• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

CALON BN DISAMBUT ‘BARANG NAIK MARI DOH…’

Daripada Harakahdaily

Adnan Ibrahim
Thu | Feb 28, 08 | 3:36:01 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Hrkh) – Peniaga Pasar Borong Darul Iman di Gong Pauh, Wakaf Mempelam di sini berdailog secara spontan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail, menyatakan sikap mereka menolak BN.
Kedatangan Razali yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bersama calon BN, Othman Awang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam pada pukul 10.30 pagi disambut peniaga pasar dengan: “Barang naik mari doh…”

Pasar tersebut yang memuatkan penjual sayur, ikan, ayam, daging dan barangan keperluan serta runcit secara serentak menyambut kedatangan calon BN itu dengan kata-kata tersebut. Bunyinya cukup lantang seperti tempat pembangkang berdemontrasi.

“Barang naik mari doh… itu merujuk kepada slogan kempen PAS iaitu `Ingat BN, Ingat Barang Naik’.

Dalam masa yang sama Razali mungkin mahu menunjukkan gentleman sempat berbual dengan pengunjung pasar yang berbaju kuning berslogan `Bersih’.

Razali: “Cantik baju…”

Pengunjung pasar: “Memang doh saya orang bersih. Kita nak bersih… Makan minum mahu bersih.., pilihan raya pun mahu bersih!”

Beliau kemudiannya beredar ke bahagian jualan ikan dan bertemu salah seorang peniaga meminta menyokong BN pada pilihan raya umum ke 12 ini.

Peniaga ikan: “Kita orang PAS Dato’…”

Razali: “Boleh apa sokong PAS? PAS boleh beri apa…”

Peniaga ikan: “Ni, pasar ni PAS buat…”

Menurut tinjauan rambang, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata masyarakat peniaga melahirkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan BN dan mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS memerintah negara supaya harga barangan dapat dikawal.

“Peniaga bersungut keuntungan mereka semakin kecil berikutan harga yang dibekalkan pemborong sentiasa naik. Kerajaan pula tidak mampu bendong dan menyekat pemborong sebaliknya yang sering menjadi mangsa ialah peniaga kecil,” ujarnya. –

Advertisement

BN (Barang Naik)

Kita akan terus ingat…BN-Barang Naik!

13 HARI KEMPEN BN UNTUK TUTUP MASALAH RAKYAT

Angka 13 sememangnya menjadi kegemaran Pak Lah selepas sekali lagi memilih angka ini sebagai jumlah hari kempen PRU ke 12 ini. Hari berkempen bagi PRU kali ini telah dilanjutkan sehingga 13 hari kerana BN begitu bimbang dengan pelbagai isu yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Seperti kebiasaan dan menjadi rutin bagi stesen televisyen, radio dan akhbar arus perdana negara ini pasti akan turut digunakan oleh BN sebagai senjata utama mereka mengasak pembangkang yang hanya dibekalkan dengan akhbar rasmi 2 minggu sekali dan ceramah setempat yang begitu sukar mendapat kelulusan. Jadi peranan yang dimainkan oleh web amat dialu-alukan oleh pembangkang. Namun ianya hanya terbatas bagi mereka yang celik IT dan mempunyai kemudahannya.

Oleh yang demikian, majoriti besarnya rakyat Malaysia yang juga pemilih adalah berbekalkan media arus perdana yang 24 jam menghantuk fikiran mereka. 13 hari kempen ini semestinya rakyat disogokkan dengan pelbagai isu pembangunan, keamanan dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Berita positif pihak mereka ini akan diselangselikan dengan berita negatif pembangkang seperti kemunduran kelantan, perkauman, rusuhan dan lemahnya pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berita pembangkang yang aslnya positif disunting dan diolah untuk memburuk-burukkan pembangkang. Ini kerana mereka sudah mengerti bahawa rakyat Malaysia amat sukakan berita-berita hangat sedemikian terutamanya dalam hari berkempen ini. Rakyat pastinya tidak lekang dari tempat duduk dihadapan tv setiap malam untuk mengikuti perkembangan semasa.

Kempen BN selama 13 hari juga sekaligus menutup kesemua permasalahan rakyat seperti kenaikan barang, kenaikan tol, pendidikan yang tidak percuma, indeks jenayah yang tinggi, kes-kes rasuah, salah laku pemimpin BN dan banyak lagi. Ini semua akan ditutup dengan ucapan-ucapan yang berbaur janji-janji oleh pemimpin BN.

Kepada rakyat malaysia, janganlah dilamun oleh janji-janji BN lagi. Cukuplah dengan segala permasalahan yang melanda negara kini unutk kita sama-sama menghukum BN pada PRU kali ini.

PAK LAH TIPU LAGI…TUKARLAH!

pm.jpg Presiden UMNO, Pak Lah telah secara terang-terangan menipu rakyat Malaysia. 24 jam lepas beliau menyatakan bahawa parlimen tidak akan dibubar esok (hari ini). Tapi hari ini berlaku sebaliknya. Sungguh memalukan apabila cucu ulamak terkenal ini tabiatnya suka menipu.

Sebelum ini kita ditipu dengan tawaran pendidikan percuma dan tidak mustahil segala janji-janji yang ditabur adalah kosong semata-mata. Ini termasuk pembangunan koridor seperti ECER, NCER, Sabah dan Sarawak (SCORE…bimbang jadi SCOMI).

Di sini suka saya memetik kata-kata beliau ketika berucap dihadapan 3000 orang kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini. Ketika mengulas laporan World Competitiveness Year Book bahawa Malaysia adalah ke-6 terbaik dunia, beliau berkata:

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup.”

Ini merupakan doa Pak Lah, jika dia bohong maka tidak lamalah kerajaan yang diperintahnya sekarang dapat bertahan.

Jadi setelah siri rentetan pembohongan oleh Pak Lah ini, maka ada peluang untuk kerajaan sekarang tumbang berdasarkan ucapannya di atas. Janganlah kita menjadi buta dan tuli lagi untuk memilih pemimpin seperti ini. Bekas ahli kabinet beliau juga telah tercalit dengan pelbagai keaiban. Salah laku moral, rasuah, menentang Islam, penipuan dan penindasan adalah resipi utama parti UMNO dan BN.

Gunalah peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya untuk memilih pemimpin yang benar-benar ingin menegakkan kebenaran. Yang benar-benar mahu mendaulatkan kitab suci bukannya yang hanya pandai berpuisi.

BANTAL UNTUKMU PAK LAH

Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah melakukan protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang dianggap punca kelemahan kerajaan yang ada sekarang. Mereka telah menghantar memorandum simbolik iaitu bantal berwarna kuning kerana tabiat PM yang suka tidur ketika menghadiri acara-acara rasmi.

Pengerusi sekretariat tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata masa depan golongan muda di negara ini gelap selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri.

“Kami telah mengadakan perbincangan sesama rakan-rakan sebelum mengambil keputusan menghantar bantal ini,” kata Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

“Kita kecewa dengan ketidakberkesannya Perdana Menteri mentadbir negara. Saya mendesak beliau melihat isu golongan muda secara serius,” katanya.

Menurutnya, banyak memorandum yang dihantar kepada Abdullah supaya mengambil serius mengenai pentadbiran negara, tidak mendapat balasan.

Badrul Hisham berkata, 2008 merupakan tahun kebangkitan golongan muda dan sehubungan itu pihaknya akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat.

protes-pak-lah-tido-2.jpg

protes-pak-lah-tido-1.jpg

protes-pak-lah-tido-3.jpg


SIRI 3-KOLEKSI PERISTIWA 11 DISEMBER

Tukar segera, jangan lanjut khidmat Rashid – Bersih

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Dec 07, 07 | 2:18:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) – ‘Remove Rashid! Don’t RUSH IT for RASHID!’ adalah slogan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam kenyataan media hari ini yang mengecam sikap biadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menghina Presiden PAS dan keputusan mahkamah baru-baru ini. <!—->

<!–

Advertisement

–>Image

Bersih menyelar tindakan dan kenyataan tidak profesional Rashid yang semakin mengundang kemarahan terutama parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili sebahagian besar masyarakat di negara ini.

“Bersih mengecam sikap Rashid yang ‘menyerang peribadi’ (personal attack) Parti PAS, Presiden PAS, Harakah dan menghina keputusan mahkamah kes Likas termasuk mendakwa Hakim Dato’ Muhammad Kamil Awang sebagai berat sebelah, kecewa dengan kerajaan sehingga memberi keputusan seumpama itu,”kata jawatankuasa Bersih Dr Zulkifli Ahmad yang membacakan kenyataan media Bersih di sidang Media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

“Bersih memprotes pindaan Perlembagaan Selasa ini di Parlimen untuk melanjutkan umur persaraan Pengerusi SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat,” katanya di hadapan puluhan wartawan.

Turut hadir sama dalam sidang media tersebut ialah AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi,Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Koordinator Parti Sosialis Arutchelvan Lee Thye Yoo (Youth4change) dan Zul(Citizen Intank). Image

“Don’t Rush it for Rashid dan semata-mata untuk membolehkan Rashid menjadi Pengerusi SPR lagi,” kata Dr Zul.

Tian Chua juga berpendapat ramai lagi calon yang berwibawa yang boleh menggantikan Rashid dan tidak bersetuju sama sekali kerajaan melalui Parlimen terpaksa secara tergegas-gesa meminda perlembagaan tersebut demi untuk mengekal khidmat Rashid yang semakin diragui kewibawaannya oleh rakyat.

Antara tokoh lain yang dicadangkan Bersih bagi menggantikan Rashid ialah bekas-bekas Hakim yang telah bersara yang mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat keseluruhannya.

Cadangan Bersih ini seiring dengan Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan yang menjelaskan: “SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja … Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam.”

“Selasa (11 Disember) jam 11 pagi nanti di Parlimen, delegasi Bersih akan menyerahkan memo membantah pindaan tersebut yang bakal dibacakan dan surat mengenai penyerahan memo itu serahkan akan kita hantarkan kepada Yang Dipertua hari ini juga,” kata Syed Azman.

Beliau turut menjelaskan bahawa penyerahan memo tersebut bukanlah perhimpunan rakyat secara besar-besar seperti yang pernah di anjurkan Bersih pada 10 November lalu.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan akan dibacakan kali kedua pada 11 Disember ini, kata Tian dan Bersih mahu menteri terbabit menimbang semula dan menarik balik usul tersebut. Image

Dalam sidang yang sama Aru menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Rashid, pilihan raya 2004 menjadi antara pilhanraya umum paling buruk dan ‘terkotor’ dalam sejarah dan sekiranya membenarkan lagi Rashid menjadi pengerusi maka pilihan raya kan datang akan turut tercemar dan tidak diyakini prosesnya.

“SPR sudah hilang kredibiliti kerana mempunyai pengerusi seperti Rashid dan jika Rashid masih menjadi pengadil kita khuatir pilihan raya kita tidak akan bersih dan imej SPR akan terus menjunam,” katanya.

Antara petikan kata-kata Rashid yang mencetuskan kontroversi sewaktu sesi soal jawab di Kursus Kenegaraan Malaysian Press Institute (MPI): Media dan Pilihanraya Umum di Universiti Malaya 4 Disember lalu ialah:-

“Hakim itu sendiri tidak periksa…dalam one side, hakim itu sendiri ‘bias’ (berat sebelah). Hakim itu ‘got frustrated with certain things’ dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“That was a biased penghakiman.Semua orang bersetuju ‘it was biased’ penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu,”katanya merujuk kes pilihan raya kecil Likas, Sabah. Image

“….I sendiri ‘get frustrated with this’. Ini manipulasi keadaan just untuk capai kemenangan dari sudut politik. Itu sebab saya tak keluar menjawab. Tak boleh jawab. “Dia ada akhbar dia…yang amat adil…Harakah. Dia ada Harakah maki hamun kat orang. Itu adillah tu. Saya tak ada,” katanya mengkritik Harakah

Di kesempatan itu juga Rashid membidas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang yang pernah bertemu beliau di pejabat SPR di Putrajaya tempoh hari.

“…Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, diluar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi…orang pakai serban besar pakai jubah..macam mana ni?Kalau saya kata… orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia…tak pelah biarlah dia jawab esok…” katanya seterusnya mengakhiri ucapannya dalam sesi soal jawab di kursus tersebut.

AKHLAK WAKIL RAKYAT UMNO BN

Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.

Insiden bermula apabila Dato’ Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.

“Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).

“Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, “kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.

Nozula tendang Zaki

Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai ‘tidak cerdik’ dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.

“Bagi peluang aku keccek lepas ni,”kata Nozula dengan nada yang keras.

Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.

“Mu yang kurang ajar,” katanya sambil bertindak menyerang Zaki.

Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.

Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.

Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung.- Az

BN-BARANG NAIK

Orang ramai dah mula runsing. harga barang2 keperluan naik mendadak semenjak dua menjak ni. Baru2 ni penulis beli sekilo bawang merah. Terkejut dibuatnya bila harga diberitahu RM5 sekilo. Gandum pula sudah mencecah RM 2.70 sekilo. Ayam pula sekilo DAH lebih RM 7.00 sekilo.

BN=BARANG NAIK

Penulis buat tinjauan ke kedai runcit, kata tuan kedai, banyak harga baru akan berkuatkuasa pada bulan November ini. Pekedai tersebut bagitau antara barang yang naik ialah Milo untuk 1kg akan jadi 14.50, Sardin akan naik 0.20 sen, maggi naik 0.10 sen, gandum naik RM1, roti berjenama naik 0.30 sen dan semua jenis biskut akan naik RM1 untuk sekilo.

BN =BARANG NAIK

Tol akan naik tahun depan. Bukan sahaja tol, malah petrol dan diesel pun akan naik juga. Janji Pak Lah, tahun ni takkan naik minyak. Mafhum mukhalafahnya(makna sebaliknya) ialah Tahun depan PASTI NAIK!! Apa nak jadi Malaysia ni. Orang yg bergaji RM 3000 pun tak mampu nak hidup tanpa berhutang sekarang ni. Bayangkan anak 5 orang, pakai kereta belum habis bayar, nak bayar rumah lagi, anak2 sekolah lagi, hutang kad kredit tak pernah habis bayar…Perbelanjaan bulanan sentiasa defisit. Mereka yg duduk di kerusi empuk di pejabat Wisma Darul Iman tidak pernah sedar ke tentang kesusahan rakyat. Kalau kita bangkitkan isu minyak naik, mereka akan bandingkan dengan negara jiran. Senang aje mereka perbodohkan rakyat. Barang2 keperluan di Thailand dan tempat2 lain yg dibandingkan itu jauh lebih murah daripada kita. Bila lah nak selesai masalah ini. Selagi kita tak tukar kerajaan yang ada sekarang ni, selagi tu kita akan merana menanggung bala yang Allah turunkan berupa kenaikan harga barang itu dan ini.

BN=BARANG NAIK

Pernah orang kampung penulis mengadu baru2 ni pergi ke pasar beli pucuk daun kayu(buat masak lemak sedap…). biasanya harganya 50 sen aje seberkas. sekarang dah naik jadi RM1.

BN=BARANG NAIK

Apa yang nak dibanggakan dengan Masjid Kristal berjuta2 kalau rakyat nak makan pun susah! Apa yang nak dibanggakan dengan Monsoon Cup yang akan berlangsung tak lama lagi utk tahun ni sedangkan rakyat nak hidup pun terpaksa berhutang?

BN=BARANG NAIK

Peniaga-peniaga kecil pun dah merosot jualan akibat hadirnya GERGASI(GIANT) pada 26 September lalu. tak padan dengan Mydin, datang lagi GIANT yang kedua2nya memang jual barang keperluan harian termasuk bahan mentah sama ada kering atau basah. Sudah tentu pengguna cari yg mudah, tempat selesa dan tawaran harga yg lebih murah. Ayam , ikan, sayur-sayuran orang lebih suka beli dengan gergasi daripada manusia kerdil di pasar Chabang Tiga.

BN=BARANG NAIK

Tunjukkan jalan keluar kepada Umno dan BN pada Pilihanraya Umum akan datang!!

fikir-fikirkan……….