13 Oktober 2007, Sabtu-Haji Abdul Rahman Busu, seorang pesara polis yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun Wakaf Mempelam kemalangan jalanraya kira-kira jam 6.50 pagi di jalan utama K.Terengganu-K.Brang sekembalinya dariĀ solat subuh di Masjid Pengadang Baru.
Beliau dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah K.T. dan ditempatkan di CCU, kemudian dibedah kepalanya pada sebelah malamnya kerana dipercayai ada pendarahan dalam otak.
Sehingga berita ditulis, mangsa telah selamat dibedah dan masih belum sedarkan diri lagi. DPPKT memohon agar orang ramai berdoa dan bersolat hajat untuk keselamatan beliau.
Filed under: Tempatan | Tagged: aidilfitri, kemalangan | Leave a comment »