Kita akan terus ingat…BN-Barang Naik!
Filed under: Santai | Tagged: barang naik, BN, NAJIB, pak lah | 1 Comment »
Negara muflis jika petrol diturunkan 30 sen. Itulah ungkapan yang dinyatakan oleh Najib Tun Razak ketika membidas tawaran PAS dalam pilihanraya akan datang. Namun bagi pihak pembangkang, kita yakin bahawa penurunan harga petrol itu sama sekali tidak akan menjadikan negara muflis berdasarkan faktor-faktor tertentu.
Antara yang jelas bagi kita ialah penggunaan keuntungan Petronas yang berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Untuk makluman, akaun Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen kerana ia terus dibawa kepada Perdana Menteri. Jadi timbul persoalan kemana keuntungan tersebut dibelanjakan secara detailnya. Masihkah kita ingat bila mana kenaikan petrol 30 sen diumumkan, Perdana Menteri berjanji bahawa kenaikan itu adalah untuk meningkatkan sistem pengangkutan negara. Adakah kita melihat peningkatan yang dimaksudkan?
Selain itu, penjimatan atau mengurangkan pembaziran perlu dilakukan untuk kita menggunakan wang tersebut sebagai ganti subsidi petrol. Telah kita ketahui bahawa Moonsun Cup, sambutan tahun baru, kemerdekaan, ketirisan dan rasuah adalah dalang utama dana kerajaan dihabiskan. Jika semua ini dapat diatasi, adakah muflis jika kita menurunkan harga minyak?
Yang nyata bagi Najib, negara akan muflis apabila menurunkan harga minyak jika negara ditadbir oleh mereka!
Filed under: Nasional, Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, NAJIB, petrol naik | Leave a comment »