• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2010
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

Perbetulkan Dulu Asas Perjuangan GPMS

KUALA TERENGGANU – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) diminta memperbetulkan terlebih dahulu asas perjuangan mereka sebelum berhasrat mengajak kepimpinan Melayu Islam khususnya PAS dan Umno, duduk semeja.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata GPMS membawa agenda perjuangan Umno yang bersifat perkauman kerana ia tidak relevan dan tidak betul.

”Saya lihat GPMS ada membawa agenda UMNO iaitu meniupkan api perkauman kepada rakyat negara ini dan atas sebab ini mereka dilihat mengamalkan sikap asabiyah.

“Oleh itu, kita minta GPMS memperbetulkan terlebih dahulu asas perjuangan mereka supaya tidak lagi bersifat perkauman kerana ia sememangnya salah,

”PAS memang memperjuangkan orang Melayu dan Islam tetapi tidak pernah pinggirkan kaum lain,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas Presiden GPMS. Jais Abdul Karim yang berkata, usaha untuk menggabungkan kedua-dua parti utama itu perlu dilakukan segera.

Jais berharap agar pemimpin parti politik Melayu mampu duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan pemimpin parti politik Melayu di negara yang didakwanya semakin tergugat sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Wan Faizul menolak tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS berdendam dengan Umno.

Katanya, soal dendam tidak pernah timbul dan bukannya berdendam dengan UMNO sehingga menghalang usaha kedua-dua parti itu untuk duduk semeja.

Sebaliknya, PAS mengambil langkah berwaspada kerana Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang sering menggunakan tipu daya untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya.
“Kita mengambil langkah berhati-hati supaya tidak tertipu dan sejarah hitam tidak lagi berulang pada masa akan datang, bukannya berdendam,” katanya kepada Buletinonline mengulas laporan sebuah akhbar tempatan.

Oleh itu, Wan Mohd Faizul menegaskan, PAS tetap berpendirian untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan berjuang untuk orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain di negara ini.

Justeru, beliau berkata, PAS sedia menerima apa-apa cadangan dari mana-mana pihak untuk kepentingan Islam dan Melayu asalkan ia tidak menjurus kepada UMNO.

Advertisement

ZIARAH ANUAR MANAN, JUARA PINGAT EMAS LE TOUR D LANGKAWI

22 Mac 2010, bertempat di rumah Anuar Manan, Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali selaku Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas selaku Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Yusof Embong selaku Pengerusi Lajnah Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan(DACS), dan beberapa pemuda penduduk kampung menziarahi Anuar Manan sebagai tanda sokongan dan tahniah atas kemenangan beliau merebut pingat emas dalam acara lumba basikal peringkat ke 5 Le Tour De Langkawi di Terengganu baru-baru ini.

Beliau yang bergiat dalam sukan lumba basikal memberitahu bahawa sudah 10 tahun berkecimpung dalam arena itu, iaitu sejak berusia 13 tahun lagi. Sejak 3 tahun lalu, beliau melangkah ke dunia lumba basikal secara professional. Beliau sekarang terikat dengan kontrak selama 10 tahun dengan satu syarikat berpengkalan di Korea, yang akan berakhir pada usia beliau 27 tahun.

Sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia tersebut, beliau menceritakan bahawa sudah dua kali terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berlatih mengayuh basikalnya. Beliau pernah cedera di kakinya kerana digilis treler, cedera di kepala, dan patah gigi. Semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju dalam bidang yang sangat diminatinya itu sehinggalah berjaya memenangi pelbagai kejohanan.

Ketika kami menziarahinya, beliau baru pulang berlatih seorang diri menuju ke Merchang Marang. Basikalnya sangat ringan dan bernilai lebih daripada 40 ribu sebuah! Katanya beliau ada 4 buah basikal yang ditinggalkan di pelbagai lokasi untuk memudahkan beliau berlatih. Ada yang bernilai hingga mencecah lebih daripada 100 ribu!!

Beliau seorang yang mesra dan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman beliau ketika menjelajah seluruh dunia seperti Korea, Thailand, Iran, eropah dan lain-lain. Beliau juga menyatakan bahawa jadualnya amat padat termasuklah jemputan temuramah oleh pelbagai syarikat penyiaran nasional dan antarabangsa seperti Bernama dan ESPN.

Kami sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan beliau dan sebagai penghargaan, kami menghadiahkan sijil penghargaan dari DACS dan sehelai baju Orang Mude Geng Kite sebagai tanda ingatan.

Tahniah kepada Yusof Embong selaku Ketua DACS Negeri atas usaha ini..

POLIS BENARKAN DIALOG ROYALTI MALAM INI


  • Badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan program dialog dan solat hajat berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kuala Terengganu malam ini, berkata pihaknya telah mendapat lampu hijau dari pihak polis.

    Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) Mohd Fauzi Abu Samah berkata, ia hasil pertemuan mereka dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan pagi ini.

    “Saya telah berjumpa dengan ketua polis negeri pagi tadi. Beliau kata, solat hajat dan dialog OK, tetapi perarakan tidak boleh. Program kita dalam dewan, tidak perlukan permohonan permit,” katanya.

    “(Program pada) malam ini, semua sepatutnya OK. Tiada sebarang masalah sama sekali,” katanya.

    Mengulas program malam ini, Mohd Fauzi berkata, ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan pengerusi Petronas akan menyampaikan ucaputama kepada kira-kira 1,000 peserta selama 20 minit.

    Kemudian, tambah Mohd Fauzi, masa selama sejam setengah lagi diperuntukan untuk sesi soal jawab tentang isu-isu berbangkit mengenai tuntutan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.

    Sebelum itu, satu solat hajat akan diadakan di masjid berdekatan, jelas Mohd Fauzi lagi.