• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Disember 2007
    I S R K J S A
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

VIDEO SEKS PEMIMPIN POLITIK

mca_sex_dvd.jpg

MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.

Selepas penyebaran meluas secara per cuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.

Rakaman hubungan seks itu yang diam bil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.

Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.

Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembu nyikan’ oleh para pengedar kerana bim bang tindakan polis.

DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.

Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.

Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.

Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar per caya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.

Namun, percakapan serta wajah pemim pin itu dari dekat tidak begitu jelas digam barkan di dalam DVD itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum me nerima sebarang laporan berhubung pe nyebaran DVD itu.

“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya- Utusan Teruskan membaca

Advertisement

GOTONG ROYONG BAIKI RUMAH

gotongroyongbaiki-rumah.jpg

Kelihatan Mak Long memerhatikan beberapa pemuda menurunkan atap yang rosak

Dun Batu Burok, 29 Disember-Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah menganjurkan program gotong royong membaiki rumah seorang penduduk warga emas kampung di Cendering Raja. Wanita tua yang berusia 80 tahun itu yang mahu dikenali dengan panggilan Mak Long tinggal bersama anak angkatnya Awang, salah seorang pemuda Pas di kampung tersebut. Beberapa pemuda kampung tersebut yang juga bertugas sebagai Tukang Rumah memudahkan urusan gotong royong membaiki rumah tersebut yang dimulakan seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

gotongroyongbaiki-rumah2.jpg

Ketika aduan keuzuran rumah tersebut dibuat oleh Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Batu Burok, Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Lattif, Lajnah Kebajikan DPPKT dimaklumkan bahawa hanya beberapa keping atap yang perlu ditukar. Tetapi setelah melihat keadaan rumah tersebut pada hari gotong royong, dppkt merasakan seluruh atap rumah tersebut perlu diganti dan ia memerlukan perancangan yang lebih baik dan kewangan yang lebih banyak daripada sebelumnya.

Justeru, DPPKT amat mengalu-alukan bantuan kewangan daripada orangramai untuk membantu kami membaiki rumah tersebut dan juga untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan yang lain dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada DANA TA’AWUN DPPNT, nombor akaun MAYBANK ISLAMIC563064113873, atau hubungi saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas(Bendahari Lajnah Kebajikan DPPNT) di talian 013 9277330.

SUWANDI&AZMAN TIDAK DIBENARKAN IKATJAMIN

Suwandi, Azman kekal tidak dibenar ikat jamin – Mustaffa Ali kesal PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay & AYu
Sunday, 30 December 2007
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/azmansuwandimahkamah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 30 Dis – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan polis dalam Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz di ikat jamin.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong.

Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

Pada 9 Disember lalu, Hassan memutuskan Suwandi, 38, dan Muhammad Azman, 21, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Sehubungan dengan itu Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Hj Mustaffa Ali merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau menyatakan demikian didalam kenyataan akhbar beliau yang dikeluar hari ini. Berikut adalah salinan yang di e-melkan kepada Buletinonline :

KENYATAAN AKHBAR 

Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran.

Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret.

Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu.

Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita.

Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan.

Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui.

Dato’ Haji Mustafa Ali,

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Bertarikh: 30 Disember 2007

Sambutan Krismas Di Negara Islam Malaysia

KEPUTUSAN PMR 2007

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang berjaya dalam keputusan Peperiksaan Menengah Rendah yang keluar beberapa hari lalu.

Berikut merupakan petikan berita Utusan Malaysia 27 Disember lalu.

Teruskan membaca

PARTI DISCO MALAM TAHUN BARU 2008

‘Berita Baik’ kepada pencinta-pencinta hiburan tanpa batasan. Ada pihak anjurkan Parti Disco sempena countdown 2008 31 Disember ini di Tuanku Mizan Golf dan Country Club di KualaIbai, Kuala Terengganu. Betapa kurang ajarnya pihak tersebut. Mereka tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Terengganu ini.

Di bawah ini keratan publisiti yang diedarkan.

new-year-evw-party.jpg

Agaknya bagaimana program sebegini boleh dianjurkan di Terengganu? Inilah hadiah ajaran Islam Had hari yang diwarwarkan selama ini.

Bayangkan pada malam tersebut, Program ini dianjurkan sempena menyambut tahun baru dan berkebetulan juga dengan Majlis Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Dalam Sinar Harian Rabu 26 Disember ada menyebutkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk sambutan pengisytiharan bandaraya tersebut berjumlah RM10JUTA!!! Lihatlah pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional tanpa mempedulikan rakyat Terengganu yang miskin.

Kami pemuda-pemuda bimbang sekiranya maksiat menjelang tahun baru makin berleluasa dan tidak mungkin dibendung lagi, takut-takut nanti, dengan kemurkaan Allah, diturunkanNya Bala seperti Tsunami dan seumpamanya. Bukan niat kami mahu meminta bala, tetapi memberi AMARAN kepada golongan yang lupakan Kebesaran dan kemurkaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang melakukan maksiat dan kemunkaran.

Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan di Premis yang menggunakan nama Tuanku Mizan (yang sekarang ini Yang Di Pertuan Agong Malaysia). YDPA Sultan Mizan dan Permaisurinya pula baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah Haji. Ini merupakan suatu penghinaan kepada YDPA Sultan Mizan yang menjadi Ketua Tertinggi bagi agama Islam, agama persekutuan Malaysia.

BLOGGER CUCUMATKILAU WANTED !!!

Pagi semalam, seorang blogger telah ditahan Polis untuk siasatan terhadap tulisan-tulisan beliau didalam blognya. Cucu Mat Kilau ini menjadi mangsa terbaru selepas tragedi Hindraf dan Bersih. Rumah beliau telah digeledah oleh sekumpulan gestapo berperangai KGB yang mengaku sebagai anggota Polis Raja Di Malaysia ini..ikutilah detik-detik penahanan yang ditulis beliau sendiri…

Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan ketika ditahan polis semalam (24.12.2007). Banyak laporan yang diterima bertanyakan tentang kejadian tersebut. Sesungguhnya inilah dugaan yang paling besar dihadapi oleh cucumatkilau. Sebelum ini Cucu pernah ditahan. Namun, keadaannya agak berbeza kali ini. Kejadian yang menimpa Cucu hari ini sesungguhnya adalah yang paling pahit untuk dikenang. Mujurlah Cucu tidak ditahan terus untuk didakwa oleh pihak berkenaan. Sebenarnya, penahanan ini menguatkan lagi semangat perjuangan Cucu.

Kejadian penangkapan Cucu berlaku sekitar jam 10.00 pagi. Cucu sebenarnya baru pulang dari Dungun Trengganu setelah menghantar adik Cucu memasuki UITM Trengganu. Sekitar jam 3 pagi Cucu bertolak balik, cadangan asal untuk bertemu dengan Saudara Razali Alias di Paka terpaksa ditangguhkan kerana Cucu agak keletihan. Cucu sampai dirumah sekitar jam 6 pagi. Kerana keletihan Cucu tertidur dan tidak sedarkan diri. Tiba-tiba, sekitar jam 10.00 Cucu dikejutkan dengan satu jeritan yang berulang kali menyuruh agar pintu dibuka. Terkejut dengan jeritan tersebut, Cucu cuba berlari untuk membuka pintu. Namun belum sempat ke tingkat bawah, kedengaran mereka (Polis) menendang dan memecahkan pintu dengan kuat. Dengan memakai kasut mereka telah naik ke tingkat atas, ketika itu Cucu baru hendak turun tangga untuk membuka pintu. Namun mereka dengan rakusnya telah menangkap, memegang dan menggari tangan Cucu tanpa berkata-kata. Ada anggota yang seolah-olah cuba menghalakan pistol kepada Cucu. Kemudian mereka mengatakan Cucu akan ditahan. Mujurlar mereka mengeluarkan gari, yang bermakna mereka polis. Bayangkan sekiranya mereka ada penjenayah upahan yang bertujuan untuk mencederakan Cucu. Sudah pasti cucumatkilau hanya akan tinggal nama sahaja agaknya. Tambahan pula lagak mereka seperti samseng dan hanya berpakaian preman ketika kejadian.

Cucu agak panik dan keliru, atas alasan apa ditahan?. Berkali-kali bertanya, mereka kemudian menolak dan menyuruh Cucu menutup mulut dan mendiamkan diri. Cucu hanya melihat beberapa orang pegawai polis (sekitar 5 orang) mengeladah bilik Cucu. Tiga buah telefon bimbit Cucu dan sebuah laptop telah dirampas oleh mereka. Beg duit dan kad pengenalan Cucu juga dirampas. Cucu bertanya lagi, atas alasan apa mereka menggeladah rumah Cucu. Apakah mereka mempunyai waran geladah. Mereka dengan bengis mengatakan mereka adalah polis dan berhak untuk melakukan apa sahaja. Kesemua mereka terus menggeladah. Cucu tidak dibenarkan memakai pakaian ketika itu. Mereka membiarkan Cucu hanya memakai “Seluar Dalam” sambil tangan bergari dan melihat apa sahaja yang ingin mereka lakukan. Mereka juga sewenangnya melihat dan memeriksa bahagian sulit Cucu. Cucu merasa amat malu kerana terdapat juga seorang daripada mereka anggota polis wanita. Aksi tersebut terus berlaku disamping sebahagian yang lain terus menggeladah keseluruhan rumah Cucu.

 

Keadaan pintu hadapan rumah Cucu selepas dipecahkan, begitu menyedihkan sekali akibat tendangan ganas anggota polis terbabit. Bila ditanya..siapa yang nak ganti pintu tu? Mereka menjawab dengan kasar, “Ini tugas polis, awak gantilah sendiri semua kerosakan”.

Cucu kemudian diarahkan duduk dan dipaksa mengaku menjadi penagih dan pengedar dadah. Mereka mengatakan, mendapat maklumat ramai penagih dadah membeli dadah daripada Cucu. Cucu berkali-kali menyatakan tidak terlibat dan mengatakan mungkin mereka tersalah orang atau Cucu dianiya. Alasan tersebut tidak diendahkan, mereka bahkan terus memaksa Cucu mengaku jika tidak mahu diambil tindakan yang berat dan memasukkan Cucu ke dalam lokap.

Terdapat juga beberapa orang dikalangan mereka memeriksa bahagian syiling rumah, dalam kenderaan dan lain-lain tempat yang dipercayai menyimpan sesuatu yang mencurigakan. Mungkin mencari barang terbabit agaknya. Tidak berapa lama kemudian, Cucu dibawa turun ke tingkat bawah rumah Cucu, dibenarkan memakai seluar jeans dalam keadaan yang sukar akibat tangan Cucu masih bergari. Di tingkat bawah terdapat tiga orang lagi sedang menggeladah rumah Cucu. Ini bermakna, kesemua mereka terdapat lapan orang anggota polis (7 lelaki dan 1 wanita). Cucu hanya menyaksikan kelibat mereka dalam keadaan sedih melihat pintu rumah Cucu telah rosak dan pecah akibat serbuan yang dibuat. Teringat Cucu diawal penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, persitiwa yang sama bahkan lebih dasyat telah berlaku. Mungkin ini dugaan yang menimpa agaknya.

Cucu masih ingat sebelum ini, beberapa orang Special Branch pernah cuba menahan dan mengganggu Cucu akibat tulisan Cucu tentang “DSP Borhan Daud Jatuh Payung Terjun”. dan mungkin kali ini akibat daripada tulisan panas Cucu tentang “Malaysia bakal ke arah negara polis”. Lantaran itu mereka melakukan operasi tersebut yang dilihat begitu agreasif sekali. Cucu kemudian dibawa keluar dengan tidak berbaju, tangan bergari dan hanya berseluar jeans. Mujurlah terdapat salah seorang anggota polis terbabit mencapai sehelai baju diampaian dan menutup tubuh badan Cucu ketika itu. Kelibat Cucu saling tak tumpah seperti seorang banduan yang bersalah dan bakal dihukum dipenjara. Jiran-jiran hanya menyaksikan kejadian tersebut, dan mungkin kesemua mereka saling tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Menurut seorang jiran Cucu, mereka datang berlapan, kemudian dua orang daripada mereka telah memanjat pagar rumah Cucu dan seterusnya memecahkan pintu rumah. Bunyi kedengaran terjahan pintu tersebut begitu jelas dan memeranjatkan sebahagian besar dari kalangan jiran-jiran Cucu.

 
 Keadaan Bilik berselerak selepas digeladah oleh lima orang anggota polis berkenaan

Cucu pasrah dengan apa yang berlaku, sekitar jam 11 pagi, Cucu dibawa menaiki sebuah van polis yang menunggu kira-kira dalam jarak 100 meter daripada rumah Cucu. Dalam perjalanan mereka menggeluarkan kata-kata yang memperli Cucu, seolah-olah Cucu bakal didakwa dengan hukuman yang berat yang kononnya Cucu adalah salah seorang pengedar dadah yang amat dikehendaki. Cucu bengong dengan apa yang berlaku. Ketika dalam perjalanan, mereka meminta Cucu memberi kerjasama menyatakan diapakah lagi rakan-rakan Cucu yang terlibat dengan gejala dadah. Akibat panik Cucu membawa mereka ke sebuah rumah yang letaknya hampir 8 km dari rumah Cucu. Namun mereka terlalu kecewa apabila mangsa yang dicari tidak ditemui. Sebaliknya rumah tersebut telah didiami oleh pasangan kelamin. Cucu dituduh menipu mereka lalu ditampar hanya kerana cuba menjawab soalan yang ditanya oleh salah seorang daripada mereka. Cucu masih ingat anggota polis terbabit kemungkinan besar berpangkat Lans Kopral (112875). Cucu kemudian mendiamkan diri sehinggalah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada kira-kira jam 12 tengahari.

Apa yang amat menghairankan,ketika dibawa ke balai polis mereka semua banyak berbicara pasal senario semasa. Kenaikan barang, dividen ASB dan banyak lagi. Mereka seolah-olah juga tidak suka dengan keadaan semasa hari ini. Salah seorang daripada mereka secara jelas mengatakan di zaman Pak Lah, Dividen ASB senantiasa diparas minima. Tambahan pula kini ia dipimpin oleh bekas KSN Tan Sri Ahmad Sarji. Lalu mereka mengatakan adalah lebih baik pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim dulu, dividen melepasi paras 10%. Namun katanya, kini Khalid telah menyerta Keadilan. Mereka juga mengutuk ahli parlimen BN yang mempertikaikan penyiasatan polis terhadap kes Nurin Jazlin yang sehingga kini masih belum berjaya menjejaki penjenayah tersebut. Kata mereka ahli parlimen BN/UMNO belajar tak tinggi, hanya dengan sokongan rakyat yang tak tau apa-apa dapatlah mereka jadi YB. Sebab tu otak dungu…Macam-macam lagi yang mereka bincangkan. Namun, sepanjang perjalanan Cucu tidak sedikitpun menyampuk perbualan mereka. Cucu khuatir mereka hanya provok Cucu untuk melihat pendirian Cucu sebenarnya

Disana, Cucu dibawa menjalani ujian air kencing (Urine test) untuk mengetahui sama ada Cucu ada mengambil dadah atau pun tidak. Cucu masih bergari ketika ujian diambil. Kelihatan beberapa orang anggota polis yang sedang menjalankan tugas memandang sinis terhadap Cucu. Bagi mereka Cucu mungkin seorang penjenayah yang amat dikehendaki. sekitar jam 12.30 tengahari seorang daripada mereka telah menyuruh Cucu masuk ke dalam bilik pegawai dan mencangkung ditepi dinding sambil mereka terus mengambil keterangan. Kemudian pegawai mereka telah berjumpa Cucu dan mengatakan Cucu bakal dibebaskan kerana ujian air kencing Cucu “Negatif”. Mereka menyerahkan kembali semua barangan Cucu seperti telefon bimbit, beg duit, kad penganalan dan lain-lain lagi.

 

Kenderaan juga turut digeladah dan dirosakkan oleh mereka dengan sewenang-wenangnya

Cucu hairan dengan apa yang berlaku. Tindakan yang dilakukan ini jelas sekali untuk menakut-nakutkan Cucu. Kemungkinan besar terdapat arahan pihak-pihak tertentu yang mahukan Cucu ditahan dan digertak lalu menghantar orang-orangnya untuk mencerobohi rumah Cucu. Mujurlah ketika kejadian isteri dan anak-anak Cucu masih bercuti di Pontian, Johor. Bayangkan ketika itu mereka ada bersama. Sudah pasti mereka akan terkejut melihat apa yang berlaku. Sesungguhnya kejadian ini telah membuatkan Cucu lebih bersemangat untuk terus berjuang. Mereka mencari dan mereka-reka alasan untuk menakut-nakutkan Cucu. Namun begitu, Cucu tetap tabah mengharungi perjuangan dan apa yang berlaku. Bagi Cucu kejadian yang berlaku kepada Cucu itu adalah sebahagian kecil daripada perjuangan. Terdapat rakan-rakan lain yang lebih menderita akibat diperlakukan seperti haiwan oleh mereka. Bahkan ada yang ditahan ISA sehingga ke hari ini. Moral dan semangat juang Cucu semakin tinggi setelah melihat kesemua anggota polis yang berpakaian preman itu adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Inilah sikap mereka sebenarnya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjaga rakyat.

Cucu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah datang dan membantu Cucu seperti Puan Rozaini, Mr.Ram, Mrs. Vanitha dari Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan. Juga kepada Puan Fuziah Salleh, Sdr. Razali Alias (PKR Dungun), Sdr. Nizam (PKR Maran), Sdr Zeck dan Sdr Ahmad (PKR Kuantan) juga kepada blogger-blogger yang telah menghubungi dan simpati dengan nasib Cucu terutamanya Datuk Ruhanie Ahmad (Kuda Kepang) dan ramai lagi. Juga kepada barisan peguam yang turut memberi panduan terhadap tindakan yang bakal diambil selepas ini. Kemungkinan besar Cucu akan membuat laporan polis serta sidang media atas kejadian ini atas beberapa sebab musabab yang tidak sepatutnya berlaku. Kejadian tersebut benar-benar menjatuhkan maruah dan kreadibiliti Cucu. Apapun tunggu dan lihat selepas ini, mungkin ramai lagi bloggers yang akan ditahan dan digertak seperti Cucu.

Susulan kejadian ini, jika tiada aral melintang satu laporan polis dan media akan dibuat dalam masa terdekat.Ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mereka agar lebih bersikap profesional dengan orang awam pada masa yang akan datang. Bayangkan perkara seperti ini berlaku kepada keluarga mereka, adik beradik, sahabat handai dan sebagainya? Apakah pendirian mereka agaknya? Begitu juga dengan pembaca semua? Sanggupkah berdiam diri dalam menangani isu seperti ini. Kita tidak bersalah tetapi diperlakukan seperti penjenayah berbahaya !! Renungkan lah sendiri. Terima Kasih.

 

SOLAT HAJAT UTK KES BATU BUROK

SOLAT HAJAT JAMA’IE UNTUK KES BATU BUROK

KHUSUSNYA ISU SUWANDI ABDUL GHANI DAN AZMAN ABDUL AZIZ

PADA 26 DISEMBER 2007 (RABU)

BERTEMPAT DI MASJID HAJI KADIR, PASIR PANJANG(BERHAMPIRAN RUMAH AZMAN ABD. AZIZ)

KULIAH MAGHRIB AKAN DISAMPAIKAN OLEH:

USTAZ AZMAN SYAFAWI MOHD RANI.

DOA MEMOHON KESELAMATAN DAN KEMENANGAN

TuanGuru Berdoa

WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI PERASAAN TAKUT KEPADA MU YANG DAPAT MENGHALANG KAMI DARI KEMAKSIATAN. DAN BERILAH KAMI KETAATAN KEPADAMU YANG MENYAMPAIKAN KAMI KE SYURGAMU, DAN BERILAH KEYAKINAN YANG MEMUDAHKAN KAMI MENGHADAPI BENCANA DI DUNIA.

WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KENIKMATAN PENDENGARAN, PENGLHATAN DAN KEKUATAN TUBUH BADAN SELAMA HIDUP KAMI DAN JADIKANLAH IA MEWARISI KAMI DAN BERILAH PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI KAMI. DAN TOLONGLAH KAMI TERHADAP ORANG YANG MEMUSUHI KAMI. DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN BENCANA BAGI KAMI DALAM AGAMA KAMI. DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KEDUNIAAN ITU SEBESAR-BESAR CITA-CITA BAGI KAMI DAN YANG TIDAK SAMPAI BATASAN ILMU KAMI. DAN JANGANLAH ENGKAU BIARKAN ORANG YANG TIDAK MENARUH KASIHAN BELAS TERHADAP KAMI, DAPAT MENGUASAI KE ATAS KAMI.

WAHAI TUHAN KAMI, KAMI POHON PERLINDUNGAN DENGAN CAHAYA KESUCIAN MU DAN BERKAT KEBERSIHAN DAN KEAGUNGAN SIFAT JALAL ENGKAU, DARI SETIAP YANG DATANG PADA WAKTU MALAM KECUALI YANG DATANG DENGAN KEADAAN BAIK.

WAHAI TUHAN KAMI, ENGKAULHA PENOLONG KAMI, MAKA KEPADA ENGKAU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.

WAHAI TUHAN KAMI,ENGKAU LAH PELINDUNG KAMI,MAKA KEPADA ENGKAU LAH KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN.

WAHAI TUHAN KAMI, ENGKAU LAH TEMPAT KAMI MENYELAMATKAN DIRI,MAKA KEPADA ENGKAU LAH KAMI MEMOHON KESELAMATAN.

WAHAI TUHAN YANG BAGINYA LEMAH DAN HINA SEGALA TENGKUK PEMBESAR DUNIA. DAN TUNDUK KEPADANYA SEGALA URUSAN DAN KEBESARAN RAJA-RAJA FIR’AUN, SELAMATKAN KAMI DARI PENGHINAAN DAN HUKUMAN SIKSAMU, DI WAKTU MALAM MAHUPUN SIANG, KETIKA KAMI TIDUR MAHUPUN KETIKA BERADA DI SUATU TEMPAT. TIADA TUHAN BAGI KAMI MELAINKAN ENGKAU, DEMI KEBESARAN WAJAH MU DAN KEMULIAAN KESUCIAN MU, HINDARKANLAH KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN HAMBA-HAMBA MU, BERILAH KEMUDAHAN KEPADA KAMI DENGAN LIMPAH KURNIA DARI ENGKAU WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH.

WAHAI TUHAN , SAMA ADA ENGKAU MELEMBUTKAN HATI-HATI MEREKA UNTUK KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN BESI UNTUK NABI DAUD, DAN ENGKAU MENUNDUKKAN MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU TUNDUKKAN BUKIT BUKAU, GUNUNG GANANG UNTUK NABI SULAIMAN ATAU PUN ENGKAU KEMBALIKAN KEJAHATAN MEREKA AGAR BERPATAH BALIK KE ATAS MEREKA SENDIRI, DAN ENGKAU HANCUR LEBURKAN PAKATAN MEREKA DAN KACAUBILAUKAN KUMPULAN MEREKA DAN GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA DAN TURUNKANLAH YA ALLAH PANJI MEREKA RAPAT KE BUMI.

WAHAI TUHAN YANG TETAP HIDUP, YANG MENTADBIR URUSAN MAKHLUKNYA. WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN. SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA KE ATAS TIAP-TIAP SESUATU.

selawatsyifa.jpg

SOLAT HAJAT UTK PERBICARAAN KES BATU BUROK

bh180907dikehendaki.jpg

DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU menyeru orang ramai, rakyat Malaysia, umat Islam, rakan-rakan seperjuangan dalam gerakan Islam seluruh dunia bersolat hajat untuk PERBICARAAN KES BATU BUROK yang akan diadakan pada 30 dan 31 Disember 2007 ini.

Seramai 21 orang akan dibicarakan pada tarikh tersebut. Semuanya dibenarkan ikat jamin melainkan dua orang iaitu Suwandi Abdul Ghani,38, dan Azman Abdul Aziz, 21, yang tidak dibenarkan ikatjamin dan sekarang direman sementara menunggu perbicaraan di Penjara Marang.

Mereka berdua dituduh mencederakan polis pada kejadian batu burok 8 September 2007 lalu. Mereka ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Suwandi Abdul Ghani terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang berada seinci daripada jantung beliau.

SAMA-SAMA LAH KITA BERDOA  AGAR ALLAH MEMENANGKAN PIHAK YANG BENAR DAN MENGALAHKAN PIHAK YANG BATIL.

dppkt: PELIK bin AJAIB!! orang yang menemba terlepas,orang yang ditembak dituduh……