Filed under: Aktiviti, Politik, Isu Semasa | Tagged: Aktiviti, ceramah | Leave a comment »
PROGRAM JELAJAH PRESIDEN
CERAMAH MONSOON CUP!!MESTI DATANG
SIRI CERAMAH
Tarikh: 02/12/2007
Tempat : Kg Kubur Timah, Batu Rakit
Masa : 9.15 mlm
Hari : Selasa mlm Rabu
Penceramah :
1. Ustaz Azaman Shapawi Abd Rani – Ketua DPPNT
2 Ustaz Saharizukirnain A Kadir – Ketua DPP Setiu
3. Ustaz Mod Nazari Alias – Setiausaha Kawasan Setiu
_________________________________________________
Tarikh: 03/12/2007
Tempat : Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Masa : 9.15 mlm
Hari : Isnin mlm Selasa
Penceramah :
1. YB Salahuddin Ayub (Ketua DPP Pusat)
2. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani (Ketua DPPNT)
3. Ustaz Ariffin Deraman (Tim. Ketua DPPNT)
4. Sdra Ramlan Roes (Exco Angkatan Muda PKR Pusat)
5. Sdra Lau Tek Hai (Ketua Penerangan AMK Pusat)
DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Filed under: Aktiviti, Politik, Isu Semasa, Tempatan | Tagged: ceramah, hadhari, Isu semasa, monsoon cup, Politik | 1 Comment »
POLIS TIDAK PERCAYAKAN PAS
13 November 2007, seawal jam 5 petang, Polis buat sekatan jalanraya di sekitar bandar Kuala Terengganu, lebih-lebih lagi di Batu Burok. Penulis dihubungi oleh beberapa orang kenalan bertanyakan Ceramah di Persiaran Hakim pada malam tu, tapak ceramah yang sama dengan Peristiwa 8 September lalu. Kata mereka, ada poster ditampal. Penulis hairan, kalaulah benar ada ceramah, sudah tentu penulis lah antara orang yang terawal tahu.
Pada 8 November lalu, penulis diberitahu Saudara Azmi Mohd Yasin, Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu bahawa beliau dipanggil OCPD Kuala Terengganu dan diberitahu bahawa permit tidak diberikan. Polis sengaja membaca isi kandungan surat dari Jemaah Menteri yang memuatkan petikan Perutusan Yang Di Pertuan Agong, yang dukacita atas kejadian yang berlaku pada 8 September lalu. Antara yang menarik, OCPD membaca isi kandungan tersebut, “adalah menjadi suatu Kezaliman bagi Pas untuk menganjurkan program-program seumpama itu. Kata salah seorang pemuda yang mengiringi Azmi malam itu, apabila surat tersebut diedarkan kepada mereka untuk dibaca, perkataan yang sebenar ialah “adalah menjadi KELAZIMAN“, bukannya kezaliman sebagaimana yang dibaca OCPD. Jauh bezanya makna perkataan tersebut walaupun bunyinya lebih kurang sama.
Oleh kerana semua pimpinan negeri telah ke KL lebih awal untuk menyertai Himpunan 100k pada lusanya, Azmi berjanji akan sampaikan keputusan tersebut kepada mereka dan terpulang kepada pimpinan untuk buat keputusan sama ada nak diteruskan ceramah di situ ataupun tidak.
Sekembalinya pimpinan Pas dari KL, YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama beberapa orang lain ke IPD untuk bertemu sendiri dengan pihak polis. Surat jemaah menteri yang dijanjikan oleh polis untuk diberi salinan kepada pihak Pas tidak diberikan. Sebelum 13 November, pihak polis hubungi lagi Encik Azmi untuk pengesahan sama ada Pas akan teruskan ceramah atau tidak. Azmi tegaskan bahawa memang Pas sudah batalkan ceramah tersebut. Apa yang berlaku di pihak polis ialah, mereka menampal risalah yang mengatakan bahawa pada 13 november malam, akan diadakan perhimpunan haram di Lorong Persiaran Hakim, dan sesiapa yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut boleh diambil tindakan atau ditangkap di bawah seksyen sekian, sekian. Media TV dan Radio juga mencanangkan perkara yang sama.
Seawal pagi lagi penulis menerima beberapa sms dari kawan-kawan. Ada yang bertanyakan sama ada ceramah ada ke? ada juga yang terus sebarkan sms bahawa pakat mari ceramah malam itu untuk beri sokongan kepada BERSIH. Sedangkan pihak Pas tidak keluarkan sebarang poster, risalah,handbill atau apa bentuk makluman berkenaan ceramah pada malam tersebut. Ceramah yang sebegitu besar dan penting, takkan sampai tidak dikeluarkan sebarang poster? Sepatutnya polis bahagian Cawangan Khas lebih tahu. Tapi mereka tetap bertindak menakut-nakutkan masyarakat tentang BAHAYA MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM malam itu. Ada juga yang sms mengatakan bahawa ramai orang luar dari Terengganu sudah sampai untuk menghadiri ceramah tersebut. Bukan setakat orang awam, bahkan pihak polis sendiri telah menerima kunjungan sebanyak tak kurang dari 10 buah trak dan kenderaan FRU Pahang.
Sebelum Asar lagi sudah kedengaran helikopter berlegar-legar di udara Kuala Terengganu.
Pada malamnya selepas Isya’, penulis sengaja pusing-pusing sekitar Batu Burok untuk melihat suasana. Boleh dikatakan setiap lorong ke pantai Batu Burok diadakan sekatan. Selepas beredar, menulis terima sms lagi, dari seorang kenalan yang baru berusia 15 tahun, katanya beliau cuba masuk ke jalan tepi pantai berdekatan jalan persiaran hakim dengan berbasikal. Itupun dikejar polis. Berdebar, dan Mujur tidak ditangkap polis katanya. Hai polis, takkan lah sebab kita orang tak buat ceramah, nak lepas geram pada budak-budak pulak.
BERJAYA ATAU GAGAL TINDAKAN POLIS ?
dppkt: jangan marah ya polis
Filed under: Politik, Isu Semasa, Tempatan | Tagged: BERSIH, ceramah, Isu semasa, polis | Leave a comment »
CERAMAH ISU PALESTIN
CERAMAH ISU PALESTIN:
Tarikh : 04 OKTOBER 2007
Hari : Khamis mlm Jumaat
Masa : 9.20malam
Tempat : Masjid Rusila, Marang, Trg .
Penceramah:
Sheikh Mahmod Shiam – Bekas Iman Masjid Al-Aqsa.
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Dato’ Hj Mustafa Ali
Pastikan anda kesana !!!!
Siaran Langsung di http://www.terengganukini.net
Filed under: Aktiviti | Tagged: ceramah, Isu semasa, palestine | Leave a comment »
8 SEPTEMBER-TRAGEDI BATU BUROK
Sep 10th, 2007 by jiwokelate.blogspot.com
Polis bertindak ‘menghadiahkan’ peluru hidup kepada orangramai yang berhimpun secara aman di Batu Burok dilihat bagaikan polis sudah ‘hilang akal’ dalam negara yang sering melaungkan demokrasi.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tragedi di Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi merupakan kejadian kali pertama beliau mendengar pihak polis menggunakan peluru hidup apabila berhadapan dengan rakyat yang berhimpun secara aman untuk mendengar ceramah politik.
“Apabila polis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi, bagi saya, ia merupakan satu rekod selepas 50 tahun kita merdeka,” tegasnya.
“Ini bukannya perhimpunan membantah dasar kerajaan. Ini adalah ceramah yang lazim diadakan pada setiap malam di negara ini. Ia perkara biasa, dan pihak polis sama sekali tidak perlu menggunakan kekerasan, apatah lagi menggunakan peluru hidup, untuk menyuraikannya.
“Selama ini, ceramah yang dianjurkan oleh PAS, KeADILan dan DAP tidak menimbulkan apa-apa masalah kecuali jika ia diganggu pihak polis,” tegas beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan FRU itu.
Beliau memberi respon demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu, malam tadi, yang mencetuskan ketegangan selepas pihak polis menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah anjuran Bersih (Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih) itu.
Mohamad juga dijadualkan memberi ceramah pada malam tersebut, bersama-sama Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, dan anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP. Turut serta Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, seramai 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air berasid dikejarkan ke tempat kejadian. Orang ramai dihalang ke lokasi ceramah sejak jam 2 petang semalam lagi.
Dua pemuda cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis dalam insiden itu. Difahamkan seorang daripadanya masih dalam keadaan kritikal.
Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Dalam pada itu, Mohamad mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini memandangkan tindakan ganas yang dilakukan pihak polis.
Sementara itu, media tempatan melaporkan polis semalam mendapat perintah tahanan reman ke atas empat lelaki bagi membantu siasatan termasuk yang cedera terkena tembakan dan dirawat di HSNZ.
Lelaki yang cedera berusia 21 tahun dari Kampung Masjid Pasir Panjang, di sini direman lima hari mulai semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, manakala tiga lagi direman antara dua hingga empat hari.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki yang cedera itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhd Rusli Ahmad di HSNZ, manakala tiga lagi dibawa ke Mahkamah Majistret.
Beliau berkata, 17 lagi lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: ceramah, politik umno jahat | Leave a comment »