• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

DATUK RAZALI ISMAIL:AH LONG UNIVERSITI

razali-ismail.jpg Majoriti mahasiswa memilih PTPTN sebagai pembiaya kos pengajian mereka kerana urusannya tidak rumit. Semasa pengajian, caj 3% yang dimaklumkan tidak dirasai keperitannya. Namun setelah mula membayar, barulah kenal erti ‘kos perkhidmatan’ yang membebankan itu.

Seorang kenalan yang menuntut di universiti swasta telah meminjam secara keseluruhannya RM 60,000.00 untuk tempoh 5 tahun pengajiannya. Katanya, dia membayar RM 200.00 sebulan atau RM 2400.00 setahun, tahun kedua pembayaran yang masih perlu dibayar akan menjadi RM59,269.00 (lihat http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc). Ini bermakna, tahun itu dia hanya membayar RM 731.00. Untuk menghabiskan bayaran tersebut, ia mengambil masa selama 128 bulan atau hampir 11 tahun!.

Daripada kiraan di atas, cuba bayangkan bagaimana lepasan universiti ingin memikirkan soal kos sara hidup, kenderaan, rumah tangga, ibubapa dan lain-lain. Situasi ini akan melahirkan penduduk Malaysia yang sentiasa dibebani hutang hingga ada yang sudah pencen pun masih belum langsai hutangnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail sekali lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Dalam kempen, sering ditegaskan kerajaan BN sentiasa prihatin dan membantu rakyat. Sungguh jelas bagi kita bahawa semuanya hanyalah retorik dan janji manis sahaja. 13 hari kempen, rakyat akan dimomokkan dengan manifesto BN sehingga kita lalai akan masalah sebenar yang dihadapi.

Datuk Razali Ismail mempertahankan caj 3% PTPTN kerana katanya itu ialah kos perkhidmatan. Bagi kita, perkhidmatan yang dimaksudkan adalah tidak jelas dan tidak diketahui. Bagi kes sahabat kita di atas, apakah kos perkhidmatan sejumlah RM1,600++ setahun yang dikenakan? Sahabat tadi hanya menerima sepucuk surat yang mengandungi akaun statement semasa beliau. Itulah kos setahun beliau.

Jika anda penyokong BN, anda adalah tidak layak membantah caj 3% PTPTN ini. Dan jika anda penyokong BN, anda sepatutnya melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin. Jika anda tidak bersetuju dengan caj 3% ini, maka jatuhkan Razali Ismail pada 8 Mac nanti. Jangan sia-siakan undi anda!

Advertisement

CALON BN DISAMBUT ‘BARANG NAIK MARI DOH…’

Daripada Harakahdaily

Adnan Ibrahim
Thu | Feb 28, 08 | 3:36:01 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Hrkh) – Peniaga Pasar Borong Darul Iman di Gong Pauh, Wakaf Mempelam di sini berdailog secara spontan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail, menyatakan sikap mereka menolak BN.
Kedatangan Razali yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bersama calon BN, Othman Awang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam pada pukul 10.30 pagi disambut peniaga pasar dengan: “Barang naik mari doh…”

Pasar tersebut yang memuatkan penjual sayur, ikan, ayam, daging dan barangan keperluan serta runcit secara serentak menyambut kedatangan calon BN itu dengan kata-kata tersebut. Bunyinya cukup lantang seperti tempat pembangkang berdemontrasi.

“Barang naik mari doh… itu merujuk kepada slogan kempen PAS iaitu `Ingat BN, Ingat Barang Naik’.

Dalam masa yang sama Razali mungkin mahu menunjukkan gentleman sempat berbual dengan pengunjung pasar yang berbaju kuning berslogan `Bersih’.

Razali: “Cantik baju…”

Pengunjung pasar: “Memang doh saya orang bersih. Kita nak bersih… Makan minum mahu bersih.., pilihan raya pun mahu bersih!”

Beliau kemudiannya beredar ke bahagian jualan ikan dan bertemu salah seorang peniaga meminta menyokong BN pada pilihan raya umum ke 12 ini.

Peniaga ikan: “Kita orang PAS Dato’…”

Razali: “Boleh apa sokong PAS? PAS boleh beri apa…”

Peniaga ikan: “Ni, pasar ni PAS buat…”

Menurut tinjauan rambang, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata masyarakat peniaga melahirkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan BN dan mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS memerintah negara supaya harga barangan dapat dikawal.

“Peniaga bersungut keuntungan mereka semakin kecil berikutan harga yang dibekalkan pemborong sentiasa naik. Kerajaan pula tidak mampu bendong dan menyekat pemborong sebaliknya yang sering menjadi mangsa ialah peniaga kecil,” ujarnya. –