“MEMAHAT SEJARAH, MEMBINA TAMADUN.” Itulah slogan yang banyak ditemui di merata2 tempat dalam negeri Terengganu ‘Bestari’. Sejarah apa yang telah dipahat? Tamadun apa yang telah dibina?
Apabila bercakap berkenaan tamadun, umum terbayangkan bangunan-bangunan, kemajuan teknologi, sistem pentadbiran dan kerajaan, dan seumpamanya. di zaman Arab jahiliyah, mereka terkenal dengan suatu bangsa yang tidak mempunyai tamadun kerana tidak ada kerajaan. Bangsa Arab ketika itu bergantung kepada kekuatan puak2 atau suku kaum masing2. Ketika itu, sudah tertegak tamadun yang besar seperti Rom dan Parsi. Mereka mempunyai kerajaan yang memerintah negara. Mereka mampu membina pembangunan fizikal yang membanggakan rakyat mereka. Itulah barangkali yang dianggap tamadun. Tapi tidak ramai yang melihat bahawa di sana ada perkara yang lebih penting daripada pembangunan fizikal iaitu sistem nilai. Dan sistem nilai yang terbaik adalah milik ISLAM.
Lantaran mengkesampingkan sistem nilai inilah yang menyebabkan runtuhnya satu2 bangsa. Ketidakpedulian kerajaan terhadap sistem nilai akan menyebabkan manusia menjadi mangsa pembangunan fizikal yang melahirkan manusia yang tidak berhati perut, tidak pentingkan nilai2 agama, meletakkan kebendaan sebagai keutamaan dalam membuat keputusan baik kecil mahupun besar.
Akibat daripada kecuaian manusia yang bergelar pemerintah dan ulama’, masalah kerosakan sistem nilai yang mengakibatkan gejala sosial yang tidak terkawal, bahkan KRONIK berlaku dengan mendadak dan tanpa kecaknaan pihak berkuasa secara serius. Penyakit apa lagi yang tidak melanda umat di Malaysia? Masalah dadah, arak, judi, pelacuran, HIV/AIDS, hubungan seks remaja, rokok, jenayah, Kemalangan jalanraya, kehidupan yang penuh stres, hutang, rasuah, salahlaku di sekolah, kes juvana, masalah keciciran sekolah, buang anak, bunuh diri, lumba haram, pengangguran, Along, pekerja asing, bahan2 lucah, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Semua ini mencatatkan angka yang hebat2 dalam ilmu statistik.
DADAH
Kerajaan seolah2 sangat bersungguh2 dalam memerangi ‘MUSUH NO 1 NEGARA ‘ ini. Pelrbagai usaha telah dilakukan untuk membendung gejala penyalahgunaan dadah sehinggakan sebuah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khas untuk menangani masalah ini sejalk tahun 2004. Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda beberapa kali untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah. PEMADAM sendiri pun sudah berumur lebih 30 tahun(1976). Manakala Agensi Dadah pula sudah bertapak sejak 1996. Tapi kenapa masalah ini semakin lama semakin parah? Sudah tentu sesuatu yang tidak kena dengan undang2 atau pelaksanaannya.
Menurut AADK, kerajaan membelanjakan sebanyak 19 juta setahun bagi menampung kos pemulihan seramai 5,200 penagih dadah yang ditempatkan di 28 pusat serenti seluruh negara. Bayangkan wang 19 juta kalau tiada penagih dadah, sudah tentu boleh disalurkan kepada program2 yang lebih bermanfaat untuk pembangunan manusia. kos tersebut akan bertambah sekiranya masalah dadah tidak dapat dibendung dengan segera.
Menurut satu laporan akhbar pada 15 Oktober 2006, dikatakan 10% daripada penagih yang ada sekarang kemungkinan besar akan jadi gila menjelang tahun 2020 akibat daripada mengambil dadah sintetik.
ARAK
Rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah 2 bilion setahun untuk air syaitan ini!!Diulangi, 2 bilion setahun!! Banggakah kita mempunyai masyarakat yang ketagihkan arak. Arak boleh menyebabkan masalah-masalah lain timbul seperti keganasan rumahtangga produktiviti menurun, kemalangan jalanraya dan kesihatan yang teruk. Menurut satu kajian, arak merupakan penyebab kedua keganasan rumahtangga di peringkat kebangsaan.
JUDI
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!
SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.
PELACURAN
Malaysia dikatakan menjadi destinasi pelancongan pelacuran. sERAMAI 142,000 pelacur di Malaysia. Ini bilangan rasmi, bukannya bilangan sebenar kerana agak sukar untuk mengumpul bilangan sebenar pelacur lantaran kerajaan tidak mrngumpul statistik pelacur. Tetapi jumlah tersebut sudah cukup membayangkan betapa parahnya masalah pelacuran di negara kita. Lebih-lebih lagi apabila timbul isu ‘fatwa’ orang agama dalam kerajaan yang membolehkan melacur dalam keadaan dharurat!!
HIV/AIDS
Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.
Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179.
Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.
ZINA Teruskan membaca
Filed under: Politik, Isu Semasa | Tagged: Isu semasa, Politik, Sosial | Leave a comment »