• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    April 2008
    I S R K J S A
    « Mac   Mei »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,218 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

    10/3/2011

    IMG_1701

    IMG_1702

    IMG_1703

    IMG_1704

    More Photos
  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

SIAPA ARAH ROBOH KUIL?

Berita Malaysiakini pada 29 April 2008 jam 12.30 petang, menyebut bahawa Khir Toyo menuduh Samy Vellu yang arahkan beliau supaya merobohkan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, Selangor November tahun lalu.

Pada jam 3.03 petang, Samy Vellu pula menafikan beliau ada mengarahkan Khir Toyo robohkan Kuil. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Siapa yang sebenarnya mengarahkan perobohan kuil tersebut? Inilah kelebihan orang politik, apabila berlaku kekecohan atau kesalahan, mereka menafikan keterlibatan. Ini kerana arahan mereka tidak bertulis. Tiada bukti berdokumen yang boleh sabitkan mereka dengan sesuatu kesalahan.

Walaupun tindakan merobohkan kuil itu sah dari sudut undang-undang, ia tetap dipandang sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan. Imbas kembali bagaimana rakusnya kerajaan negeri Terengganu melalui Pejabat Tanah Kemaman merobohkan Masjid Bujal, ia mempunyai persamaan dengan kes kuil tersebut. Barangkali kalau ditanya kepada MB Terengganu yang baru, siapa yang merobohkan Masjid Bujal, agaknya dia akan salahkan Idris Jusoh kerana beliau Menteri Besar ketika itu. Idris Jusoh pula mungkin akan tuding jari kepada Ahmad Said kembali kerana beliau Exco dari Kemaman merangkap Ketua Umno Bahagian. Masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain.

Sebenarnya isu di sini bukan siapa arah roboh? Rakyat telah buat kesimpulan yang merobohkannya ialah Kerajaan Barisan Nasional. Walau siapapun yang mengarahkannya, mereka adalah wakil rakyat dari Barisan Nasional dan rakyat sudah meluat dengan mereka. Tudinglah jari kepada siapapun, kesimpulannya, bukan Pakatan Rakyat @Barisan Alternatif yang arahkannya.

Yang menarik, kalau benarlah Samy Vellu yang membenarkan atau mengarahkan supaya kuil itu dirobohkan, persamaannya dengan Terengganu ialah: Pemimpin-pemimpin ini mengkhianati agama dan bangsa sendiri!!

+++++++++++++++++++++++

Tulisan ini dikirim oleh blogger baru tranungdaily.blogspot.com

SIAPA PENGERUSI UMNO TERENGGANU?

Artikel ini diambil dari blog amdang81. menarik…

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Sekali tengok, tiada apa yang pelik dengan banner di atas. Banner ini berada di Simpang Lampu Isyarat Bukit Tunggal, di jalan Jambatan Sultan Mahmud. Seingat aku banner ini terpasang selepas Mat Said mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu lagi. Aku tidak pasti berapa banyak banner seumpama ini dipasang.

Jika diperhatikan, banner ini mewakili Umno Terengganu. Perkataan kami sentiasa bersamamu itu dilihat seolah-olah Umno Terengganu menerima pimpinan Pak Lah, Najib dan Mat Said dan sentiasa menyokong mereka. Siapa Mat Said dalam Umno di Terengganu?

Di situlah aku lihat kesilapan besar banner ini. Sepatutnya mereka gunakan gambar Idris Jusoh bagi menggambarkan sokongan mereka pada pimpinan Umno di Terengganu. Idris tetap Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu walaupun tidak menjadi MB.

Jika mahu meletakkan gambar Mat Said sekalipun, letak la gambar Idris di sebelah Najib diikuti dengan Mat Said. Namun, perlu juga ditambah lambang negeri atau bendera negeri. Ini bagi menggambarkan Umno Terengganu menerima Mat Said sebagai MB Terengganu. Pada masa yang sama Umno Terengganu dilihat menyokong Pak Lah dan Najib sebagai PM dan TPM.

Bukan apa, nampak sangat wujud puak-puak dalam Umno ni. Buang la yang keruh, ambil la yang jernih. Jom sama-sama kita sepakat minta Royalti Petroleum Terengganu dipulangkan semula.

PAS KEMUKA PETISYEN PARLIMEN KUALA TERENGGANU

28 April, Kuala Terengganu-Lebih kurang jam 12 tengahari tadi Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang juga Penyokong Calon Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, memfailkan petisyen melalui peguam Kamaruzzaman Abdul Wahab dari Aziz & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah hari ini. Dalam temuramah beliau dengan wartawan akhbar, beliau berkata tujuan petisyen tersebut adalah untuk memohon agar SPR membuat semakan ke atas keputusan PRU12 yang lalu terhadap keputusan bagi Calon Parlimen Kuala Terengganu P.36 yang ditandingi oleh Tuan Haji Mohamad Sabu mewakili Pas manakala Dato’ Razali Ismail mewakili Barisan Nasional. Keputusan bagi Parlimen Kuala Terengganu berpihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti undi hanya sebanyak 628.

Semalam, Ketua UMNO cawangan Lorong Kemunting Mahari Endut, 48, memfailkan petisyen melalui peguam Shafee & Co., mencabar keputusan Pilihanraya Umum lalu bagi DUN Ladang, Terengganu.

Petisyen tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu antara lainnya meminta kepastian adakah undi pos termasuk dalam pengiraan dan penjumlahan undi bagi DUN Ladang

Antara yang dinamakan sebagai responden adalah Pegawai Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Mat Kassim, Suruhanjaya Pilihanraya dan Dato’ Tengku Hassan Omar, bekas calon PAS yang telah memenangi kerusi DUN Ladang.

Wan Hisham Wan Salleh, bekas calon UMNO/BN memberitahu media bahawa SPR telah mengambil tindakan yang salah (acted wrongly) dan bertentangan dengan peraturan pilihanraya apabila menolak 127 daripada 993 undi pos tanpa menyamakan jumlahnya (tallying).

”Tindakan tersebut telah mengubah keputusan pilihanraya kerana saya kalah 31 undi, kami memfailkan petisyen undi keadilan kerana undi pos adalah sah” kata Wan Hisham.

Petang ini pula dijangkakan pihak Barisan Nasional akan failkan 3 lagi petisyen iaitu bagi Dun Rhu Rendang Dun Manir, dan Parlimen Marang.

PESTA BERAHI DI PULAU PERHENTIAN

Berita ini diambil dari Metro Ahad.

……………………………………………………………….

Pesta berahi

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya. Yang perlu dilakukan untuk menikmati ‘hidangan’ itu hanyalah mendapatkan tiket ‘kebebasan’ berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau peranginan popular negara ini.

Penganjuran pesta liar di pulau menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.

Ikuti pengalaman wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti eksklusif sempena menyambut bulan mengambang di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

………………………………………………

DPPKT: Harap-harap pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mengambil tindakan terhadap pengusaha resort tersebut.

Royalti hak rakyat Terengganu

ROYALTI HAK SIAPA?PANDANGAN TUN SALLEH ABBAS


1. Soalan : Siapakah yang berhak atas royalti minyak ini; Kerajaan Pusat atau Kerajaan Terengganu?

Jawapan : Royalti minyak adalah hak Kerajaan Negeri Terengganu yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS, sebabnya :

a. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan bahawa hak kepunyaan petroleum keseluruhannya sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vested) kepada PETRONAS dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad, tidak boleh ditarik balik dan kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan PETRONAS buat selama-lamanya.

b. Di bawah Seksyen 4, sebagai balasan penyerahan ini, PETRONAS diwajibkan membayar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri di mana petroleum dijumpai dan diusahakan satu jumlah wang sebanyak yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.

c. Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di Malaysia, termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi Negeri Terengganu surat acara itu ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Terengganu pada masa itu sebagai mewakili negeri dan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS, mewakili PETRONAS. Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975.

d. Pada hari yang sama dan ditempat yang sama satu perjanjian ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu mewakili Negeri dan oleh Tengku Razaleigh mewakili PETRONAS. Perjanjian ini menetapkan jumlah wang tunai yang mesti dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri sebanyak lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati di Negeri Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau agen-agen atau kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan yang pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan yang kedua, iaitu daripada bulan Julai hingga bulan Disember. Adalah diingatkan bahawa bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau bayaran ihsan.

e. Pada 16 September 1987 PETRONAS memeberi nama bayaran wang tunai ini sebagai bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah Salleh selaku Presiden PETRONAS kepada Dato’ Seri Amar Diraja, Menteri Besar Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara PETRONAS dengan Negeri Terengganu tentang bagaimanakah lima peratus royalti itu dikira atau dihitung. Tajuk surat ini ialah:

Computation of royalty payment to the Government of The State Of Terengganu by PETRONAS for the production of petroleum. (Penghitungan bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS kerana pengeluaran petroleum).

Kesimpulannya ialah bayaran wang tunai itu ialah PETRONAS sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan Negeri terenganu. Bayarannya itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan atau murah hati PETRONAS. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di darat ataupun di laut Negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi dinegeri-negeri lain, seperti Pahang,Johor,kelantan dan sebagainya negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian lima peratus bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada Negeri Terengganu. Dilaut negeri lain petroleum tidak dijumpai, tetapi di laut negeri Terengganu petroleum dijumpai. Yang demikian, negeri negeri Terengganu ialah sebuah negeri yang berkenaan sebagaimana negeri Sabah dan Sarawak. Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (Commercial Usage) royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan kepada tuannya yang menyerahkan hak kepunyaan itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti kepada bayaran mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat lima peratus itu adalah hak Kerajaan Terengganu dan rakyat Negeri Terengganu dan PETRONAS wajib membayarnya. Hak kerajaan Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh Kerajaan Pusat.

PERUBAHAN BESAR SEPTEMBER INI

Kejutan September ini, ahli Parlimen BN akan sertai Pakatan Rakyat – Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Apr 24, 08 | 10:05:39 am MYT
KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan beberapa ahli Parlimen BN Sabah telah membuat keputusan menyertai Pakatan Rakyat selewat-lewatnya pertengahan September ini.

Kata Anwar, apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa dan mereka ini belum pun mengangkat sumpah di Parlimen lagi.

Menurut Anwar jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

“Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu,” ujarnya.

Sementara itu sebuah akhbar pula menyiarkan, kenyataan Anwar yang sama, namun memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.

Anwar juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun ‘bunyinya seperti bahan lawak’.

Anwar juga dipetik sebagai berkata, pihaknya memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.

Sementara AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi Perdana Menteri ‘dalam tempoh tiga tahun ini’.

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi Perdana Menteri tetapi meramalkan tempohnya “tidak sampai tiga tahun lagi”.

“(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa,” katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

Begitupun akhbar harian semalam melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan.

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato’ Eric Majimbun berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.