• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,817 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

INSYAALLAH…PENGUNDI HANTU AKAN UNDI BA

    Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh sahabat perjuangan dalam PAS dan BA selepas selesai solat hajat pagi tadi.

Benarlah kata-kata para pemerhati politik bahawa PRU ke-12 ini merupakan yang terburuk dalam sejarah.  Kita ditipu oleh PM ketika pembubaran parlimen diikuti dengan kes pemansuhan duti setem.  Undi pos juga memberikan tanggapan negatif dan yang terbaru pembatalan calit dakwat pada jari.

Jelas sekali penyelewengan dan penipuan dalam sistem pilihanraya itu sendiri menjadi lawan paling kuat bagi BA.  Itu tidak termasuk lagi soal kebebasan media, beli undi, sabotaj dan fakta yang diputarbelitkan.

Maka dalam segala kekuatan yang terbatas ini, para pendokong PAS dan BA mengharapkan pertolongan daripada Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t.

Selesai solat hajat dan munajat tadi, rata-rata masih berkeyakinan bahawa BA akan menang dan kembali menegakkan syariat Allah di muka bumi Terengganu Darul Iman ini.

Advertisement

AMARAN! MANIFESTO BN TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN PENGUNDI HANTU

Kempen Pilihanraya Umum Ke-12 memasuki fasa yang lebih hebat minggu ini. Pemuda-pemuda PAS telah berikrar untuk menumpukan sepenuhnya kepada gerak kerja di bilik gerakan hingga selesai pengumuman keputusan pilihanraya. Segala urusan harian kini seratus peratus adalah terhadap perjuangan parti.

Maklumat terbaru dari risikan dalaman menyatakan UMNO/BN (Berehi Nawok) akan melakukan penipuan pada 8 Mac nanti. Mereka tidak lagi membawa ‘hantu-hantu’ dari luar kerana amaran keras daripada Presiden PAS amat menggerunkan mereka. Kini, ‘hantu-hantu’ tempatan pula dilatih untuk mengundi di 2 atau 3 tempat dalam negeri Terengganu.

Namun, jentera pemuda telah siap siaga dengan taktik kotor mereka ini. Sukarelawan PAS telah diamanahkan untuk mengesan gerak geri ‘hantu-hantu’ tempatan ini semasa proses pengundian nanti. Yang nyata, banyak laporan penipuan oleh pihak SPR sendiri telah kita buat dan tiada maklum balas diterima. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, amaran diberikan kepada ‘hantu-hantu’ supaya tidak mengambil risiko yang membahayakan diri. Adakah berbaloi dengan RM2000 untuk misi anda? Mengkhianati diri dan suara rakyat.

ANDA CUMA ADA SATU UNDI!

SIRI BONGKAR 4-HANTU SENIOR!!!

hantu.jpgBESERI, 21 Feb (Hrkh) – Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih.
Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan tahun lalu. Image
Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam Dun Santan di Parlimen Padang Besar.
Pengundi tersebut kini sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis.
Hasil tinjauan Harakah di lokaliti terbabit iaitu Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut.

SIRI BONGKAR 3-HANTU JUNIOR!!!

Lagi HANTU ditemui!!! Kali ini hantu junior di Negeri Sembilan.

Pengundi yang dikatakan ‘hantu junior’ itu beralamat di Kampung Seberang Batu Hampar Pekan Rembau di bawah Dun Chembong manakala Parlimen pula Rembau.Pengundi yang didaftarkan itu kini berusia 19 tahun,jika mengikut had kelayakan mengundi, beliau belum layak lagi.

Berikut maklumat pengundi yang diperolehi dari laman web SPR yang dikirim pemberi maklumat itu :

Kad Pengenalan : 890211050014 / 1307762
Nama : SAFIAH BINTI UJANG
Tahun Lahir : 1989
Jantina : P
Lokaliti : 131 / 26 / 08 / 001 – KG SEBERANG BATU HAMPAR
Daerah Mengundi : 131 / 26 / 08 – PEKAN REMBAU
DUN : 131 / 26 – CHEMBONG
Parlimen : 131 – REMBAU
Negeri : NEGERI SEMBILAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU
Saluran : 1
Masa Mengundi : 08.00 PAGI – 05.00 PETANG
No Siri : 1

DAFTAR PEMILIH YANG DIWARTAKAN PADA 5 FEBRUARI 2008
 
 
Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”)

Semakan ke :

 
 
MEDAN   KETERANGAN
Kad Pengenalan : 890211050014 / 1307762
Nama : SAFIAH BINTI UJANG
Tahun Lahir : 1889
Jantina : P
Lokaliti : 131 / 26 / 08 / 001 – KG SEBERANG BATU HAMPAR
Daerah Mengundi : 131 / 26 / 08 – PEKAN REMBAU
DUN : 131 / 26 – CHEMBONG
Parlimen : 131 – REMBAU
Negeri : NEGERI SEMBILAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU
Saluran : 1
Masa Mengundi : 08.00 PAGI – 05.00 PETANG
No Siri : 1
Untuk sebarang maklumat, sila emel : info@spr.gov.my

Ini bermakna, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan bertanding di Parlimen Rembau jika menang sekalipun mungkin undinya akan ditampung dengan pengundi hantu junior’ itu.