Daripada darijauh.wordpress.com
Berita Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru telah menggemparkan rakyat. Aku telah menerima beberapa panggilan telefon daripada sahabat-sahabat yang menanyakan persoalan tersebut. Malahan, di warung dan kedai kopi tidak lekang dari bibir pengunjungnya untuk berbicara soal ini.
Yang aku ingin highlightkan di sini ialah budaya ‘yes bos’ dalam UMNO seperti yang ditegur oleh Tun Mahathir akhirnya dipecahkan sempadannya oleh Datuk Ahmad Said. Tun telah membidas ahli UMNO yang asyik mengikut telunjuk ketua (PM) tanpa sebarang bangkangan walaupun dalam hati jauh untuk bersetuju. Hari ini, disebalik ugutan agar tidak menerima watikah pelantikan sebagai MB atau beliau akan dilicutkan keahlian, Datuk Ahmad Said tegar dengan pendirian untuk melawan arus pucuk pimpinan kerana beliau sedar bahawa Idris Jusoh telah banyak melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negeri bahkan juga terhadap UMNO Terengganu itu sendiri. Datuk Ahmad Said telah belajar daripada Tun Mahathir-biar berani menegur kerana untuk kebaikan.
Setelah Datuk Ahmad Said memulakannya di Terengganu, tidak mustahil beberapa orang lagi akan melawan arus dengan politik tradisi yang diamalkan sejak sekian lama. Ku Li dan Azalina Othman telah bersuara untuk mengambil alih pimpinan masing-masing.
Ku Li yang telah banyak kali menegur soal kepimpinan Pak Lah sekali lagi menyuarakan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Ketepikan soal menang-kalah, yang penting berani kerana kebaikan.
Kepada semua pemimpin baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, bersuaralah jika anda tahu ada yang lebih baik daripada yang sedia ada. Janganlah menjadi syaitan bisu yang akhirnya membawa kepada kehancuran negara.
Tahniah kepada Datuk Ahmad Said!
Filed under: Politik, Isu Semasa, Tempatan | Tagged: Ahmad Said, Umno | 3 Comments »