• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    November 2007
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KHUTBAH HADHARI HALALKAN MAKSIAT

Khutbah Hadhari Halalkan Maksiat!!
25 November 2007
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Selama dua minggu berturut-turut, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melakukan kejutan dengan mengeluarkan teks Khutbah Hadhari yang cukup membingungkan ramai jemaah. Khutbah itu secara sengaja menjadikan Monsoon Cup sebagai suatu kempen kepada para jemaah. Ianya bukan sahaja mencemarkan isi khutbah yang menyokong acara yang diiringi dengan banyak kemaksiatan itu, bahkan turut menunjukkan bahawa Ajaran Hadhari itu tidak kisah soal percampuran antara dosa dan pahala.

Minggu pertama, Khutbah telah membawa tajuk: “Manfaat Daripada Pelancongan” kepada jemaah. Manakala Jumaat lalu pula membawa tajuk: “Tiada Halangan, Hanyalah Peluang”.

Dalam sibuk khatib-khatib hadhari seluruh negeri membaca khutbah ‘Monsoon Cup’ itu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan suatu iklan konert yang cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya program Monsoon Cup itu. Pokok-pokok mula ditampal poster Monsoon Cup, tiang letrik digantung bunting, dan simpang-simpang jalan mula dipenuhi banner acara-acara sambutan kepada Monsoon Cup ini. Dari sekecil-kecil anak dijemput ke pertandingan mewarna, hinggalah kepada sebesar-besar Dato’ dan Tan Sri ke Malam Gala yang hidangannya istimewa.

Tiada pula kedengaran Forum Perdana sempena Monsoon Cup. Apatah lagi pertandingan Nasyid sempena Monsoon Cup. Maka, amat jauh sekali untuk membayangkan suatu program yang dicampur aduk ini selari dengan tuntutan Islam dan nilai ketimuran itu sendiri.

Dalam ghairah musim hujan, dan tengkujuh yang sudah bermula ini, sepatutnya agenda kemaksiatan ini dijauhi sama sekali. Apatah lagi penghujung tahun sebegini, peringatan kepada peristiwa ‘Gelombang Tsunami’ haruslah menjadi ikhtibar. Bukan bermaksud boleh melakukan maksiat, tetapi ini menunjukkan mereka langsung tidak segan silu dan melupakan peringatan-peringatan yang telah diberikan kepada golongan terdahulu.

Itu belum menyentuh soal pembaziran yang melampau, soal penindasan kepada penduduk Pulau Duyong, dan pencemaran pulau yang pernah menjadi tempat kepada seorang ulama yang dikenali dengan Tok Syeikh Pulau Duyong.

Bayangkan dalam suasana masyarakat Terengganu yang cukup rosak dengan penyakit sosial dan keruntuhan akhlak ini, Khutbah Hadhari masih mampu melunakkan maksiat menjadi sesuatu yang halal. Masjid yang sepatutnya berperanan menjadi tempat bermulanya pencegahan maksiat, telah dijadikan tempat menyebarkan dakyah maksiat. Mimbar yang suci dicemari dengan begitu sahaja. Punah!

Jika ada yang mahu menafikan program Monsoon Cup itu sebahagian dari maksiat, kenapa tidak dijemput semua imam bilal seluruh negeri untuk datang dan menyaksikan sendiri keseluruhan acara yang diadakan. Biarkan imam bilal menonton konsert yang terbuka itu. Jemput juga imam bilal ke majlis jamuan tertutup Gala Nite. Jangan lupa untuk jemput imam bilal ke atas kapal persiaran di tengah laut sana. Biar mereka ini menjadi saksi bahawa memang Monsoon Cup itu halal dan selari dengan Islam.

Advertisement

TOL NAIK LAGI!!!

samy-vellu.jpg

Kadar Tol di 6 Lebuhraya-lebuhraya di Malaysia akan naik bermula 1 Januari 2008. Tajuk berita Utusan Malaysia pada hari ini,

“Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan”

menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol pada tahun akan datang. Tetapi apabila dibaca dengan teliti, rupa-rupanya kadar tol akan dinaikan di enam lebuhraya iaitu Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah; Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam. Jadi, bilangan lebuhraya yang dinaikkan tol rupa-rupanya lebih banyak daripada yang tidak dinaikkan.

Rakyat sentiasa dibohongi dengan isu-isu kenaikan barang, petrol, tol dan lain-lain sejak dulu, kini dan selamanya.
lebuhraya.jpg

Berikut adalah kadar kenaikan tol bagi semua kelas kenderaan di enam lebuhraya itu.

1. Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan

Plaza Tol Mambau:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru  Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1      RM2.90       RM3.20    RM0.30           10.34 peratus
2      RM5.70       RM6.30    RM0.60           10.53
3      RM8.60       RM9.50    RM0.90           10.47
4      RM2.90       RM3.20    RM0.30           10.34
5      RM5.70       RM6.30    RM0.60           10.53

Plaza Tol Lukut:
.
Kelas   Tol Semasa  Tol Baru    Jumlah Kenaikan  Peratus Kenaikan
1        RM0.70        RM0.80     RM0.10              14.29
2        RM1.30        RM1.40     RM0.10                7.69
3        RM2.00        RM2.20     RM0.20              10.00
4        RM0.70        RM0.80     RM0.10              14.29
5        RM1.30        RM1.40     RM0.10                7.69

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)

Lebuhraya Elite:
.
Kelas   Tol Semasa   Tol Baru      Jumlah Kenaikan   Peratus Kenaikan
1         RM13.60       RM14.96      RM1.36                  10
2         RM20.39       RM22.43      RM2.04                  10
3         RM27.19       RM29.91      RM2.72                  10
4         RM 6.80        RM7.48       RM0.68                  10
5         RM10.20       RM11.22      RM1.02                  10

3. Lebuhraya Kulim-Butterworth

Plaza Tol Kubang Semang, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah:
.
Kelas   Tol Semasa    Tol Baru   Jumlah Kenaikan   Peratus Kenaikan
1         RM1.30        RM1.60      RM0.30              23.10
2         RM2.60        RM3.20      RM0.60              23.10
3         RM3.90        RM4.80      RM0.90              23.10
4         RM0.65        RM0.80      RM0.15              23.10
5         RM1.30        RM1.60      RM0.30              23.10

4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)

Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor:
.
Kelas   Tol Semasa    Tol Baru     Jumlah Kenaikan   Peratus Kenaikan
0        RM1.30         RM1.60        RM0.30              23.10
1        RM8.40         RM10.80      RM2.40              28.57
2        RM19.10       RM24.40       RM5.30              27.75
3        RM38.20       RM48.90       RM10.70            28.01
4        RM6.30         RM8.10        RM1.80              28.57
5        RM10.20       RM13.00       RM2.80              27.45

Plaza Tol Lima Kedai, Johor:
.
Kelas   Tol Semasa   Tol Baru    Jumlah Kenaikan    Peratus Kenaikan
1        RM3.10        RM3.90       RM0.80               25.81
2        RM6.10        RM7.80       RM1.70               27.87
3        RM7.70        RM9.80       RM2.10               27.27
4        RM1.50        RM2.00       RM0.50               33.33
5        RM3.10        RM3.90       RM0.80               25.81

Plaza Tol Perling, Johor:
.
Kelas    Tol Semasa   Tol Baru   Jumlah kenaikan   Peratus Kenaikan
1         RM1.80         RM2.30     RM0.50              27.78
2         RM3.60         RM4.60     RM1.00              27.78
3         RM4.50         RM5.70     RM1.20              26.67
4         RM0.90         RM1.10     RM0.20              22.22
5         RM1.80         RM2.30     RM0.50              27.78

5. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Selangor

Plaza Tol Bukit Raja:
.
Kelas   Tol Semasa  Tol Baru   Jumlah kenaikan  Peratus Kenaikan
1        RM0.40       RM0.60      RM0.20              50
2        RM0.80       RM1.10      RM0.30              37
3        RM1.20       RM1.60      RM0.40              33
4        RM0.20       RM0.30      RM0.10              50
5        RM0.40       RM0.60      RM0.20              50

Plaza Tol Kapar:
.
Kelas  Tol Semasa  Tol Baru    Jumlah kenaikan   Peratus Kenaikan
1      RM2.10        RM2.70      RM0.60                 28
2      RM3.70        RM4.80      RM1.10                 29
3      RM5.20        RM6.80      RM1.60                 30
4      RM1.10        RM1.40      RM0.30                 27
5      RM1.90        RM2.40      RM0.30                 26

Plaza Tol Kapar – Bukit Raja:
.
Kelas  Tol Semasa  Tol Baru   Jumlah kenaikan  Peratus Kenaikan
1       RM1.00       RM1.40     RM0.40                  40
2       RM1.80       RM2.50     RM0.70                  38
3       RM2.50       RM3.50     RM1.00                  40
4       RM0.50       RMO.70     RM0.20                  40
5       RM0.90       RM1.30     RM0.40                  44

6. Sebahagian Lebuhraya Utara – Selatan (Plus)

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah:
.
Kelas   Tol Semasa    Tol Baru    Jumlah kenaikan    Peratus Kenaikan
1        RM3.30         RM3.60       RM0.30                  10
2        RM4.80         RM5.30       RM0.50                  10
3        RM6.50         RM7.20       RM0.70                  10
4        RM1.50         RM1.70       RM0.20                  10
5        RM2.40         RM2.60       RM0.20                  10

Plaza Tol Tambak Johor, Johor:
.
Kelas   Tol Semasa   Tol Baru   Jumlah kenaikan   Peratus Kenaikan
1        RM2.60        RM2.90      RM0.30                10
2        RM4.10        RM4.50      RM0.40                10
3        RM5.50        RM6.10      RM0.60                10
4        RM1.30        RM1.40      RM0.10                10
5        RM2.10        RM2.30      RM0.20                10

Kelas 1 adalah untuk kereta, kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, kelas 3 lori besar dan trailer; kelas 4 teksi dan kelas 5 bas.

KEMPEN BN BAHAYA!!!

 Kuala Teregganu, 26 Nov – ‘ Kempen Barisan Nasional (BN) Bahaya’ peringkat negeri Terengganu akan diadakan pada hari Sabtu, 1hb Disember, 2007. Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan kepada rakyat tentang bahaya BN dan mengajak rakyat menolak BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang akan datang.

Menurut Pegawai Penerangan PAS Negeri, Ustaz Ismail Che Dagang, kempen ini akan diadakan sehari suntuk, bermula dari awal pagi sehingga lewat malam. Ia akan dimulakan dengan program ‘Sarapan pagi bersama rakyat’.

Image“Tiga orang pimpinan PAS Pusat akan turun untuk bersama rakyat Terengganu. Mereka diketuai oleh Ketua Dewan Ulama, Y.B. Ustaz Mohd Daud Iraqi, berserta Ustaz Hj Abd Ghani Shamsuddin dan Ustaz Hj Mujahid Yusuf Rawa, yang kedua-duanya adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,” kata Ustaz Ismail.

Selain dari itu program ziarah ke tempat-tempat awam sambil mengagih-agihkan risalah penerangan tentang ‘BN Bahaya’ akan dibuat sejurus selepas program sarapan bersama rakyat, sehingga ke waktu tengahari.

Di sebelah petang pula akan diadakan ‘Dialog Rakyat’, suatu majlis ramah mesra dan ‘inter-aktif’ bersama rakyat setempat. Ini merupakan satu peluang keemasan kepada seluruh rakyat untuk mengenali lebih rapat dengan kepimpina dan PAS itu sendiri.

“Orang ramai boleh bertanya apa sahaja tentang PAS Terengganu khususnya dan komuniti PAS seluruhnya. Oleh yang demikian orang ramai boleh mendengar sendiri penjelasan-penjelasan secara berdepan bagi mengelakkan sebarang salah maklumat dan tanggapan terhadap PAS,” jelas Ustaz Ismail.

Perspektif negatif yang ditanamkan kepada rakyat oleh Umno dan agen-agen propaganda Umno terhadap PAS telah wujud sekian lama. Tembok pemisah yang telah diasaskan oleh penjajah British yang telah melabelkan pelbagai tohmahan dan wajah hitam kepada PAS disambung oleh Umno, selepas British meninggalkan Malaysia.

Sebagai sebuah parti politik yang sah dan organisasi yang berdaftar disisi undang-undang, PAS memainkan peranan didalam menuntut kemerdekaan dan perlaksanaan kontrak sosial dengan menjadi pelengkap kepada sistem demokrasi di Malaysia. Inilah antara inisiatif ‘Kempen BN Bahaya’ yang akan dijayakan nanti.

“Di sebelah malam, kita akan adakan ceramah penerangan ilmiah, yang akan melengkapkan program sehari kempen ‘BN Bahaya’. Program ini perlu kerana BN tidak memberikan ruang media yang adil kepada PAS, oleh yang demikian PAS akan turun sendiri bertemu masyarakat,” tambah Ustaz Ismail Che Dagang. – buletinonline.net.

AKHLAK WAKIL RAKYAT UMNO BN

Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan.

Insiden bermula apabila Dato’ Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.

“Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).

“Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, “kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.

Nozula tendang Zaki

Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai ‘tidak cerdik’ dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.

“Bagi peluang aku keccek lepas ni,”kata Nozula dengan nada yang keras.

Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.

“Mu yang kurang ajar,” katanya sambil bertindak menyerang Zaki.

Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.

Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.

Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung.- Az

DEMO HINDRAF 25 NOV 2007

hindraf06.jpg

2 minggu lalu, rakyat Malaysia berhimpun secara aman sempena BERSIH, dan semalam (25 Nov) pula rakyat India pula berkumpul untuk menuntut pampasan dari kerajaan British kerana telah memerah tenaga bangsa India datang ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka menuntut agar bagi setiap India di Malaysia dibayar sebanyak RM1juta seorang, yang menjadikan tuntutan penuh sebanyak RM27.7 trilion. Kali ini, sama seperti perhimpunan BERSIH, Polis melalui FRU tetap dan masih menggunakan kekerasan dengan menyembur ‘water canon’ dan ‘tear gas’ untuk menyuraikan perhimpunan yang dianggap haram itu.

hindraf-demo01.jpg

Dilaporkan bahawa lebih kurang 30 ribu orang hadir pada perhimpunan tersebut.

Nampaknya perhimpunan aman untuk menyatakan pendapat dan perasaan rakyat sudah terbudaya dalam jiwa rakyat. Tapi kerajaan tetap dengan sikap memekakkan telinga mereka untuk mengubah apa yang tidak betul dalam kerajaan terutamanya bertindak ZALIM terhadap rakyat. Perhimpunan Hindraf sebenarnya tidak membabitkan tuntutan terhadap kerajaan Malaysia tetapi pemimpin kerajaan merasakan ianya perlu dihentikan. Tindakan menghalang kaum India berhimpun secara aman dan menuntut Kerajaan British membayar pampasan tersebut merupakan manifestasi SIKAP NEO COLONIALISME pemimpin Barisan Nasional. Penjajah British telah kembali lama ke tanahair mereka tetapi sikap penjajah masih menebal di hati pemimpin Malaysia sehinggakan anak angkat merasa sakit hati apabila bapa angkat didesak sebegitu.

DEKLARASI SIDANG RAKYAT

 

 barang-naik-2004.jpg

gambar hiasan:harga barang naik 1 okt 2004 

Deklarasi Sidang Rakyat yang dilampirkan di bawah nanti merupakan hasil daripada program Majlis Sidang Rakyat yang dianjurkan oleh Lestari Resurces and Consultancy dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang dengan krjasama Jawatankuasa Masjid yang bertajuk ‘Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang’ semalam (Sabtu 24November 2007).

Kira-kira 1 ribu peserta yang terdiri dari individu-individu pelbagai NGO seperti Persatuan Peladang, Persatuan Penternak, Persatuan Peniaga Pasar Borong, Persatuan Penjaja Pasar Malam, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Terengganu, Persatuan Pengamal Perubatan Islam Darul Syifa’, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Jemaah Islah Malaysia(JIM), Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Islam Terengganu (YAKEP), Yayasan Amal Malaysia, Care Circle Services, Persatuan Pengusaha Tadika Islam Terengganu (PENGASUH), Persatuan Pengamal Perubatan(moden) Islam Malaysia(PAPISMA), Persatuan Pengeluar Buah-buahan dan Sayuran, Alumni-alumni Tmur Tengah, Persatuan Pesara Kakitangan Pertanian, Khairunnisa’ dan bebrapa NGO lain menyertai Sidang Rakyat tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir dengan deklarasi di atas kira-kira jam 5.15 petang.

Beberapa peserta yang ditemuramah apabila ditanya sejauh mana program seumpama ini memberi manfaat kepada rakyat, memberi tahu bahawa program ini sangat berguna bagi rakyat kerana penganjur ada menyediakan kertas-kertas kerja yang mengandungi fakta-fakta harga barangan keperluan harian dan barang-barang pembinaan sebelum dan selepas kenaikan. “Ini memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kenaikan barang adalah sangat tinggi dan menyeluruh.” kata salah seorang peserta program.

Rakyat negeri Terengganu harus sedar bahawa kita berada di tangga kedua dari aspek kos sara hidup tertinggi di Malaysia dan juga di tangga kedua dari aspek TERMISKIN di Malaysia sedangkan Terengganu merupakan antara negri TERKAYA di Malaysia.

dppkt: Jadikan UMNO dan BARISAN NASIONAL tidak RELEVAN di Terengganu pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

 

Teruskan membaca

PELUPUSAN YURAN SEKOLAH SATU PEMBOHONGAN

Satu Pembohongan! : Pelupusan yuran sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia dikhabarkan akan menggantikan Yuran yang dipupuskan baru baru ini dengan istilah baru pengutipan wang dari ibu bapa yang dikenali sebagai PAKEJ?Menurut sumber yang boleh dipercayai, surat pekeliling sudah dihantar ke sekolah sekolah untuk mendapatkan maklum balas dari pihak guru besar tentang ketegori sekolah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Surat pekeliling tersebut dikhabarkan antara pihak sekolah dan Kementerian.

Menurut mereka lagi, pembayaran pakej itu akan mula di kenakan kepada ibu bapa seawal tahun hadapan selepas tempoh tempoh tertentu. IA mungkin ada kena mengena dengan tarikh pilihanraya.

Antara pakej yang dikenal pasti adalah 3 jenis pakej yang dikenali sebagai PAKEJ A, PAKEJ B dan PAKEJ C. Pakej A adalah pakej untuk sekolah di bandar yang bertaraf moden dan sekolah yang terletak di kawasan elit. Pakej itu memerlukan bapa membayar sekitar RM35 bagi seorang murid. Pakej B pula merujuk kepada sekolah bandar yang sederhana dan mengenakan pembayaran pakej sekitar RM30 bagi seorang murid manakala Pakej C adalah untuk sekolah diluar bandar yang memaksa ibu bapa murid membayar sekitar RM25 seorang.

Di dalam surat itu juga, dinyatakan juga bahawa pihak kerajaan dengan sukacitanya menghapuskan Yuran RM18, tetapi tujuan surat itu diedarkan adalah tentang pengenalan pakej pakej yang bakal dikenakan kepada ibu bapa sebagai gantian kepada Yuran tersebut. Berita tentang ini sibuk diperkatakan oleh pihak guru-guru sekolah dan mereka menamakan tindakan ini sebagai ‘Yuran Secara senyap”.

Sekiranya dakwaan ini benar, maka jelaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sedang berusaha untuk menipu rakyat dengan istilah baru bagi mengaburi mata rakyat seperti CUKAI JALAN dan CUKAI KENDERAAN. Sedangkan pembayaran yuran terus kekal dikenakan, malah lebih tinggi lagi dengan penggunaan TERMA yang berlainan.

Berikut adalah keratan surat yang terkandung di dalam pekeliling yang  diedarkan kepada ibu bapa di sebuah sekolah di bandar, Selangor.

Ibu bapa bakal menerima surat pekeliling yang sedemikian ketika sessi permulaan persekolah Januari 2008 nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pelupusan YURAN TAHUNAN yang dicanangkan oleh kerajaan melalui kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran memang berlaku tetapi YURAN tersebut digantikan dengan terma lain, PEMBAYARAN PAKEJ TAMBAHAN.

Merujuk kepada artikel lepas, surat PEKELILING IKHTISAS yang diedarkan ke seluruh sekolah dikatakan mengandungi keterangan tentang ketiga tiga pakej berkenaan. PAKEJ A (RM38.00) untuk sekolah bandar yang moden dan canggih, PAKEJ B (30.50) untuk sekolah bandar yang sederhana dan PAKEJ C (RM23.50) untuk sekolah dikampung. Pihak sekolah diarah untuk membalas surat pekeliling berkenaan kepada KEMENTERIAN PELAJARAN. Dan sekolah diatas telah memilih PAKEJ B, seperti yang terkandung di dalam surat berkenaan. Ini bermakna YURAN TAHUNAN yang sebelum ini berjumlah RM18.00 setahun telah dinaikkan jumlah nya dengan kaedah tidak ketara.

Rakyat Malaysia sekali lagi diPERBODOHKAN oleh penggunaan TERMA oleh kerajaan Malaysia, menyaksikan betapa penipuan ini dilakukan oleh Pemimpin Barisan Nasional untuk tujuan Pilihanraya ke 12 semata mata. Diberita kan bahawa surat kepada ibu bapa yang bertarikh pada 14 November 2007 ini hanya akan diedarkan pada awal tahun hadapan. Dan mungkinkah ini turut membuktikan bahawa Pilihanraya akan diadakan sebelum penghujung tahun 2007 ini, bagi mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan?

Rujukan: SKBT
Bil 03/03/04/005
Tarikh: 14 NOVEMBER 2007

Kepada,
Semua Ibubapa/Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Tuan/Puan,

KUTIPAN YURAN SESSI PERSEKOLAHAN 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memansuhkan YURAN KHAS di semua sekolah Kerajaan dan sekolah Bantuan Kerajaan pada sessi persekolahan 2008 dan melaksanakan SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN sebagai bayaran perkhidmatan dan kemudahan dikategorikan kepada 3 Pakej. (Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2/2007 bertarikh 31 Oktober 2007) – rujuk Lampiran SR

3. Jawatankuasa Pentabdiran / Kewangan sekolah telah memutuskan untuk memilih Pakej B (RM 30.50) dengan mengambil kira latar belakang sosioekonomi masyarakat setempat.

4. Selain dari ibubapa/penjaga perlu membuat bayaran kepada KEPERLUAN MURID BAGI TAHUN 2008 dan sumbangan PIBG seperti disenaraikan mengikut Tahun persekolahan.

– Rujuk Lampiran BAYARAN KEPERLUAN MURID 2008 & SUMBANGAN PIBG.

5. Ibubapa/penjaga murid boleh membuat bayaran untuk PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN dan KEPERLUAN MURID TAHUN 2008 pada 01 January 2008 semasa HARI ORIENTASI TAHUN SATU.

Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima Kaseh.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

PEMIMPIN UMNO SUKAKAN KELUCAHAN

dppkt terjumpa klip video ini dalam Tranungkite.net. Amat2 memalukan dan memualkan apabila seorang menteri yang juga Ketua Pemuda Umno Pusat menyebut perkara2 lucah dalam Perhimpunan Agong Umno.

Sudah jelas lagi bersuluh, takkan rakyat nak pilih lagi pemimpin yang otaknya KUNING walaupun tak suka orang pakai baju kuning.

SIDANG RAKYAT:MENANGANI MUSIBAH KENAIKAN HARGA BARANG

Pada 24 November 2007, Lestari Resources and Consultancy, sebuah syarikat enterprise milik Bumiputera akan mengadakan satu program yang membincangkan isu kenaikan harga barang di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Semua dijemput hadir mendaftar sebagai peserta program tersebut. PERCUMA sahaja!!!

Program ini akan menyaksikan pembentangan kertas oleh lima panel. Mereka adalah:

  1.     Encik Che Salmi, Che Ibrahim Pengarah Urusan Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd yang akan membentangkan kertas bertajuk “SENARIO KENAIKAN HARGA BARANGA KEPERLUAN HARIAN:KESAN KEPADA KEHIDUPAN RAKYAT”;
  2.  Dr Zainal Abidin Kidam, bekas  Dekan Fakulti Pertanian UPM akan membentangkan kertas bertajuk “LONJAKAN HARGA INPUTPERTANIAN:PETANI MENDERITA RAKYAT MERANA”;
  3. TUAN HAJI AFFANDI MOHAMAD(bekas Ahli Parlimen Jeli) yang membentangkan kertas bertajuk,“HARGA BARANGAN BINAAN TERUS NAIK.RUMAH:SATU PENAFIAN TERHADAP KEPERLUAN ASASI RAKYAT”.
  4.  Encik Azmi Abdul Hamid dari CAP(Persatuan Pengguna Pulau Pinang akan membentang kertas kepenggunaan; dan
  5. Dr Zulkifli Ahmad dari Pusat Penyelidikan Pusat akan membentangkan kertas bertajuk “KERAJAAN HILANG KAWALAN, RAKYAT TANPA PEMBELAAN , HARGA BARANG TERUS MENJULAN. APA PENYELESAIAN?

sidangrakyat1.jpgsidangrakyat2.jpg

Teruskan membaca

SIAPA BERUK?

Himpunan 100 Ribu Bersih yang lalu menyimpan banyak kenangan pahit manis di kalangan peserta-pesertanya. Namun ada perkara yang harus diingat dan disemat dalam hati iaitu betapa angkuh dan kurang ajarnya menantu Pak Lah, Khairy yang MEMAKI peserta himpunan sebagai BERUK-BERUK di jalanraya.

Berikut merupakan petikan ucapan Caci Maki Khairy kepada peserta dalam Himpunan  yang disertai juga oleh Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin Parti Pembangkang, termasuklah ulama’2 seperti Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari Persatuan Ulama’, Ustaz Ahmad Awang dan lain-lain:

“Pada masa akan datang, siapa saja (ahli-ahli Pemuda Umno) yang tidak berani menghunus keris dan menjulang keris Panca Warisan, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa dan parti.”

Selain itu beliau juga mengingatkan parti pembangkang supaya menggunakan gelanggang yang betul iaitu pilihan raya umum jika mahu “melawan kerajaan” dan bukannya cuba menjadi hero dengan menganjurkan perhimpunan haram: “Jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya.”

Sekiranya kita fikir masak2, ucapan beliau itu merupakan UCAPAN PENGISYTIHARAN PERANG TERHADAP ALLAH kerana ALLAH mengisytiharkan perang kepada sesiapa yang menghina dan memusuhi walinya. Wali di sini ialah ulama’ yang mewarisi tugas Nabi sallallahu alaihi wasallam dalam menegakkan kalimah ALLAH atas mukabumi. Wali Allah adalah kekasih Allah. Memaki dan memusuhi kekasih Allah , samalah dengan memusuhi Allah sendiri. BERTAUBATLAH wahai Khairy. Tariklah balik ucapan mu itu. Siapa yang tidak terasa? Penulis tidak berniat untuk menulis panjang, jadi sila teliti aksi dalam gambar di bawah, dan putuskan sendiri siapa beruk?

beruk1beruk1beruk1beruk1beruk1

Khairy mencerca peserta-peserta yang terdiri daripada gabungan NGO2 dan Parti -Parti Pembangkang itu ketika ucapan beliau di Perhimpunan Agong Umno baru2 ini. Ini bermakna ribuan perwakilan menyaksikannya secara langsung dan tak mungkin lagi ia dapat menafikannya. Penulis teringat perangai Bani Israel atau Yahudi yang tidak mengiktiraf bangsa lain sebagai manusia dan mereka menggelar bangsa lain sebagai GOYIM yang bermaksud BINATANG. Jadi, bila dihimpunkan maki hamun Khairy dengan perangai Yahudi, maka boleh disimpulkan bahawa Khairy dan sesiapa sahaja di kalangan pemimpin Umno yang menuduh peserta-peserta himpunan sebagai beruk adalah serupa YAHUDI!!! Dan sememangnya dalam al Qur’an sendiri ada menyebutkan , “kuunuu qirodatan khosi’iin” yang maksudnya, “Jadilah kamu kera yang hina.” Allah dalam ayat ini tujukan kera(spesies BERUK juga) itu kepada kaum Bani Israel yang ingkarkan perintah Allah.

beruk2beruk4beruk3beruk5