Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.

Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini.

Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.

PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.

PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang.

Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan.

Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.

Siapa tidak kenal kebobrokan bangsa Yahudi. Apa yang tidak dilakukan oleh orang Yahudi ke atas para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Namun tidakkah kita sedar asbabun nuzul ( sebab turun ayat ) surah Al-Nisa ayat 105 menunjukkan bagaimana Islam membebaskan tuduhan ke atas orang Yahudi yang dianiyai dengan tuduhan palsu oleh orang Islam sendiri.

Tu‘ma ibnu Ubayriq , seorang Islam yang mencuri baju besi tetapi kemudiannya meletakkan baju curi tersebut di rumah orang Yahudi. Meskipun Tu’ma bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri dan dalam keadaan kaum Tu’ma meminta Rasulullah s.a.w membela Tu’ma namun ayat Allah membebaskan bangsa Yahudi yang dianiyai itu.

Jika emosi dan taksub menjadi taruhan dan sandaran sudah tentu orang Islam yang dibela ( kerana seagama ) dan Yahudi ( berlainan agama dan zalim dengan orang Islam ) dibiarkan terbiar dianiaya.

Tetapi itulah Islam. Keadilannya merentasi garisan perkauman dan keagamaan.

Dalam konteks keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.

Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wah kerana di samping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengesakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.

Apabila Hakim Lau Bee Lan menyatakan bahawa Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja , dari segi Islam di mana silapnya? Sepertimana kata Yusuf Al-Qardhawi sebaik sahaja kita buka Al-Quran dan membaca Al-Fatihah kita sudah disajikan dengan kalimah “Allahu rabb al-‘alamin” bukan Rabb Al- Muslimin au Rabb al-masihiyyin . Jika dari segi Islam tidak salah adilkah kita untuk menyatakan ianya salah hanya kerana yang menggunakan kalimah itu adalah orang Kristian.

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ?

Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.

Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989. Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu.

Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkap
pada tahun 1879 sehingga sekarang .

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .

Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutuskan bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?

Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima.”

Advertisement

3 Respons

  1. Salam. Mungkin jika dilihat dari satu sudut kelembutan dalam islam untuk berdakwah adalah elok untunk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh sesiapa sahaja…. tetapi di dalam konteks malaysia, amatlah perlu kita perketatkan kalimah itu digunapakai oleh islam sahaja…
    kenapa didunia bukan majoriti penganutnye adalah bukan islam, perkara ini tidak terjadi, selama pengalaman saya dan sahabat saya di US dan saudara baru di sana yg sehingga kini masih berkomunikasi, mereka tidak pernah menggunakan perkataan kalimah Allah di mana mana, malah jika mereka (saudara islam baru) menggunakan kalimah itu, bangsa amerika akan menolak dan kebiasaannya akan memarahi saudara baru kami yg juga sashabat kami dari menggunakan kalimah Allah atas tujuan untuk pengenalan tuhan mereka…. juga di Perancis, sahabat sahabat kami tidak boleh menggunakan kalimah Allah untuk digunapakai untuk pengenalan secara umum untuk tuhan mereka….. kenapa hanya di Malaysia sahaja mereka bertungkus lumus untuk mendapatkan hak penngunaan kalimah Allah…. lain tak bukan hanyalah pakatan zionis dengan kuncu kuncu mereka untuk menakluk jiwa muslim di malaysia denagn halus.
    Kalaupun bole digunapakai di negara lain, tetapi di negara malaysia tidak dibenarkan, saya kira perlu dihormati perlembagaan malaysia. Saya berpendapat sebegini adalah kerana secara realitinya umat islam di malaysia, terutamanya remaja masih goyah akidah yang sebenar. Saya kira adalah lebih baik kita menjuruskan tenaga untuk memperkukuhkan akidah mereka dahulu daripada membuatkan kekeliruan di dalam masyarakat islam di malaysia.

  2. Salam..saya juga turut berpendirian yang sama. Majoriti tahu, PAS bukanlah parti yang ikhlas untuk mempertahankan Islam. Segala isu yang timbul dalam arus nasional, terutama yang boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam, Pas bukan berusaha untuk merungkaikannya, tetapi lebih gemar meningkatkan lagi tahap kekeliruan dikalangan umat Islam. Segala perkara yang dikakukan oleh Pas dianggap benar sedangkan yang dilakukan oleh kerajaan silap dan salah. Pas tak pernah pun berjasa kepada Umat Islam di Malaysia, dan kalau adapun sangat sedikit, berbanding cemuhan dan kritikan yang tidak membina yang sentiasa bermain di bibir pemimpin Pas. Setiap pendapat yang dikeluarkan oleh Pas, ada sahaja alasan, dan dihujahkan kononnya berlandaskan agama.
    Saya dahulu adalah seorang penyokong PAS. Tetapi semakin lama saya rasa muak dan bosan dengan mainan politik oleh Pas. Terutama bila mengenepikan soal perpaduan. Saya sangat kecewa, kerana Pas tidak mahu walau sedikit pun duduk semeja dengan UMNO untuk berbincang, bermuafakat mencari titik persamaan. Sedangkan soal perpaduan adalah perkara asa yang tidak akan merugikan sedikit pun. Pas memang ada hak untuk tidak bersatu dengan UMNO tetapi untuk duduk semeja dan berbincang, bukankah itu yang di tuntut oleh ajaran Islam?
    Memang diakui, pada suatu masa memang ramai golongan muda menyokong perjuangan murni Pas yang dulu nampaknya Ikhlas memperjuangkan Islam. Namun, dengan perkembangan muktahir kini, nampaknya manjoriti golongan muda bukanlah ‘buta’ hati dan minda untuk terus ditipu oleh Pas yang seolanh-olah tiada fungsi di negara ini. Hanya menjadi orang suruhan Dap yang pendiriannya berlawanan dengan perjuangan Pas.
    Bagi kami walaupun UMNO di cap sebagai penipu, korup, dsb, sekurang-kurangnya selama 50 tahun UMNO sudah bekerjasama dengan kaum Cina, India, dsb, dengan cukup berkesan, dan stabil berbanding pakatan rakyat. Kerana pemimpin pas dan pkr yang ego, dan gagal berpendirian mempertahankan hak Islam dan Melayu lah memyebabkan kaum yang lain kini semakin berani mempersoalkan perlembagaan negara secara terbuka!
    Saya mohon maaf andai tulisan saya menyakitkan mata dan hati penyokong Pas. Tetapi saya sangat berharap dan sentiasa berdoa agar Umat Islam terutamanya di Malaysia dapat bersatu menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Besatulah Umatku.

  3. salam,sudah2 lah… kalau bukan daripada pas mesti x betul..kadang-kadang orang pas ni merasa lebih islam dan mulia daripada org atau mana2 pergerakkan lain…macam iblis dengan nabi Adam a.s..
    maaf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: