• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,817 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PERATURAN BARU SPR ?!

SPR mula ‘main kotor’ untuk bantu BN menang PRU Ke-12 PDF Cetak E-mail
Saturday, 23 February 2008

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Hrkh)- PAS serta Barisan Alternatif (BA) mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan sengaja akan mencari kesilapan teknikal bagi membatalkan kelayakan calon-calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) menjelang hari penamaan calon esok.

 

Ini kerana, beberapa peraturan baru yang dibuat di saat akhir ini banyak menyusahkan calon-calon yang bakal bertanding.

 

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, SPR seperti sudah diarah oleh pihak tertentu dengan peraturan yang menyusahkan rakyat dan parti-parti pembangkang.

 

Katanya, SPR sengaja mahu mencari kesalahan teknikal yang sebelum ini tidak perlu tetapi disyaratkan dalam PRU Ke-12.

 

“Kita (PAS) mempertikaikan bayaran RM10 untuk duti setem yang dikenakan oleh pihak SPR kepada calon-calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

 

“Kita telah beberapa kali hadapi pilihan raya sebelum ini dan tidak pernah dikenakan peraturan itu,” tegasnya.

 

Katanya, peraturan tersebut mengejutkan banyak pihak dan kemungkinan terdapat calon-calon yang tidak sempat mengangkat sumpah.

 

Menurutnya, kelewatan pihak SPR memaklumkan peraturan baru tersebut menyusahkan serta menjadi taktik ‘kotor’ bagi kesilapan teknikal sahaja.

Advertisement

PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 20 JANUARI 2008

logo-bersih.jpg bersih02.jpg

DPPKT menyeru kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khususnya untuk bersama-sama menyertai Perhimpunan Aman BERSIH pada

20   Januari 2008 bersamaan 11 Muharram 1429, Hari Ahad, di Hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, jam 8 pagi.

untuk sama-sama memberi sokongan kepada mangsa tembakan polis, Suwandi Abdul Ghani dan Azman Abdul Ghani dalam menghadapi kes rayuan ikatjamin yang bakal diputuskan pada hari tersebut.

VIDEO 11 DISEMBER BERSIH

Biar rakyat nilai sendiri apa yang sedang berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta.

Betapa takutnya kerajaan BN kepada kuasa rakyat sehinggakan bertindak di luar batasan kemanusiaan dan undang-undang di Malaysia sendiri. Bayangkan tidak pernah dalam sejarah Malaysia, kes yang tidak membabitkan pembunuhan tetapi tidak dibenarkan atas alasan keselamatan awam seperti kes Saudara Suwandi Abdul Ghani dan Azman Abdul Aziz yang ditembak polis pada 8 September lalu. Bahkan mereka dituduh menghalang dan cuba mencederakan polis. Sebaliknya yang berlaku kepada kes Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh Al tantuya Syaribuu pula dibenarkan ikat jamin sedangkan KES BUNUH tidak dibenarkan ikatjamin. PELIK bin AJAIB!!!

SIRI 3-PERISTIWA 11 DISEMBER BERSIH

Bersih ‘menang’, kesemua tahanan bebas!

Azamin Amin
Tue | Dec 11, 07 | 11:15:25 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Hrkh) – Pembebasan kesemua 24 tahanan bermula petang sehingga malam semalam merupakan satu kejayaan pusingan pertama Bersih sekaligus menutup tirai ‘pesta penangkapan’ di parlimen semalam. <!—->

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

Lapan daripadanya telah dibebaskan lebih awal adalah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali; Penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; wakil CIJ,V. Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi kira-kira jam 6 petang.

Manakala, baki 16 yang lain antaranya terdiri daripada Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat Dr Lo’ Lo Haji Ghazali dan Dr Mohd Nasir (PSM) telah dibebaskan seoarng demi seorang bermula jam 8.45 malam.

Menurut kenyataan Suaram kepada Harakahdaily, kesemua yang terlibat dikehandaki melaporkan diri sekali lagi di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi, 18 Disember 2007 (Selasa).

Walaupun berlaku penangkapan, namun objektif Bersih tercapai apabila berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi tadi dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain termasuk Perdana Menteri.

Memo tersebut secara asasnya membantah pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk melanjutkan perkhidmatan Pengerusi SPR daripada 65 kepada 66 tahun yang dipercayai mempunyai motif untuk memberi peluang kepada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjawat jawatan itu semula.

Seterusnya secara tidak langsung Bersih beranggapan bahawa pelanjutan perkhidmatan Rashid adalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang dan menafikan peluang pembangkang untuk menang serta dalam masa yang sama mencabul hak rakyat untuk mengundi secara bijaksana dalam pilihan raya kelak. – mks.

SIRI 3-KOLEKSI PERISTIWA 11 DISEMBER

Tukar segera, jangan lanjut khidmat Rashid – Bersih

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Dec 07, 07 | 2:18:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) – ‘Remove Rashid! Don’t RUSH IT for RASHID!’ adalah slogan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam kenyataan media hari ini yang mengecam sikap biadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menghina Presiden PAS dan keputusan mahkamah baru-baru ini. <!—->

<!–

Advertisement

–>Image

Bersih menyelar tindakan dan kenyataan tidak profesional Rashid yang semakin mengundang kemarahan terutama parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili sebahagian besar masyarakat di negara ini.

“Bersih mengecam sikap Rashid yang ‘menyerang peribadi’ (personal attack) Parti PAS, Presiden PAS, Harakah dan menghina keputusan mahkamah kes Likas termasuk mendakwa Hakim Dato’ Muhammad Kamil Awang sebagai berat sebelah, kecewa dengan kerajaan sehingga memberi keputusan seumpama itu,”kata jawatankuasa Bersih Dr Zulkifli Ahmad yang membacakan kenyataan media Bersih di sidang Media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

“Bersih memprotes pindaan Perlembagaan Selasa ini di Parlimen untuk melanjutkan umur persaraan Pengerusi SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat,” katanya di hadapan puluhan wartawan.

Turut hadir sama dalam sidang media tersebut ialah AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi,Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Koordinator Parti Sosialis Arutchelvan Lee Thye Yoo (Youth4change) dan Zul(Citizen Intank). Image

“Don’t Rush it for Rashid dan semata-mata untuk membolehkan Rashid menjadi Pengerusi SPR lagi,” kata Dr Zul.

Tian Chua juga berpendapat ramai lagi calon yang berwibawa yang boleh menggantikan Rashid dan tidak bersetuju sama sekali kerajaan melalui Parlimen terpaksa secara tergegas-gesa meminda perlembagaan tersebut demi untuk mengekal khidmat Rashid yang semakin diragui kewibawaannya oleh rakyat.

Antara tokoh lain yang dicadangkan Bersih bagi menggantikan Rashid ialah bekas-bekas Hakim yang telah bersara yang mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat keseluruhannya.

Cadangan Bersih ini seiring dengan Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan yang menjelaskan: “SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja … Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam.”

“Selasa (11 Disember) jam 11 pagi nanti di Parlimen, delegasi Bersih akan menyerahkan memo membantah pindaan tersebut yang bakal dibacakan dan surat mengenai penyerahan memo itu serahkan akan kita hantarkan kepada Yang Dipertua hari ini juga,” kata Syed Azman.

Beliau turut menjelaskan bahawa penyerahan memo tersebut bukanlah perhimpunan rakyat secara besar-besar seperti yang pernah di anjurkan Bersih pada 10 November lalu.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan akan dibacakan kali kedua pada 11 Disember ini, kata Tian dan Bersih mahu menteri terbabit menimbang semula dan menarik balik usul tersebut. Image

Dalam sidang yang sama Aru menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Rashid, pilihan raya 2004 menjadi antara pilhanraya umum paling buruk dan ‘terkotor’ dalam sejarah dan sekiranya membenarkan lagi Rashid menjadi pengerusi maka pilihan raya kan datang akan turut tercemar dan tidak diyakini prosesnya.

“SPR sudah hilang kredibiliti kerana mempunyai pengerusi seperti Rashid dan jika Rashid masih menjadi pengadil kita khuatir pilihan raya kita tidak akan bersih dan imej SPR akan terus menjunam,” katanya.

Antara petikan kata-kata Rashid yang mencetuskan kontroversi sewaktu sesi soal jawab di Kursus Kenegaraan Malaysian Press Institute (MPI): Media dan Pilihanraya Umum di Universiti Malaya 4 Disember lalu ialah:-

“Hakim itu sendiri tidak periksa…dalam one side, hakim itu sendiri ‘bias’ (berat sebelah). Hakim itu ‘got frustrated with certain things’ dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“That was a biased penghakiman.Semua orang bersetuju ‘it was biased’ penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu,”katanya merujuk kes pilihan raya kecil Likas, Sabah. Image

“….I sendiri ‘get frustrated with this’. Ini manipulasi keadaan just untuk capai kemenangan dari sudut politik. Itu sebab saya tak keluar menjawab. Tak boleh jawab. “Dia ada akhbar dia…yang amat adil…Harakah. Dia ada Harakah maki hamun kat orang. Itu adillah tu. Saya tak ada,” katanya mengkritik Harakah

Di kesempatan itu juga Rashid membidas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang yang pernah bertemu beliau di pejabat SPR di Putrajaya tempoh hari.

“…Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, diluar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi…orang pakai serban besar pakai jubah..macam mana ni?Kalau saya kata… orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia…tak pelah biarlah dia jawab esok…” katanya seterusnya mengakhiri ucapannya dalam sesi soal jawab di kursus tersebut.

KOLEKSI PERISTIWA 11 DISEMBER

Kuala Lumpur : Kesemua 15 orang pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan semalam telah dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan mulut. Mereka yang dibebaskan adalah;

  1. Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
  2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS)
  3. Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

4. Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
5. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
6. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
7. Dr Nasir Hashim
(Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
8. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
9. A. Sivarajan
(Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
10. Abdul Razak Ismail
(Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
11. Azira Ariffin (Aktivis)
12. Hashim Awang (Aktivis)
13. Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
14. Mohd Badilah Muda (Aktivis)
15. Norazimah Mohd Nor (Aktivis)

Kesemua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman.

Sebelum itu, seramai 9 orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu;

  1. Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
  2. Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
  3. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
  4. Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
  5. Wong Chin Huat (WAMI)
  6. Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
  7. Mien Lor (KOMAS)
  8. V. Gayathry (CIJ)
  9. Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)

Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. Ust Nasarudin berkata;

“Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai ‘kuasa tersendiri’ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil”

Ust. Nuridah pula menyatakan bahawa pada pukul 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke Lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke Lokap Jalan Pudu. Walaubagaimana pun, tiba-tiba sahaja pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Nampaknya pihak Polis pun keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 2 petang Tian Chua telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walaubagaimana pun, disebabkan kegagalan pihak Polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa pulang ke IPK Jalan Hang Tuah. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari ‘atas’.

Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Saudara Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre) yang terbakar ketika ditunda oleh Polis dari tempat penangkapan di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka.

Walaubagaimana pun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak Polis. Tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan razak ditahan.

Selain itu, Norazimah Mohd Nor pula mendakwa bahawa pihak polis telah ‘menahan’ handphone beliau untuk siasatan lanjut. Walaupun telah diminta untuk dipulangkan, namun pihak polis enggan bekerjasama. Mereka meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu ’membebaskan’ handphone tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sebuah kamera digital dan notebook turut diambil dan enggan dipulangkan oleh pihak polis. Pihak polis hanya berjanji akan memulangkan ke semua barang yang ‘diambil’ itu selepas siasatan selesai.

Dalam perkembangan terakhir, pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan ini mengutuk sikap bacul Perdana Menteri yang mempergunakan ratusan anggota Polis bagi menghadapi menghadapi mereka pada hari semalam. Kehadiran mereka di Parlimen adalah secara aman dan jumlah yang hadir tidak sampai 30 orang. Mereka disambut oleh ratusan anggota Polis yang berkubu dihadapan Parlimen.

Pada waktu ini, mereka juga meminta agar ahli dan penyokong gabungan BERSIH tidak gentar dengan segala apa yang telah terjadi dan meneruskan agenda perjuangan yang telah didokong secara bersama sebelum ini.

KEGANASAN POLIS KETIKA H100K

10 November 2007 mencatatkan sejarah yang besar untuk Malaysia. Himpunan 100 ribu anjuran BERSIH akan disimpan rapi dalam lipatan sejarah Politik Malaysia akibat ketidakadilan dalam pengendalian Pilihanraya di tanahair Malaysia yang tercinta ini.

Walaupun penganjur menganggap perhimpunan tersebut sebagai berjaya, namun harus diingat bahawa banyak peristiwa-peristiwa pahit yang ‘manis’ dialami oleh peserta himpunan dan orang ramai yang hadir pada tarikh keramat tersebut.kene sembur, tak sempat lari

Yang paling biasa ialah disembur dengan air kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata. Yang agak malang(sebenarnya bertuah kerana Allah pilih untuk dapat ganjaran pahala yang lebih), ada yang disepak terajang, dipukul, diSELAM AIR dan sebagainya.

kena tangkap

Salah seorang pengunjung yang dikasari, Aleyasak Hamid @ Hassan, 31, (cucu Pak Yazid Jaafar) telah mengalami kecederaan serius di kaki sehingga pecah tempurung lututnya akibat dipijak dengan kuat oleh lima pegawai polis sewaktu keadaan tidak terkawal di persekitaran stesen LRT Masjid Jamek. Katanya, ketika kejadian itu beliau bersama 50 orang peserta himpunan lain, sedang berjalan dan secara tiba-tiba beliau terdengar suatu suara yang kuat “Lari!”.kena pukul

“Kemudian anggota polis mengejar dan menerpa, kaki saya tersangkut dan jatuh ditindih oleh polis,” ujar Aleyasak yang tinggal di Kajang yang datang bersendirian dengan memakai t-shirt hitam.

Beliau hanya dibantu oleh anggota Unit Amal Malaysia dan tidak mendapat simpati pegawai polis yang terus menerus mengasarinya.

Berikut adalah laporan polis Aleyasak:

Pada lebih kurang jam 4 petang 10 November, di Jalan Tun Perak, berdekatan Dataran Merdeka, enam orang pegawai polis menyerang saya dari belakang dan menyebabkan saya jatuh dan memijak belakang dan kaki dan menyepak di bahagian lutut dan rusuk kanan.

Saya merayu supaya mereka jangan angkat saya kerana kaki saya patah. Tetapi mereka dengan kasar mengangkat dan menyepak lutut saya. Saya merayu tetapi mereka memaki saya dengan kata-kata kesat. Mereka tolak saya sehingga melanggar tangga trak polis. Saya merayu agar mereka angkat saya tapi mereka enggan dan saya naik sendiri dengan bantuan tahanan lain. Saya dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan kemudian Ambulans St John bawa saya ke Hospital Kuala Lumpur. Saya patah kaki, tempurung lutut pecah dan sedang menunggu pembedahan.

Aleyasak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada malam 10 November dan telah menjalani pembedahan pada jam 1.30 tengah hari pada dua hari selepas kejadian

Ketika ditemui jam 5 petang sebaik selesai menjalani pembedahan, beliau masih dalam keadaan lemah, tetapi sanggup memberikan keterangan.

Menurut pegawai perubatan yang melakukan pembedahan tersebut, berdasarkan laporan kesihatan dan hasil x-ray kaki Aleyasak jika sekiranya ia dikemukakan untuk tindakan undang-undang, beliau berpotensi untuk memenangi kes tersebut.

Harakah juga difahamkan, keluarganya berasa sedikit terganggu dengan gangguan pihak tertentu yang meminta supaya beliau tidak membuat sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Namun, setakat ini beliau belum memutuskan untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.

Teruskan membaca

POLIS TIDAK PERCAYAKAN PAS

13 November 2007, seawal jam 5 petang, Polis buat sekatan jalanraya di sekitar bandar Kuala Terengganu, lebih-lebih lagi di Batu Burok. Penulis dihubungi oleh beberapa orang kenalan bertanyakan Ceramah di Persiaran Hakim pada malam tu, tapak ceramah yang sama dengan Peristiwa 8 September lalu. Kata mereka, ada poster ditampal. Penulis hairan, kalaulah benar ada ceramah, sudah tentu penulis lah antara orang yang terawal tahu.

Pada 8 November lalu, penulis diberitahu Saudara Azmi Mohd Yasin, Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu bahawa beliau dipanggil OCPD Kuala Terengganu dan diberitahu bahawa permit tidak diberikan. Polis sengaja membaca isi kandungan surat dari Jemaah Menteri yang memuatkan petikan Perutusan Yang Di Pertuan Agong, yang dukacita atas kejadian yang berlaku pada 8 September lalu. Antara yang menarik, OCPD membaca isi kandungan tersebut, “adalah menjadi suatu Kezaliman bagi Pas untuk menganjurkan program-program seumpama itu. Kata salah seorang pemuda yang mengiringi Azmi malam itu, apabila surat tersebut diedarkan kepada mereka untuk dibaca, perkataan yang sebenar ialah “adalah menjadi KELAZIMAN“, bukannya kezaliman sebagaimana yang dibaca OCPD. Jauh bezanya makna perkataan tersebut walaupun bunyinya lebih kurang sama.

Oleh kerana semua pimpinan negeri telah ke KL lebih awal untuk menyertai Himpunan 100k pada lusanya, Azmi berjanji akan sampaikan keputusan tersebut kepada mereka dan terpulang kepada pimpinan untuk buat keputusan sama ada nak diteruskan ceramah di situ ataupun tidak.

Sekembalinya pimpinan Pas dari KL, YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama beberapa orang lain ke IPD untuk bertemu sendiri dengan pihak polis. Surat jemaah menteri yang dijanjikan oleh polis  untuk diberi salinan kepada pihak Pas tidak diberikan. Sebelum 13 November, pihak polis hubungi lagi Encik Azmi untuk pengesahan sama ada Pas akan teruskan ceramah atau  tidak. Azmi tegaskan bahawa memang Pas sudah batalkan ceramah tersebut. Apa yang berlaku di pihak polis ialah, mereka menampal risalah yang mengatakan bahawa pada 13 november malam, akan diadakan perhimpunan haram di Lorong Persiaran Hakim, dan sesiapa yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut boleh diambil tindakan atau ditangkap di bawah seksyen sekian, sekian. Media TV dan Radio juga mencanangkan perkara yang sama.

Seawal pagi lagi penulis menerima beberapa sms  dari kawan-kawan. Ada yang bertanyakan sama ada ceramah ada ke? ada juga yang terus sebarkan sms bahawa pakat mari ceramah malam itu untuk beri sokongan kepada BERSIH. Sedangkan pihak Pas tidak keluarkan sebarang poster, risalah,handbill atau apa bentuk makluman berkenaan ceramah pada malam tersebut. Ceramah yang sebegitu besar dan penting, takkan sampai tidak dikeluarkan sebarang poster? Sepatutnya polis bahagian Cawangan Khas lebih tahu. Tapi mereka tetap bertindak menakut-nakutkan masyarakat tentang BAHAYA MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM malam itu. Ada juga yang sms mengatakan bahawa ramai orang luar dari Terengganu sudah sampai untuk menghadiri ceramah tersebut. Bukan setakat orang awam, bahkan pihak polis sendiri telah menerima kunjungan sebanyak tak kurang dari 10 buah trak dan kenderaan FRU Pahang.

Sebelum Asar lagi sudah kedengaran helikopter berlegar-legar di udara Kuala Terengganu.

Pada malamnya selepas Isya’, penulis sengaja pusing-pusing sekitar Batu Burok untuk melihat suasana. Boleh dikatakan setiap lorong ke pantai Batu Burok diadakan sekatan. Selepas beredar, menulis terima sms lagi, dari seorang kenalan yang baru berusia 15 tahun, katanya beliau cuba masuk ke jalan tepi pantai berdekatan  jalan persiaran hakim dengan berbasikal. Itupun dikejar polis. Berdebar, dan Mujur tidak ditangkap polis katanya. Hai polis, takkan lah sebab kita orang tak buat ceramah, nak lepas geram pada budak-budak pulak.

BERJAYA ATAU GAGAL TINDAKAN POLIS ?

dppkt: jangan marah ya polis

GELOMBANG KUNING -10 NOVEMBER 2007

H100K

10 November 2007 di Istana Negara, Malaysia mencatatkan satu lagi sejarah besar tanahair iaitu Penyerahan Memorandum oleh Gabungan Tuntut Pilihanraya Bersih dan Adil(BERSIH). Perhimpunan Aman yang dianjurkan oleh BERSIH itu asalnya merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka dengan menjemput seluruh rakyat Malaysia membawa keluarga masing-masing untuk mendengar ucapan pemimpin parti-parti Barisan Alternatif, Ngo-Ngo seluruh negara untuk bersama-sama menuntut keadilan dala Pilihanraya Umum akan datang.

Program yang sepatutnya bermula jam 3 petang itu, sudah dijangka akan berlaku kekecohan yang sebenarnya dimulakan oleh pihak polis dan FRU seawal jam 2 petang lagi. Penulis sendiri yang tiba di Stesen LRT Masjid Jamek hampir jam 12.30, menyaksikan betapa licinnya perancangan pihak polis agak perhimpunan tidak berjaya dengan mengunci masjid Jamek kerana mereka tahu bahawa itu merupakan salah satu lokasi berkumpul.

Ketika itu, hujan turun dengan lebat dan penulis teragak-agak untuk ke sana dan ke sini. Akhirnya teringat arahan pimpinan bahawa antara lokasi berkumpul bagi rakyat TERENGGANU ialah Masjid India, Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Penulis mengambil keputusan untuk ke Masjid India sementara menunggu solat Zohor. Setelah selesai solat Zohor, belum pun sempat turun dari masjid, sudah kedengaran suara takbir tanda semangat juang yang tinggi. Penulis menuju ke Masjid Jamek kembali untuk meninjau suasana. Tidak lama selepas itu, sekumpulan Unit Amal tiba di Jalan Masjid Jamek bersama-sama beberapa anggota nisa’ sambil diiringi laungan takbir orang ramai di sekeliling. Setengah jam selepas itu, kira-kira ja 2 petang, FRU mula naik angin lalu menyembur orang ramai yag berkumpul berhmapiran masjid jamek dan Stesen LRT. rang ramai yang mengerjakan solat zohor di masjid tidak dibenarkan keluar dengan mengunci pintu pagar. Tiada sebarang tindakan ganas kelihatan di sebelah pihak orang awam tetapi yang pasti, FRU memang bertindak ganas dengan menyembur air asid dan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. Penulis rasa terkilan kerana polis dan FRU tidak pedulikan orang-orang tua,wanita-wanita dan anak-anak kecil mereka seawal usia 6 dan 7 tahun. Hujan terus membasahi orang ramai dan ini mengurangkan kesan tembakan gas pemedih mata dan air asid yang disembur.

kena sembur

Di kawasan yang sempit sebegitu, penulis tidak dapat mengagak berapa jumlah sebenar yang hadir. Apabila penulis ke Jalan Masjid India , kemudian merentasi Jalan Tunku Abdul Rahman menuju Jaln Raja Laut, ramai lagi orang ramai yang berpakaian kuning BERSIH sedang dikejar dan ditembak gas pemedih mata serta air asid. Penulis terpisah dengan bebrapa orang kampung yang datang bersama. Tetapi alhamdulillah sempat berkomunikasi dengan handphone. setelah berulang alik ke sana ke mari antara tiga tempat iaitu kawasan Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut,seorang sahabat hantar mesej bahawa 40 ribu penyokong sedang menuju ke Masjid Negara, yang kemudiannya menuju ke Istana Negara untuk menyrahkan Memorandum.

Anggaran kasar kehadiran setelah dikira kesemua lokasi berhimpun, maka tidak kurang daripada 100 ribu yang hadir dn ini sekaligus menafikan dakwaan media kerajaan yang melaporkan bahawa hanya sekitar 4000 sahaja yan hadir.

ALLAHU AKBAR!!!

dppkt:InsyaALLAH kita akan kembali dengan banyak lagi kisah-kisah sempena Perhimpunan Aman BERSIH.

HAK ANDA BILA BERDEPAN DENGAN POLIS -SIRI 4

Himpunan 10 Nov: Apa hak anda bila berdepan dengan polis? (Siri IV)

Saari Sungib
Tue | Nov 06, 07 | 11:47:37 am MYT
Kehadiran segera isteri, anak, ahli keluarga, rakan-rakan dan peguam di luar balai polis di mana saudara ditahan boleh membantu agar saudara dibebaskan segera oleh polis.

<!––>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

Namun, jika pihak polis membuat keputusan untuk terus menahan saudara, saudara mesti tahu bahawa:

* Saudara mesti dimasukkan ke lokap tidak lewat dari dari pukul 6:30 petang dan berada sehingga pukul 6:30 pagi. (kecuali dalam kes-kes kecemasan seperti bagi mendapatkan rawatan perubatan).

* Saudara boleh minta agar saudara terus memakai pakaian saudara tanpa diarahkan untuk menukar kepada pakaian lokap.

* Sekiranya saudara diarahkan juga memakai pakaian lokap serta diberikan sepasang seluar pendek dan saudara tidak suka memakai seluar pendek, minta polis membekalkan saudara dengan sepasang seluar panjang.

* Saudara juga boleh meminta kain pelikat atau pakaian yang sesuai untuk sembahyang jika saudara beragama Islam atau apa-apa pakaian ibadat lain jika saudara penganut agama lain.

* Jika saudara tahu di balai tersebut ada sebuah surau yang selesa, minta polis membawa saudara untuk bersembahyang di surau setiap waktu solat.

* Maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab di balai atau polis yang bertugas keadaan kesihatan saudara serta keperluan ubat-ubatan saudara.

* Minta polis membekalkan ubat-ubat yang saudara perlukan dengan segera.

* Semasa berada dalam lokap, sekali lagi saudara tidak perlu menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh pihak polis.

* Jika ada polis ‘berbudi bahasa’ yang mengajak saudara bersembang-sembang, lebih baik saudara tidak layan sahaja polis tersebut.

* Jika saudara ditahan bersama-sama dengan tahanan lain dalam bilangan yang ramai, ingat segala kerenah dan keadaan buruk, kecoh dan haru-biru yang saudara lalui. Laporkan keadaan lokap seperti itu kepada peguam saudara sebaik sahaja saudara berpeluang bertemu dengan mereka.

* Sepanjang saudara berada dalam lokap, polis tidak berhak untuk menyakiti saudara termasuk mengeluarkan kata-kata kesat mahupun sindiran terhadap saudara. Saudara juga tidak boleh dilayan secara buruk ataupun dinafikan hak untuk mendapat makanan, minuman dan rehat yang secukupnya. Hak saudara untuk menjalankan ibadat menurut agama masing-masing juga tidak boleh dinafikan. Jika ini berlaku, laporkan kepada peguam saudara sebaik sahaja saudara berpeluang bertemu dengan mereka.

* Polis hanya boleh menahan saudara selama 24 jam dari masa saudara ditangkap di dalam lokap tanpa perintah reman daripada majistret (kecuali penahanan ISA)

* Bagi penahanan ISA, seorang Inspektor boleh menahan seseorang selama 24 jam, seorang ASP selama 48 jam dan seorang DSP selama 30 hari. Tiada rujukan kepada majistret dalam penahanan ISA (namun, keluarga tahanan mesti mengemukakan writ habeas corpus kepada mahkamah)

* Dalam kes selain ISA, polis MESTI membuat permohonan reman daripada majistret di mana majistret boleh membenarkan sejumlah maksimum 14 hari untuk tahanan reman (tidak termasuk masa perjalanan yang munasabah).

* Semasa dibawa ke majistret, saudara MESTI gunakan kesempatan untuk memberitahu kepada peguam saudara dan majistret jika saudara dikasari, dilayan dengan buruk, diludah, dimaki, ditengking, disindir, diarah ketuk ketampi atau dipaksa berbogel sepanjang berada selama 24 jam di bawah tahanan polis! Jangan kasi can!

* Semasa dihadapkan ke majistret juga saudara boleh menyatakan keadaan kesihatan saudara. Jika saudara perlu berjumpa doktor, buat permohonan jumpa doktor di hadapan majistret. Kalau saudara takut atau cemas atau berada dalam keadaan tekanan mental dan emosi yang tinggi kerana berada dalam lokap polis, nyatakan juga perkara ini kepada peguam saudara dan majistret.

Bila ada peluang bercakap di depan majistret, cakap jangan tak cakap. Jangan takut!