• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

MAT SABU HALANG POLIS?!

TERKINI!! Abang Mat Sabu didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sila baca berita Utusan Meloya di bawah, dan kaitkan kisah sebenar Abang Mat pada hari beliau ditahan.

Teruskan membaca

KOLEKSI PERISTIWA 11 DISEMBER

Kuala Lumpur : Kesemua 15 orang pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan semalam telah dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan mulut. Mereka yang dibebaskan adalah;

  1. Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
  2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS)
  3. Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

4. Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
5. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
6. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
7. Dr Nasir Hashim
(Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
8. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
9. A. Sivarajan
(Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
10. Abdul Razak Ismail
(Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
11. Azira Ariffin (Aktivis)
12. Hashim Awang (Aktivis)
13. Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
14. Mohd Badilah Muda (Aktivis)
15. Norazimah Mohd Nor (Aktivis)

Kesemua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman.

Sebelum itu, seramai 9 orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu;

  1. Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
  2. Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
  3. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
  4. Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
  5. Wong Chin Huat (WAMI)
  6. Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
  7. Mien Lor (KOMAS)
  8. V. Gayathry (CIJ)
  9. Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)

Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. Ust Nasarudin berkata;

“Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai ‘kuasa tersendiri’ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil”

Ust. Nuridah pula menyatakan bahawa pada pukul 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke Lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke Lokap Jalan Pudu. Walaubagaimana pun, tiba-tiba sahaja pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Nampaknya pihak Polis pun keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 2 petang Tian Chua telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walaubagaimana pun, disebabkan kegagalan pihak Polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa pulang ke IPK Jalan Hang Tuah. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari ‘atas’.

Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Saudara Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre) yang terbakar ketika ditunda oleh Polis dari tempat penangkapan di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka.

Walaubagaimana pun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak Polis. Tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan razak ditahan.

Selain itu, Norazimah Mohd Nor pula mendakwa bahawa pihak polis telah ‘menahan’ handphone beliau untuk siasatan lanjut. Walaupun telah diminta untuk dipulangkan, namun pihak polis enggan bekerjasama. Mereka meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu ’membebaskan’ handphone tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sebuah kamera digital dan notebook turut diambil dan enggan dipulangkan oleh pihak polis. Pihak polis hanya berjanji akan memulangkan ke semua barang yang ‘diambil’ itu selepas siasatan selesai.

Dalam perkembangan terakhir, pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan ini mengutuk sikap bacul Perdana Menteri yang mempergunakan ratusan anggota Polis bagi menghadapi menghadapi mereka pada hari semalam. Kehadiran mereka di Parlimen adalah secara aman dan jumlah yang hadir tidak sampai 30 orang. Mereka disambut oleh ratusan anggota Polis yang berkubu dihadapan Parlimen.

Pada waktu ini, mereka juga meminta agar ahli dan penyokong gabungan BERSIH tidak gentar dengan segala apa yang telah terjadi dan meneruskan agenda perjuangan yang telah didokong secara bersama sebelum ini.

Advertisement

POLIS TIDAK PERCAYAKAN PAS

13 November 2007, seawal jam 5 petang, Polis buat sekatan jalanraya di sekitar bandar Kuala Terengganu, lebih-lebih lagi di Batu Burok. Penulis dihubungi oleh beberapa orang kenalan bertanyakan Ceramah di Persiaran Hakim pada malam tu, tapak ceramah yang sama dengan Peristiwa 8 September lalu. Kata mereka, ada poster ditampal. Penulis hairan, kalaulah benar ada ceramah, sudah tentu penulis lah antara orang yang terawal tahu.

Pada 8 November lalu, penulis diberitahu Saudara Azmi Mohd Yasin, Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu bahawa beliau dipanggil OCPD Kuala Terengganu dan diberitahu bahawa permit tidak diberikan. Polis sengaja membaca isi kandungan surat dari Jemaah Menteri yang memuatkan petikan Perutusan Yang Di Pertuan Agong, yang dukacita atas kejadian yang berlaku pada 8 September lalu. Antara yang menarik, OCPD membaca isi kandungan tersebut, “adalah menjadi suatu Kezaliman bagi Pas untuk menganjurkan program-program seumpama itu. Kata salah seorang pemuda yang mengiringi Azmi malam itu, apabila surat tersebut diedarkan kepada mereka untuk dibaca, perkataan yang sebenar ialah “adalah menjadi KELAZIMAN“, bukannya kezaliman sebagaimana yang dibaca OCPD. Jauh bezanya makna perkataan tersebut walaupun bunyinya lebih kurang sama.

Oleh kerana semua pimpinan negeri telah ke KL lebih awal untuk menyertai Himpunan 100k pada lusanya, Azmi berjanji akan sampaikan keputusan tersebut kepada mereka dan terpulang kepada pimpinan untuk buat keputusan sama ada nak diteruskan ceramah di situ ataupun tidak.

Sekembalinya pimpinan Pas dari KL, YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama beberapa orang lain ke IPD untuk bertemu sendiri dengan pihak polis. Surat jemaah menteri yang dijanjikan oleh polis  untuk diberi salinan kepada pihak Pas tidak diberikan. Sebelum 13 November, pihak polis hubungi lagi Encik Azmi untuk pengesahan sama ada Pas akan teruskan ceramah atau  tidak. Azmi tegaskan bahawa memang Pas sudah batalkan ceramah tersebut. Apa yang berlaku di pihak polis ialah, mereka menampal risalah yang mengatakan bahawa pada 13 november malam, akan diadakan perhimpunan haram di Lorong Persiaran Hakim, dan sesiapa yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut boleh diambil tindakan atau ditangkap di bawah seksyen sekian, sekian. Media TV dan Radio juga mencanangkan perkara yang sama.

Seawal pagi lagi penulis menerima beberapa sms  dari kawan-kawan. Ada yang bertanyakan sama ada ceramah ada ke? ada juga yang terus sebarkan sms bahawa pakat mari ceramah malam itu untuk beri sokongan kepada BERSIH. Sedangkan pihak Pas tidak keluarkan sebarang poster, risalah,handbill atau apa bentuk makluman berkenaan ceramah pada malam tersebut. Ceramah yang sebegitu besar dan penting, takkan sampai tidak dikeluarkan sebarang poster? Sepatutnya polis bahagian Cawangan Khas lebih tahu. Tapi mereka tetap bertindak menakut-nakutkan masyarakat tentang BAHAYA MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM malam itu. Ada juga yang sms mengatakan bahawa ramai orang luar dari Terengganu sudah sampai untuk menghadiri ceramah tersebut. Bukan setakat orang awam, bahkan pihak polis sendiri telah menerima kunjungan sebanyak tak kurang dari 10 buah trak dan kenderaan FRU Pahang.

Sebelum Asar lagi sudah kedengaran helikopter berlegar-legar di udara Kuala Terengganu.

Pada malamnya selepas Isya’, penulis sengaja pusing-pusing sekitar Batu Burok untuk melihat suasana. Boleh dikatakan setiap lorong ke pantai Batu Burok diadakan sekatan. Selepas beredar, menulis terima sms lagi, dari seorang kenalan yang baru berusia 15 tahun, katanya beliau cuba masuk ke jalan tepi pantai berdekatan  jalan persiaran hakim dengan berbasikal. Itupun dikejar polis. Berdebar, dan Mujur tidak ditangkap polis katanya. Hai polis, takkan lah sebab kita orang tak buat ceramah, nak lepas geram pada budak-budak pulak.

BERJAYA ATAU GAGAL TINDAKAN POLIS ?

dppkt: jangan marah ya polis

SAKSI DAN SUSPEK TRAGEDI BATU BUROK MASIH DICARI

DPPKT dapat berita ada seorang suspek yang gambarnya terpampang di muka depan akhbar Sinar Harian telah ditahan polis malam Sabtu lepas. DPPKT masih belum dapat maklumat daripada keluarganya sama ada beliau ditahan reman ataupun sudah dilepaskan. Kami cuba menghubungi keluarganya tetapi masih belum berjawab. Walaubagaimanapun, kami akan tetap berusaha untuk membantu setakat yang terdaya termasuklah menyediakan khidmat peguam.

Semalam jam 3 pagi, kami dihubungi oleh salah seorang penduduk kampung Kuala Ibai memaklumkan bahawa polis telah menahan seorang lagi lelaki yang mukanya juga termasuk dalam 37 orang yang dikehendaki untuk bantu siasatan.  Cara polis bertindak seolah-olah saksi yang dikehendaki itu merupakan pesalah-pesalah jenayah berat!! Kenapa perlu datang menahan lelaki terbabit jam 3 pagi di waktu orang sedang lena tidur ataupun sedang bertahajjud sempena Ramadhan yang mulia ini? Tidak bolehkah datang waktu siang? Atau polis sengaja tidak mahu penahanan ditonton oleh orang ramai?

Kami juga mahu tahu apa tindakan selanjutnya terhadap polis preman yang menembak 2 pemuda di Batu Burok tempoh hari? Adakah beliau digantung erja, dibuang atau dipindahkan ke tempat lain?

Kami mahu kes ini disiasat dan dihakimi seadil-adilnya. Marilah kita sama-sama berdoa pada bulan yang mulia ini, pada 10 hari terakhir Ramadhan ini di manaALLAH kurniakan malam Lailatul Qadar, mudah-mudahan semua mangsa perancangan jahat kerajaan Barisan Nasional ini diberi ketenangan hati dan dipermudahkan urusan.

TAKBIR!! ALLAHU AKBAR!!!

ZIARAH MANGSA TEMBAKAN

Tanggal 26 September 2007, jam 9 pagi kami berkumpul di depan Pusat Bekam Tabib Syed Alwi, Ketua Pemuda Dun Bandar. Lebih kurang jam 9.30 pagi kami bertolak dengan 4 buah kereta menuju ke rumah Suwandi, mangsa tembakan polis dalam peristiwa berdarah Batu Burok 8 September lalu.

Hampir jam 10 pagi, kami tiba di kediaman beliau. kawan-kawan agak segan untuk memulakan bicara, walaupun hati meronta-ronta untuk bertanyakan itu dan ini berkenaan kejadian tempoh hari. Suwandi nampak kurang bermaya kerana belum pulih sepenuhnya lagi. Katanya, tangan kanannya tidak berapa kuat untuk digunakan kerana masih terasa kesan pembedahan di Hosital USM Kubang Kerian 2 minggu lalu. Katanya lagi, doktor nasihatkan agar buat latihan ringan untuk gerakkan otot-otot anggota badan seperti berjalan 1 km. Beliau sempat berseloroh, katanya datang waktu siang ni tak dapatlah nak minum. Sebahagian dari kami telah mengenali beliau.

Kami bertuah kerana mendengar cerita ‘first hand’ daripada beliau kisah pada hari kejadian. Memang tepat sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang saksi kejadian bahawa polis berpakaian preman terlibat menembak suwandi dalam keadaan berdiri, bukannya duduk sebagaimana laporan sesetengah pihak. Ketika itu, polis terbabit sedang berlari menuju ke kumpulan FRU yang sedang berkawal di situ. Ini mengukuhkan lagi hujjah bahawa memang sahih bahawa polis tersebut menembak bukannya untuk mempertahankan diri tetapi barangkali berniat mencederakan atau membunuh  mangsa. Alhamdulillah, Suwandi amat bernasib baik kerana ALLAH takdirkan beliau hidup untuk menceritakan kejadian sebenar kepada umum. Beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa peluru yang memasuki dadanya berada hampir dengan jantung. Kalau ia terkena ke bawah sedikit lagi, sudah pasti ia akan menembusi jantung dan kebarangkalian nyawa melayang pasti berlaku.

Peristiwa ini mengingatkan penulis kisah seorang tua yang penulis lupa nama beliau, tetapi yang menarik ialah beliau juga menjadi saksi Peristiwa Berdarah Memali lebih kurang 20 tahun lampau. Pakcik tua itu ditembak bertubi-tubi oleh pihak polis tetapi Allah Maha Kaya, mentaqdirkan beliau hidup untuk menceritakan segala-galanya kepada umum apa yang sebenarnya berlaku di Memali.

Lebih kurang 10 hingga 15 minit, kami meminta diri untuk balik. Sebelum balik, kami sempat bergambar dengan Suwandi. Harapan dan doa kami agar Suwandi cepat sembuh , dan agar peristiwa ini tidak melemahkan semangat juangnya untuk terus mempertahankan Islam atas muka bumi Terengganu ini khususnya, dan Malaysia umumnya.

Wassalam.

SERAH DIRI @ TIDAK?

ISU GAMBAR-GAMBAR SAKSI

TRAGEDI BATU BUROK 8 SEPTEMBER

 

Sejumlah 37 gambar lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan dengan tertera dikhendaki polis! Mereka sebenarnya hanya dikehendaki untuk membantu siasatan polis atas kes membakar jalur gemilang dan kes mencederakan polis dalam peristiwa ‘rusuhan’ di Batu Burok pada 8 September lalu.

 

Persoalan yang timbul, adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya muka-muka yang tersiar tidak menyrahkan diri ke balai polis untuk bantu siasatan terbabit?

 

Undang-undang yang terlibat dalam hal ini ialah seksyen 112 dan 113 Kanun Acara Jenayah.  Sekiranya seseorang itu diperlukan sebagai suspek, pihak polis hendaklah menggunakan seksyen 113 KAJ  dan hendaklah menyampaikan notis/summon kepada suspek untuk menyerahkan diri. Tapi dalam kes di atas, polis hanya menyiarkan gambar-gambar yang pada pendapat mereka boleh membantu siasatan.

 

Justeru, apa yang perlu dilakukan? Individu-individu terbabit boleh sama ada mahu hadir atau tidak mahu ke balai polis untuk bantu siasatan polis. Sekiranya merasakan tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan polis, mereka boleh membawa bersama peguam untuk mewakili mereka.

 

DPPKT akan cuba sedaya upaya menyediakan khidmat nasihat guaman dalam hal ini.

Sila hubungi 019 9157330 (SETIAUSAHA)