• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PANDUAN PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

Insya4JJI 10 November nanti kita akan berhimpun ramai-ramai di Dataran Merdeka untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia bagi menikmati Pilihanraya yang lebih bersih dan adil.

Dalam pada menghayati semangat ingin berhimpun, jangan kita lupa peristiwa yang telah berlaku di banyak perhimpunan-perhimpunan awam sebelum ini, sehingga kita sering diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis, sedangkan tindakan mereka sebenarnya bercanggah dengan undang-undang sendiri.

Bersama-sama ini saya sertakan artikel daripada Saudara Saari Sungip yang menyediakan suatu panduan yang cukup berguna bagi kita apabila berada di Dataran Merdeka nanti sehingga tamatnya program pada hari tersebut.

Panduan Perhimpunan Rakyat Aman BERSIH: Apa hak anda bila berdepan polis?

Saari Sungib
Sat | Nov 03, 07 | 7:38:11 am MYT
Siri Pertama | Salam sejahtera kepada semua pendukung dan pejuang hak rakyat yang akan hadir ke Perhimpunan Rakyat Aman Bersih pada 10 November 2007, hari Sabtu, pukul 3:00 petang.<!––>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Advertisement

–>

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Zul Hasnan Najib Baharudin telah mengeluarkan amaran bahawa pihak polis akan bertindak terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Saya syorkan agar saudara-saudara tidak gentar dengan amaran tersebut. Ditangkap dan ditahan oleh polis tidak bererti saudara-saudara sudah bersalah. Dalam beberapa kes, polis telah dibuktikan oleh mahkamah sebagai pihak yang bersalah kerana membuat tangkapan secara tidak sah, berniat jahat dan bertindak semata-mata atas motif politik.

Kes bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin baru-baru ini telah membuktikan bahawa Abdul Rahim Noor dan Borhan Daud bukan sahaja melakukan tangkapan tidak sah, tetapi juga telah dibuktikan oleh mahkamah telah mendera dan menyeksa Malek.

Sehingga permohonan rayuan mereka diterima oleh Mahkamah Rayuan, keputusan bertulis yang dikemukakan oleh Hakim Hishamudin Yunus adalah dianggap kukuh dan berwibawa.

Tahu dan hayati hak-hak anda

Sebagai rakyat Malaysia yang bakal turun bagi mempertahankan hak rakyat, saya harap kita sama-sama tahu dan hayati hak-hak kita.

Bila saudara berada di jalan raya atau di luar nanti, ingatlah bahawa:

* Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak saudara sama ada mahu menjawab, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak. Saya syorkan agar saudara tidak perlu layan mereka. Jangan gentar! Ini adalah hak saudara yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.

* Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu telah melakukan kesalahan. Sekali lagi, saudara tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut sehingga saudara mendapat bantuan daripada seorang peguam.

* Polis tidak boleh memeriksa badan, beg atau barang-barang yang saudara bawa semata-mata kerana saudara disangkakan oleh mereka akan menghadiri suatu perhimpunan.

* Polis boleh memeriksa kereta atau kenderaan yang saudara naiki, atau barang-barang yang saudara bawa, sekiranya mereka percaya pada saudara terdapat barang-barang yang dicuri, senjata atau dadah, peralatan yang digunakan untuk mencuri atau sebarang bukti bagi saudara untuk melakukan sesuatu kesalahan. Oleh itu saya ingatkan agar saudara tidak membawa barang-barang di atas dan teguhkan hati dan yakinkan diri saudara saudara bahawa polis tidak berhak memeriksa kenderaan, badan atau barang-barang saudara.

* Sebelum memeriksa saudara, polis mesti terlebih dahulu memberitahu siapa mereka dan dari balai polis mana mereka datang, kenapa mereka mahu memeriksa saudara dan memberitahu saudara bahawa saudara akan diberikan satu salinan rekod barang yang diperiksa oleh mereka. Jika mereka tidak menyatakan perkara-perkara ini, ingatkan mereka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara!

* Ketika polis memeriksa badan, kenderaan atau barang-barang saudara, jika ditanya untuk memberi penjelasan, saudara tidak perlu memberitahu butiran terperinci bagi soalan-soalan mereka. Bahkan, saya syorkan saudara tidak perlu memberi sebarang jawapan.

* Polis mesti menyerahkan kepada saudara satu salinan rekod barang-barang yang diperiksa ketika proses pemeriksaan sedang berlaku atau sebaik saja pemeriksaan selesai mereka jalankan. Kegagalan polis untuk menyerahkan salinan rekod ini bererti mereka bertindak melanggar undang-undang negara.

Ingat, selama ini dalam banyak perkara pihak polislah yang lebih kerap meminggirkan dan mengetepikan undang-undang negara daripada kita para aktivis dan pembela hak rakyat. Jangan takut!

Kembalikan Hak Rakyat!

Advertisement

PERHIMPUNAN 100K BERSIH

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Jangan lupa pada 10 November ini kita pakat gi ke Dataran Merdeka untuk memeriahkan Perhimpunan 100 ribu anjuran Bersih iaitu ringkasan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Pesan pimpinan, pakai baju t shirt kuning. Yang kerja sila usahakan ambil cuti. Tempah bas, kereta dan van , ramai2 menuju ke Dataran Merdeka. Tunjukkan kepada pemimpin negara yang korup bahawa kita mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang. Tiada lagi pengundi hantu, tiada lagi penyelewengan dalama PRU12, tiada lagi nama orang mati dala senarai daftar pengundi.

Sebagai langkah berjaga2, sila rancang bawa kereta atau van , sebab sudah dengar ada ura2 untuk tidak keluarkan permit pada tarikh tersebut.

Poster PRU12

Sesiapa berminat untuk dapatkan poster-poster ini, sila print dan sebarkan. atau sila dapatkan dalam bentuk pdf dari http://amdang81.blogspot.com.

poster_pru_budaya.jpg

poster_pru_fru.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_hadhari.jpg

TAK NAK BN!!!poster_pru_jenayah.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_jumud.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_punk.jpg

TAK NAK BN!!

poster_pru_vacuum.jpg