JELMAAN JIN PATRICK LIM DI MASJID KRISTAL

KHUTBAH JUMAAT : JOM KE KONSERT!

masjid-terepung.jpg

Setelah lama tak menjejakkan kaki ke masjid kerajaan untuk solat jumaat, petang semalam saya merelakan juga telinga ini mendengar khutbah jumaat hadhari kerana sahabat mengatakan khutbah hari ni ‘menarik’. Khutbah dimulakan dengan dorongan oleh pak khatib untuk bertakwa kepada Allah s.w.t dan saling kasih mengasihi antara sesama umat.

Kemudian diingatkan pula semangat persaudaraan ketika peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Pergolakan yang berlaku di Darfur, Sudan harus menjadi teladan dan peringatan kepada kita yang hidup aman damai di sini. Walaupun begitu, khatib mengingatkan bahawa kita perlu saling membantu saudara Islam kita yang mengalami kesusahan itu. Dengan suara yang tersekat dan terketar-ketar, khatib mengajak semua jemaah untuk sama-sama menghulurkan derma kepada tabung darfur ketika pelancarannya pada 10 Februari ini.

Mengapa suara khatib tersekat-sekat? Jawapannya, pelancaran tabung Darfur pada 10 Februari ini merupakan program maksiat yang dianjurkan oleh UMNO yang merupakan suatu konsert besar-besaran dan bertopengkan tabung kemanusiaan. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Mawi, Siti Nurhaliza, Kumpulan Spider, Hattan, Mus May(pernah muncul dalam vcd Ajaran Sesat Ayah Pin) dan ramai lagi. Jelas, khatib begitu bimbang jika ajakannya tadi bakal memberi saham dosa kepada dirinya. Tidak cukup dengan itu, khutbah kedua pula jemaah diajak beramai-ramai ke Perkampungan Hadhari di Pulau Wan Man.

Yang menjadi kebimbangan saya ialah adakah konsert Darfur itu akan mendapat keuntungan untuk disumbangkan ke Darfur atau cukup balik modal atau mungkin juga rugi. Melihatkan promosi, barisan artis dan tempat program yang mungkin menelan belanja beratus-ratus ribu atau mungkin mencecah jutaan ringgit.

mawi.jpg Banner bersaiz gergasi talah merata ditayangkan di bandaraya ini dan kos pembiayaan artis seperti Mawi dan Siti Nurhaliza serta yang lain juga agak tinggi. Mustahil mereka datang dengan percuma dalam keadaan gawat sekarang. Begitu juga penggunaan Stadium Sultan Ismail yang mungkin menelan belanja besar untuk kos lampu limpah, pentas dan penyelenggaraan. Itu belum dicampur elaun petugas.

Jika mengambil kira kapasiti stadium, 15000 orang mampu dimuatkan dalam satu-satu masa (tidak termasuk penggunaan padang kerana penulis rasakan padang tidak akan digunakan memandangkan ia menjadi venue pasukan Terengganu dalam kancah Liga Super). Mengambil purata derma seorang ialah RM10 (agak mustahil kerana yang akan datang nanti ramai dari kalangan muda mudi yang koceknya cukup untuk isi minyak motor dan juga golongan kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa), jumlah kasarnya ialah RM150 000. Cukupkah untuk menampung perbelanjaannya?

Pada hemat saya, jika benar kerajaan mahu menyumbang untuk tabung Darfur, cukuplah dengan melancarkan derma ketika solat Jumaat semalam. Tidak perlulah memeningkan kepala menganjurkan konsert yang penuh dengan unsur-unsur maksiat itu. Jika mengambil purata satu masjid boleh menyumbang RM800, maka 150 buah masjid sudah boleh menyumbangkan RM120 000. Tanpa kos yang perlu dibelanjakan.

Maka tidak lain tidak bukan, konsert yang bertopengkan kebajikan ini adalah satu lagi propaganda UMNO untuk menyesatkan rakyat Terengganu.

Sambutan Krismas Di Negara Islam Malaysia

CERAMAH MONSOON CUP!!MESTI DATANG

SIRI CERAMAH
Tarikh: 02/12/2007
Tempat : Kg Kubur Timah, Batu Rakit
Masa : 9.15 mlm
Hari : Selasa mlm Rabu
Penceramah :
1. Ustaz Azaman Shapawi Abd Rani – Ketua DPPNT
2 Ustaz Saharizukirnain A Kadir – Ketua DPP Setiu
3. Ustaz Mod Nazari Alias – Setiausaha Kawasan Setiu
_________________________________________________

Tarikh: 03/12/2007
Tempat : Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Masa : 9.15 mlm
Hari : Isnin mlm Selasa
Penceramah :
1. YB Salahuddin Ayub (Ketua DPP Pusat)
2. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani (Ketua DPPNT)
3. Ustaz Ariffin Deraman (Tim. Ketua DPPNT)
4. Sdra Ramlan Roes (Exco Angkatan Muda PKR Pusat)
5. Sdra Lau Tek Hai (Ketua Penerangan AMK Pusat)

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

KHATAM HADHARI

KHATAM HADHARI

khatamhadhari02.jpg

Penulis tertarik dengan berita pencapaian kerajaan negeri Terengganu mampu melahirkan 2010 kanak-kanak yang khatam al Qur’an. Mula-mulanya rasa kempunan juga sebab anak sendiri yang berusia 5 tahun belum khatam lagi al Qur’an walaupun dah ‘Khatan’ . Apabila ditanya-tanya kepada kawan-kawan yang hantar anak ke Tadika Yayasan, mereka kata tak khatam pun. hanya khatam iqra’ sahaja…. Kata sumber penulis, maksud khatam bagi kerajaan negeri ialah pelajar mampu baca ikut guru walaupun tidak pandai mengeja atau istilah terengganu nya ‘mengenal’. Maknanya, kalau pelajar tersebut dibiarkan baca sendiri, mereka tidak mampu untuk baca.

Penulis sempat berbual panjang dengan sahabat penulis yang anaknya mampu hafal Yasin kerana belajar di Yayasan Islam. Tapi katanya, anaknya dalam masa yang sama belajar mengaji juga di surau, dan belum lagi tamat. Anaknya yang berusia lima tahun itu antara 21   kanak-kanak bertuah yang mampu mengaji sendiri dan menghafal surah Yasin. Yang lain-lain katanya tak pandai pun mengaji. Ada yang baru habis Iqra’ tahap tiga aje. Rasanya kalau dah seramai 2010 mampu mengaji seusia 5 dan 6 tahun, penulis cadang Dato’ Seri Idris Jusoh boleh mohon wakil World Guiness Book of Record kot….Tahun dulu dah masuk Malaysia Book of Record kan, kali ni masuk la World pulak!!

dppkt : dah khatan…

MENIPU

Nampaknya, Kerajaan BN Terengganu cuba menipu rakyat lagi dengan mengatakan 2010 telah berjaya khatam qur’an. Dulu pun tipu juga, sekarang tipu juga, tahun depan barangkali tipu juga…DULU , KINI , DAN SELAMANYA TIPU…………….