• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    September 2007
    I S R K J S A
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,924 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PEMUDA PAKA MAUT KEMALANGAN

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Hazaimudi Mat Hasan, 28, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Dun Paka. Di bawah ini disertakan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Berita yang disampaikan oleh Harian Metro diragui kerana bercanggah dengan cerita sebenar.

Teruskan membaca

Poster PRU12

Sesiapa berminat untuk dapatkan poster-poster ini, sila print dan sebarkan. atau sila dapatkan dalam bentuk pdf dari http://amdang81.blogspot.com.

poster_pru_budaya.jpg

poster_pru_fru.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_hadhari.jpg

TAK NAK BN!!!poster_pru_jenayah.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_jumud.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_punk.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_vacuum.jpg

STAF MAYBANK PIKET

kktgn-maybank-demo.gifTengahari semalam(26 September), kira-kira jam 2 petang, lebih kurang 40 orang kakitangan Maybank berpiket di hadapan Bangunan Maybank di Bandar Kuala Terengganu. Mereka menuntut agar pihak pengurusan Maybank memberi bonus untk tahun ini sebanyak 30%.

Pelbagai kata-kata dicoretkan melalui kad-kad kertas yang tertulis “Bunyikan hon tanda sokongan”, “Gaji kami tidak setimpal” dan banyak lagi. Banner besar berwarna digantung di hadapan Maybank tertulis ” MAYBANK RAMPAS BONUS KAMI”.

Suasana ini menggambarkan tidakpuashati sebahagian kecil rakyat terhadap majikan mereka. Sekiranya masyarakat semakin berani menyatakan hak mereka, maka kita akan dapat melihat banyak lagi demonstrasi dan piket yang dibuat atas isu-isu yang menyentuh hak-hak mereka. Pihak BN akan berkata, inilah yang pembangkang ajar rakyat buat. “Ini Bukan Budaya Kita”. Itulah yang tertera pada Banner BN yang mengutuk rusuhan di Batu Burok baru-baru ini.

Kita kata, itulah antara medium rakyat menyatakan luahan hari dan rasa mereka terhadap kerajaan yang tidak ambil cakna akan kebajikan dan hal ehwal rakyat. Media massa yang berlegar dalam masyarakat merupakan alat BN menyampaikan propaganda kepada rakyat, sudah tentu tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan kebenaran yang bercanggah dengan kehendak dan amalan pemimpin-pemimpin mereka.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia! Bangkitlah bersama-sama kami, kita jatuhkan kerajaan yang ada melalui Pilihanraya Umum yang akan datang. Jangan biarkan kita ditipu lagi..

MAJLIS PEGUAM SERAH MEMO

Ni kami copy daripada harakahdaily;

Teruskan membaca

ZIARAH MANGSA TEMBAKAN

Tanggal 26 September 2007, jam 9 pagi kami berkumpul di depan Pusat Bekam Tabib Syed Alwi, Ketua Pemuda Dun Bandar. Lebih kurang jam 9.30 pagi kami bertolak dengan 4 buah kereta menuju ke rumah Suwandi, mangsa tembakan polis dalam peristiwa berdarah Batu Burok 8 September lalu.

Hampir jam 10 pagi, kami tiba di kediaman beliau. kawan-kawan agak segan untuk memulakan bicara, walaupun hati meronta-ronta untuk bertanyakan itu dan ini berkenaan kejadian tempoh hari. Suwandi nampak kurang bermaya kerana belum pulih sepenuhnya lagi. Katanya, tangan kanannya tidak berapa kuat untuk digunakan kerana masih terasa kesan pembedahan di Hosital USM Kubang Kerian 2 minggu lalu. Katanya lagi, doktor nasihatkan agar buat latihan ringan untuk gerakkan otot-otot anggota badan seperti berjalan 1 km. Beliau sempat berseloroh, katanya datang waktu siang ni tak dapatlah nak minum. Sebahagian dari kami telah mengenali beliau.

Kami bertuah kerana mendengar cerita ‘first hand’ daripada beliau kisah pada hari kejadian. Memang tepat sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang saksi kejadian bahawa polis berpakaian preman terlibat menembak suwandi dalam keadaan berdiri, bukannya duduk sebagaimana laporan sesetengah pihak. Ketika itu, polis terbabit sedang berlari menuju ke kumpulan FRU yang sedang berkawal di situ. Ini mengukuhkan lagi hujjah bahawa memang sahih bahawa polis tersebut menembak bukannya untuk mempertahankan diri tetapi barangkali berniat mencederakan atau membunuh  mangsa. Alhamdulillah, Suwandi amat bernasib baik kerana ALLAH takdirkan beliau hidup untuk menceritakan kejadian sebenar kepada umum. Beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa peluru yang memasuki dadanya berada hampir dengan jantung. Kalau ia terkena ke bawah sedikit lagi, sudah pasti ia akan menembusi jantung dan kebarangkalian nyawa melayang pasti berlaku.

Peristiwa ini mengingatkan penulis kisah seorang tua yang penulis lupa nama beliau, tetapi yang menarik ialah beliau juga menjadi saksi Peristiwa Berdarah Memali lebih kurang 20 tahun lampau. Pakcik tua itu ditembak bertubi-tubi oleh pihak polis tetapi Allah Maha Kaya, mentaqdirkan beliau hidup untuk menceritakan segala-galanya kepada umum apa yang sebenarnya berlaku di Memali.

Lebih kurang 10 hingga 15 minit, kami meminta diri untuk balik. Sebelum balik, kami sempat bergambar dengan Suwandi. Harapan dan doa kami agar Suwandi cepat sembuh , dan agar peristiwa ini tidak melemahkan semangat juangnya untuk terus mempertahankan Islam atas muka bumi Terengganu ini khususnya, dan Malaysia umumnya.

Wassalam.

SERAH DIRI @ TIDAK?

ISU GAMBAR-GAMBAR SAKSI

TRAGEDI BATU BUROK 8 SEPTEMBER

 

Sejumlah 37 gambar lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan dengan tertera dikhendaki polis! Mereka sebenarnya hanya dikehendaki untuk membantu siasatan polis atas kes membakar jalur gemilang dan kes mencederakan polis dalam peristiwa ‘rusuhan’ di Batu Burok pada 8 September lalu.

 

Persoalan yang timbul, adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya muka-muka yang tersiar tidak menyrahkan diri ke balai polis untuk bantu siasatan terbabit?

 

Undang-undang yang terlibat dalam hal ini ialah seksyen 112 dan 113 Kanun Acara Jenayah.  Sekiranya seseorang itu diperlukan sebagai suspek, pihak polis hendaklah menggunakan seksyen 113 KAJ  dan hendaklah menyampaikan notis/summon kepada suspek untuk menyerahkan diri. Tapi dalam kes di atas, polis hanya menyiarkan gambar-gambar yang pada pendapat mereka boleh membantu siasatan.

 

Justeru, apa yang perlu dilakukan? Individu-individu terbabit boleh sama ada mahu hadir atau tidak mahu ke balai polis untuk bantu siasatan polis. Sekiranya merasakan tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan polis, mereka boleh membawa bersama peguam untuk mewakili mereka.

 

DPPKT akan cuba sedaya upaya menyediakan khidmat nasihat guaman dalam hal ini.

Sila hubungi 019 9157330 (SETIAUSAHA)

 

KONTROVERSI VIDEO KONSPIRASI,Majlis Peguam Akan Ke Putrajaya

Berikutan video VK Lingam, Majlis Peguam Malaysia, akan berarak ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan satu memorandum agar kes tersebut disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.

Majlis Peguam Malaysia juga meminta rakyat Malaysia hadir bersama sebagai tanda sokongan untuk membersihkan Mahkamah dari sebarang campurtangan politik. Aturcara adalah seperti berikut:

MEMORANDUM FOR ROYAL COMMISSION – VK Lingam’s Video.
Tarikh: September 26, 2007
Masa: 11pagi
Tempat: Palace of Justice, Putrajaya

urus rumah juga ibadah

RAMADAN adalah bulan yang penuh rahmat. Pada bulan ini, umat Islam berpeluang meningkatkan ibadat masing-masing kerana `syaitan-syaitan dirantai’.

Bagaimanapun, apabila tiba Ramadan, antara insan yang paling sibuk ialah ibu atau isteri. Manakan tidak, hendak bangun tengah malam menyediakan juadah bersahur, melayan kerenah anak-anak dan juga menyediakan juadah berbuka.

Akibat kesibukan itu, sebahagian kaum ibu tidak sempat menunaikan beberapa ibadat sunat terutamanya solat tarawih.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, RASHID MAHFOF menemu bual pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Madya Dr. Asiah Ali bagi mengupas isu ini.

MEGA: Ramadan disambut dengan pelbagai perasaan. Apakah perasaan yang sepatutnya ada bagi umat Islam apabila menyambut bulan ini?

DR. ASIAH: Sewajarnya sebagai umat Islam kita rasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan bulan Ramadan tahun ini. Sebabnya, bulan yang penuh keberkatan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Sebab itu, Ramadan kerap dipanggil bulan karnival ibadat. Dari segi bahasa, ia bermaksud panas, dahaga dan terbakar. Maksudnya, Allah akan menghapuskan dosa hamba-Nya melalui amalan-amalan yang dikerjakan.

Diriwayatkan dalam satu hadis bagi menggambarkan bulan Ramadan iaitu “Bulan awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya kebebasan dari neraka”.

Ramadan juga adalah bulan di mana al-Quran yang menjadi petunjuk dan memberi hidayah kepada manusia diturunkan.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan salah… (al-Baqarah: 185)

Solat tarawih adalah antara ibadat yang amat dituntut kita mengerjakannya. Apakah alternatif bagi golongan ibu yang tidak dapat menunaikannya di masjid atau di surau?

DR. ASIAH: Solat tarawih ini adalah salah satu lambang ibadat bulan Ramadan. Ia tidak ada dalam bulan-bulan yang lain. Sebab itu, kalau boleh dan jika tidak ada uzur syarie eloklah kita berlumba-lumba mengerjakannya. Rugi sangat bagi yang meninggalkannya.

Namun, bagi ibu-ibu yang mempunyai tanggungjawab menjaga anak yang masih kecil atau pun bayi, anda masih berpeluang menunaikan solat tarawih atau pun mencari pahala semasa di rumah.

Apabila berlaku keadaan begini, para ibu boleh menunaikan solat tarawih selepas anak-anak tidur. Solat ini tidak semestinya ditunaikan secara berjemaah. Ia boleh dilakukan secara bersendirian.

Barangkali kekeliruan tentang pelaksanaan solat tarawih ini berlaku disebabkan selama ini, majoriti kaum wanita hanya menjadi pengikut di surau atau masjid. Eloklah kita mengubah keadaan ini. Sekali-sekala kita menjadi pemimpin.

Kalau suami berjemaah di masjid dan kita tinggal di rumah bersama anak-anak, para ibu boleh mendidik anak-anak untuk solat tarawih bersama.

Apa yang penting, para ibu jangan berhenti mencari ilmu. Disebabkan tidak berilmu maka ada di kalangan kaum ibu yang terlepas peluang bersolat tarawih. Menuntut ilmu ini terutama ilmu ibadat khusus seperti solat, haji dan puasa perlu dibuat secara berterusan.

Ingatlah janji Allah terhadap mereka yang berilmu sebagai mana firman-Nya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (di kalangan kamu) beberapa darjat. (al-Mujaadalah: 11).

Apabila bertembung antara menunaikan sunat tarawih dengan tanggungjawab menjaga anak yang masih kecil, apakah keputusan yang perlu diambil?

DR. ASIAH: Dalam hal ini, kaum wanita perlu bijak membuat keputusan. Jika tiada halangan, anak-anak semuanya sudah besar maka bolehlah kita ke masjid atau surau.

Yang penting, jika membawa anak ke masjid kita perlu pastikan mereka tidak mengganggu jemaah yang lain beribadat.

Jika ia mengganggu konsentrasi jemaah lain maka lebih elok kita berada di rumah. Sebab itu ada hadis yang menyebut, “Jangan kamu larang wanita ke masjid tetapi tempat yang afdal bagi mereka ialah di rumah”.

Ini menunjukkan keutamaan bagi kaum wanita di mana tempat yang lebih utama kepada mereka ialah berada di rumah mengurus rumah tangga dan anak-anak. Dalam sebuah hadis lain, “Kaum ibu (wanita) adalah pengurus dalam rumah tangga suami…”

Semua ini menunjukkan bahawa tugas utama para ibu ialah mendidik anak-anak. Namun demikian, semasa berada di rumah para ibu boleh mengambil peluang ini dengan mengajar anak menunaikan solat tarawih dan juga bertadarus dengan mereka.

Bukan pula bermaksud, tidak pergi solat tarawih di masjid dan surau pahala kaum ibu itu kurang.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza.

Wanita dengan sifat lemah lembut lebih sesuai mendidik anak-anak kerana proses ini melibatkan emosi. Adakalanya kita marah, adakalanya kita belai anak-anak.

Dalam masa yang sama, para ibu berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk akidah, akhlak dan mendidik anak-anak dalam proses mereka membesar.

Ada yang berpendapat, menjalankan kerja rumah seperti memasak untuk suami dan anak-anak serta menjaga anak bukan ibadat. Benarkah dakwaan ini?

DR. ASIAH: Dalam kehidupan seharian, selama mana sesuatu itu dilakukan untuk mencapai reda Allah, ia dikira sebagai ibadat. Ibadat ini terbahagi dua iaitu khusus dan umum.

Ibadat khusus ialah membuat sesuatu sebagai lambang ubudiah (pengabdian) kepada Allah. Ini termasuklah ibadat seperti solat, haji, zakat dan puasa.

Ibadat umum pula meliputi kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada golongan lain. Contohnya, kita berjual-beli, kita memberi kemudahan dan keringanan kepada orang lain.

Sebab itu, isteri yang menyediakan makan-minum untuk suami dan anak-anak, mengurus rumah tangga dengan niat mencari reda Allah turut diberi pahala. Sebabnya, ini juga termasuk dalam ibadat.

Bukan mudah untuk para ibu bangun pukul 4 pagi menyediakan juadah untuk bersahur. Tetapi jika kita reda dan berazam, ia menjadi mudah. Air tangan isteri yang memasak itu menjadi pengikat kasih sayang keluarga.

Malah adakalanya ia turut membuka peluang untuk kita melakukan ibadat yang jarang kita buat dalam bulan-bulan biasa.

Contohnya, solat tahajud, hajat dan sebagainya. Semua ini diberi pahala yang besar.

Sebenarnya, kaum wanita atau ibu sangat mudah mendapat pahala. Buatkan air untuk suami, memasak untuk anak-anak, semuanya dikira sebagai pahala.

Cuma kita perlu melihat kaitannya dengan Allah. Tanpa kaitan sebegini boleh membawa kepada timbulnya isteri yang merasa sentiasa di bawah perintah suami sedangkan sifat sebagai isteri ialah sebagai teman dan memberi ketenangan kepada suami.

Ganjaran pahala daripada Allah bukan diberi berdasarkan gender sebaliknya kepada sesiapa yang melakukan amal soleh. Allah berfirman: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikitpun. (an-Nisaa’: 124)

Ada di kalangan isteri yang rajin membuat kerja rumah tetapi dalam masa yang sama turut banyak berleter. Apakah nasihat Dr. kepada mereka terutama dalam bulan Ramadan ini?

DR. ASIAH: Bagi golongan yang begini, saya menasihatkan agar membuang sifat buruk ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Bercakap banyak, berleter atau mengomel ini adalah antara perbuatan yang makruh semasa berpuasa. Sebabnya, apabila banyak bercakap ada kemungkinan banyak salah dan silap.

Ramadan adalah bulan yang perlu diisi dengan kesabaran. Jangan budayakan suka berleter.

Seperti yang disebutkan di atas tadi, jika kita melakukan kerja rumah tetapi pada masa yang sama mengungkit-ungkit, ia seperti kita tidak reda. Maka kita bimbang, tidak diberi pahala melakukan kerja tersebut.

POLITIK TERENGGANU…

BANNER BAKAR BENDERA

Sehari dua ni, banyak banner gambar seorang lelaki berkopiah bakar jalur gemilang. Hari tu, siar gambar lelaki berhelmet. ni pakai kopiah pula? mana satu ni?

dppkt: yang tembak orang bila nak tangkap?

SUPER IMPOSE

Pakar2 kamera dan gambar ramai yg menganalisis gambar lelaki berhelmet bakar bendera, lalu membuat kesimpulan bahawa gambar tersebut palsu. Dibuat teknik bertindih. Yg pakai kopiah ni macam mana pula, super impose juga? kalau tak superimpose pun, ada kebarangkalian lakonan semata2. Yang sebenarnya, hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui.

dppkt: tahu lah sikit2….

TANGKAP

Polis tengah sibuk mencari siapa yang bakar bendera, sampai terlupa jurukamera Imran Makhzan yang ambil gambar tu. Kalau tak pun, carilah jurukamera Unit Komunikasi kerajaan negeri yg ambil gambar berselindung di sebalik FRU tu. Ada tak gambar video perusuh tgh bakar bendera? Yg ada didedahkan sekarang semuanya gambar ‘still’. Memang diragui betul…

dppkt: suka tangkap gambar je……

al fatihah buat Nurin

Semua orang bercakap isu Nurin, kami pun rasa tidak mahu ketinggalan kerana ini isu besar. Perlakuan rogol dan bunuh merupakan manifestasi masyarakat yang punah ranah akibat meninggalkan ajaran Islam yang murni. Kerajaan yang sibuk mencapai ketamadunan kebendaan, kecemerlangan ekonomi, menyebabkan keutamaan membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai2 akhlak yang luhur diabaikan. Akhirnya, kanak2 seperti Nurin lah menjadi contoh mangsa keadaan ini.

AL FATIHAH dari kami seluruh Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu buatmu Nurin Jazmin.

Kepada ibubapa Nurin, tabahlah hadapi dugaan besar ini, kerana sesungguhnya ALLAH menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang sabar dalam menghadapi dugaan seumpama ini.

Di bawah ini disertakan kronologi kejadian pembunuhan Nurin untuk tatapan pembaca.

Kronologi Kes Kehilangan Nurin Jazlin

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Kes kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lepas mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang bersimpati dengan kesengsaraan ibu bapanya yang tidak putus asa mencarinya.

Bagaimanapun doa dan harapan semua pihak supaya Nurin Jazlin selamat ditemui dan diserahkan kepada ibu bapanya tidak kesampaian sebaliknya menjadi igauan buruk apabila kanak-kanak perempuan itu sah menjadi korban pembunuhan kejam serta mangsa penderaan seksual.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas membuktikan ia adalah Nurin Jazlin.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Kes pembunuhan kejam itu, antara yang paling buruk di negara ini mendapat banyak reaksi daripada orang ramai yang berharap polis dapat membawa pembunuhnya ke muka pengadilan secepat mungkin.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Berikut ialah kronologi kes itu yang turut menarik perhatian media tempatan dan asing yang membuat liputan perkembangan semasa kes itu.

20 Ogos

——-

Keluarga Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak membuat laporan polis berhubung kehilangannya setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

26 Ogos

——–

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil mengadu kepada media mengenai kebimbangannya terhadap kesihatan Nurin yang sejak hilang berkemungkinan tidak mendapat bekalan ubat untuk penyakit buah pinggang dan darah tinggi yang dihidapinya.

27 Ogos

——–

Ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman akhirnya meluahkan isi hatinya selepas enggan ditemuramah pemberita sejak kehilangan anaknya.

28 Ogos

——–

Polis klasifikasikan kes Nurin Jazlin sebagai penculikan.

29 Ogos

——–

Seorang saksi tampil mengaku melihat Nurin Jazlin ditarik menaiki sebuah van berwarna putih pada malam kejadian (20 Sept) manakala kira-kira 300 anggota polis, RELA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rukun Tentangga mengadakan operasi besar-besaran menjejaki Nurin di kawasan Sentul, Kepong, Jinjang, Wangsa Maju dan Setapak.

3 Sept

——

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan minta bantuan orang ramai dalam usaha mencari Nurin Jazlin kerana tiada petunjuk baru.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut anjur solat hajat di masjid-masjid selain tawar RM3,000 sebagai ganjaran penemuan Nurin.

4 Sept

——

Usaha mengesan Nurin jazlin yang memasuki hari ke-13 turut menggunakan kaedah perantaraan jarak jauh atau “remote viewing” oleh Pakar Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad.

5 Sept

——-

Pelbagai pihak termasuk 1,000 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bermotosikal bantu tampal poster Nurin Jazlin manakala Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi) mula menggerakkan anggota mereka yang berpangkalan di Pulau Pinang dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.

6 Sept

——-

Polis sahkan sebuah van berwarna putih yang dibiarkan tersadai di Taman Tenaga, Jalan Klang Lama tiada kaitan dengan kes kehilangan Nurin Jazlin.

7 Sept

——

Perisi menerima maklumat daripada orang ramai tentang dua lokasi yang dipercayai tempat Nurin Jazlin disembunyikan.

8 Sept

——-

Keluarga Nurin Jazlin mengadakan solat hajat bersempena dengan sambutan ulang tahun Nurin yang kelapan.

10 Sept

——-

Pengamal tradisional mengaitkan kehilangan Nurin Jazlin dengan makhluk halus.

12 Sept

——-

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan operasi kempen bermula 14 Sept untuk mencari Nurin Jazlin dengan melibatkan 150 sukarelawan mengedarkan poster di kira-kira 50 lokasi tumpuan umum sekitar Kuala Lumpur.

13 Sept

——–

Keluarga Nurin Jazlin menyambut ketibaan Ramadan kali pertama tanpa Nurin di samping keluarga.

14 Sept

——–

Jumlah ganjaran kepada sesiapa yang membantu mengesan Nurin yang hilang sejak 26 hari lepas meningkat kepada RM26,000 dengan sumbangan daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menghulurkan RM3,000.

16 Sept

——–

GPMS mempergiatkan kempen mencari Nurin Jazlin ke peringkat seluruh negeri dengan mengedarkan poster kanak-kanak itu ke 142 cawangan GPMS di seluruh negara.

17 Sept

——–

Mayat seorang kanak-kanak perempuan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun itu didapati mempunyai kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.

Ibu bapa Nurin jazlin menafikan kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin ketika proses pengecaman di Hospital Kuala Lumpur.

Polis ambil contoh darah ibu bapa Nurin untuk DNA bagi pengesahan.

19 Sept

——-

Polis mencari seorang wanita misteri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat kanak-kanak itu.

Wanita yang memakai baju-T berwarna merah dan seluar jeans biru itu dirakam mundar-mandir di luar premis itu sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh seseorang yang tidak dikenali.

RHB Banking Group mengambil langkah proaktif bagi memudahkan usaha mencari Nurin Jazlin dengan memasang gambar kanak-kanak perempuan itu di kesemua Mesin Teler Automatik (ATM) bank itu mulai hari ini (20 Sept).

20 Sept

——-

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed hari ini mengesahkan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Isnin lepas adalah Nurin Jazlin.