• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    September 2007
    I S R K J S A
    « Ogo   Okt »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 232,379 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

MAJLIS PEGUAM SERAH MEMO

Ni kami copy daripada harakahdaily;

Majlis Peguam serah memorandum, tuntut tubuh Suruhanjaya Di Raja

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari
Wed | Sep 26, 07 | 5:46:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) – Majlis Peguam Malaysia bertegas menuntut satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat skandal badan kehakiman negara walaupun kerajaan telah melantik panelnya yang dianggotai tiga orang untuk menyiasat skandal itu.
<!–

Advertisement

–>

ImagePresiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata, walaupun kerajaan sudah melantik tiga orang panel bagi menyiasat skandal itu tetapi mereka tidak mempunyai kuasa sebagaimana Suruhanjaya Di Raja.

“Panel tiga orang mungkin tidak ada kuasa seperti Suruhanjaya Di Raja jadi mungkin mereka akan mendapatkan maklumat siasatan dengan cara lain,”katanya ditemui media di tengah-tengah hujan lebat.

Dilaporkan panel bebas itu dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor dan dianggotai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mahadev Shankar.

Bagaimanapun, Ambiga tidak menolak sekiranya tiga panel berkenaan untuk memulakan sisatan skandal itu tetapi beliau menegaskan suruhanjaya mempunyai kuasa lebih besar dalam hal ini.

Ambiga menegaskan, Suruhanjaya Di Raja hendaklah dianggotai antaranya Ketua Peguam Negara, Ketua Hakim, Presiden dan Naib Presiden Majlis Peguam serta tiga orang awam.

Image“Adanya suruhanjaya ini mereka ada kuasa untuk membuat siasatan berhubung kes ini,” tegasnya.

Tambahnya, perarakan besar-besaran pada hari ini adalah atas dasar kepentingan awam bukannya individu.

Perarakan Majlis Peguam pada hari ini merupakan kali ketiga dalam masa 30 tahun. Perarakan pertama pada tahun 1978 iaitu berhubung Akta Pertubuhan dan yang kedua pada tahun 1998 berhubung kes penghinaan Mahkamah oleh Zainur Zakaria.

Kira-kira 1,500 orang termasuk anggota Majlis Peguam berarak sejauh 3.5 km bermula di depan Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri untuk menyerahkan dua memorandum iaitu Menubuhkan Suruhajaya di Raja mengkaji video klip perbualan antara VK Lingham dan seorang hakim serta menubuhkan Suruhanjaya Bebas Perlantikan Badan Kehakiman.

Dua memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

ImageMenurut Ambiga, Wan Ahmad Farid memberi jaminan akan mengaturkan satu perjumpaan antara Majlis Peguam dengan Perdana Menteri memandangkan Abdullah Badawi masih berada di luar negara.

Ambiga yang ditemani Naib Presidennya, Ragunath Kesavan dan Setiausaha, Lim Chee Wee dibenarkan naik ke pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Para peserta perarakan bagaimanapun terus menunggu di bulatan Dataran Masjid Putrajaya bertentangan pagar utama Jabatan Perdana Menteri dalam keadaan hujan lebat yang bermula sebaik sahaja wakil mereka masuk ke pejabat Perdana Menteri. Para peguam masih memakai pakaian rasminya walaupun di awal perarakan sedikit panas sehinggalah hujan lebat.

Sebelum itu, sebaik para peserta tiba di bulatan Dataran Masjidr selepas berarak kira-kira 45 minit 20 anggota FRU bertindak menyekat perarakan itu tetapi berjaya ditembusi mereka.

Ini membuatkan anggota FRU sedikit kelam kebut dan kedengaran salah seorang anggotanya melaungkan ‘move, move,move’ kepada anggotanya yang masih berjalan menuju ke pagar utama Pejabat Perdana Menteri.

ImageTerdahulu, pihak polis melarang tujuh buah bas membawa orang ramai dan para peguam dari Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan daripada memasuki kawasan Putrajaya.

Kira-kira 200 orang menaiki bas-bas tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer menuju ke Istana Keadilan.

Mereka turut membawa kain tentang serta melaungkan slogan, antaranya berbunyi ‘Rakyat Hakim Negara’, ‘No to Corruption’, dan ‘Selamatkan Badan Kehakiman’.

Mereka mula berkumpul di Palace of Justice jam 11 pagi dan mula bergerak kira-kira jam 12 tengahari. – mks.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: