• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

WAJAH SEBENAR ORANG UMNO

Video klip ini diambil sempena forum pasca PRU 12 yang juga dihadiri oleh Tun Mahathir, anaknya Mukhriz, dan Khir Toyo. Sila dengar baik2 reaksi penonton2 lain kpd soalan pemuda tersebut. Kdengaran perkataan f*** you, Bastard you(anak haram), keluar, dll….

Mikrofon dimatikan, dia ditarik keluar, dan salah seorang memautnya dengan kasar di tengkuk. Ini lah akhlak mulia orang umno. Penuh dengan sikap fanatik, ta’asub, tiada tolak ansur, tidak rasional, samseng, biadab, mencarut……

Advertisement

BOIKOT PRODUK BELANDA

DPPKT mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menayangkan filem pendek Fitna yang menggambarkan Islam dan umatnya sebagai pengganas. Filem 15 minit tersebut memetik sebahagian ayat-ayat al Qur’an yang berkait dengan perintah Jihad dan memerangi golongan kuffar, diikuti dengan tayangan visual pengeboman-pengeboman dan keganasan yang dilakukan puak radikal atau militan Islam. Klip video itu juga menayangkan peristiwa 11 September World Trade Centre yang dilanggar oleh kapal terbang. Sehingga kini tiada bukti sahih yang menunjukkan bahawa peristiwa itu dirancang dan dilakukan oleh orang Islam. Jelas menunjukkan bahawa Geert Wilders berniat jahat untuk memburuk-burukkan Islam dan penganutnya di mata dunia.

DPPKT mendesak agar kerajaan Belanda mengharamkan penayangan filem tersebut kerana ia mengundang kemarahan dan ketidakselesaan kepada masyarakat Islam, serta boleh menyebabkan penindasan terhadap umat Islam minoriti yang menetap di negara-negara barat.

DPPKT juga menyeru agar rakyat Terengganu memboikot produk-produk yang datang dari Belanda.

BOIKOT BARANGAN DI BAWAH!!!

belanda.jpg

“KITA CAKAP, KITA BUAT”-SILA LETAK JAWATAN!!

Di bawah ini dppkt siarkan satu coretan menarik dari seorang teman cyber yang menggelarkan dirinya cucutokwang.

MB ANGKAK SUPOH

Semalang Mad Said angkat supoh jadi menteri besor Teranung. Puok2 hok derhaka ke Sultang pung ade maghi belake. Ambe ingat ke Derih dok maghi doh. Rupe2nye muke dok mmalu tu maghi jugok. Siap pelok Mad Said lagi. Sorang lagi Rosul takdok wahyu. Kate nok letok jawatang kalu Mad Said angkak supoh. Bakpe mung dok letok jawatang di Istane rama2. Puok2 ning bukang stakat derhaka ke Sultang, hok terok lagi derhake ke Allah dok sedor skit abok.

KITA CAKAP, KITA BUAT

Ambe teringat ke ayat2 hok Derih promot. Antaranye bunyi “Kita Cakap, Kita Buat”. Ari tu Rosul kate nok letak jawatang, tapi tok buat pung. Ni la puok2 hok cakap dok serupe biking. Mad Said pulok melaksanekang slogan Derih hok bunyi “TIADA HALANGAN, HANYA PELUANG”.

EXCO TAK DOK LAGI

Ambe ingak ke exco angkak supoh slalu kmareng. rupe2nye dok lagi. Kate Mad Said bui mase ke die tempoh seminggu atau 10 hari nak lantik exco2. agok2 sape lah hok layok jadi exco mad said. 23 orang penderhaka blake. Kalu Mad Said lantik jgok maknenye macam mad said pong derhake jugok la. Tapi nok buat guane? tok kang nok lantik puok kite hok hijau ni? Aie berak kije mad said ni….Mudoh2an Agong ampung doh sek2 derhake ni…

MAMPAT

Ambe nok ucap tahniah la ke Mampat sebab berjaye anjur perhimpunang sambut Sultan kite di Lapangang Terbang 29 Mac baru2 ni. ikut kate kawang ambe, seorg reporter, ade dekat 30, 000 maghi. ade hok kate sapa 50,000. Dok tau la angke sebenor. AMbe kate 15,000 ribu je. kalu betul hok 15 ribu pung lepas target doh. TAHNIAH!!TAHNIAH!! Ghamoknye pengerusi MAMPAT lepas ni buleh anugerah mende ape? Ambe percaye die bukang kejo ke pangkat macang puok2 umno. Susoh hati puok tu bile dengor kabor nok kene tarik gelorang dato’. Dengor kabor ari tu, Sultang kite pung takbir jugok slow2. TAKBIR!!!!Hidup Sultang Mizang!!! Ambe gi jugok ari tu. mase balik ambe sengaje balik lewat sebab malas nok bratur krete panjang2. lama gile jammed. sampa pukul 1ptg baru lege jalang. menasaboh la kalu kate 30,000 ribu. Ambe teringat berite Berita Hairan kate 10ribu sambut Derih di Besut lepas komfem tok jadi MB. Hok peliknye dalang METRO pulok kate 300 org je. hok mane se betul ni? Panda2 sndiri la pikir hok mane betul…………

UKIRAN DEWA

Lepah pade berhimpung, ambe gi minung kedai dekak lapangang terbang. Temung ngang saing lame. die kabor la ade ukirang dok comel dalang bilik vvip. ambe tanye mende ape? Katenye ade ukirang macang patung dewa same ade buddha @ hindu. di sepanjang pagor flyover sbeloh kanang pung ade jugok katenye. ambe tanye guane buleh jadi gitu? Katenye Derih wak maghi ‘design’ dari Bali. Patut pung….Dok abih crite Jing Sejid Kristel, maghi pulok Jing Lapangang Terbang. Kalu Sultang tau hok ni, lagi murke ghamoknye. Dok soh maing politik la Derih wei, gi balik ngaji pondok pasir tumboh nu……

KEDAULATAN SULTAN:MUTLAK ATAU TERHAD

daulat-tuanku.gifArtikel di bawah dihantar oleh Prof.Madya Dr. Abdul Rani  bin Shamsudin melalui komen terhadap berita video “10,000 sambut Sultan”, agar dapat dibaca oleh semua pengunjung.

DPPKT menyiarkannya secara tulin tanpa meminda sedikitpun isi artikel ini.

**************************************************

Kedaulatan Tuanku (My Boss): Mutlak atau Terhad?

Budibicara
Alhamdulillah, kemelut perlantikan MB Trengganu `dikira selesai’. Walaupun Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa kuasa perlantikan MB adalah prerogatif (semata-mata hak) Baginda Sultan di negeri-negeri masing-masing, namun ada pihak-pihak yang berpendapat bahawa budibicara (discretion) Baginda Sultan adalah terhad ataupun bersyarat. Perlembagaan Persekutuan menggunakan istilah seperti `pada budibicaranya’ (in his discretion) dan `pada pendapat/ fikiran/ timbangan’ (in his opinion) dan atau pada keputusannya (in his judgment). Istilah serupa juga digunakan dalam perlembagaan negeri Trengganu sebagai contoh. Pun begitu, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Baginda Sultan dalam melantik MB boleh mengenepikan peruntukkan-peruntukkan negeri jika difikirkan perlu. Maka adalah tidak tepat sama sekali, pada pendapat saya, pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa budibicara Baginda Sultan melantik MB adalah budibicara yang bersyarat/ terhad (fettered discretion). Keputusan Baginda hendaklah dikira muktamad dan bukan sesuatu yang mana-mana pihak terkilan mempunyai hak untuk merayu.

Budibicara mutlak (unfettered discretion) bukan sesuatu yang asing dan juga bukan sesuatu yang ditolak oleh sistem undang-undang negara ini. Bahkan, Peguam Negara sendiri memiliki budibicara mutlak sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Federal antara lainnya seperti dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim berkait dengan tafsiran Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan perihal budibicara Peguam Negara dalam hal-hal pendakwaan orang yang kena tuduh. Walaupun Peguam Negara perlu membuat keputusan dengan berhemah, keputusannya samada berhemah atau sebaliknya adalah isu yang berlainan. Mungkin apa yang berhemah pada seorang bukan semestinya pada fikirannya. Apakah beliau mesti membelakangkan apa yang beliau sendiri fikirkan `berhemah’ hanya kerana orang lain berpendapat sebaliknya? Dalam hal ini keputusan Baginda Sultan adalah prerogatif (semata-mata hak) Baginda Sultan sendiri, dan terpulanglah pada fikiran/ timbangan Baginda Sultan untuk memutuskan dengan berhemah. Samada keputusan yang dibuat itu berhemah atau sebaliknya adalah isu berlainan dan adalah pendapat masing-masing.

Begitu juga, walaupun orang yang dilantik Baginda Sultan sebagai MB boleh `digugurkan’ melalui undi tidak percaya oleh Majlis Undangan Negeri, ianya adalah isu berbeza dan tidak berkait dengan kuasa lantikan Baginda Sultan. Walaupun isu undi tidak percaya boleh digunakan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, adalah tidak tepat bahawa MB Trengganu boleh dengan mudah dikenakan dengan undi tidak percaya sepertimana setengah-setengah pengulas-pengulas mengatakan `jatuh seperti nangka masak’ yang membawa maksud bahawa MB yang dilantik harus meletakkan jawatan ekoran undi tak percaya tersebut. Dalam hal ini, undi tak percaya tidak boleh digunakan secara mala fide atau sewenang-wenangnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerana MB di lantik oleh Baginda Sultan sendiri. Dalam melantik MB, Baginda Sultan bukan sahaja perlu menimbangkan bahawa orang yang dilantik itu memperoleh sokongan majoriti, tetapi perlu juga mengambil kira perkara-perkara (sulit dan umum) lain agar MB yang dilantik dapat membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran kepada negeri yang dibawah naungan Baginda Sultan. Jadual 4 – Bahagian 1 Perlembagaan Persekutuan – ikrar/sumpah YDPA (…Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan aman didalam negeri)

Baginda Sultan mempunyai kedudukan yang baik untuk menilai siapa yang paling berwibawa untuk Baginda menyerahkan amanat pentadbiran agar negeri yang dibawah naungannya makmur, aman dan sejahtera. Dengan demikian, budibicara Baginda Sultan adalah sesuatu yang mutlak dan bukan bersifat bersyarat. Seterusnya, adalah sesuatu yang `kelakar’ untuk mengusulkan undi tidak percaya pada sidang pertama mahupun kedua atau ketiga Dewan Undang Negeri sedangkan belum ada lagi bukti bahawa MB yang dilantik itu gagal melaksanakan tugas yang sepatut dipikulnya. Seorang MB perlu diberikan masa yang munasabah baginya menjalankan tugasnya dahulu sebelum apa-apa tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya boleh diambil. Kerana tidak, Baginda Sultan masih berkuasa menolak perletakkan jawatannya atau melantiknya semula kejawatan MB. Maka undi tidak percaya hendaklah disertai dahulu dengan keterangan bahawa MB ternyata tidak cekap dalam hal pentadbiran negeri itu. Usul tidak percaya bukan sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana Baginda Sultan sendiri yang melantiknya. Secara implikasi, perkenan Baginda Sultan untuk perletakkan jawatannya adalah relevan.

Kedaulatan Raja
Raja berpelembagaan bermaksud tidak lain melainkan bahawa Raja menduduki tempat teratas dalam pemerintahan, dan mana-mana tindakan untuk menghadkan kedudukan ini atau budibicara Baginda Sultan sebenarnya bercanggah dengan tujuan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Perlembagaan tidak boleh dilihat secara literal tanpa melihat secara menyeluruh kuasa-kuasa dan kedudukan Sultan-Sultan di Malaysia. Seseorang Sultan dianggap berdaulat. Dalam institusi kesultanan Melayu, Sultan menduduki tempat tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran di negeri masing-masing dan ini jelas sebagaimana perkataan seperti `Polis Di Raja Malaysia’, Tentera Di Raja Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia dan banyak lagi. Sultan juga adalah tunggak menyatupadukan rakyat, mengamankan dan memakmurkan negeri, berkuasa dalam segala hal ehwal dalam negeri, agama Islam, peperangan dan hubungan luar negeri. Rakyat mengikut dan menjalankan titah raja dan taat setia sejajar dengan rukun negara Malaysia. Sultan mempunyai cop mohor yang menandakan lambang kuasa dan pengesahan (Public Seal). Perkataan `perkenan’ (assent) Agung atau Sultan dengan sendirinya membawa maksud bahawa terpulanglah kepada Agung dan Sultan-Sultan Negeri-Negeri samada mahu atau tidak perkenankan nasihat atau cadangan-cadangan yang dikemukakan. Dalam hal ini, perkataan-perkataan `Daulat Tuanku’ `istana’, `patik’ dan `Tuanku’ (my boss) itu sendiri perlu difahami dan dihayati maksud sebenarnya.

Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan YDPA adalah Ketua Tertinggi Persekutuan dan mengatasi semua orang didalam Persekutuan; Artikel 36 PP mesti menyimpan dan menggunakan Mohor Awam Persekutuan (Public Seal); Artikel 38 (4) PP menyatakan tiada Undang-undang yang menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat atau maruah Sultan dan atau Yang DiPertua Negeri boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja – lihat juga Artikel 181 berkenaan dengan kedaulatan kedudukan dan keistemewaan Sultan-Sultan; Artikel 39 (1) Perlembagaan Persekutuan (PP) menyebut kuasa eksekutif terletak pada YDPA. Artikel 40(2) PP menyebut YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya dalam perlantikan Perdana Menteri. Artikel 41 PP – YDPA adalah (shall) Pemerintah Tertinggi Tentera DiRaja Malaysia (armed forces of the Federation); Artikel 137 (1) & (3) Ketua Angkatan Tentera mestilah lantikan YDPA; Artikel 43 (2) PP menyebut bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa lantikan YDPA seseorang yang pada keputusan YDPA akan memperolehi keyakinan majority ahli-ahli Dewan Rakyat; Artikel 43 (6) – Minister shall take oath of allegiance. Artikel 44 PP, YDPA adalah sebahagian dari komponen Perundangan Persekutuan dan Artikel 66, mana-mana undang-undang yang hendak diluluskan perlu mendapat perkenan YDPA – pindaan pada Artikel 66 (4) & (4A) yang memperuntukkan bahawa perkenan YDPA tidak lagi penting adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP kerana menjejaskan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja; Artikel 45 PP – dalam perlantikan ahli-ahli Senate, mereka hendaklah pada pandangan/pendapat/ timbangan YDPA orang yang berwibawa; Artikel 122(1A) PP perlantikan Ketua-ketua Hakim adalah atas kehendak YDPA (may appoint .. for such period of time as he may specify any person who has held high judicial office in Malaysia…). Artikel 125 PP, pemecatan seorang hakim adalah atas kehendak YDPA (may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office); Artikel 140(4) PP, jawatan Ketua Turus Polis hendaklah dibuat oleh YDPA atas saranan/cadangan Suruhanjaya Angkatan Polis; Artikel 141A, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dilantik oleh YDPA setelah mengambil kira nasihat PM dan setelah mendapat nasihat Majlis Raja-Raja; Artikel 145 PP, YDPA yang melantik Peguam Turus Persekutuan. Artikel 145(2) & (5), YDPA adalah Tuan kepada Peguam Turus Persekutuan dan boleh mengarahkannya dimana jawatan Peguam Turus Persekutuan itu sendiri adalah mengikut kehendak hati YDPA (during the pleasure of the YDPA); Artikel 150, kuasa mengistiharkan darurat adalah kuasa YDPA jika dia berpuashati untuk berbuat demikian dan tidak boleh dicabar langsung; Artikel 153 PP, tanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu, pribumi (Sabah & Sarawak) dan kepentingan-kepentingan yang berasas (legitimate) mana-mana kaum adalah tugas YDPA;

Dalam Jadual 8 PP, Sultan dan atau Yang Dipertua melantik Menter Besar mengikut budibicaranya (act in his discretion), pada keputusannya (in his judgment), dan atau pada pendapat/ timbangan/fikirannya (in his opinion) – ahli-ahli Majlis Executive memegang jawatan atas kehendak hati (at the Ruler’s pleasure). Sultan juga boleh prorogue atau bubarkan Majlis Perundangan. Undang-Undang Negeri hendaklah mendapat perkenan Sultan. Seksyen 11 (2B) Jadual ini adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP Perlembagaan kerana pindaan ini menjejaskan kedudukan Sultan – iaitu kuasa perkenanya antara lain.

Hendaklah bertindak atas nasihat (to act on the advise) hanya sekadar mengambil tindakan setelah mendapat nasihat bukannya terikat dengan nasihat (To act on the advice does not mean to be bound by the advice). Namun setelah mendapat nasihat, YDPA, hendaklah mengambil tindakan (follow up) berikutan nasihat tersebut. Maksudnya, selagi belum mendapat nasihat, YDPA tidak berkewajipan untuk membuat apa-apa tindakan, namum ianya tidak bermaksud bahawa selepas nasihat diberi atau rujukan dibuat, YDPA semestinya terikat dengan nasihat tersebut, hanya perlu mengambil tindakan (to take action) atas nasihat tersebut. Apa tindakan YDPA atas nasihat tersebut adalah ketetapannya atau urusannya. Dalam hal ini, pindaan pada Artikel 40(1A) dan Jadual 8 Seksyen 11 (2B) Jadual adalah ultra vires Perlembagaan Artikel 36 & 38(4) PP.

Malahan Sultan-Sultan Malaysia tidak boleh disamakan dengan mana-mana Rajapun di dunia ini termasuk United Kingdom. DiMalaysia, bukan satu tetapi terdapat sembilan Sultan, dan seorang yang DiPertuan Agung secara bergilir-gilir dikalangan mereka. Kedudukan Raja-Raja diMalaysia amatlah unik. Raja-Raja di Malaysia selepas merdeka dari pemerintahan inggeris bukan lagi sekadar `pengecop’ sepertimana semasa penjajahan Inggeris dimana Sultan-Sultan perlu bertindak atas nasihat (shall act on the advice) Residen British yang merupakan wakil kepada Raja DiEngland. Berbanding Residen British, MB adalah orang lantikan Sultan dan berkhidmat untuk dan dibawah Sultan. Tentunya orang yang Baginda Sultan akan lantik sebagai MB wajarlah pada fikiran/timbangan Baginda Sultan dikalangan orang yang mendapat kepercayaan Baginda Sultan bagi tujuan pentadbiran negeri yang dibawah naungannya. Untuk mengatakan bahawa Baginda Sultan terikat dengan nasihat mana-mana orang atau MB yang Baginda Sultan mempunyai prerogative melantik, pada pendapat saya memang tidak sejajar dengan perkara-perkara seperti `Daulat Tuanku’, `Istana’ dan `perkenannya’. Dengan demikian, keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong sepenuhnya pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru adalah sesuatu yang amat di alu- alukan dan teladan yang baik kepada Melayu dan bukan Melayu di Malaysia .

KESALAHAN TERHADAP KEDAULATAN YDPA DIBAWAH KANUN KESEKSAAN (BAB V1)
PENAL CODE CHAPTER VI
OF OFFENCES AGAINST THE STATE

121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.
121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong’s person.
Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
121D. Intentional omission to give information of offences against sections 121, 121A, 121B or 121C by a person bound to inform.
Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under sections 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 UIAM

36 HARI BERTARUNG, AKHIRNYA IDRIS KALAH

Hari

Tarikh/Bulan

Berita Buletin Online

1

21 Feb

Idris Isytihar Calun Pilihannya – Pak Rosli Paling Sedih
Bantahan Oleh ahli-ahli UMNO bermula selepas Idris umumkan calun

2

22 Feb

Bantahan Hari Kedua Terus Berlaku
Lebih banyak bendera BN dijangka tumbang di Terengganu
‘Pesta Turun Bendera UMNO’ hanya Propaganda, Dr. Latiff di kunjungi penyokong, Man Bakar ke K Lumpur

3

23 Feb

Arahan Bayar Duti Setem Cubaan Batal Pencalonan- BERSIH
Polis jangan lindungi ‘Pengundi Hantu’ – Presiden PAS
Deris Ke Kuala Lumpur lagi – Pak Lah & Najib main jongkang jongkit

4

24 Feb

Ketegangan di Marang – Pemuda UMNO menyerang dengan parang dikejarkan ke hospital

5

25 Feb

Idris Ajak Rakyat Terengganu Tolak PAS Demi Keamanan – Gedebe Besut terus bermaharajalela

6

26 Feb

Ahli UMNO cabut tiang bendera besar di hadapan Pejabat UMNO DUN Jabi
‘Pakat Perebah’ Pak Yih

7

27 Feb

Presiden PAS angkuh? Dakwaan Idris cuba menutup isu ‘Gedebe’

8

28 Feb

Pemuda UMNO menyertai PAS
Manifesto BN ‘Selamat, Aman, Makmur’ – cakap tak serupa buat

9

29 Feb

Kadar Jenayah Meningkat di Besut – siapa dalangnya ?

10

1 Mac

Tabung Darul Iman(TDI) yang ditubuhkan oleh Kerajaan PAS Terus Dimanfaatkan UMNO/BN
UMNO Terengganu pulih? Tak nampak pun kelibat Man Bakar, Ku Putera dan Pak Rosli…………

11

2 Mac

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu menyahut cabaran untuk menangkap pengundi hantu

12

3 Mac

Lagi penyelewengan SPR – senarai pengundi pos bertindih/berulang
‘Grand Design’ Deris : Man Bakar kalah dengan Deris, Deris pula kalah dengan Mad Said

13

4 Mac

Salleh Husin yang menurunkan bendera di Jabi jemput Tok Guru Ceramah

14

5 Mac

Peluang PAS cerah di DUN Kemasik – ahli-ahli UMNO protes calon ‘perampas’, bertindak keluar UMNO
UMNO/BN Terengganu sangat Terdesak !

15

6 Mac

Najib kata Man Bakar terkorban macam ‘Khalid al-Walid’ – dapat projek jambatan RM 300 juta
Ustaz Latif kembali ke pangkuan PAS – peluang tawan Terengganu semakin cerah
Pengundi hantu, IC palsu bakal selamatkan Idris

16

7 Mac

JKKK Kemasik sertai PAS, di Kuala Besut ‘Tebang Undi’
Senario dan Maklumat Terkini di Terengganu
Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Terengganu
Cubaan bawa masuk pengundi luar (hantu)- guna khidmat 190 buah bas, 2000 kereta
73 orang menyertai PAS di DUN Kuala Berang – UMNO/BN semakin kelam kabut

17

8 Mac

Surat palsu dari Presiden PAS – Laporan Polis dibuat
Ketegangan dan kekecohan di Peti Undi Rusila – pakatan terancang Barisan Nasional

18

9 Mac

Presiden menang Rhu Rendang dan Parlimen Marang, peningkatan kemenangan 100%
Orang Terengganu mesti mula berfikir

19

10 Mac

Idris gagal angkat sumpah – Terengganu bakal dapat MB baru?
Insiden Rusila – Rakyat bangkit menuntut hak, pengundi luar(hantu) tiada hak.

20

11 Mac

Percaturan sengit walaupun BN menang – siapa MB Terengganu ?
Pilihanraya Umum ke 12 tidak telus, tidak bersih dan tidak adil

21

12 Mac

84.3% Tidak Percaya Kerajaan boleh menangani ‘Pengundi Hantu’
Idris Serah Kepada Istana – Jawatan Menteri Besar kembali ke Kemaman

22

13 Mac

Wakil Rakyat Baru PAS mula turun padang
Istana ‘Murka’ Idris

23

14 Mac

Terkini – Rahin Said MB Terengganu ?
Gembiranya Seorang Sultan – Retro
Deris Ke Kuala Lumpur lagi – Pak Lah & Najib main jongkang jongkit

24

15 Mac

Sebuah lagi akhbar melobi Idris kekal MB
Isu MB Terengganu tambah kronik – Perjumpaan 23 Adun BN dan MPPR dibatalkan
Krisis perlantikan MB – Dari Perlis sampai ke Terengganu, Allah bayar ‘cash’!

25

16 Mac

Ramai yang berangan nak jadi MB Terengganu

26

17 Mac

Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu
Memorandum 7 ketua bahagian punca Idris Jusoh gagal jadi MB?
Calon MB ‘derhaka’ – Presiden PAS
Rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang Tuanku!

27

18 Mac

Tiada Upacara Angkat Sumpah hari ini – Terengganu masih belum ada Menteri Besar
Banner’ Rakyat Berdiri Teguh di Belakang Tuanku di Musnahkan oleh Penyokong Kerajaan

28

19 Mac

Pelantikan Wan Farid Satu Penghinaan Kepada Idris dan Rakyat Terengganu
Perlantikan Menteri Besar Terengganu – Peguam Negara Campur Tangan

29

20 Mac

Isyarat Kemenangan Terengganu pada PRU13 yang Jelas
Drama politik terhangat – Rakyat masih perlu kepemimpinan Idris?

30

21 Mac

Idris masih Menteri Besar Terengganu?
Tak Perlu Ubah Pimpinan Umno – Idris semakin bercelaru
10 sebab mengapa Idris wajar berundur

31

22 Mac

Sehingga Kini, Idris satu dari 3 Pengampu
Empat Sukarelawan yang ditahan, dibebaskan
Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana – Idris wajib berundur
Ahmad Said Dilantik Menteri Besar Terengganu – Puak Idris akan tentang habis-habisan

32

23 Mac

Ahmad hadapi tindakan jika angkat sumpah MB
Ahmad Said selamat terima watikah, Penyokong Idris buat Himpunan Haram
Ketegangan BN-istana isu MB T’ganu
Idris Mungkir, UMNO Biadap

33

24 Mac

Idris ada 3 fail, Ahmad Said ada 25
MB Terengganu: Calon lain atau pilihanraya lagi?
Undang-undang dari Litar F1 – Tafsiran Abdullah dangkal
Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana
AMK Terengganu cadang buat laporan polis, terhadap Idris dan 23 ADUN BN
Ahmad Said Mula Tugas Esok – (Lakonan) Rosol berubah watak

34

25 Mac

Nik Aziz tegur Idris kerana biar Adun BN bertindak negatif
Siapa dituduh binatang? Sultan?
Derhaka’ kepada Institusi Raja – Abdullah dan Idris mesti bertanggungjawab

35

26 Mac

PAS Sokong Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR)
Mad Said masuk kerja – Deris tak tahu apa dosanya?
Umno hina istana, Pemuda PAS Terengganu buat laporan polis

36

27 Mac

Rakyat diseru pertahankan Institusi Raja Berperlembagaan
UMNO hina Institusi Raja Berpelembagaan – MAMPAT buat laporan polis
Mad Said Kekal – Tiada Keputusan Setelah Pak Lah menghadap Tuanku
Polis siasat sepanduk hina istana
Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?
Gerakyat Melancarkan Kempen Sokongan Kepada Institusi Beraja
Mad Said Menang Deris balik kampung – MT UMNO perakui lantikan
Angin Perubahan (Piala) Monsun

AHMAD SAID KEKAL MB

GELARAN DATO’ SERI DILUCUT?

DPPKT menerima sms semalam(26 Mac) dari seorang rakan yang menyatakan bahawa Idris Jusoh, Rosul Wahid dan Din Adam dilucutkan gelaran Dato’ oleh pihak istana. Kami tidak dapat mempastikan kesahihan berita tersebut. Tetapi nampaknya khabar angin itu telah disebarkan meluas termasuklah laman web http://www.malaysia-today.net Harap-harap ada ‘orang-orang istana’ yang persahkan khabar tersebut agar rakyat tahu cerita yang tepat.

Yang pasti, Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat pulang ke Terengganu pada 29 Mac, Sabtu ini dan insyaAllah akan disambut oleh ribuan rakyat Terengganu yang datang untuk menyatakan sokongan terhadap DYMM Tuanku.

DPPKT terima berita sebentar tadi menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pun baru sahaja mengarahkan semua pegawai dan kakitangan menyambut Tuanku Sultan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 9 pagi Sabtu ini. Mungkin banyak persoalan akan terjawab apabila sekembalinya Tuanku Sultan. Tuanku dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur semula pada 30 Mac jam 11 pagi keesokan harinya.

DPPKT menyeru semua rakyat Terengganu yang berkelapangan hadir sama di lapangan terbang Sultan Mahmud Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan dokongan terhadap Tuanku As Sultan dan institusi raja-raja Melayu.

DPPKT: BERSATULAH RAKYAT TERENGGANU DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG TUANKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH. DAULAT TUANKU.

ALLAHU AKBAR!!!

JOM SOLAT HAJAT SOKONG SULTAN TERENGGANU

DPPKT menyokong penuh usaha-usaha NGO yang menyokong Sultan Terengganu dan Institusi Raja Melayu. Mampat dan beberapa ngo lain akan mengadakan solat hajat esok hari iaitu 27 Mac 2008 bersamaan 19 Rabiul Awal 1429 bertempat di Masjid Tengku Tengah Zaharah (MASJID TERAPUNG), Kuala Ibai, selepas solat Isya’.

Manakala sebelah petang hari yang sama, rakyat Terengganu akan bersama-sama menandatangani  papan tanda sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Terengganu dan Institusi Raja.

Di bawah ini disertakan kad jemputannya:

daulattuanku.jpg

dppkt: Daulat Tuanku…Patik tok suke orang ccakap hudoh-hudoh ke Tuanku

DATO’ MOHAMED AWANG TERA TIMBALAN MB?

26 Mac,Kuala Terengganu-Dato’ Ahmad Said diberitakan tidak hadir ke pejabat hari ini. Ahmad yang dilaporkan datang ke pejabat untuk bertugas, sebenarnya hanya datang untuk bersolat hajat lalu masuk ke pejabat lamanya di tingkat 6.

Dalam pada itu, menurut sumber yang boleh dipercayai, satu mesyuarat tergempar  diadakan di Putrajaya dan hasilnya, Dato’ Mohamed Awang Tera, Adun Chukai dipersetujui untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu. Idris Jusoh dilaporkan hadir sama di mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri , Pak Lah.

Idris pula dilaporkan dalam akhbar  hari ini meminta untuk mengadap Sultan Terengganu yang kini bertugas sebagai DYMM Agong, bertujuan untuk memohon ampun sekiranya ada melakukan kesalahan terhadap tuanku sultan.  Idris mendakwa hubungannya dengan Sultan selama ini baik, dan beliau tidak tahu apa kesilapannya terhadap sultan.

Dalam pada itu juga, sebuah pertubuhan ngo iaitu Mampat(Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) membuat laporan polis terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Umno terhadap institusi raja Terengganu kira-kira jam 11 pagi tadi bertempat di IPD Kuala Terengganu. Semalam diberitakan Alumni Sekolah Menengah Sultan Sulaiman membuat laporan polis dan  kenyataan akhbar menyokong penuh sultan Terengganu.

Khabar angin  mengatakan bahawa banyak lagi ngo-ngo yang akan tampil bagi memberi sokongan kepada Sultan Terengganu dan institusi raja yang semakin hari semakin diperlekehkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

dppkt: kita tunggu dan lihat apa pula selepas ini…

MB BARU TERENGGANU MULA TUGAS

MB Terengganu Mat Said masuk ofis hari ini bagi memulakan tugas baru beliau. Beliau ke Wisma Darul Iman seawal jam 8 pagi, kemudian adakan masjlis solat hajat (macam Deris awal2 jadi MB juga) dan buat ‘press conference’.

Semalam(24 Mac), beliau diberitakan mengadap Sultan Terengganu yang juga DYMM Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan di Istana Terengganu di Ibu kota. Sekembalinya di Terengganu, beliau disambut oleh 3000 penyokong di Kemaman.

Katanya, beliau tidak pernah meminta diberikan jawatan itu, sebaliknya “ia berlaku atas kehendak dan ketentuan Ilahi.”

Justeru kata Ahmad, tiada sebab mengapa beliau boleh dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat daripada UMNO dan dituduh menderhaka kepada parti.

“Tidak timbul soal saya derhaka sebab selama ini saya berjaya menyatu dan mengukuhkan UMNO Bahagian Kemaman sehingga bilangan ahli parti di kawasan ini termasuk Puteri mencecah lebih 40,000 orang.

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan bahawa Idris akan mengadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat bagi meminta keampunan dari Sultan atas segala kekecohan yang berlaku.

Semalam, KeAdilan Terengganu membuat laporan polis terhadap penderhakaan 23 adun Umno Barisan Nasional terhadap Sultan Terengganu. Menurut undang-undang negeri, sesiapa yang didapati menderhaka kepada Sultan (termasuk menghina) boleh diambil tindakan buang daerah.

Setiausaha Dewan Pemuda Kuala Terengganu ketika dihubungi menegaskan bahawa Pemuda menerima dengan penuh hati terbuka terhadap pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu walaupun beliau dikaitkan dengan kisah perobohan Masjid Bujal dan sikap kurang ajarnya dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga menyatakan kekesalan di atas kebiadaban penyokong-penyokong Barisan Nasional yang membawa kain rentang yang berbunyi “KAMI NAK IDRIS, NATANG”. (Natang adalah singkatan dari perkataan binatang). krisismbsultan1.gif

“Ini merupakan suatu perkara yang serius, dan boleh ditafsirkan sebagai menghina Sultan Terengganu. Saya rasa pihak polis perlu ambil tindakan di bawah Seksyen 4 ,Akta Hasutan 1948.” Katanya ketika dihubungi awal pagi ini.

dppkt: satu derhaka ke parti, satu lagi derhaka ke sultan. DUA2 DERHAKA KE TUHAN DOK SEDOR…