Salam perjuangan. Dewan Pemuda Pas Pusat baru-baru ini telah melancarkan Kempen JOM SERTAI PAS. Sesiapa yang belum menjadi ahli Pas dan berminat, sila layari laman web http://www.jomsertaipas.com/.
Filed under: Iklan | 1 Comment »
Salam perjuangan. Dewan Pemuda Pas Pusat baru-baru ini telah melancarkan Kempen JOM SERTAI PAS. Sesiapa yang belum menjadi ahli Pas dan berminat, sila layari laman web http://www.jomsertaipas.com/.
Filed under: Iklan | 1 Comment »
BAYAN BARU, 16 Feb – Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi.
Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya. Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat. “Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia,” tegasnya. Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera. Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya. “Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan,” terang Muntaz lagi. Berceramah sama dalam majlis itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Kedah, Ustaz Izzat Mohd Sauki. ~ harakahdaily |
||
---|---|---|
Filed under: Nasional | Leave a comment »
KUALA LUMPUR 17 Feb. — Anggota Parlimen Kuala Terengganu yang baru Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Mohd Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.
Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Jan lepas.
Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 Nov tahun lepas.
Sementara itu, Pandikar Amin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Roslan Shaharum, Anggota Parlimen Bukit Gantang dari PAS yang meninggal dunia pada 9 Feb akibat diserang sakit jantung.
Beliau meminta anggota Dewan beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, sejurus selepas upacara mengangkat sumpah itu. — Bernama
Filed under: Politik, Isu Semasa | Leave a comment »
11.30 PAGI – TERBARU: Satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan.SAH Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan,Elizabeth Wong umum letak jawatan ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya jam 11 pagi ini.Suasana kecoh timbul sejurus beliau umum nak letak jawatan bila kira-kira 30 penyokongnya jerit pekik di situ persoalkan kenapa.Beliau memberi alasan keputusan ini dibuat demi kepentingan parti PKR.Diketika yang sama berbagai spekulasi berlegar tentang siapakah teman lelaki misteri yang didakwa curi ambil gambar Wong di rumahnya di Bukit Gasing,Petaling Jaya.Sumber-sumber PKR beritahu ada yang kata ia mungkin Pemuda Melayu.Jika betul cerita ini kata mereka ini kes berat kerana ia sudah masuk bab kes bersekedudukan.Ini sekaligus cetus isu moral.Jika tidak mereka sendiri hairan kenapa tiba-tiba Wong umum nak letak jawatan.” Kalau tak salah kenapa takut sampai nak letak jawatan…mesti ada kes berat ni,”kata mereka membuat andaian mengenainya.Sementara itu seperti diduga walaupun kes ini tak jelas jalan ceritanya lagi kalangan pemimpin pembangkang terus hentam Barisan Nasional terlibat.Antaranya Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok.Mereka dakwa ini taktik kotor BN nak jatuhkan wakil rakyat pembangkang.Dalam sidang akhbar itu Wong dakwa beliau tidak merasa bersalah dan tidak malu dengan seksualitinya sebagai wanita bujang.”Saya berdiri teguh dengan prinsip demokrasi bahawa setiap orang mempunyai hak privasi – 17/2/2009
Filed under: Politik, Isu Semasa | Leave a comment »
Petikan dari blog amdang81 ……………………………………
Aku lebih kenal Idris Jusoh dari Nizar Jamaludin. Kenal aku tidaklah sampai ke peringkat tahu berapa banyak kurap yang ada di tubuh Idris Jusoh. Tidak kenal aku kepada MB Perak, Nizar Jamaludin pula bukanlah kerana tidak kenal. Mungkin kerana baru terkenal. Ketika mana Idris Jusoh berada dalam zaman kegemilangannya, Nizar langsung tidak pernah aku tahu kewujudannya. Ketika itu Idris Jusoh terkenal dengan Ketengahnya (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah). Juga terkenal dengan Ketegaqnya. Ketika itulah zaman Gelombang Biru. Dari pelbagai sudut Kerajaan Terengganu (1999 – 2004) diserang dan ditekan. Apabila Idris Jusoh berjaya mengambil kuasa Kerajaan Terengganu. Ketengah diketepikan. Tapi ketegaqnya lebih jelas. Tanah-tanah rakyat dirampas. Masjid dirobohkan. Pertandingan Kapal Layar termahal di dunia juga dicipta dan diadakan di Terengganu. Pembaziran demi pembaziran dilakukan termasuk membina Taman Tamadun Islam. Dipendekkan cerita, akhirnya Idris Jusoh dihalau Sultan dari menjadi Menteri Besar. Tindakan Sultan disokong rakyat. Rakyat rasa gembira atas kebijaksanaan Sultan. Rakyat tahu, tindakan Sultan kerana bukan sahaja Idris biadap dengan istana, malah zalim juga orangnya terhadap rakyat. Sokongan Rakyat terhadap tuanku Sultan dapat dilihat di mana-mana ketika itu. Sehingga hari ini masih ada kereta ditampal dengan pelekat “Daulat Tuanku, Patik sekalian rakyat bersama dengan tuanku”. Apa pula cerita Nizar Jamaludin? Aku terima SMS sehari selepas Perak dikuasai PR mengatakan YB Nizar Jamaludin dari PAS akan menjadi MB Perak. Siapa Nizar? Aku langsung tidak kenal ketika itu. Dalam hati aku, harapnya OK lah insan yang dipilih menjadi MB itu. Abang ipar dan kakak yang tinggal di Perak sudah berazam mahu menukar mengundi di Perak sahaja selepas ini. Selepas Nizar menjadi MB, aku pernah berkunjung ke sana. Ketika itu Jamuan Rakyat oleh PAS Perak diadakan di perkarangan Pejabat PAS. Itulah kali pertama aku melihat dan mendengar tutur kata Nizar secara langsung. Lembut orangnya, senyum sokmo. Apa yang menarik, Nizar dilihat mampu diterima oleh semua kaum. Politik di Perak aku ikuti dari jauh sahaja. Namun, MB Perak itu selalu juga diundang berceramah di Terengganu. Maka adalah sedikit sebanyak yang didengari. Paling ‘teruk’ yang dilakukan MB Perak ini adalah memberi tanah kepada Sekolah Cina dan Orang Cina. ‘Lebih teruk’ lagi kerana turut memberikan tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan penduduk kampung yang Melayu. Secara peribadi, aku tidak pernah menjangkakan seorang yang dilihat lembut, mudah tersenyum itu boleh bertindak seberani yang aku lihat pada hari ini. Sungguh pada aku Nizar memang berani. Bukan berani melawan Sultan, tetapi berani kerana benar. Berani pertahankan ‘hak rakyat’ yang beliau hanya diamanahkan untuk memegang seketika. Lihat pula kepada sokongan yang diterjemahkan rakyat dan penyokong masing-masing. Idris Jusoh dilihat hanya disokong oleh puak-puak UMNO Besut yang dinaungi gedebe-gedebe Besut. Paling kuat penyokong Idris yang ada ketika itu adalah Pak Lah sendiri yang turut mempertikai pemilihan Ahmad Said. Kesemua Adun yang sebelum ini dilihat teguh di belakang Idris juga menghilang secara tiba-tiba. Nizar dilihat tidak begitu. Kesemua Adun dari PAS, PKR dan DAP dilihat menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau dalam negeri. Sokongan rakyat adalah cukup luar biasa. Segelintir penyokong UMNO berlakon menyokong istana dalam isu ini. Namun, rakyat jelas melihat UMNO yang mempergunakan istana. Macamlah UMNO itu bukan penderhaka. Derhakakah Nizar? Derhakalah jika mengikut telunjuk UMNO. Namun, pada rakyat yang faham, tahu dan sedar dalang sebenar tidak pernah menganggap begitu. UMNO juga sebenarnya tidak pernah menjangkakan tindakan Nizar yang tegas dan cukup yakin mempertahankan amanah rakyat itu. Disangkakan Nizar akan berundur, namun pertembungan yang berlaku memperlihatkan UMNO semakin panas dan tertekan. Aku juga mahu menantikan himpunan 100 000 rakyat Perak ‘menyokong Sultan’ jika ada. Simbolik di Terengganu adalah bagaimana semua rakyat keluar menyambut Tuanku Sultan di Lapangan Terbang. Namun, apa yang aku tahu program Sultan bersama Rakyat sempena Jubli Perak pula dibatalkan. UMNO Perak mungkin ada jawapannya. Wallahua’lam. p/s: Teringat plak ke Deris Jusoh. Apa khabar agaknya dia sekarang? Apakah Mara tidak mahu membuat Taman Tamadun Mara yang menghimpunkan replika-replika hasil usaha Mara? UiTM ada, IKM ada, Pusat Giat Mara pun ada. Atau budget tak cukup? Posted by amdang81 at 5:48:00 PM 0 comments Labels: deris jusoh, malaysiaku, Nizar Jamaludin, santai Larangan Ceramah di Perak: Bukti BN Pengecut. Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt… Takutnya BN dengan situasi apa yang sedang berlaku di Perak. Terbaru dikatakan ceramah politik pula yang dihalang di sana. Setahu aku parti-parti seperti PAS, PKR dan DAP sahaja yang biasanya mengadakan ceramah. UMNO dan BN pula biasanya melalak di kaca TV, radio dan surat khabar. Apakah relevannya arahan larangan ini? Akhbar Harakah, Suara Keadilan sudah menjadi mangsa dirampas di pasaran. seolah-olah tidak cukup dengan rampasan sebuah kerajaan, maka dilakukan lagi rampasan demi rampasan. Mungkin juga tanah-tanah yang telah diserahkan kepada rakyat miskin oleh Kerajaan Perak Pakatan Rakyat Yang Sah juga akan dirampas sebagaimana berlaku di Terengganu? Demokrasi makin hilang. Kuasa si penguasa terus ditunjukkan. Polis seolah-olah (bukan seolah-olah!!! memang pun!!) menjadi alat bagi mereka melindungi kuasa. Sultan dipergunakan sebegitu rupa. Sungguhlah hayat BN dan UMNO sudah hampir kepada hujungnya. Mahu sahaja aku cadangkan dibuat laporan polis kepada Ketua Polis Negara. Kenapalah suatu larangan yang bersifat tidak demokratik itu boleh difikirkan. Sepatutnya arahan yang dikeluarkan adalah “semua pihak hendaklah tidak bercakap apa-apa berkaitan negeri Perak”. Barulah adil dan saksama. Media dilarang menemubual, mengulas dan membuat sebarang laporan berkaitan negeri Perak. Jika yang dilarang sebelah pihak, memang nampak sangat pun Polis ini berat sebelah. “Maaf Dato’, kami hanya menjalankan tugas.” Inilah jawapan yang akan diberikan mereka selalunya.
Filed under: Politik, Isu Semasa | Leave a comment »
Berita petikan dari Bernama.
………………………………………………….
Tuanku Mizan Ingatkan Rakyat Hormati Perlembagaan Persekutuan
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.
Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.
“Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.
Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.
“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.
Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.
“Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita,” titah Seri Paduka.
Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.
“Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat,” titah baginda.
Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Filed under: Nasional, Sidang Parlimen | Leave a comment »
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.
|
|
Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.
“Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.
“Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah ‘kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia’.
“Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat,” tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.
Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan ‘peperangan Ahzab’ sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.
Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.
Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.
“Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.
“Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok,” jelasnya.
Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.
Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.
Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.
Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik.
——————
Ihsan Harakahdaily
Filed under: Politik, Isu Semasa | Leave a comment »
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
Filed under: Antarabangsa, Politik, Isu Semasa | Leave a comment »