• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

DATUK AHMAD SAID PECAHKAN AMALAN TRADISI

Daripada darijauh.wordpress.com

Berita Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru telah menggemparkan rakyat.  Aku telah menerima beberapa panggilan telefon daripada sahabat-sahabat yang menanyakan persoalan tersebut.  Malahan, di warung dan kedai kopi tidak lekang dari bibir pengunjungnya untuk berbicara soal ini.

    Yang aku ingin highlightkan di sini ialah budaya ‘yes bos’ dalam UMNO seperti yang ditegur oleh Tun Mahathir akhirnya dipecahkan sempadannya oleh Datuk Ahmad Said.  Tun telah membidas ahli UMNO yang asyik mengikut telunjuk ketua (PM) tanpa sebarang bangkangan walaupun dalam hati jauh untuk bersetuju.  Hari ini, disebalik ugutan agar tidak menerima watikah pelantikan sebagai MB atau beliau akan dilicutkan keahlian, Datuk Ahmad Said tegar dengan pendirian untuk melawan arus pucuk pimpinan kerana beliau sedar bahawa Idris Jusoh telah banyak melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negeri bahkan juga terhadap UMNO Terengganu itu sendiri.  Datuk Ahmad Said telah belajar daripada Tun Mahathir-biar berani menegur kerana untuk kebaikan.

    Setelah Datuk Ahmad Said memulakannya di Terengganu, tidak mustahil beberapa orang lagi akan melawan arus dengan politik tradisi yang diamalkan sejak sekian lama.  Ku Li dan Azalina Othman telah bersuara untuk mengambil alih pimpinan masing-masing.

    Ku Li yang telah banyak kali menegur soal kepimpinan Pak Lah sekali lagi menyuarakan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.  Ketepikan soal menang-kalah, yang penting berani kerana kebaikan.

    Kepada semua pemimpin baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, bersuaralah jika anda tahu ada yang lebih baik daripada yang sedia ada.  Janganlah menjadi syaitan bisu yang akhirnya membawa kepada kehancuran negara.

    Tahniah kepada Datuk Ahmad Said!

Advertisement

UMNO MENDERHAKA KEPADA AGONG DAN SULTAN TERENGGANU

Daripada aminiskandar.wordpress.com

Sebelum ini apabila Lim Kit Siang menyuruh Adun-adun DAP Perak memboikot  majlis angkat sumpah Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak, Umno melenting. Mereka marah dan mengatakan Kit Siang cuba mencabar status quo orang Melayu. Demonstrasi dilakukan dibeberapa buah negeri seperti di Penang dan  Selangor.

Lihat apa terjadi sekarang? Apabila Sultan Terengganu tidak mahu melantik Idris Jusoh sebagai MB, semua Adun-adun Umno mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Sila lihat berita dari Malaysiakini disini.

Umno juga akan mengambil tindakan disiplin dan menanggung akibat jika mengangkat sumpah sebagai MB. Klik disini. Jadi retorik yang mengatakan Umno mahu mempertahankan institusi Raja dan orang-orang Melayu adalah penipuan semata-mata.

Umno sekarang menentang Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Abdullah mahukan Idris Jusoh menjadi MB Terengganu agar Patrik Lim a.k.a Patrick Badawi boleh terus merompak harta dan kekayaan negeri Terengganu. Bila Patrick Lim kaya, maka dana untuk Pak Lah dan menantu juga akan terus stabil.

Tak percaya lagi Umno menipu Melayu?

AHMAD TERLUCUT KEAHLIAN UMNO

Daripada Malaysiakini.com

kemaskini 11:30pm Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Arahan larangan tersebut dikeluarkan oleh Umno dan BN melalui setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malam tadi, beberapa jam selepas pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, Ahmad tidak berhak berbuat demikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Tengku Adnan mengingatkan Ahmad bahawa Adun itu akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Surat rasmi

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.

Menurut Rosol lagi, pagi tadi, beliau mewakili 23 Adun BN telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.

Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu  Presiden Umno.

Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: “Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri”.

 

13 HARI KEMPEN BN UNTUK TUTUP MASALAH RAKYAT

Angka 13 sememangnya menjadi kegemaran Pak Lah selepas sekali lagi memilih angka ini sebagai jumlah hari kempen PRU ke 12 ini. Hari berkempen bagi PRU kali ini telah dilanjutkan sehingga 13 hari kerana BN begitu bimbang dengan pelbagai isu yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Seperti kebiasaan dan menjadi rutin bagi stesen televisyen, radio dan akhbar arus perdana negara ini pasti akan turut digunakan oleh BN sebagai senjata utama mereka mengasak pembangkang yang hanya dibekalkan dengan akhbar rasmi 2 minggu sekali dan ceramah setempat yang begitu sukar mendapat kelulusan. Jadi peranan yang dimainkan oleh web amat dialu-alukan oleh pembangkang. Namun ianya hanya terbatas bagi mereka yang celik IT dan mempunyai kemudahannya.

Oleh yang demikian, majoriti besarnya rakyat Malaysia yang juga pemilih adalah berbekalkan media arus perdana yang 24 jam menghantuk fikiran mereka. 13 hari kempen ini semestinya rakyat disogokkan dengan pelbagai isu pembangunan, keamanan dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Berita positif pihak mereka ini akan diselangselikan dengan berita negatif pembangkang seperti kemunduran kelantan, perkauman, rusuhan dan lemahnya pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berita pembangkang yang aslnya positif disunting dan diolah untuk memburuk-burukkan pembangkang. Ini kerana mereka sudah mengerti bahawa rakyat Malaysia amat sukakan berita-berita hangat sedemikian terutamanya dalam hari berkempen ini. Rakyat pastinya tidak lekang dari tempat duduk dihadapan tv setiap malam untuk mengikuti perkembangan semasa.

Kempen BN selama 13 hari juga sekaligus menutup kesemua permasalahan rakyat seperti kenaikan barang, kenaikan tol, pendidikan yang tidak percuma, indeks jenayah yang tinggi, kes-kes rasuah, salah laku pemimpin BN dan banyak lagi. Ini semua akan ditutup dengan ucapan-ucapan yang berbaur janji-janji oleh pemimpin BN.

Kepada rakyat malaysia, janganlah dilamun oleh janji-janji BN lagi. Cukuplah dengan segala permasalahan yang melanda negara kini unutk kita sama-sama menghukum BN pada PRU kali ini.

PAK LAH TIPU LAGI…TUKARLAH!

pm.jpg Presiden UMNO, Pak Lah telah secara terang-terangan menipu rakyat Malaysia. 24 jam lepas beliau menyatakan bahawa parlimen tidak akan dibubar esok (hari ini). Tapi hari ini berlaku sebaliknya. Sungguh memalukan apabila cucu ulamak terkenal ini tabiatnya suka menipu.

Sebelum ini kita ditipu dengan tawaran pendidikan percuma dan tidak mustahil segala janji-janji yang ditabur adalah kosong semata-mata. Ini termasuk pembangunan koridor seperti ECER, NCER, Sabah dan Sarawak (SCORE…bimbang jadi SCOMI).

Di sini suka saya memetik kata-kata beliau ketika berucap dihadapan 3000 orang kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini. Ketika mengulas laporan World Competitiveness Year Book bahawa Malaysia adalah ke-6 terbaik dunia, beliau berkata:

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup.”

Ini merupakan doa Pak Lah, jika dia bohong maka tidak lamalah kerajaan yang diperintahnya sekarang dapat bertahan.

Jadi setelah siri rentetan pembohongan oleh Pak Lah ini, maka ada peluang untuk kerajaan sekarang tumbang berdasarkan ucapannya di atas. Janganlah kita menjadi buta dan tuli lagi untuk memilih pemimpin seperti ini. Bekas ahli kabinet beliau juga telah tercalit dengan pelbagai keaiban. Salah laku moral, rasuah, menentang Islam, penipuan dan penindasan adalah resipi utama parti UMNO dan BN.

Gunalah peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya untuk memilih pemimpin yang benar-benar ingin menegakkan kebenaran. Yang benar-benar mahu mendaulatkan kitab suci bukannya yang hanya pandai berpuisi.

VIDEO SEKS PEMIMPIN POLITIK

mca_sex_dvd.jpg

MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.

Selepas penyebaran meluas secara per cuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.

Rakaman hubungan seks itu yang diam bil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.

Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.

Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembu nyikan’ oleh para pengedar kerana bim bang tindakan polis.

DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.

Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.

Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.

Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar per caya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.

Namun, percakapan serta wajah pemim pin itu dari dekat tidak begitu jelas digam barkan di dalam DVD itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum me nerima sebarang laporan berhubung pe nyebaran DVD itu.

“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya- Utusan Teruskan membaca

PARTI DISCO MALAM TAHUN BARU 2008

‘Berita Baik’ kepada pencinta-pencinta hiburan tanpa batasan. Ada pihak anjurkan Parti Disco sempena countdown 2008 31 Disember ini di Tuanku Mizan Golf dan Country Club di KualaIbai, Kuala Terengganu. Betapa kurang ajarnya pihak tersebut. Mereka tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Terengganu ini.

Di bawah ini keratan publisiti yang diedarkan.

new-year-evw-party.jpg

Agaknya bagaimana program sebegini boleh dianjurkan di Terengganu? Inilah hadiah ajaran Islam Had hari yang diwarwarkan selama ini.

Bayangkan pada malam tersebut, Program ini dianjurkan sempena menyambut tahun baru dan berkebetulan juga dengan Majlis Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Dalam Sinar Harian Rabu 26 Disember ada menyebutkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk sambutan pengisytiharan bandaraya tersebut berjumlah RM10JUTA!!! Lihatlah pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional tanpa mempedulikan rakyat Terengganu yang miskin.

Kami pemuda-pemuda bimbang sekiranya maksiat menjelang tahun baru makin berleluasa dan tidak mungkin dibendung lagi, takut-takut nanti, dengan kemurkaan Allah, diturunkanNya Bala seperti Tsunami dan seumpamanya. Bukan niat kami mahu meminta bala, tetapi memberi AMARAN kepada golongan yang lupakan Kebesaran dan kemurkaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang melakukan maksiat dan kemunkaran.

Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan di Premis yang menggunakan nama Tuanku Mizan (yang sekarang ini Yang Di Pertuan Agong Malaysia). YDPA Sultan Mizan dan Permaisurinya pula baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah Haji. Ini merupakan suatu penghinaan kepada YDPA Sultan Mizan yang menjadi Ketua Tertinggi bagi agama Islam, agama persekutuan Malaysia.

LEMBU MENGAMUK SELEPAS DIKORBAN DALAM MAJLIS UMNO

LEMBU yang disembelih bangkit mengejar orang ramai

Berpantang maut sebelum ajal, begitulah yang boleh digambarkan terhadap seekor lembu korban yang tiba-tiba bangkit selepas disembelih. Peristiwa berlaku di majlis Korban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan Machang 2 di Machang pada pagi Sabtu ini iaitu Hari ketiga umat Islam merayakan Hari Raya Aidiladha.

Menurut laporan Agendadaily, ketika kejadian itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Annuar Musa hampir menghabiskan ucapannya. Lembu yang berlumuran darah dilehernya itu naik minyak lalu mengejar orang ramai sebelum rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Begitulah kuasa Allah. Kejadian ini agak luar biasa dan petanda dari Allah bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya adalah ‘ibadat politik’ semata. Kekejaman pemimpin Umno begitu banyak dan lembu korban ini pun tahu masa untuk dia buktikan ketidakredhaannya pada apa yang telah dilakukan Umno kepada rakyat.

ANTARA yang menyaksikan : Annuar, Hishamudim Tok Pa, dan Firdaus

Bagi pemimpin Umno, kejadian ini hanyalah kebetulan tetapi mereka juga harus berwaspada kerana inilah petanda dari Allah yang tidak redha dengan tingkah laku mereka yang suka menyeleweng dan menjual agama bagi kepentingan politik.

Sama ada duit yang digunakan untuk mengadakan majlis korban itu halal atau tidak, hanya Allah yang tahu. Tapi yang terjadi tetap terjadi, kebangkitan lembu itu telah menjelaskan segalanya pada kita. Hanya orang-orang yang bodoh sahaja yang masih tidak mengerti.

BEKAS PEMIMPIN UMNO P. DUYONG DAKWA DITINDAS

Persoal projek: Bekas pemimpin Umno Pulau Duyong dakwa ditindas
Muda Mohd Noor | Dec 7, 07 3:57pmmonsoon-cup.jpg
Umno bahagian Kuala Nerus akan menyiasat dakwaan seorang bekas pemimpin Umno Pulau Duyong di Kuala Terengganu yang mendakwa beliau ditindas kerana memperjuangkan nasib penduduk pulau tersebut.Kerajaan negeri giat memajukan Pulau Duyong yang bukan sahaja menjadi tempat pertandingan kapal layar Monsoon Cup tetapi juga membangunkan Taman Tamadun Islam yang membabitkan perbelanjaan ratusan juta ringgit.Timbalan Ketua Umno Kuala Nerus, Che Azmi Abdul Rahman berkata, pihaknya juga sedia berbincang dengan bekas Timbalan Pengerusi Umno Pulau Duyong, Azman Mohammad bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya perlu meneliti dakwaan tersebut terlebih dahulu untuk menentukan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Azmi yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Azman bahawa beliau mengalami pelbagai kesusahan kerana memperjuangkan nasib penduduk Pulau Duyong yang disiarkan dalam Buletin Online.

Azman mendakwa, peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan, bantuan wang ehsan dan bantuan kebajikan untuk anaknya yang kurang upaya, telah disekat kerana tindakannya membela nasib penduduk Pulau Duyong..

Katanya, beliau telah dijanjikan jawatan pegawai di sebuah anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2005 – namun selepas majlis dialog berkaitan pembangunan Pulau Duyong diadakan, tawaran jawatan itu ditarik balik.

Persoal projek

Dalam majlis tersebut beliau dan beberapa rakan telah bangun mempersoalkan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Pulau Duyong.

“Malah mereka yang bersimpati dengan saya juga ditindas” kata Azman lagi.

Mengulas perkara tersebut, Che Azmi berkata, Umno bahagian sentiasa mengambil langkah untuk memastikan penduduk Pulau Duyong mendapat manfaat dari pembangunan pesat di pulau itu.

Katanya, kerajaan negeri membina apartmen kos rendah untuk penduduk tempatan tetapi ramai yang tidak mahu membelinya.

“Saya berpendapat penduduk Pulau Duyong sendiri tidak mahu mengambil kesempatan daripada pembangunan pesat di pulau itu.

“Malangnya mereka cuma mengharapkan kerajaan seratus peratus tanpa mencari jalan untuk memajukan diri sendiri,” katanya lagi.

Menurut Che Azmi lagi, beliau telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya menjadikan Pulau Duyong sebagai pulau bebas cukai untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau itu.

Katanya, cadangan tersebut sangat sesuai kerana belum ada pulau bebas cukai di Pantai Timur.

AKHLAK WAKIL RAKYAT UMNO BN

Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.

Insiden bermula apabila Dato’ Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.

“Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).

“Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, “kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.

Nozula tendang Zaki

Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai ‘tidak cerdik’ dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.

“Bagi peluang aku keccek lepas ni,”kata Nozula dengan nada yang keras.

Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.

“Mu yang kurang ajar,” katanya sambil bertindak menyerang Zaki.

Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.

Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.

Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung.- Az