• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mei 2009
    I S R K J S A
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

ZIONIS DI SEBALIK SELSEMA BABI

babiBesarTak lama lagi, penawar Selsema Babi akan beredar di seluruh dunia. Dulu Selsema Burung, kini Selsema Babi. Pengarah filem blockbuster ini akan terus mainkan peranannya. Pelakon utama akan terus beraksi. Penawar Selsema Babi diumumkan oleh Barack Obama sebagai Tamiflu. Dari mana datangnya Tamiflu ini? Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh zionis yahudi, yang mana salah seorang pemegang saham terbesar ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Menarik bukan? Filem Blockbuster antarabangsa ini ditayangkan secara percuma di rangkaian media antarabangsa. Itulah konspirasi antarabangsa zionis untuk  mengawal dunia sekaligus mengaut keuntungan atas kesengsaraan penduduk dunia. Rumsfeld merupakan ahli aktif dan orang berpengaruh dalam Syarikat Gilead Science(salah seorang Lembaga Pengarahnya), pengeluar utama vaksin Tamiflu, penawar kepada selsema babi yang kemudiannya dikenali sebagai H1N1 ataupun Influenza A.

Kita harus mengetahui bahawa Gilead Sciences merupakan syarikat milik Zionis Yahudi. Gilead itu sendiri bahasa Hebrew yang membawa makna,”Tempat Suci” (Holy Place).

Dr. Ali-Reza Mehrabi, Shaid Beheshti University mendakwa bahawa Rumsfeld telah membeli saham baru syarikat Gilead Sciences pada tahun lalu dengan nilai US18 billion dolar.

Katanya lagi, “Kalau kita terima tanggapan bahawa kerja-kerja yang dikendalikan di Makmal di Mexico, sama ada di ladang ternakan babi atau tempat lain, adalah menjadi fakta bahawa penyakit itu tersebar sama ada kerana kesilapan manusia, menunjukkan bahawa memang Amerika Syarikat sedang menjalankan eksperimen di negara pinggiran(Mexico), sebagai ganti negaranya sendiri. Dalam kes ini(selsema babi), Amerika Syarikat mungkin hilang kawalan (terhadap penyebaran virus itu).”

……………………………………………

Percaya ? Terpulang kepada anda…Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Ali-Reza Mehrabi ketika ditemuramah oleh Iranian TV yang disiarkan ke udara pada 6 Mei 2009 lalu.

Advertisement

MANA BERAS MURAH?

Petikan kosmo online.

Mana hilang beras murah?

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


SYED MOHAMAD FAZRUL menunjukkan ruangan kosong yang sepatutnya tempat beras murah ST15 di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mana hilang beras murah?

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


SYED MOHAMAD FAZRUL menunjukkan ruangan kosong yang sepatutnya tempat beras murah ST15 di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM AKAN NAIK

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam Tidak Wajar PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Sunday, 24 May 2009 23:21
https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita5/tambangnaik.gifKUALA TERENGGANU Dewan Pemuda PAS Terengganu membantah apa jua kenaikan dalam tambang pengangkutan awam sebagaimana yang dicadangkan kerajaan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Abas ketika dihubungi memberitahu, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup sekarang.

“Apa rasionalnya kerajaan menyokong para pengusaha untuk menaikkan tambang pengangkutan awam ?

“dalam ekonomi yang menguncup, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan, ‘Rakyat didahulukan’.”katanya
Menurut Menteri yang berkaitan, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz berakat kadar tambang baru pengangkutan awam dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan pada awal bulan depan (minggu depan).

Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang sebanyak 30 peratus, sekalipun pihak pengusaha bas ekspress, bas henti-henti, bas sekolah dan teksi meminta kenaikan antara 60 hingga 100 peratus.

Mengulas kenyataan Nazri, Wan Faizul berkata kerajaan mesti menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai.

“Disamping itu, kerajaan mesti membersihkan semua penguatkuasa yang berkaitan dengan jalan dan pengangkutan jalan, dari segala gejala rasuah dan sogokan kerana ia adalah salah satu sebab mengapa kos operator pengangkutan meningkat,”jelasnya.

PEMUDA PAS TRG CABAR PEMUDA UMNO

Pemuda UMNO Dicabar Desak SPRM Untuk Bersihkan Pimpinannya PDF Print E-mail
Written by Editor
Wednesday, 20 May 2009 03:46
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu mencabar Pemuda UMNO mendesak dan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pimpinan UMNO yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata SPRM sepatutnya bersikap agresif dan pro-aktif mengambil tindakan menyiasat beberapa pemimpin UMNO yang telah terbukti terlibat dalam gejala mungkar itu.

“Tindakan segera (mesti diambil) terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin, Ahli Majlid Tertinggi, Dato Ali Rustam dan yang lain-lain,

“kami juga mendesak agar pemuda UMNO meminta pihak polis menyiasat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak yang dikatakan (didedahkan) oleh beberapa media di dunia tentang penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya,”katanya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata, pemuda UMNO sepatutnya malu bercakap tentang politik wang kerana tangan mereka sendiri berlumuran dengan najis rasuah.

Katanya pemimpin UMNO yang tidak bersih lagi dan parah dengan rasuah tidak layak menyamakan PAS dengan UMNO.

“UMNO tidak mungkin dapat mengelirukan rakyat dan menyamakan PAS dengan UMNO, rakyat sudah mengenali UMNO dan pimpinannya dengan rasuah /politik wang pada setiap kali pilihanraya dan pemilihan UMNO,”katanya.

Menurut beliau, pihak media yang pro-UMNO telah memutarbelitkan kenyataan kenyataan mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS.

Katanya kedua-dua pimpinan PAS itu hanya memberikan nasihat dan ingatan supaya warga PAS jangan mendekati rasuah/politik wang, namun tindakan media yang belum matang sengaja mahu memburuk-burukkan imej PAS.

UMNO PERAK CEKIK DIRI SENDIRI

Kerajaan UMNO/BN Perak Mencekik Dirinya Sendiri
Written by SM Noor & WanKay
Wednesday, 20 May 2009 03:15
KEMAMAN – “Polis mungkin lebih seratus orang, dalam Dewan (DUN), dan semua besar-besar belaka, terus masuk, dia buang (ADUN) satu demi satu,

“akhirnya dia tangkap saya, (pegang) tangan saya, dan mereka cekik saya, bawa saya keluar daripada Dewan,” kata Speaker yang Sah Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar ketika menceritakan saat-saat beliau diangkut dan diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei, lalu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannyadihadapan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis ‘1Malaysia Gelap Gelita’, yang dianjurkan oleh MTD Chukai, disini Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau ditangkap dan dicekik oleh pihak polis, hanya satu sahaja dalam ingatannya, sebenarnya kerajaan UMNO/BN sedang mencekik dirinya sendiri.
“Sekarang kamu tangkap saya, kamu cekik saya, sebenarnya kamu bukan cekik saya, kamu cekik (diri) sendiri ,

“rakyat akan ajar dia (kerajaan UMNO/BN) dalam pilihanraya akan datang, seluruh Malaysia sudah lihat (peristiwa tersebut),”katanya

Beliau yang juga sorang pengamal undang-undang menegaskan, tindakan polis menyerbu masuk dan melakukan kekacauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencabul prinsip demokrasi.

Katanya Dewan Undangan Negeri adalah Dewan yang mulia, walaupun polis berkuasa untuk mengambil apa-apa tindakan diluar, namun apabila melangkah masuk, polis tidak berbuat apa-apa.

“Bentara adalah polis dalam Dewan, dia ada kuasa dalam Dewan, yang polis diluar itu, dia hanya polis di luar, bila dia melangkah masuk ke dalam Dewan, dia tak ada kuasa,”tegas Sivakumar.

Menurutnya, setelah diheret keluar dari DUN, beliau telah dikurung didalam sebuah bilik pengawal dengan diawasi oleh tiga orang polis.

Katanya beliau berada dalam bilik tersebut selama lebih sejam dan hanya dibawa keluar setelah semua acara pada hari tersebut selesai.

Beliau menegaskan sidang DUN tidak dimulakan pada hari tersebut dan merasa malu kerana sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan UMNO/BN Perak mencatat satu lagi sejarah pada 7 Mei lalu apabila melantik seorang Speaker DUN ‘haram’ setelah melantik Menteri Besar yang tidak sah, Dato’ Seri Dr. Zambry A.Kadir.

Zambry dilantik pada Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat menyatakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar.

Ia adalah kerana, menurut Hakim Datuk Abdul Aziz, Nizar memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda sebaliknya Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.
”Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain termasuk kepada Sultan Perak.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Dengan itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Klik Untuk Lihat Klp Video

KERAJAAN TERENGGANU GAGAL HENTIKAN PESTA LIAR

Kerajaan Terengganu Gagal Hentikan Pesta Liar Di Pulau-pulau
Written by Wartawan Buletin
Friday, 15 May 2009 00:53
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) merasa amat dukacita kerana masalah gejala sosial yang berlaku di negeri Terengganu tidak pernah ‘surut’ dan sesetengah ‘maksiat terancang’ muncul kembali serta berleluasa akhir-akhir ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Dewan tersebut, Wan Mohd Faizul Wan Abas mendedahkan kegiatan maksiat dan tidak bermoral ‘Pesta Berahi’ telah kembali ke pulau-pulau di negeri Terengganu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Tahun lepas, akhbar yang sama telah melaporkan kejadian pesta seumpama itu yang dianjurkan pihak tertentu.

Pesta liar di pulau dilaporkan menjadi trend masa kini apabila ia dikatakan lebih ‘selamat’ daripada tindakan pihak berkuasa, peserta bebas melakukan apa saja dan penganjur boleh mendapat untung besar.(Gambar)

Seks, arak dan dadah adalah menu utamanya, yang boleh diperolehi dengan mendapatkan tiket berharga RM250 hingga RM700 untuk menyertai parti eksklusif di sebuah pulau.

Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menegur kerajaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama Mei tahun lepas.

Beliau berkata satu pesta berlaku di Pulau Perhentian dan laporan tersebut menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil kesempatan (tindakan) bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan permasalahan itu.

“Sehingga terdedah, kata-kata dari para pelancong asing yang datang ke Pulau Perhentian,

“mereka berkata, jika disko-disko di bandar masanya terhad dan bimbang diserbu pihak berkuasa tetapi di sini (pulau) saya dapat berpesta sepuas-puasnya,”ujarnya yang kini adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu. (Dengar Ucapan ADUN Bukit Payung)

Tindakbalas dari teguran tersebut, pihak kerajaan negeri telah memberikan jawapan sekadar ‘manis dibibir mulut’ pada sidang DUN yang sama .

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata kerajaan negeri memandang serius gejala maksiat di pulau peranginan bertaraf antarabangsa itu kerana jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan imej negeri di mata umum.

”Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada pemilik chalet terbabit supaya jangan lagi mengulangi perbuatan yang sama,” katanya

Tanpa pemantauan dan tindakan yang berterusan dari pihak kerajaan, akhirnya gejala buruk tersebut muncul kembali.

Wan Faizul berkata permasalahan gejala sosial tersebut berulang menggambarkan ketidakupayaan kerajaan untuk membendungnya.

Ia adalah kerana, katanya, berpunca dari sikap agensi dan beberapa pihak dalam kerajaan yang bersikap menutup mata dengan gejala tersebut.

Oleh yang demikian, DPPNT mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif bagi menanganinya.

“Kami mendesak pihak kerajaan segera mengambil tindakan pro aktif, kewujudan (semula) gejala ini menggambarkan kepada masyarakat (umum) sikap dan kegagalan Kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah tersebut,”tegasnya dalam kenyataan yang diterima melalui e-mel oleh Buletinonline.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan dan pemimpin UMNO/BN benar-benar mengambil perhatian dan cakna bukannya sibuk mengejar kekayaan dan kepentingan diri  sehingga berlaku kemelut politik di Terengganu yang tidak akan berkesudahan.

UCAPAN DR HATTA DI MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN KT

PAS Kini Berada Dipersada Politik Arus Perdana PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Monday, 18 May 2009 13:55
https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita5/mesyagongkt.jpgKUALA TERENGGANU – Bendahari Agong PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata dengan kerjasama yang padu parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam pilihanraya kecil dan sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah pasti yang dominan dikawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti ‘arus perdana’ yang berupaya untuk menang walaupun bertanding dimana-mana kawasan di seluruh negara.

“Dalam pilihanraya negeri Sarawak, kita hanya bertanding satu DUN sahaja, kita hampir menang di Beting Maro, kerana takutnya BN (kepada PAS),

“kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi UMNO turun berkempen, seandainya calon PAS menang, seolah-olah ‘kiamat kecil’ kepada pimpinan UMNO/BN,”


“Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas ‘region’ (daerah) di Malaysia ini, kita boleh bertanding dan boleh menang dimana-mana sahaja,”katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kuala Terengganu ke 34, disini Sabtu lalu.

Beliau berkata PAS kini bukan sahaja mendapat sokongan ari golongan tradisi ‘Melayu Islam’ tetapi telah disokong oleh semua kaum, yang dulunya melihat PAS secara sinis, digentari dan ditakuti.

“Mereka (bukan Islam) menyedarinya, (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam), mereka boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana,”ujarnya

Oleh itu, katanya, ahli-ahli perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada PAS, dengan menjaga imejnya daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak, kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu menjauhi politik ‘defisit’, politik yang mebahagi-bahagi sesama sendiri, yang merugikan dan bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masakini.

“Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita yang datang dari pelbagai latarbelakang adalah usaha yang perlu diteruskan,

“Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya dalam salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjsama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latarbelakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita,”jelasnya.

TIADA RASUAH DALAM PEMILIHAN PAS

Pemilihan: PAS isytihar tiada politik wang pancing sokongan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan amalan politik wang tidak wujud dalam parti itu seperti yang digembar-gemburkan terutamanya menjelang pemilihan Jun depan.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang.

“Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS PUsat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

“Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyurat itu berakhir.

Minggu lalu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan ‘hadiah’ kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan kepada Mohamed Daud dan beranggapan isu politik wang dalam PAS tidak timbul.

Abdul Hadi juga menyifatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

“Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal.

“Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang,” katanya.

Dalam pada itu Mohamed Daud ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

“No Comment…no coment, kalau saya cakap nanti banyak masalah.

“Saya serah kepada presiden parti,” katanya ringkas.

AYAH CHIK KEKAL PRESIDEN PAS

tok guru 2Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.

Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.

Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.

Satu lagi kawasan – Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan – mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.

Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Calon timbalan

Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden – Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.

Nasharuddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang.

Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah:

1. Datuk Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor, exco kerajaan Selangor)
2. Idris Ahmad (ahli jawatankuasa pusat PAS, dan ahli Parlimen Tumpat)
3. Datuk Kamaruddin Jaffar (Setiausaha agung PAS)
4. Datuk Mahfuz Omar (Ketua penerangan dan MP Pokok Sena)
5. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan)
6. Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar).
7. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak)
8. Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian)
9. Taib Azamuddin (MP Baling)
10. Datuk Ibrahim Tuan Man

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.

Menurut Mustafa, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.

Senarai muktamad 26 Mei

Menurut Mustafa, senarai calon muktamad yang akan bertanding bagi jawatan utama parti, termasuk Pemuda dan Muslimat akan diumumkan pada 26 Mei depan.

Katanya, PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan 137 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama utama.

Tambahnya, 1,000 hingga 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu awal bulan depan. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan peratusan pencalonan bagi calon-calon terbabit.

Dalam sidang media yang sama, Mustafa turut menegur laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita yang menyatakan Nasarudin Mat Isa
mendapat 60 peratus pencalonan.

“Dapat mana ni?… Dan dalam berita yang sama ada dihubungkait secara tidak langsung sidang media saya di Kuala Terengganu di mana saya tak pernah sebut perkara ini…ia boleh mengelirukan orang.

“Saya pun dihubungi oleh banyak pihak termasuk pemimpin PAS, apakah jawatankuasa ini dah dedahkan dia punya (pencalonan)… jadi integriti saya tu tak berapa baguslah.

“Kita tak pernah dedah siapa yang dapat banyak pencalonan. Tidak pernah.

“Berita itu tak betul. Tak pernah daripada jawatankuasa ini menyiarkan siapa yang dapat berapa peratus calon atau berapa banyak pencalonan.”(Cuma) yang kita beritahu dekat calon sendiri, berapa pencalonan yang dia dapat. Kita beritahu,” kata Mustafa.

Mengulas mengenai dakwaan terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju, Mustafa berkata, beliau tidak menerima apa-apa laporan berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak menerima laporan sebab saya yakin perkara ini tidak berlaku. Saya tidak risau sebab perkara ini saya yakin tidak berlaku,” katanya.

Menjawab soalan berhubung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM akan menyiasat berhubung perkara tersebut, Mustafa berkata:”Tidak berbangkit sebab saya sendiri tidak terima laporan apa-apa,” katanya.

RAMZI & SMS

Klip Video ini yang dicari polis barangkali.