HIDUP DALAM KETAKUTAN SELAGI ISLAM DITOLAK

pak-lah.jpgSetiap tahun Perdana Menteri pasti mengeluh melihatkan indeks jenayah di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Jenayah yang membabitkan kekerasan dan golongan wanita bagaikan tiada kawalan kenaikannya. Ibarat kenaikan harga petrol yang amat mustahil untuk diturunkan oleh pemerintah.

Maka dikerahnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri untuk membasmi jenayah. Balam bajet 2008, sebanyak RM 6 billion lagi diperuntukkan untuk PDRM membasmi jenayah. Elaun dan gaji anggota PDRM juga dinaikkan untuk mengelakkan pengamalan rasuah dan seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Untuk mengurangkan kadar jenayah, maka diperah otak para intelektual dan ahli fikir untuk sama-sama mancari penyelesaiannya. Tidak cukup dengan itu, bilangan polis, balai polis dan pondok polis juga ditambah untuk meninggkatkan pengawasan.

mahkamah-jenayah.jpgDan hasilnya, timbul idea pemasangan cctv. Adakah kita berasa selamat dengan kaedah ini atau makin ragu-ragu dengan keupayaan polis membanteras jenayah. Daripada perbualan dengan sahabat-sahabat, kadar jenayah yang tinggi dan semakin meningkat ini disukai terutama golongan kontraktor kroni yang akan membolot projek penjara, peralatan polis, cctv (yang terbaru) dan sebagainya.

Indeks jenayah yang meningkat ini dikatakan normal dan masih jauh rendah daripada negara-negara maju seperti Amerika adalah alasan sudah lapuk untuk kita terima. Mengapa harus dibandingkan dengan negara-negara maju sedangkan kita majoritinya muslim dan kita sering berbangga dengan budi bahasa yang baik?

Ajaran Islam melalui rujukan kitab suci Al-Quran telah lama menyatakan jalan penyelesaiannya. Tidak perlulah kita memeningkan kepala mencari logik akal dalam bab ini. Kembalilah semula kepada fitrah dan tujuan kejadian kita di muka bumi ini.

JENAYAH BERLELUASA…
KEMBALILAH KEPADA ISLAM!!
Advertisements

al fatihah buat Nurin

Semua orang bercakap isu Nurin, kami pun rasa tidak mahu ketinggalan kerana ini isu besar. Perlakuan rogol dan bunuh merupakan manifestasi masyarakat yang punah ranah akibat meninggalkan ajaran Islam yang murni. Kerajaan yang sibuk mencapai ketamadunan kebendaan, kecemerlangan ekonomi, menyebabkan keutamaan membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai2 akhlak yang luhur diabaikan. Akhirnya, kanak2 seperti Nurin lah menjadi contoh mangsa keadaan ini.

AL FATIHAH dari kami seluruh Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu buatmu Nurin Jazmin.

Kepada ibubapa Nurin, tabahlah hadapi dugaan besar ini, kerana sesungguhnya ALLAH menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang sabar dalam menghadapi dugaan seumpama ini.

Di bawah ini disertakan kronologi kejadian pembunuhan Nurin untuk tatapan pembaca.

Kronologi Kes Kehilangan Nurin Jazlin

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Kes kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lepas mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang bersimpati dengan kesengsaraan ibu bapanya yang tidak putus asa mencarinya.

Bagaimanapun doa dan harapan semua pihak supaya Nurin Jazlin selamat ditemui dan diserahkan kepada ibu bapanya tidak kesampaian sebaliknya menjadi igauan buruk apabila kanak-kanak perempuan itu sah menjadi korban pembunuhan kejam serta mangsa penderaan seksual.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas membuktikan ia adalah Nurin Jazlin.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Kes pembunuhan kejam itu, antara yang paling buruk di negara ini mendapat banyak reaksi daripada orang ramai yang berharap polis dapat membawa pembunuhnya ke muka pengadilan secepat mungkin.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Berikut ialah kronologi kes itu yang turut menarik perhatian media tempatan dan asing yang membuat liputan perkembangan semasa kes itu.

20 Ogos

——-

Keluarga Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak membuat laporan polis berhubung kehilangannya setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

26 Ogos

——–

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil mengadu kepada media mengenai kebimbangannya terhadap kesihatan Nurin yang sejak hilang berkemungkinan tidak mendapat bekalan ubat untuk penyakit buah pinggang dan darah tinggi yang dihidapinya.

27 Ogos

——–

Ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman akhirnya meluahkan isi hatinya selepas enggan ditemuramah pemberita sejak kehilangan anaknya.

28 Ogos

——–

Polis klasifikasikan kes Nurin Jazlin sebagai penculikan.

29 Ogos

——–

Seorang saksi tampil mengaku melihat Nurin Jazlin ditarik menaiki sebuah van berwarna putih pada malam kejadian (20 Sept) manakala kira-kira 300 anggota polis, RELA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rukun Tentangga mengadakan operasi besar-besaran menjejaki Nurin di kawasan Sentul, Kepong, Jinjang, Wangsa Maju dan Setapak.

3 Sept

——

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan minta bantuan orang ramai dalam usaha mencari Nurin Jazlin kerana tiada petunjuk baru.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut anjur solat hajat di masjid-masjid selain tawar RM3,000 sebagai ganjaran penemuan Nurin.

4 Sept

——

Usaha mengesan Nurin jazlin yang memasuki hari ke-13 turut menggunakan kaedah perantaraan jarak jauh atau “remote viewing” oleh Pakar Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad.

5 Sept

——-

Pelbagai pihak termasuk 1,000 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bermotosikal bantu tampal poster Nurin Jazlin manakala Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi) mula menggerakkan anggota mereka yang berpangkalan di Pulau Pinang dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.

6 Sept

——-

Polis sahkan sebuah van berwarna putih yang dibiarkan tersadai di Taman Tenaga, Jalan Klang Lama tiada kaitan dengan kes kehilangan Nurin Jazlin.

7 Sept

——

Perisi menerima maklumat daripada orang ramai tentang dua lokasi yang dipercayai tempat Nurin Jazlin disembunyikan.

8 Sept

——-

Keluarga Nurin Jazlin mengadakan solat hajat bersempena dengan sambutan ulang tahun Nurin yang kelapan.

10 Sept

——-

Pengamal tradisional mengaitkan kehilangan Nurin Jazlin dengan makhluk halus.

12 Sept

——-

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan operasi kempen bermula 14 Sept untuk mencari Nurin Jazlin dengan melibatkan 150 sukarelawan mengedarkan poster di kira-kira 50 lokasi tumpuan umum sekitar Kuala Lumpur.

13 Sept

——–

Keluarga Nurin Jazlin menyambut ketibaan Ramadan kali pertama tanpa Nurin di samping keluarga.

14 Sept

——–

Jumlah ganjaran kepada sesiapa yang membantu mengesan Nurin yang hilang sejak 26 hari lepas meningkat kepada RM26,000 dengan sumbangan daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menghulurkan RM3,000.

16 Sept

——–

GPMS mempergiatkan kempen mencari Nurin Jazlin ke peringkat seluruh negeri dengan mengedarkan poster kanak-kanak itu ke 142 cawangan GPMS di seluruh negara.

17 Sept

——–

Mayat seorang kanak-kanak perempuan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun itu didapati mempunyai kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.

Ibu bapa Nurin jazlin menafikan kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin ketika proses pengecaman di Hospital Kuala Lumpur.

Polis ambil contoh darah ibu bapa Nurin untuk DNA bagi pengesahan.

19 Sept

——-

Polis mencari seorang wanita misteri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat kanak-kanak itu.

Wanita yang memakai baju-T berwarna merah dan seluar jeans biru itu dirakam mundar-mandir di luar premis itu sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh seseorang yang tidak dikenali.

RHB Banking Group mengambil langkah proaktif bagi memudahkan usaha mencari Nurin Jazlin dengan memasang gambar kanak-kanak perempuan itu di kesemua Mesin Teler Automatik (ATM) bank itu mulai hari ini (20 Sept).

20 Sept

——-

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed hari ini mengesahkan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Isnin lepas adalah Nurin Jazlin.