PEMUDA PAKA MAUT KEMALANGAN

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Hazaimudi Mat Hasan, 28, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Dun Paka. Di bawah ini disertakan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. Berita yang disampaikan oleh Harian Metro diragui kerana bercanggah dengan cerita sebenar.

Empat sekeluarga, satu lain maut nahas tiga kereta

MARANG 28 Sept. – Lima termasuk empat sekeluarga maut, manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 24, selekoh Kelulut, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan petang ini.

Empat yang maut ialah daripada sebuah kereta Proton Wira iaitu pemandu Hazaimudi Mat Hassan, 28; ibunya Siti Fatimah @ Zainon Yusof, 56; serta dua anak saudaranya, Nabila Azmi, 10, dan Rabiatul Adawiyah, 3.

Seorang lagi yang terbunuh ialah penumpang kereta Honda Ferio, Mohd Izzyakmal Jusoh, 25.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini petang ini, berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.50 petang dan semua mangsa mati di tempat kejadian.

Tiga daripada yang parah ialah penumpang kereta Proton Wira iaitu Zulhilmi Mohd Zulkifli, 21, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun; Husnu Tajudin Mat Hassan, 17, pelajar Sekolah Menengah Pulau Serai, Dungun; dan Nurul Syafiqah Azmi, 12.

Dua lagi ialah pemandu dan penumpang kereta Honda Ferio iaitu Idris Hussin, 29, dan Fadil Mohd Noor, 26.

Enam lagi penumpang kereta Honda Odyssey yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak cedera.

Ayub berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan yang dipandu oleh Hazaimudi dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu, manakala kereta Honda Ferio yang dipercayai dipandu oleh Idris dari Kuala Terengganu ke Kemaman.

“Akibat rempuhan yang kuat itu, kesemua lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi yang cedera parah dirawat ke HSNZ,” katanya.

Suasana sedih menyelubungi bilik mayat HSNZ ketika anggota keluarga mangsa menunggu untuk membawa pulang jenazah kesemua lima mangsa itu.

Kakak Hazaimudi, Sabarina Mat Hassan, 36, ketika ditemui di HSNZ, berkata, ketika kejadian, adik bersama ibu dan dua anak saudaranya itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Binjai Stesen, Dungun untuk berbuka puasa bersama angota keluarga yang lain di rumahnya di Kampung Kesom, Manir.

“Saya tidak sangka hasrat ibu dan anggota keluarga yang lain untuk berbuka puasa di rumah saya berakhir dengan keadaan yang sungguh menyedihkan ini,” katanya.

Beliau berkata, Hazaimudin yang merupakan anak keempat daripada enam beradik-adik bertugas sebagai guru agama di sebuah sekolah di Dungun.

Sementara itu, isteri seorang lagi mangsa, Mohd Izzyakmal yang berasal dari Kuala Ibai dekat sini, tidak dapat ditemu bual kerana terlalu sedih.

Pasangan itu dikatakan baru sebulan melangsungkan perkahwinan.

Seorang saksi, Mohd Shahril Ismail, 24, dari Kampung Rhu Renggeh dekat sini, yang ditemui di tempat kejadian, berkata, sebelum kemalangan, beliau melihat kereta Honda Ferio dan sebuah kereta BMW yang sedang menuju ke arah Kemaman, dipandu dengan sangat laju.

Beliau yang ketika itu menunggang motosikal dari bandar Marang, berkata, setiba di selekoh yang merupakan kawasan garisan berkembar itu, kereta Honda Ferio berkenaan terbabas lalu merempuh kereta Proton Wira terbabit.

Akibat rempuhan itu, kereta yang dipandu oleh Hazaimudi melambung, manakala kereta Honda Ferio terbabit terus melanggar kereta Honda Odyssey yang berada di belakang kereta Proton Wira itu, katanya.

“Saya bernasib baik kerana motosikal saya juga nyaris dilanggar oleh kedua kereta itu yang saling memotong kenderaan lain,” katanya.

Jenazah kesemua mangsa akan dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing. – Bernama

AL FATIHAH…

Advertisements

3 Respons

  1. al-fatihah buat sahabatku Saudara Hazaimudi, bekas Ketua Pelajar SMTIZ Dungun….

  2. salam,al-fatihah buat sahabat yg sejati yg slalu menolong aku ketika kesusahan bertemu kita di syurga amin (hazaimudi & as-shahid)

  3. salam buat sahabat hazaimudi bertemu kita di syurga insyaAllah ameen as-shahid&zamudi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: