• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Februari 2008
    I S R K J S A
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    2526272829  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

CALON BN DISAMBUT ‘BARANG NAIK MARI DOH…’

Daripada Harakahdaily

Adnan Ibrahim
Thu | Feb 28, 08 | 3:36:01 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Hrkh) – Peniaga Pasar Borong Darul Iman di Gong Pauh, Wakaf Mempelam di sini berdailog secara spontan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail, menyatakan sikap mereka menolak BN.
Kedatangan Razali yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bersama calon BN, Othman Awang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam pada pukul 10.30 pagi disambut peniaga pasar dengan: “Barang naik mari doh…”

Pasar tersebut yang memuatkan penjual sayur, ikan, ayam, daging dan barangan keperluan serta runcit secara serentak menyambut kedatangan calon BN itu dengan kata-kata tersebut. Bunyinya cukup lantang seperti tempat pembangkang berdemontrasi.

“Barang naik mari doh… itu merujuk kepada slogan kempen PAS iaitu `Ingat BN, Ingat Barang Naik’.

Dalam masa yang sama Razali mungkin mahu menunjukkan gentleman sempat berbual dengan pengunjung pasar yang berbaju kuning berslogan `Bersih’.

Razali: “Cantik baju…”

Pengunjung pasar: “Memang doh saya orang bersih. Kita nak bersih… Makan minum mahu bersih.., pilihan raya pun mahu bersih!”

Beliau kemudiannya beredar ke bahagian jualan ikan dan bertemu salah seorang peniaga meminta menyokong BN pada pilihan raya umum ke 12 ini.

Peniaga ikan: “Kita orang PAS Dato’…”

Razali: “Boleh apa sokong PAS? PAS boleh beri apa…”

Peniaga ikan: “Ni, pasar ni PAS buat…”

Menurut tinjauan rambang, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata masyarakat peniaga melahirkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan BN dan mahukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS memerintah negara supaya harga barangan dapat dikawal.

“Peniaga bersungut keuntungan mereka semakin kecil berikutan harga yang dibekalkan pemborong sentiasa naik. Kerajaan pula tidak mampu bendong dan menyekat pemborong sebaliknya yang sering menjadi mangsa ialah peniaga kecil,” ujarnya. –

Advertisement

CALON YANG DIGUGUR TIADA HARAPAN LAGI

bangunan-umno.jpgWalaupun bantahan oleh penyokong UMNO terhadap Idris Jusoh mulai reda, namun secara senyap ramai lagi yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan Idris (Pok Yeh) dalam memilih calon BN kali ini.

Kami mendapat maklumat daripada kenalan rapat Dato’ Wan Farid (Ketua UMNO Bahagian kuala Terengganu) bahawa beliau beliau telah dijanjikan oleh Pok Yeh untuk mendapat satu kerusi dan begitu juga Che Mat Jusoh yang dijanjikan satu kerusi sama ada Batu Buruk atau Kota Putera. Apabila pengumuman calon dilakukan, mereka tidak tersenarai. Sama juga halnya di bahagian-bahagian lain.

Tindakan Pok Yeh ini dilihat sebagai menjaga kedudukan beliau sebagai bakal Menteri Besar jika BN kembali memerintah. Ini kerana ramai dari kalangan UMNO tidak menyukai sikap ego Pok Yeh yang tidak menghormati pemimpin yang berpengalaman. Antara yang dijangka menggugat kedudukan beliau sebagai MB dan Pengerusi UMNO Terengganu ialah Dato’ Wan Farid, Che Mat Jusoh, Dr. Latif, Datuk Razali Ismail, Tengku Putera dan Rahman Bakar.

Dato’ Wan Farid merupakan Setiausaha Politik Pak Lah (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) yang disebut bakal MB baru Terengganu digugurkan tanpa alasan kukuh. Manakala golongan berpendidikan tinggi dan intelek iaitu Razali Ismail (Pengerusi PTPTN) dikekalkan calon parlimen supaya tertutup terus impian beliau untuk dilantik Menteri Besar. Difahamkan bahawa sebelum pengumuman calon dibuat, Razali Ismail bakal bentanding di salah satu DUN di Hulu Terengganu untuk melayakkan beliau dilantik MB.

Di bahagian Marang, Rahman Bakar (Timbalan Menteri Sumber Manusia) dan Dr Latif (Exco Kerajaan Negeri) digugurkan juga tanpa alasan kukuh hingga Rahman Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terkejut tidak dicalonkan. Kedua-duanya juga bakal menggugat kedudukan Pok Yeh sebagai MB dan Pengerusi UMNO negeri. Tempat Rahman diganti dengan Setiausaha Pok Yeh (Dr Ahmad Ramzi).

Yang mengejutkan juga apabila timbalan pengerusi UMNO negeri, Tengku Putera (bekas timbalan Menteri Kewangan) juga digugurkan. Ini jelas petanda Pok Yeh mahu menjaga kedudukan beliau sebagai Pengerusi UMNO negeri.

Rata-rata calon BN adalah muka-muka baru yang cetek politiknya dan juga orang-orang kepercayaan Pok Yeh. Mereka yang dilihat bakal menggugat kedudukan Pok Yeh terus dicantas dan peluang bagi yang digugurkan sudah tertutup rapat.

Maklumat yang diperolehi juga mengatakan bahawa mereka yang digugurkan bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada politik UMNO kerana mereka tidak akan terpilih lagi pada masa akan datang. Calon-calon muda inilah yang akan diangkat sebagai pimpinan UMNO akan datang jika tidak menggugat.

BATU BURUK HANYA TERIMA CHE MAT

puteri-trg.jpg Kempen UMNO di DUN Batu Burok mendapat reaksi yang negatif daripada penyokong-penyokong UMNO terutama dua cawangan iaitu Gong Tok Nasek dan Kampung Nibong. Selama beberapa hari ini calon telah turun dari rumah ke rumah untuk meraih sokongan. Dua bakal calon yang disebut pada awalnya akan bertanding iaitu Datuk Che Mat Jusoh dan Sabri Alwi juga terpaksa turut sama membantu.

Cawangan-cawangan ini adalah penyokong kuat kepada Che Mat Jusoh kerana beliau banyak berjasa kepada penduduk setempat. Kedua-dua calon yang digugurkan juga menjadi pencadang dan penyokong kepada Nordiana sebagai calon semasa hari penamaan untuk menutup keretakan UMNO khususnya di DUN Batu Burok.

Mereka yang menerima duit ehsan sebanyak RM200 baru-baru ini juga diugut dan dirayu dengan bersungguh-sungguh supaya mengundi BN.

Tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek mendapati gerak kerja masih lagi perlahan dan cuma segelintir terutama wanita sahaja yang giat bekerja. Seorang penyokong yang ditemu bual mengatakan bahawa dia masih lagi terkilan dengan tindakan Idris Jusoh yang tidak melantik Che Mat sebagai calon.

“Che Mat kerap turun ke kampung untuk bertanya khabar dan belanja makan…masa hari raya pun dia ada korbankan lembu untuk rakyat kampung ni” katanya

Seorang pemuda juga menyatakan kekecewaannya kerana Che Mat tidak terpilih. Program-program di kampung ini seperti pertandingan bola sepak dan memancing sering mendapat sokongan Che Mat. Pemuda tersebut juga menegaskan bahawa dia akan memboikot pilihanraya kali ini sebagai protes kepada Idris Jusoh walaupun dia dirayu sendiri oleh Che Mat semasa pembahagian wang ehsan tempoh hari. Katanya lagi, ramai lagi akan memboikot pilihanraya walaupun mereka dirayu dan diberikan wang ehsan. Tambahnya lagi, mereka semua amat simpati dengan nasib Che Mat.

Di Kampung Nibong yang menjadi kampung halaman kediaman Che Mat Jusoh juga dengan nada yang serupa. Seorang penduduk yang ditemui menyatakan kekesalannya dengan tindakan Idris Jusoh. Dia juga kecewa dengan sikap Che Mat yang masih lagi berkempen untuk Idris Jusoh pada pilihanraya ini.

“Che Mat yang perjuangkan pembinaan masjid di kampung ni…dia tak loket dengan duit dia” katanya.

“Idris memang tak kenang jasa orang lama…buat apa sibuk nak tolong dia lagi” tambahnya.

Ditanya adakah dia akan memboikot pilihanraya 8 Mac ini, dia hanya menggelengkan kepala kerana katanya ini mungkin undi yang terakhir tapi tak tahu lagi hendak undi parti mana.

Tinjauan di kampung-kampung lain tidak menunjukkan reaksi yang sedemikian rupa. Rata-rata masih sibuk dengan perang poster dan gerak saraf.

SEMANGAT SI NENEK LAWAN BN, PAS

Daripada Malaysiakini
Muda Mohd Noor | Feb 26, 08 8:42pm
Maimun Yusof, 89, calon bebas kawasan parlimen Kuala Terengganu tidak mampu berkempen seperti calon-calon lain.Maimun Yusof nenek calon bebas 04Beliau tidak ada jentera pilihanraya, bilik gerakan, wang dan penyokong. Yang ada hanyalah dirinya sendiri.Dalam pilihanraya kali ini beliau berdepan dengan Datuk Razali Ismail (BN) dan calon naib presiden PAS Mohamad Sabu. Maimun menggunakan logo kunci.

Menurutnya beliau sudah lama mahu bertanding iaitu sejak 20 tahun lalu tetapi pencalonannya ditolak oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari penamaan calon.

Rumahnya daif, periuk di dapurnya berselerak dan kain baju pula bertaburan di dalam rumahnya kerana beliau hanya tinggal seorang diri di rumah itu.

Maimun juga sebenarnya seorang penerima bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu.

Pagi tadi, pegawai-pegawai jabatan memujuk Maimun supaya menarik diri, bagaimanapun beliau enggan.

‘Alang-alang mandi…’

Maimun Yusof nenek calon bebas 03“Kalau dah Tok masuk, Tok tak mahu keluar lagi. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang mengharung air biar sampai.

“Kalau kalah pun biarlah nak buat macam mana. Tetapi harap-harap Tok menang,” kata Maimun yang dikenali dengan panggilan Tok di kalangan penduduk setempat ketika ditemui di rumahnya petang tadi.

Semasa tinjauan Malaysiakini hari ini, dua pekerja sedang membetulkan tangga rumahnya yang hampir runtuh.

Sehingga kini belum ada sekeping pun poster atau kain pemidang sebagai bahan kempen pilihanraya kali ini.

Tetapi janda anak satu itu sudah menempah 1,000 poster berlambang kunci tetapi dijangka siap sepenuhnya sehari dua lagi.

Maimun Yusof nenek calon bebas 02Untuk itu, Maimun hanya berkempen menggunakan basikalnya sambil menjual kain songket di beberapa kampung dekat rumahnya di Kampung Mengadang Akar, dua kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.

Maimun sehingga hari ketiga selepas penamaan calon belum mengadakan sebarang majlis ceramah atau kempen dari rumah ke rumah.

“Tok tidak tahu nak ceramah tetapi nak adakan juga (sekali) sebelum tempoh berkempen tamat. Tok nak beritahu kisah sebenar kepada orang kampung pasal apa Tok bertanding.

“Kerana Tok bertanding supaya Tok boleh bersuara di dalam dewan mengenai apa yang berlaku di dalam negeri kita (Terengganu).

“Tok tengok orang buat salah belaka. Berdosa juga kalau kita tidak bersuara. Kalau bersuara tepi-tepi jalan tak jadi apa.

“Orang nak jual negeri kita kepada orang luar tetapi Tok tak mahu mereka jual,” katanya ketika ditemui hari ini.

rumah nenek calon bebasUntuk menguatkan hujahnya, Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”

“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,” katanya.

Jika menang dalam pilihanraya kali ini, Maimun berjanji membantu semua orang baik orang muda mahupun orang tua.

***********************************************************************

DPPKT: Suatu sindiran kepada UMNO berkaitan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya.

RAKYAT TERENGGANU BOLEH HIDUP SELESA JIKA PAS MEMERINTAH

pakak-undi-pas.jpg

Adnan Ibrahim
Mon | Feb 25, 08 | 7:13:26 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Hrkh) – PAS berjanji memastikan semua rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di samping menikmati kemudahan Dana Khas yag membolehkan rakyat mempunyai rumah sendiri, kata Timbalan Pesuruhajaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik.”Hasil daripada kombinasi tersebut iaitu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan secara tidak langsung memudahkan mereka menikmati Dana Khas tersebut.

Malah bagi rakyat termiskin kita akan memberi rumah secara percuma. Kita mengambil berat tentang ini kerana tidak mahu melihat rakyat kita masih lagi tinggal di rumah usang yang tidak selesa,” ujarnya ketika ditemui di sini.

PAS Terengganu memberi tawaran kepada rakyat dalam pilihan raya kali ini, iaitu menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin.

Selain itu, kata beliau PAS akan mengaktifkan skim pinjaman al-Qardhul Hassan bagi rumah, kenderaan dan komputer kerana menyifatkan perkara tersebut sudah menjadi barang keperluan kepada rakyat di samping meningkatkan sosial ekonomi mereka.

Untuk mendirikan rumah, tambah beliau, PAS juga memastikan setiap keluarga memiliki tanah bagi tapak kediaman dengan kelulusan pemberian geran hak milik kekal.

Sementara itu orang ramai yang ditemui menyokong tawaran tersebut. Fauzi Sulong dari Kampung Padang Air, Kuala Nerus menyifatkan ia selari dengan apa yang rakyat hendak selama ini.

“Rakyat mahu hidup dengan memiliki rumah dan kenderaan sendiri serta keperluan asas lain bagi meneruskan kehidupan untuk meningkatkan taraf kemajuan keluarga,” ujarnya.

Tambah beliau bukan sahaja kerajaan mahu mencapai negeri atau negara maju malah rakyat pun berkehendakan sedemikian.

“Kami mahukan rumah yang selesa, kenderaan sebagai pengangkutan keperluan.

Barangan asas yang tidak membebankan bagi rakyat untuk terus hidup tanpa tekanan,” katanya.

Suhaimi Othman yang melihat tawaran PAS pada pilihan raya umum kali ini, menyifatkan ia adalah peluang yang cukup istimewa kepada rakyat.

“Peluang ini mungkin tidak diperolehi kalau kita mengundi Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun kita harap tawaran ini betul-betul dilaksanakan jika PAS memerintah,” katanya.

Menurut beliau masih ramai rakyat negeri ini tinggal di rumah sewa kerana tidak berpeluang membeli rumah.

“Ada setengah masyarakat kita mahu membina rumah mengikut cita rasa mereka. Jadi mereka tidak mahu membeli rumah kos rendah. Tetapi sekiranya kerajaan memberi hak milik tanah serta disediakan Dana Khas untuk perumahan ini bermakna kita boleh mereka bentuk rumah mengikut kehendak dan keselesaan kita,” katanya.

Seorang lagi yang ditemui Jaafar Ibrahim berkata tawaran tersebut cukup menarik tetapi apakah PAS mampu memerintah negeri pada pilihan raya umum ini.

“PAS perlu sebarkan tawaran ini supaya semua rakyat menikmati hasilnya. Kalau ia sampai kepada semua pungundi mungkin PAS boleh memerintah,” ujarnya.

TAWARAN BA KEPADA RAKYAT TERENGGANU

TAWARAN BARISAN ALTERNATIF
KEPADA RAKYAT TERENGGANU

RAKYAT UMUM

  1. Memartabatkan Negeri Terengganu sebagai Darul Iman
  2. Melaksanakan Enakmen-enakmen Syariah sejajar dengan perlembagaan Negeri Terengganu
  3. Menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi Negeri Terengganu melalui Pelan Pembangunan Bersepadu Negeri Terengganu.
  4. Mendesak mahkamah menyelesaikan saman tuntutan royalti petroleum
  5. Menaikkan kadar bantuan kebajikan sehingga melepasi paras kemiskinan
  6. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam semua sektor ekonomi (pertanian, perlombongan, pembalakan, industri dan sektor perkhidmatan)
  7. Menjamin bantuan kebajikan kepada fakir miskin tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
  8. Pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan membatalkan tunggakan
  9. Memajukan sektor pelancongan dengan memastikan tidak membawa faktor-faktor negatif kepada Negeri Terengganu
  10. Menghapuskan sewa meter tempat letak kereta pada hari Jumaat dan Sabtu
  11. Menghapuskan sewa meter air
  12. Mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri berasaskan sumber asli (mineral, perkayuan dan air).
  13. Memastikan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Perbandaran) cekap dan berkesan.
  14. Memperluaskan dan memperkemaskan Institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam
  15. Memperkasakan Tabung Darul Iman untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu
  16. Membuka semula Pusat Perubatan Islam Darul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah (KESIHAT)
  17. Mewujudkan syarikat Takaful Kerajaan Negeri dan Takaful Kafalah
  18. Mengawal dan menghadkan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan
  19. Menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin
  20. Pemberian tanah akan diteruskan tanpa diskriminasi. Tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan PAS (1999-2004) dijamin akan diberi / diganti semula
  21. Menjamin setiap keluarga memiliki tapak (tanah) kediaman sendiri. Kelulusan tanah disertai dengan pemberian geran kekal
  22. Memberi elaun Khas kepada Hafiz Quran, guru Quran dan guru agama.

KAKITANGAN AWAM

  1. Perkhidmatan kerajaan yang professional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik – tiada akujanji dan pengintipan. (CCTV dihapuskan)
  2. Bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin
  3. Perkhidmatan Imam dan bilal masjid dijadikan jawatan tetap dan bergaji
  4. Mengaktifkan skim pinjaman Al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer)
  5. Menjamin keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam.

PENIAGA DAN PENJAJA

  1. Mengekalkan Pasar Borong Gong Pauh dengan kemudahan yang mencukupi dan mewujudkan pasar-pasar borong di zon-zon yang sesuai
  2. Menambah kemudahan kewangan kepada peniaga kecil dalam bentuk Al-Qardul Al-Hasan
  3. Mewujudkan tapak pasar tani dan pasar malam kekal dengan segala kemudahannya
  4. Menjadikan pelancongan sebagai Industri Rakyat
  5. Menjamin setiap peniaga kecil dan sederhana mendapat tapak dan premis perniagaan yang bersesuaian

PETANI DAN NELAYAN

  1. Skim Kesejahteraan Masyarakat Nelayan
  2. Mengadakan industri makanan ternakan dan baja
  3. Meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Pertanian Bersepadu (Integrated Farming)
  4. Melaksanakan sepenuhnya program “Terengganu Halal Hub” sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran produk halal serantau.
  5. Memperkasakan sektor pertanian dengan memperbaiki rangkaian pengeluaran dan pemasaran
  6. Menjamin hasil pertanian dan industri tani dapat dipasarkan
  7. Menjamin pengeluaran bekalan makanan yang berkesan bagi mengurangkan kenaikan harga barang melalui pembangunan Zon Pengeluaran Makanan.

BELIA , WANITA DAN PELAJAR

  1. Melantik Wanita sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Memperkenalkan alternatif hiburan menerusi Akademi Hiburan Negeri Terengganu
  3. Tabung Belia Sejahtera untuk pembangunan belia niaga, industri, nelayan, tani dan perkahwinan.
  4. Kakitangan wanita yang menjaga anak sakit diberikan cuti tanpa rekod
  5. Menyediakan bantuan pendidikan melalui biasiswa, pinjaman tanpa faedah dan zakat.
  6. Mewujudkan semula Kolej Ugama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA) sebagai Pusat Ilmu Islam Serantau dan menjamin pembangunan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri
  7. Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada.orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.
  8. Menjamin pembangunan akhlak dan moral generasi muda melalui Pemuafakatan Kerajaan dengan NGO-NGO yang berkaitan

BUKAN ISLAM

  1. Melantik wakil bukan Islam sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003
  2. Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
  3. Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama

SIRI BONGKAR 5-SEBELAS MANUSIA TERTUA DI SELANGOR

Berikut dipaparkan sebahagian hasil kemaskini semakan daftar pemilih yang diwartakan SPR pada 5 Februari 2008.

Kepada petugas Barisan Alternatif, minta ambil tindakan mengenalpasti dan menghalang mereka  dari mengundi pada hari berkenaan.
Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan Pengundi Hantu…

TIGA PENJURU DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Perarakan untuk penamaan calon Barisan Alternatif bermula di Masjid Simpang Tokku. Perjalanan sejauh kira-kira satu kilometer menuju ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah diiringi dengan takbir, selawat dan kata-kata pembakar semangat pejuang-pejuang Islam.

masjid-tok-ku-2.jpg

Petugas dan penyokong Pas mendahului bilangan Petugas dan penyokong Barisan Nasional sebanyak lima kali ganda!!Kelihatan ramai remaja-remaja bawah umur dan kanak-kanak di kalangan pihak Barisan Nasional.  Ada cakap-cakap orang awam mengatakan sokongan yang berkurangan di pihak BN disebabkan peristiwa boikot oleh penyokong-penyokong sesetengah pemimpin Umno dan tidak dicalonkan dalam Pilihanraya Umum ke 12 kali ini.

doa-nik-aziz.jpg

Pada jam 10 pagi, hadirin dikejutkan dengan maklumat yang sahih bahawa pertandingan di Parlimen Kuala Terengganu adalah tiga penjuru. Setelah senarai calon untuk bantahan dikemukakan, calon yang dimaksudkan ialah Maimun Yusuf atas tiket bebas yang berusia 89 tahun. Kelibat calon bebas ini mengejutkan semua pihak dan timbul pelbagai spekulasi berkaitan pemecahan undi untuk Pilihanraya Umum di parlimen Kuala Terengganu pada kali ini.

Senarai calon yang bertanding ialah:

Parlimen Kuala Terengganu

Hj. Mohamad Sabu (PAS)

Razali Ismail (BN)

Maimun Yusuf (Bebas)

DUN Bandar – Dr. Abdul Manaf (PKR) dan Toh Chin Yaw (BN)

DUN Wakaf Mempelam – Hj. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Othman Awang (BN)

DUN Ladang – Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar (PAS) dan Datuk Wan Hisham (BN)

DUN Batu Burok – Dr. Syed Azman (PAS) dan Nordiana Shafie (BN)

PAS PERSOAL SPR MANSUH DUTI SETEM

 
Muda Mohd Noor | Feb 24, 08 2:22pm
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memansuhkan pada saat-saat akhir bayaran duti setem ke atas calon-calon dalam pilihanraya umum kali ini.

Beliau mendakwa tindakan SPR tersebut, yang baru diperkenalkan tiga hari lalu, bertujuan menyelamatkan calon-calon Umno kerana krisis yang berlaku dalam parti tersebut.

SPR mengeluarkan arahan mengenakan bayaran duti setem untuk akuan bersumpah yang dilampirkan bersama kertas pencalonan pada 21 Februari.

Abdul Hadi, yang juga calon PAS di parlimen Marang, berkata semalam SPR telah memansuhkan bayaran tersebut tanpa memaklumkan kepada calon-calon PAS.

“SPR berbuat demikian untuk membantu calon BN khususnya Umno Terengganu yang menghadapi masalah pemilihan calon,” katanya.

“Kami (PAS) hanya mendapat tahu pemansuhan bayaran tersebut kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya, dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Marang hari ini.

Turut hadir di sidang media tersebut, pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin parti itu.

‘SPR alat Umno’

Abdul Hadi berkata sekarang sudah jelas bahawa SPR menjadi alat kepada Umno untuk berpihak kepada parti tersebut.

Katanya lagi, PAS akan berbincang untuk membantah arahan SPR itu.

Ditanya tentang peluang beliau merampas kembali Marang, Abdul Hadi berkata, ramalan boleh dibuat dalam beberapa hari lagi.

Tambahnya, jumlah undi pos di kawasan parlimen itu pada pilihanraya kali ini meningkat kepada 2,000 orang berbanding 500 orang sahaja pada pilihanraya yang lalu.

“Saya mahu menang bukan kerana undi pos,” katanya.

Abdul Hadi tewas di tangan Datuk Abdul Rahman Bakar dengan majoriti tipis, 163 undi.

Mustafa juga mempersoalkan alasan tindakan SPR untuk membatalkan pembayaran duti setem di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali, yang bertanding di kerusi Titiwangsa, juga terkejut apabila dimaklumkan oleh kakitangan SPR bahawa peraturan duti setem dimansuhkan.

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, beliau hanya dimaklumkan perkara itu sewaktu membantah calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Mohd. Tahir di dewan penamaan calon pagi tadi.

SIRI BONGKAR 4-HANTU SENIOR!!!

hantu.jpgBESERI, 21 Feb (Hrkh) – Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih.
Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan tahun lalu. Image
Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam Dun Santan di Parlimen Padang Besar.
Pengundi tersebut kini sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis.
Hasil tinjauan Harakah di lokaliti terbabit iaitu Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut.