• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

DATO’ TENGKU HASAN CABAR DATO’ WAN HISHAM

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang ”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN),

”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.

Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.

”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan,

”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin,

”bantulah, apa salahnya Bantu, dia orang negeri Terengganu, orang Melayu, yang miskin, bantu!,”katanya dalam Majlis Penerangan di Kampung Duyung 14 Januari lalu.

Menurutnya, tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu itu tidak adil, bukan sebagaimana yang pernah disebut oleh Ahmad sebelum ini, bantuan kerajaan adalah untuk semua, tanpa mengira kaum dan pegangan politik.

Dato’ Tengku Hassan yang juga bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu mencabar Dato’ Wan Hisham Wan Salleh, bekas ADUN Batu Burok supaya membuktikan, dimanakah kata-katanya yang didakwa ‘bohong’ oleh Wan Hisham.

Katanya, Wan Hisham (gambar kanan) pada malam pertemuan dengan penduduk Ladang pada 11 Januari menuduh beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang berbohong kepada rakyat berkenaan tindakan kerajaan mengambil balik tanah Ladang.

”Kalau ada orang-orang Wan Hisham pada malam ini, tolong beritahu dia, dia kata saya berbohong,
”saya nak cabar dia, (sila) buktikan dimana saya berbohong, butir apakah saya berbohong,”tegasnya.

Menurutnya beliau menyampaikan fakta yang diberikan oleh para pegawai kerajaan negeri Terengganu dan menerangkan bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut.

Katanya, apa perlu beliau berbohong kepada rakyat dan tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berbohong kepada rakyat.

Justeru beliau menyelar sikap pimpinan Umno yang suka menuduh dengan pelbagai tohmahan kepada pemimpin PAS, kerana mereka bimbang ditolak oleh rakyat.

”Inilah sikap mereka yang suka menuduh, (mereka tidak) membuat apa-apa (untuk rakyat), apabila kita (pemimpin PAS) masuk kampong mereka tuduh bermacam-macam,

”timbu satu macam ketakutan kepada mereka (takut ditolak oleh rakyat),”jelasnya.

Advertisement

MESYUARAT AGONG DPPKT KE 27

cover-buku-agm1Pada 24 April yang lalu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 27 di Dewan Besar Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu di Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Majlis Perasmian tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang  perwakilan dan pemerhati di kalangan pemuda Kuala Terengganu, dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Qur’an oleh Ustaz Sharifuddin Ibrahim, kemudian diikuti ucapan alu-aluan Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali. Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil Pas Kawasan iaitu Yang Berhormat Mulia Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyampaikan ucapan beliau. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapan perasmi, beliau menyentuh tentang isu-isu semasa politik tanahair termasuklah isu Sidang Dun terbaru di mana dewan negeri kosong kerana kumpulan Idris Jusoh boikot Ahmad Said. Beliau juga menekankan bahawa tugas kita merupakan kesinambungan tugas para nabi alaihimusolatu wassalam, dengan membaca ayat dari surah Yunus yang menceritakan bahawa tugas nabi ialah memberi amaran kepada manusia. Begitu jugalah tugas pas hari ini ialah memberi amaran kepada masyarakat agar jangan sokong  Umno kerana kalau sokong juga, masyarakat akan dizalimi. Manakala orang-orang yang beriman dan yang sokong Islam akan diberi berita gembira dengan keteguhan hati dengan perjuangan Islam.

Mesyuarat Agong diteruskan selepas berhenti rehat pada waktu asar, dengan pengundian Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu sesi 2009-2011. Berikut merupakan calon-calon yang menang pertandingan:

  1. Ahmad Kamal Ali
  2. Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Mohd Yusof Embong
  4. Mohd Azrin Mohd Aris
  5. Mohd Ubaidillah Abdullah
  6. Mohd Nordin Ali
  7. Shamsuri Talib
  8. Mohd Al Ghazali Abu Bakar
  9. Wan Hamidi Wan Embong
  10. Nasir Abdul Razak
  11. Zakaria Embong

Manakala Pengerusi Tetap dimenangi oleh Ustaz Hamzah Ngah, Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi oleh Ustaz Ariffin Deraman.

Setelah diumumkan, Pengerusi Tetap telah mengendalikan mesyuarat bagi membentuk Jawatankuasa Dewan Harian. Keputusannya adalah seperti di bawah:

  1. Ketua                                  Ahmad Kamal Ali
  2. Timbalan Ketua             Wan Mohd Faizul Wan Abas
  3. Naib Ketua                       Mohd Yusof Embong
  4. Setiausaha                       Mohd Nasir Abdul Razak

Jawatan-jawatan lain masih belum diputuskan.

TIADA LAGI TEMBOK PEMISAH ANTARA PAS DAN BUKAN ISLAM

Tiada Lagi Tembok Pemisah PAS dengan Bukan Islam PDF Print E-mail
Written by WanKay
Tuesday, 28 April 2009 06:53

KUALA NERUS – PAS bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Islam bahkan memecahkan tembok yang memisahkan antara parti itu dengan orang bukan Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan-kumpulan Islam lain kini bersama-sama dengan PAS bagi mendirikan syariat Islam meski pun berbeza pandangan dan pendekatan.

https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita4/TGHiteamuslimat.JPG“Walau pun mereka (kumpulan Islam) itu mempunyai pandangan yang berlainan dengan kita (PAS), pendekatan yang berbeza dengan kita (PAS) tetapi dalam masalah politik mereka bersama dengan PAS untuk mendirikan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea anjuran Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Restoran As-Syakirin, Gong Badak, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata dalam masa yang sama PAS berjaya memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang-orang yang bukan Islam.

Katanya selama ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan gambaran buruk tentang PAS kepada orang bukan Islam.

Oleh itu, katanya penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS telah dibuktikan dalam kerjasama beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Pertama, orang yang bukan Islam menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai PAS sehingga kita (PAS) menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

“Mereka (orang bukan Islam) yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS ini menyatakan mereka menerima pemerintahan Islam,” jelasnya.

Meski pun, katanya ada pihak yang mendakwa mereka (orang bukan Islam) menyertai PAS kerana tidak puas hati, kerana marah dan sebagainya.

Menurutnya, Islam mengajar agar umat Islam bersikap terbuka dan menerima kehadiran golongan bukan Islam dengan apa cara sekali pun secara jujur.

“Walau pun ada yang menyatakan mereka (orang bukan Islam) masuk (bersama) PAS kerana tidak puas hati, mereka masuk PAS kerana marah dan mereka masuk kerana macam-macam.

“Nabi kita (Muhamad SAW) mengajar supaya kita (Islam) menerima kedatangan orang bukan Islam bersama dengan kita (Islam) walau apa sekali pun sekurang-kurangnya kita (PAS) dapat menyampaikan Islam secara langsung,” ujarnya di hadapan lebih 200 orang pesertanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kesungguhan orang bukan Islam di kalangan kaum Tionghua dan India menyokong PAS dalam pilihan raya kecil.

“Kita (PAS) melihat sendiri dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan kemudian di Bukit Gantang.

“Kita (PAS) melihat orang-orang bukan Islam telah menunjukkan kesungguhan menyokong kita (PAS) kerana mereka (bukan Islam) melihat kejayaan yang dicapai dalam masa kita (PAS) memerintah Kelantan, dalam masa yang pendek kita (PAS) memerintah Terengganu.

“Kita (PAS) memimpin Kedah dan Perak sementara waktu dan penonjolan yang kita (PAS) buat itu memberi keyakinan kepada mereka (Cina dan India) untuk menyokong PAS,” ujarnya.

Menurutnya, tembok yang memisahkan antara orang bukan Islam dengan PAS telah pecah dan PAS menjadi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

SUSPEK KES SMS UGUT BUNUH ADUN DITAHAN

Suspek ‘SMS Ugut Bunuh’ Pengendali ‘GanuLening’? PDF Print E-mail
Written by Editor
Thursday, 23 April 2009 08:53
KUALA TERENGGANU – Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.


Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.
https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita3/smsugugutbunuh.jpg

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

“Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi,” kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

“Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP 202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto ‘membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat’ mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain

MB TERENGGANU AKAN BERTUKAR LAGI?

Kuala Terengganu – Peralihan kuasa pemimpin tertinggi negara ternyata tidak mengubah sikap dan tindakan mereka yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media. Slogan ‘membawa perubahan’ pemerintahan kepada yang lebih baik sebagaimana diuar-uarkan sebaik sahaja peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Dato’ Seri Najib Razak, hanyalah satu retorik semata-mata. Kemelut politik UMNO dan Barisan Naisonal (BN) Terengganu ternyata menjadi satu liabiliti kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan menambah ‘kejelikan’ wajah parti pemerintah itu. ‘Saga’ krisis dalaman yang diwarisi dari kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi adalah antara kegagalan Najib membuktikan kecemerlangan beliau diperingkat awal pemerintahannya. (Gambar – Ahmad Said dirakam meninggalkan Putrajaya) Beberapa petugas agensi media nasional memberitahu Buletinonline disini, mereka tidak dibenarkan lagi membuat liputan dan sebarang ulasan berkaitan ‘10 budak hitam’, ADUN BN yang mengisytiharkan perang dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said. Salah seorang dari mereka berkata, Najib telah mengeluarkan arahan kepada ketua-ketua mereka di ibu negara, kelmarin. “Isu ini tak boleh buat liputan lagi, Najib dah tutup, dia arah bos-bos di KL supaya hentikan isu 10 budak hitam,”katanya ketika ditemui, disini. Selepas perjumpaan kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu, Ahmad Said dan Idris dengan Najib pada 16 April, Khamis lalu, isu kemelut politik Terengganu menjadi ‘misteri’. Kedua-dua Ahmad dan Idris tidak membuat sebarang kenyataan dan mengelak dari bertemu dengan pihak media. Kira-kira 30 wartawan menunggu-nunggu Ahmad di tingkat bawah Pejabat Perdana Menteri kerana kereta rasmi Mercedes-Benz yang dinaiki Menteri Besar itu diletakkan di situ. Namun usaha untuk mendapat ulasan hampa apabila Ahmad Ahmad dapat melepasi kumpulan wartawan apabila menaiki kereta di pintu lain pada jam 1.10 petang. Sehingga kini, apabila dihubungi media, Ahmad enggan memberikan sebarang komen. Beberapa rakan media juga berusaha menghubungi Setiausaha akhbar beliau namun jawapan yang diberikan sama dengan dengan Ahmad, enggan memberi sebarang komen. Sumber-sumber lain memberitahu, Najib telah memberi kata dua kepada Ahmad, sekiranya Ahmad gagal menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh ‘10 budak hitam’ ADUN BN memboikot sidang DUN, Ahmad akan diminta melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Namun begitu, khabar yang sedang bertiup kencang di Putrajaya menyatakan, Terengganu bakal mendapat seorang Menteri Besar baru dalam masa sebulan dua lagi. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hujung minggu ini dikatakan akan memutuskan untuk menggantikan Ahmad dengan seseorang lain, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Last Updated on Monday, 20 April 2009 14:08

10 ADUN BN MASUK SIDANG DUN SEMULA

10adunboikotKuala Terengganu – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran ‘semula’ 10 orang ADUN BN yang dikatakan ‘memboikot’ Sidang tersebut semalam.

Tindakan ADUN kerajaan BN itu dilihat sebagai perkara yang sia-sia, memalukan dan ‘kebudak-budakan’.

Ahli Dewan Undangan Negeri Terenggan Kawasan Bukit Tunggal berkata tujuan 10 ADUN BN memboikot Sidang DUN adalah untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Ahmad Said supaya meletakkan jawatan. (Gambar – 10 orang ADUN BN yang memboikot Sidang DUNTerengganu semalam, merupakan pertama kali dalam sejarah negeri)

PERTANDINGAN LIMA PENJURU?

Petikan tranungdaily.blogspot.com
…………………………………………..
PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU?
Kuala Terengganu- Berita SinarHarian hari ini melaporkan ada seorang lagi calon bebas yang menyatakan minta untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil P 36 Parlimen Kuala Terengganu iaitu Encik Hazlan Ismail, seorang Usahawan muda yang baru berusia 25 tahun.

Setakat pengetahuan penulis, Hazlan ni dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan 4 buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek. Bukan setakat itu sahaja, bahkan beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari. Ini sangat membanggakan kerana dalam usia yang begitu muda, beliau mampu mengumpulkan harta sebegitu banyak dan harta ini bukannya diwarisi bari ibubapanya kerana difahamkan ibubapanya meninggal sejak kecil. Yang lebih menarik, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lepas kalau penulis tidak silap.

Ada juga sumber mengatakan bahawa Mat Kerak(Sabri Alwi) lah orang yang bertanggungjawab memujuk Hazlan bertanding. Ada juga yang mengatakan bahawa Hazlan sendiri telah mengumumkan dirinya akan bertanding untuk Umno kepada kawan-kawannya. Kalau benarlah begitu, mana mahu letak Dato’ Wan Farid? Mat Kerak pula tidak tahukah bahawa Hazlan itu cenderung kepada Pas? Ataupun mungkin juga ini perangkap untuk memecahkan undi atas alasan Hazlan baik dengan orang-orang Pas di peringkat akar umbi? Tetapi terang lagi bersuluh dalam SinarHarian bahawa beliau akan bertanding tiket bebas.

4 lagi calon yang bakal bertanding sudah dimaklumi umum iaitu Calon dari Pas, Umno, Akim dan seorang lagi calon bebas yang pernah bertanding PRU 12 lalu iaitu Makcik Maimun. Ini menjadikan kemungkinan pertembungan 5 penjuru!!! Kalau betullah jadi, maka ia akan jadi pilihanraya kecil rekod dalam sejarah. Makcik Maimun ketika ditemuramah menyatakan minat untuk masuk bertanding sekiranya ada orang sponsor. Ini satu petunjuk bahawa memang benarlah beliau ditaja sewaktu PRU12 yang lalu.

Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.

Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan ‘Rumi Tempatan’. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama’. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar SinarHarian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya ” Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.” Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.

Apa-apa pun, masa masih panjang, esok(jumaat) SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam esok mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat………

SPR MESYUARAT JUMAAT 5 DIS PUTUSKAN PILIHANRAYA KECIL

Kuala Terengganu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan badan itu akan bermesyuarat Jumaat depan, 5 Disember, bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK)Parlimen Kuala Terengganu


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini memberitahu notis kekosongan bagi kerusi Parlimen tersebut telah pun dihantar ke SPR.

”Mesyuarat khas ini akan menetapkan tarikh mengendalikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kosong,” kata Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil tersebut akan diadakan pada tahun ini juga, Wan Ahmad berkata: “Biar kami putuskan pada mesyuarat itu nanti.”

PRK PARLIMEN K TRG JANUARI

Pilihan Raya kecil bagi Parlimen Terengganu mungkin akan di tangguhkan sehingga bulan Januari tahun hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah menyuarakan kebimbangan ekoran keadaan banjir kilat yang melanda negeri berkenaan semakin teruk dan jika pilihan raya masih mahu di teruskan ia bakal mengundang pelabagai masalah kepad semua pihak sama ada pengundi mahupun jentera pilihan raya itu sendiri.

Walaubagaimanapun beliau akur dan menyerahkan kepeutusan tersebut kepada SPR. Tambah beliau Umno bagi negeri Terengganu telah mempersiapkan jentera pilihan raya dan mereka juga yakin dengan perubahaan serta kemajuan dan tarah ekonomi rakyat Terengganu itu sendiri sudah pasti Umno dapat terus mengekalkan kerusi bagi kawasan tersebut walaupun ianya di jangka lebih sengit berbanding sebelum ini.

Berdasarkan undang undang kerusi tersebut tidak boleh di biarkan kosong tanpa pemangku dalam tempoh 60 hari.

Namun kemusykilan pelbagai pihak timbul apabila pilihan raya kecil kali ini jika masih di teruskan pada bulan Disember maka ia di kendalikan tanpa Pengerusi dan juga Setiausaha

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di fahamkan sedang menjalani ibadah haji dan Setiausaha masih belum ada pengganti bagi jawatan tersebut.

CALON KUALA TERENGGANU DIKETAHUI 21 DISEMBER

Calon Kuala Terengganu Di Ketahui 21 Disember Ini

Tuesday, 02 December 2008 16:26

Parti Islam Malaysia ( PAS ) mengesahkan parti berkenaan akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa Calon bagi menandingi kerusi berkenaan masih belum di putuskan lagi dan ia di putuskan bedasarkan persetujuan akar umbi menerusi peringkat cawangan dan bahagaian dan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat.

Tambah Nasharuddin lagi keputusan tersebut mungkin boleh di ketahui pada 21 Disember ini sejurus selepas Majlis Mesyuarat Syura selesai.

Pilihan raya kecil ini di laksanakan berikutan kematian Ahli Parlimen kerusi berkenaan Dato’ Razali Ismail jumaat lalu.

Sebelum ini Razali telah mengalahkan Mohamad sabu dengan majority sedikit iaiatu 628 dengan memperolehi 32,562 undi.