• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mei 2008
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

ISLAM HADHARI DIHARAMKAN DI SELANGOR

Dipetik dari Tranungdaily.blogspot.com

ISLAM HAD HARI DIHARAMKAN?

Seronok bila baca berita kisah ISLAM HAD HARI DIHARAMKAN DI SELANGOR. Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang aktiviti atau program yang dikaitkan dengan label Islam Hadhari. Apabila ditanya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Selangor.

Namun begitu, Mufti Perak yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Islam Hadhari yang dicetuskan Pak Lah, mahu kerajaan selangor kaji dulu sebelum bertindak mengharamkannya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Kalau merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis pula, beliau meminta agar kerajaan menghentikan konsep Islam Hadhari kerana ia mengelirukan Umat Islam. Macam mana ni? Boleh dikira Khilaf ulama’ juga ke? Satu setuju, satu tak setuju. Aku yang tak berapa pandai pun tahu bahawa setiap urusan yang tiada asalnya dari agama, maka ia tertolak. Kata nabi sallallahu alaihi wasallam yang maksudnya, “Barangsiapa yang merekacipta/mengada-adakan dalam urusan kami ini(agama) apa-apa yang bukan darinya(agama), maka ia adalah tertolak.” Kata Ulama’, hadis ini merujuk kepada apa-apa perkara baru dalam urusan agama yang tidak ada sandaran dalil sama ada dari Qur’an mahu pun Sunnah, maka ia adalah BID’AH yang sesat!!! Islam Hadhari ni suatu konsep yang tak pernah pun disebut oleh ulama’-ulama’ terdahulu, sama ada salaf mahupun khalaf. Dan ia pula merupakan istilah agama. Maka aku cukup yakin ia adalah BID’AH ISTILAHI. Maknanya istilah islam hadhari itu sendiri merupakan bid’ah yang sesat. Bukan prinsip-prinsip di dalamnya.

Cadangan aku: Lebih baik DYMM YDPA Sultan Mizan panggil mesyuarat raja-raja yang turut dihadiri juga oleh mufti-mufti agar bincang dan buat keputusan berkenaan istilah ini. Itupun kalau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tak mahu mengkaji baik buruknya istilah Islam Hadhari yang diagong-agongkan puak amno ni. Kalau Majlis Jawatankuasa Fatwa ada maruah, maka dipersilakan keluarkan kenyataan keputusan mesyuarat majlis agar rakyat tidak terkeliru dan berbalah soal istilah itu.

Advertisement

KEMPEN KEMBALIKAN ROYALTI PETROLEUM TERENGGANU

24 Mei, Sabtu, Kuala Terengganu-Hanya dalam 3 jam sahaja, Mampat berjaya mengumpul 400 tandatangan sokongan terhadap kempen mengembailkan bayaran  royalti yang sepatutnya diberikan oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu sebanyak 5 % dari keuntungan syarikat minyak itu. Penolong Setiausaha Mampat Wan Azmi Wan Ismail berkata kempen tersebut bermula seawal jam 9.30 pagi bertempat di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Mampat yakin pihaknya dapat mengumpul 100 ribu tandatangan sebagaimana sasaran awal selepas daripada Konvensyen Royalti Petroleum diadakan pada 14 Jun nanti. Menjelang petang, tandatangan yang sempat dikumpulkan mencecah 1100. DPPKT melihat respon pengunjung merupakan suatu tanda bahawa rakyat Terengganu memang memberi sokongan kepada usaha ini. Salah seorang pengunjung, Mohammad Abdullah, ketika diminta komen terhadap gerakan mampat ini, mengulas bahawa Mampat memenuhi kekosongan peranan yang dimainkan oleh Ngo-Ngo di Terengganu dalam membela nasib rakyat. “Kita lihat rakyat menyambut baik terhadap usaha-usaha yang diperjuangkan oleh ngo Mampat ini. Sekiranya isu itu diutarakan oleh Parti Politik khususnya pembangkang, sudah tentu ia disalahaertikan oleh sebahagian kumpulan masyarakat dan sukar untuk mendapat tempat di media arus perdana.” Saya berharap lebih banyak Ngo di Terengganu yang bersama-sama memerperjuangkan hak rakyat Terengganu seperti yang dilakukan oleh Ngo-Ngo dalam Mampat.

Mampat juga mengedarkan stiker dan riben percuma sebagai tanda sokongan rakyat terhadap usaha mereka.

3 BILION DUIT ROYALTI HILANG:MAMPAT LAPOR POLIS


Kuala Terengganu 22 Mei – Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), hari ini membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu berikutan kehilangan Wang Royalti Terengganu sebanyak RM 3 billion. Laporan tersebut dibuat sekitar jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, dalam sidang media selepas laporan dibuat, Mohd Fauzi juga mengatakan Mampat akan membawa kes ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam masa terdekat.

Sabtu ini (24 Mei), Mampat akan melancarkan “Kempen Selamatkan Royalti Terengganu, Kembalikan Hak & Maruah” di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Kempen itu bermula jam 10.00 pagi. Riben Hitam Putih dan Sticker percuma akan diedarkan di samping mengambil tandatangan sokongan dari rakyat Terengganu.

Mampat juga bercadang mengembangkan kempen ini ke seluruh negara khususnya kepada anak Terengganu di Lembah Klang. Mampat mengalu-alukan keterlibatan NGO atau individu yang sedia bekerjasama bagi menjayakan kempen ini.

Untuk sebarang urusan, Mampat boleh dihubungi melalui talian berikut:
Mohd Fauzi Abu Samah (0139238685) – Pengerusi, Zaidan (0139797025) – Setiausaha, Wan Azmi (0139328685)- Urusetia Mampat.

Berikut adalah laporan yang telah dibuat;

Pada 15/05/2008, saya telah terbaca berita mengenai kehilangan sejumlah wang yang dikatakan Royalti Petroleum Terengganu dari beberapa akhbar utama tempatan seperti Sinar Harian dan Berita Harian.

Akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak tahu mengenai jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri ketika itu sehinggalah Senator Datuk Amirsham Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkannya pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu iaitu sebanyak RM 7.3 billion.Datuk Seri Idris Jusoh juga mengatakan, wang yang diterima Terengganu ketika itu hanyalah berjumlah RM 1.3 billion sahaja setahun.

Sementara itu, Berita Harian pula melaporkan Datuk Ahmad Said mengatakan Terengganu hanya menerima RM 4.3 billion sahaja dari jumlah RM 7.3 billion yang disebutkan menteri terbabit. Datuk Ahmad juga jelas mengatakan tidak tahu ke mana RM 3 billion baki tersebut dibelanjakan.

Melihat kepada dua laporan akhbar terbabit yang mempersoalkan ke mana perginya baki wang Royalti tersebut, saya percaya telah berlaku suatu penyelewengan dalam pengurusannya dan ianya mempunyai unsur-unsur jenayah yang perlu disiasat.

Sebagai rakyat Terengganu, saya mempunyai hak dan tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan RM 3 billion tersebut yang merupakan kehilangan wang secara misteri yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan yang amanah.

Sekira perkara di atas tidak disiasat dan diambil tindakan, saya bimbang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan berterusan berlaku dan ini akan mengakibatkan negara akan terus kerugian dan tidak dipercayai oleh para pelabur dalam menguruskan kewangan. Ini kerana pengurusan kewangan seharusnya diaudit dan dilaporkan bagi memperlihat ketelusan dalam menguruskannya.

Saya berharap pihak Polis dapat menyiasat perkara tersebut dengan teliti dan segera supaya dalang yang menyelewengkan wang rakyat negeri Terengganu ini dapat dikenalpasti dan dibawa kemuka pengadilan.

Sekian sahaja report saya.

Mohd Fauzi Abu Samah

RM 1 untuk Royalti Minyak

MAMPAT memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menjalankan aktiviti dan program yang dirancang. Sumber utama kewangan MAMPAT ialah sumbangan daripada pihak korporat dan orang ramai.

Untuk menggalakkan lagi sumbangan kami telah melancarkan kempen RM 1 untuk Royalti Minyak- RM1 untuk RM. Program terdekat MAMPAT ialah Konvensyen Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 14 Jun 2008 di Terengganu Equestrian Resort (TER).

Program ini meliputi tiga fasa iaitu pertama fada I – Pra konvensyen akan melibatkan aktiviti seperti menggantung baner, mengedar pamplet, menampal poster dan mengambil tandatangan orang ramai. Target tandatangan ialah 100000 tandatangan dan akan dihantar kepada pihak yang berkenaan seperti Kerajaan Malaysia dan Menteri Besar Terengganu.

Fasa II ialah Konvensyen Royalti Petroleum yang dihadiri oleh dua orang pembentang kertas kerja dan ahli panel forum yang pakar dalam bidang masing-masing. Di akhir konvensyen akan dibuat resolusi dan juga akan dihantar kepada yang berkenaan seperti Sultan Terengganu, Menteri Besar Terengganu dan Kerajaan Malaysia.

Kami mewakili NGO dan rakyat Terengganu mengharapkan sumbangan daripada pihak korporat dan orang ramai sebagai menyokong program ini untuk menuntut dan mengenbalikan hak dan maruah rakyat Terengganu. Menjadi tanggungjawab semua untuk menggalas tanggungjawab ini.

RM1 untuk Royalti Minyak-
-Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu-

LAGU TEMA PAS

Sempena musim mesyuarat agung, dppkt persembahkan lagu tema Pas. Semoga memberi inspirasi untuk terus berjuang di jalan Allah.

APA MUSLIHAT MAHATHIR?

dikirim oleh http://tranungdaily.blogspot.com

……………………………

Dunia Politik Malaysia dikejutkan dengan berita sensasi Mahathir isytihar keluar Umno. Ada ura-ura Tengku Razaleigh juga akan keluar tetapi beliau telah jawab bahawa tidak berminat keluar kerana mahu bertanding kerusi Presiden lawan Pak Lah.

Mahathir keluar Umno tidak bemakna beliau akan masuk Pas, PKR, lebih-lebih lagi DAP. Penganalisis politik membuat pelbagai andaian terhadap tindakan ahli Umno yang memegang nombor ahli 001 itu.

Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan strategi Mahathir untuk sabotaj Ku Li agar tidak ada bahagian Umno yang aka mengundinya kelak. Ada juga mengatakan Mahathir berpakat dengan Pak Lah untuk menyekat Ku Li. Berita yang menyusul selepas Mahathir letak jawatan antaranya ialah 300 ahli Umno Cawangan di Parlimen Merbok juga isytihar keluar parti dan bersama-sama bekas presiden itu. Yang lagi menarik ialah 200 cawangan Umno lagi akan isytihar keluar parti.

Mahathir berharap anaknya Mukhriz juga isytihar keluar tetapi setakat ini Mukhriz belum memberi kata putus dan berkata bahawa beliau masih berfikir lagi. Barangkali tindakan Mahathir itu tidak dibincangkan dengan Mukhriz, dan barangkali ia merupakan suatu strategi agar rakyat tidak menyedari perancangan mereka, seolah-olah ia berlaku kerana tindakan sendiri dan bukannya konspirasi.

Penulis Mohd Sayuti Omar pula memberi gambaran bahawa tindakan Sanusi Junid keluar juga bertujuan untuk bersama-sama dengan Pas. Beliau sempat menyebut kepada Sayuti, “kini saya sudah tidak ada masalah lagi kalau nak bercakap dengan Pas,”.

Mahathir sendiri memberi gambaran bahawa tindakan beliau keluar hanya kerana tidak percaya kepada Pak Lah dan menyatakan kemungkinan menyertai semula Umno setelah Pak Lah diganti. Siapa yang menjadi pilihan hati Mahathir? Beliau tidak menyebut secara jelas tetapi tidak kisah asalkan bukan Pak Lah.

Husam Musa pula mengarahkan jentera pilihanraya di semua peringkat bersiap sedia untuk hadapi Pilihanraya Umum yang mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini akibat kemelut terhebat dalam kepimpinan Umno itu. Kalau betullah Pilihanraya akan diadakan, bagaimana pula peranan Agong? Adakah DYMM As Sultan akan memperkenankan untuk bubar parlimen?

Ada juga berpendapat bahawa tujuan Mahathir adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu video Lingam. Ini kerana beliau merupakan salah seorang yang akan didakwa berhubung kes tersebut.

Ada juga yang meramalkan Mahathir akan tubuh parti baru untuk selamatkan melayu. Ini tidak mungkin berlaku kerana Mahathirlah orang yang tubuh semula Umno selepas dimansuhkan oleh Mahkamah suatu ketika dulu. Kalau beliau mahu tubuh parti baru, sudah tentu beliau tubuh lama dahulu. Sudah tentu juga namanya tidak Umno lagi. Mahathir yang kononnya sayang Melayu, takkan ingin melihat Melayu berpecah lagi dengan adanya parti baru. Parti Semangat 46 pimpinan Ku Li dahulu merupakan hujah bahawa Mahathir tidak setuju adanya parti lain berjuang untuk melayu. Kalau tidak, masakan Mahathir menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno apabila orang lain memimpin Umno.

Apa pun, macam-macam boleh terjadi dalam politik. Kadang-kadang perkara yang tidak pernah terfikir pun boleh berlaku. Bak kata pepatah, “There is no such permanent friends and there is no such permanent enemies in politics.” Jadi, Mahathir mungkin berpakat dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan Pakatan Rakyat. Nik Aziz apabila ditanya isu ini, beliau berkata, “Saya lah antara orang yang paling bahagia..”. Apabila ditanya apa komen sekiranya Mahathir sertai Pas, beliau berkata Mahathir amat dialu-alukan sekiranya beliau berminat tetapi menegaskan tidak akan menawarkannya kepada Mahathir. Mustahil bekas pemimpin tertinggi negara itu tidak menyertai mana-mana parti politik.

Najib pula membayangkan beliau bersedia untuk bertemu dengan Mahathir. Manakala Tun Musa Hitam berkata bahawa Mahathir bagaikan duri dalam daging yang sudah dikeluarkan. Ada Ahli Akademik melihat peristiwa ini sebagai suatu petanda yang tidak baik kepada kestabilan politik tanahair kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia. Mungkin akan ada pelabur-pelabur luar negara yang tarik balik pelaburan kerana tidak mahu tanggung risiko.

MAHATHIR KELUAR UMNO

Dr Mahathir keluar Umno
May 19, 08 12:12pm
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.
Katanya, beliau bertindak keluar parti – yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 – kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.
Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
“Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno,” katanya.
Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.
PM paling lama
Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.
mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.
Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.
Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk “The Malay Dilemma” di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru
Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

MEMPERINGATI 60 TAHUN PERISTIWA NAKBAH PALESTIN

MEMPERINGATI 60 TAHUN NAKBAH DI PALESTIN

Maksudnya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Sidang Jumaat rahimahullah,

Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah ‘bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.

Sidang Jumaat rahimahullah,

60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain dibibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka, Manakala golongan Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.

Istilah `Nakbah’ mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? dan dimanakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Maksudnya:

Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau. (Surah al-Maidah: 78)

BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT

Salam…

Just to remind myself and others…

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam “zaman kegelapan” seolah-olah “tiadak ada lagi harapan” untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

“Kompom masuk neraka nih!”
“Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? “
Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui “zaman kegelapan” yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.
Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh )


Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas

Azmil Mustafa (Ali Setan)


Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas

Mel (ex-Vocalist Wings)

Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)

Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.

Wilma (Model dan Pelakon)

Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh

dan ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

“Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk. dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200

Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah. . dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”Surah Al-Imran ayat: 139

…………………………………………….

kiriman email saifullizan jaapar dengan tajuk asal ‘Ke Arah Keimanan’

PEMBODEK DIMINTA KELUAR UMNO


Setiausaha Politik MB Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mula memberi amaran kepada mana-mana pembodek dalam Umno Barisan Nasional. Dalam laporan berita SinarHarian Edisi Terengganu semalam, Nizam berkata bahawa kaki bodek tidak sepatutnya berada dalam Umno kerana kehadiran mereka sekadar merosakkan psrti yang banyak berjasa memayungi rakyat khususnya orang melayu. “Mereka (kaki bodek) tidak boleh terus berada dalam parti dan kita lihat golongan ini juga tidak ikhlas berjuang untuk rakyat kerana di belakang cakap lain, di depan kita lain pula cakapnya.”Ujarnya kepada SinarHarian.

Nampaknya Ahmad Said memang memilih SU Politik yang tepat. SU Politik(SETPOL) yang memenuhi citarasanya. Di saat pemimpin2 Umno lain memihak kepada Idris Jusoh sewaktu krisis dengan istana Terengganu, Wan Nizam tetap teguh menyokong ketua bahagiannya. Memang munasabah lah sebab dia pun Ketua Pemuda Bahagian Kemaman. Aku pernah juga jumpa dengan Wan Nizam ni. Memang dia seorang yang sangat senang didekati. Rakyat boleh dianggapnya sebagai kawan. Guna bahasa ‘aku’ ‘mung'(engkau) sahaja dengan pegawai2 kerajaan. Bergurau pun mudah. Namun begitu, beliau juga tidak disenangi oleh pembangkang. Perangainya pun tak kurang macam bosnya ‘Mad’ Said. Banyak skandal juga. Hari tu riuh satu Kemaman kisah dia dikejar bola api sehingga masuk ‘paper’. Kata orang Kemaman, ada orang dendam sebab dia ada buat aniaya kat orang. Apa bentuk aniaya? Wallahu a’lam. Aku tak berani la nak cerita lebih2. Takut2 jadi fitnah pula. Tapi yang bola api tu memang dia sendiri mengakui.

Balik kisah pembodek tadi, aku rasa Nizam tujukan kepada semua penyokong Deris ‘time’ Mad Said berjuang sorang2 nak jadi MB. Memang betul la itu kehendak Sultan. Naik nama Mad Said sebab tak ada orang lain yang sanggup nak lawan Deris. Yang lain tu semuanya pengecut dan pembodek. Takut juga tak boleh cari makan kalau Deris murka. Sultan murka tak apa sebab Sultan tak ada kuasa politik pada sangkaan mereka. Sultan ni simbol saja. Itu yang Rosul berani lawan tu. Mungkin sekarang ni, terbalik kot pula jadinya. Yang dulu sokong Deris, sekarang kena puji Mad Said pula lah. Tapi aku yakin tak kurang yang terus di belakang Deris sebab Deris kesayangan Pak Lah. Projek masuk ikut dia, bukannya Mad Said. Katanya, Deris akan mengetuai Agro Bank. Dan orang tahu Dana Khas disalurkan melalui bank itu. Jadi, pembodek2 dalam Umno masih beri taat setia pada Deris la barangkali.

http://tranungdaily.blogspot.com

IBRAHIM ALI CADANG TUAN GURU JADI PM