• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

HIMPUNAN AMAN DEPAN SUHAKAM 19 DISEMBER

Himpunan aman pertahan hak rakyat depan Suhakam 19 Disember ini

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Dec 15, 07 | 10:05:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) – Gabungan Mempertahan Hak Berhimpun (GMHB) akan mengadakan satu himpunan aman di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 19 Disember ini, kata jurucakapnya, S.Arutchelven. <!—->Dalam satu kenyataannya Arutchelven berkata, satu perhimpuman aman dan penyerahan memorandum akan diadakan di Pejabat Suhakam untuk mengutarakan dan mempertahankan hak berhimpun rakyat di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan itu juga diadakan bertujuan menyokong pendirian Suhakam dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis, katanya.

Selain itu himpunan itu juga adalah bertujuan membantah segala tindakan pihak kerajaan dan mana-mana kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman, katanya

Himpuanan itu akan dimulakan pada jam 11.00 pagi di hadapan pejabat Suhakam, sehubungan itu rakyat dijemput untuk menjayakan himpunan hak rakyat itu, katanya./wann

Advertisement

INKUIRI AWAM TRAGEDI 8 SEPTEMBER BATU BUROK

PENGUMUMAN

Satu Inkuiri Awam berkenaan isu Peristiwa Tembakan Polis 8 September di Batu Burok akan diadakan di Primula Beach Resort bermula 14, 15 dan 16 Disember 2007 bermula jam 9 pagi.

Datuk Muhammad Shafee Abdullah (Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) akan mempengerusikan Inkuiri tersebut. Media massa dijemput sama untuk membuat liputan berita pada tarikh tersebut.

SEMUA PENYOKONG PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL.