Posted on November 24, 2009 by ibnuabbas
Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mercang
KUALA TERENGGANU: Mayat reput tanpa kepala ditemui di tepi pantai berhampiran jeti Kampung Merchang, Marang dekat sini hari semalam.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata mayat itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira pukul 1.30 petang.
Mayat tanpa pakaian itu tidak dapat dikenalpasti jantinanya dan dipercayai telah hanyut di laut sejak beberapa hari lepas, katanya.
Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati terdapat tatu dalam tulisan Myanmar di belakang badan mayat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.
Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat. BERNAMA
Filed under: berita | Tagged: berita | Leave a comment »
Posted on Januari 24, 2008 by ibnuabbas
Januari 24, 2008

Kuala Lumpur 24 Jan. – Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. (www.utusan.com.my)
Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh si mati. Bagi yang masih hidup, ingatlah kita akan kembali ke juga suatu hari nanti. Kematian seseorang sebagai peringatan untuk hamba-hambanya yang masih hidup. Sama-samalah kita pertingkatkan amalan, laksanakan segala perintah Allah dan jauhi laranganNya.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al-Ankaabut : 57)
Filed under: Nasional | Tagged: berita, nasonal | 3 Comments »