• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

POLIS BENARKAN DIALOG ROYALTI MALAM INI


  • Badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan program dialog dan solat hajat berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kuala Terengganu malam ini, berkata pihaknya telah mendapat lampu hijau dari pihak polis.

    Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohd Fauzi Abu Samah berkata, ia hasil pertemuan mereka dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan pagi ini.

    “Saya telah berjumpa dengan ketua polis negeri pagi tadi. Beliau kata, solat hajat dan dialog OK, tetapi perarakan tidak boleh. Program kita dalam dewan, tidak perlukan permohonan permit,” katanya.

    “(Program pada) malam ini, semua sepatutnya OK. Tiada sebarang masalah sama sekali,” katanya.

    Mengulas program malam ini, Mohd Fauzi berkata, ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan pengerusi Petronas akan menyampaikan ucaputama kepada kira-kira 1,000 peserta selama 20 minit.

    Kemudian, tambah Mohd Fauzi, masa selama sejam setengah lagi diperuntukan untuk sesi soal jawab tentang isu-isu berbangkit mengenai tuntutan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.

    Sebelum itu, satu solat hajat akan diadakan di masjid berdekatan, jelas Mohd Fauzi lagi.

  • Advertisement

    CIKGU PA SETIAUSAHA AGONG PAS

    KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan perlantikan Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) sebagai setiausaha agung PAS manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

    Pengumuman dibuat dalam satu sidang media di pejabat Agung PAS, selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang pertama bagi sesi ini.

    Beliau turut mengumumkan pelantikan Dato’ Husam Musa dan Hj Mohamad Sabu menganggotai jawatankuasa PAS pusat yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.
    Dalam sidang yang sama beliau mengumumkan Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Dato’ Mahfudz Omarr yang menang dalam pemilihan Naib Presiden baru-baru ini.

    Antara keputusan lain adalah seperti dibawah;

    Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

    Datuk Husam Musa,
    Mohamad Sabu,
    Mohd Anuar Tahir,
    Mohd Taufik Abdul Ghani,
    Dr Mariah Mahamud,
    Wan Ubaidah Wan Omar
    Asmuni Awi
    Ahmad Dollah

    Senarai pesuruhjaya PAS negeri

    Hashim Jasin (Perlis)
    Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
    Saleh Man (Penang)
    Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
    Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
    Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
    Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
    Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
    Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
    Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
    Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
    Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
    Mohamad Abdullah (Sabah)
    Osman Moras (Sarawak)

    KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR PAS KALI KE 55

    Berikut merupakan keputusan pemilihan Jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sempena Muktamar kali ke 55.

    Timbalan Presiden

    1.Nasharudin Mat Isa – 481(menang)

    2.Husam Musa – 281

    3.Muhamad Sabu – 261

    3 Naib Presiden

    1.Tuan Ibrahim Tuan Man – 871

    2.Salahuddin Ayub – 824

    3.Mahfuz Omar – 663

    Ahli Jawatankuasa Kerja

    1. Mohamad Nizar Jamaluddin – 854 undi.
    2. Idris Ahmad – 799 undi.
    3. Kamaruddin Jaafar – 769.
    4. Azizan Razak – 653.
    5. Hassan Ali – 642.
    6. Dr Mohd Hatta Ramli – 638.
    7. Abdul Ghani Shamsuddin – 637.
    8. Abu Bakar Chik – 622.
    9. Hanifa Maidin – 619.
    10. Amiruddin Hamzah – 606.
    11. Dr Lo Lo Ghazali – 598.
    12. Ghani Abdul Rahman – 584.
    13. Zulkefli Mohamad – 576.
    14. Syed Azman Syed Mohamad – 530.
    15. Hashim Jasin – 522.
    16. Mazlan Aliman – 513.
    17. Taib Azmuddin Mohamad Taib – 504.
    18. Mujahid Yusuf Rawa – 448.

    CERAMAH PELANCARAN GERAKERJA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

    poster_dppp_edit

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1429 HIJRAH

    DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU MENGUCAPKAN

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1429 HIJRAH.

    KULLU ‘AAMIN WA ANTUM BIKHAIR.

    MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

    DPPKT mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA, KHUSUSNYA DI TERENGGANU.

    MUDAH-MUDAHAN RAMADHAN KALI INI MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA DAN BEKALAN KITA UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH AZZA WAJALLA KELAK.

    KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

    Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44)


    Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
    Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
    Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

    Jumlah mengundi: 47,258
    Peratus keluar mengundi: 81 peratus
    Undi rosak: 447 undi
    Majoriti: 15,671 undi

    Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
    Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
    Majoriti: 13,398 undi

    MOTIVASI PEPERIKSAAN 2008

    PENGUMUMAN

    DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU AKAN MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI PEPERIKSAAN PELAJAR PMR, SPM, STPM DAN STAM DI KUALA TERENGGANU. BUTIRAN PROGRAM SEBAGAIMANA DI BAWAH:-

    TARIKH : 21 OGOS 2008 (KHAMIS)

    WAKTU : 8 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI

    TEMPAT : DEWAN NURUS SYIFA’, KG. DUSUN KUALA IBAI

    MARKAZ TARBIYYAH PAS KUALA TERENGGANU

    PENCERAMAH : CIKGU RAJA ISMAIL RAJA SHAHDAN

    (PAKAR/PERUNDING MOTIVASI)

    YURAN : RM 3

    PESERTA : PELAJAR PMR, SPM, STPM DAN STAM DI SEKITAR KUALA

    TERENGGANU

    SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI SAUDARA IKHWAN 013 957 8419, ATAU SAUDARA AL GHAZALI 013 9332304, ATAU HUBUNGI PEJABAT DPPKT 09 6178591 (WAKTU PEJABAT), DAN TINGGALKAN NAMA, NOMBOR TELEFON, USIA.

    *AWAS!! TEMPAT TERHAD KEPADA 200 PESERTA SAHAJA. SIAPA CEPAT , DIA DAPAT.

    Yang menjalankan tugas,

    SETIAUSAHA DPPKT

    SPR PAMER DAFTAR PEMILIH BARU

    SPR Pamer Daftar Suku Ke-2 PDF Cetak E-mail
    Ditulis oleh Editor
    Tuesday, 22 July 2008
    //buletinonline.net/images/berita8/sprlogo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.

    Menurut kenyataan SPR pada tempoh itu, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi sebagaimana yang dilaporkan Bernama

    Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara.

    Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.

    Pemilih yang baru mendaftar, sekiranya mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan.

    Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.

    SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

    Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

    Untuk semakan secara online, Linknya adalah spt berikut:-

    P033-Besut

    P034-Setiu

    P035-Kuala Nerus

    P036-Kuala Terengganu

    P037 – Marang

    P038 – Hulu Terengganu

    P039- Dungun

    P040-Kemaman

    SKIM WAKAF PASTI AS SOLIHIN

    TAWARAN HEBAT!!!

    MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DERMAWAN;

    BUATLAH SEDEQAH UNTUK ARWAH & JADIKAN BEKALAN HARI KEMUDIAN DENGAN MEMBELI SKIM  WAKAF BAGI LOT TANAH DAN BANGUNAN PASTI AS SOLIHIN KAMPUNG TOK NASEK.

    LOT TANAH BERNILAI RM 10.00 SETENGAH KAKI, MANAKALA LOT BANGUNAN RM 40 SETENGAH KAKI.

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI USTAZ MOHD SOUD SAID DI TALIAN 0199879332