• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Oktober 2007
    I S R K J S A
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

UCAPAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SEMPENA ECER

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Pelancaran ECER(East Coast Economic Region), Pembangunan WIlayah Pantai Timur. Tidak disiarkan dalam TV.

http://jiwokelate.wordpress.com/2007/10/30/ucapan-yab-tuan-guru-dato-nik-abdul-aziz-nik-mat-menteri-besar-kelantan-ketika-majlis-pelancaran-ecer-oleh-perdana-menteri-malaysia/

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menggunakan peluang pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu menarik perhatian Perdana Menteri bagi memastikan anugerah minyak dan gas yang diberi Allah Taala dimanfaatkan rakyat tempatan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kita jangan mengsia-sia atau terlepas pandang terhadap nikmat gas dan minyak diberi Allah Taala di perairan negeri ini.

Image“Jangan dibiarkan ia hanya dihirupkan oleh amir-amir politik sahaja, sedangkan rezeki yang dikurniakan itu sepatutnya turut dinikmati rakyat.

“Kalau kita tidak sempurnakan sekarang, ia akan disempurnakan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Oleh itu gas dan minyak perlu didaratkan di Pantai Senok,” katanya ketika berucap pada pelancaran ECER di Wakaf Mek Zainab di sini petang ini.

Ribuan hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu apabila khemah besar yang disediakan penuh sesak dengan kebanjiran orang ramai. Ramai lelaki berkopiah dan muslimah hadir.

Kehadiran tersebut jauh mengatasi jumlah orang ramai semasa Abdullah Ahmad Badawi meletak batu asas pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua pada Ogos lalu.

Turut hadir petang tadi Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub, Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Effendi Norwawi.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Aziz Shamsuddin, Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Ucapan berterus terang Tuan Guru Nik Abdul Aziz menarik perhatian orang ramai yang hadir sehingga mereka bertepuk tangan dan bersorak.Image

Katanya juga sepanjang 17 tahun menjadi ketua kerajaan, pertemuan petang tadi mencatat satu sejarah apabila dapat duduk bersama dengan Perdana Menteri di atas satu pentas.

“Petang ini saya berada di atas satu pentas dengan pemimpin negara. Ada manisnya kalau perkara seperti ini berlaku sejak dahulu lagi. Penyatuan pentas yang gemilang menggantikan jalur hitam.

“Ini menjadi satu detik bersejarah bagi menjalinkan kerjasama rapat di antara kerajaan negeri dan pusat,” katanya yang berkali kali mendapat tepukan gemuruh ribuan yang hadir.

Menteri Besar Kelantan juga melahirkan rasa kagum di atas keupayaan Perdana Menteri melancarkan tiga projek besar yang melibatkan banyak peruntukan.

Menurutnya rakyat pun turut hairan dengan keupayaan kerajaan sekarang sehingga mempunyai peruntukan besar bagi menjayakan program pembangunan di tiga wilayah secara serentak.

“Biar apa pun rakyat Kelantan bersyukur. Kerajaan negeri menerima segala pelan pembangunan yang dirancang tanpa sebarang perasaan curiga. Semua aspek telah diambil kira,” katanya.

Pada ucapan yang sama beliau berharap segala projek yang dirancang dilaksanakan dan tidak hanya tinggal janji semata-mata.

Ketika berucap Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempat menyelitkan beberapa rangkap pantun yang bermesej politik, sehingga Abdullah meminta perkara lama usah diingat semula.

Perdana Menteri pula memberi jaminan tidak akan menyisihkan Kelantan daripada arus pembangunan seperti dinikmati negeri-negeri lain.

“Saya tidak ada niat yang lain. Kita tidak toleh ke belakang lagi dan akan terus pandang ke hadapan. ECER dilaksanakan dengan harapan untuk membantu rakyat Kelantan,” katanya.

Terdapat 23 senarai projek dan anisiatif utama ECER di Kelantan termasuk pembinaan kampus tetap Universiti Malaysia Kelantan di Bachok dan Jeli, projek agropolitan di Gua Musang, taman perikanan di Tok Bali, halal hab di Pasir Mas dan lembah agro di Bachok.

Advertisement

BN-BARANG NAIK

Orang ramai dah mula runsing. harga barang2 keperluan naik mendadak semenjak dua menjak ni. Baru2 ni penulis beli sekilo bawang merah. Terkejut dibuatnya bila harga diberitahu RM5 sekilo. Gandum pula sudah mencecah RM 2.70 sekilo. Ayam pula sekilo DAH lebih RM 7.00 sekilo.

BN=BARANG NAIK

Penulis buat tinjauan ke kedai runcit, kata tuan kedai, banyak harga baru akan berkuatkuasa pada bulan November ini. Pekedai tersebut bagitau antara barang yang naik ialah Milo untuk 1kg akan jadi 14.50, Sardin akan naik 0.20 sen, maggi naik 0.10 sen, gandum naik RM1, roti berjenama naik 0.30 sen dan semua jenis biskut akan naik RM1 untuk sekilo.

BN =BARANG NAIK

Tol akan naik tahun depan. Bukan sahaja tol, malah petrol dan diesel pun akan naik juga. Janji Pak Lah, tahun ni takkan naik minyak. Mafhum mukhalafahnya(makna sebaliknya) ialah Tahun depan PASTI NAIK!! Apa nak jadi Malaysia ni. Orang yg bergaji RM 3000 pun tak mampu nak hidup tanpa berhutang sekarang ni. Bayangkan anak 5 orang, pakai kereta belum habis bayar, nak bayar rumah lagi, anak2 sekolah lagi, hutang kad kredit tak pernah habis bayar…Perbelanjaan bulanan sentiasa defisit. Mereka yg duduk di kerusi empuk di pejabat Wisma Darul Iman tidak pernah sedar ke tentang kesusahan rakyat. Kalau kita bangkitkan isu minyak naik, mereka akan bandingkan dengan negara jiran. Senang aje mereka perbodohkan rakyat. Barang2 keperluan di Thailand dan tempat2 lain yg dibandingkan itu jauh lebih murah daripada kita. Bila lah nak selesai masalah ini. Selagi kita tak tukar kerajaan yang ada sekarang ni, selagi tu kita akan merana menanggung bala yang Allah turunkan berupa kenaikan harga barang itu dan ini.

BN=BARANG NAIK

Pernah orang kampung penulis mengadu baru2 ni pergi ke pasar beli pucuk daun kayu(buat masak lemak sedap…). biasanya harganya 50 sen aje seberkas. sekarang dah naik jadi RM1.

BN=BARANG NAIK

Apa yang nak dibanggakan dengan Masjid Kristal berjuta2 kalau rakyat nak makan pun susah! Apa yang nak dibanggakan dengan Monsoon Cup yang akan berlangsung tak lama lagi utk tahun ni sedangkan rakyat nak hidup pun terpaksa berhutang?

BN=BARANG NAIK

Peniaga-peniaga kecil pun dah merosot jualan akibat hadirnya GERGASI(GIANT) pada 26 September lalu. tak padan dengan Mydin, datang lagi GIANT yang kedua2nya memang jual barang keperluan harian termasuk bahan mentah sama ada kering atau basah. Sudah tentu pengguna cari yg mudah, tempat selesa dan tawaran harga yg lebih murah. Ayam , ikan, sayur-sayuran orang lebih suka beli dengan gergasi daripada manusia kerdil di pasar Chabang Tiga.

BN=BARANG NAIK

Tunjukkan jalan keluar kepada Umno dan BN pada Pilihanraya Umum akan datang!!

fikir-fikirkan……….

PERHIMPUNAN 100K BERSIH

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Jangan lupa pada 10 November ini kita pakat gi ke Dataran Merdeka untuk memeriahkan Perhimpunan 100 ribu anjuran Bersih iaitu ringkasan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Pesan pimpinan, pakai baju t shirt kuning. Yang kerja sila usahakan ambil cuti. Tempah bas, kereta dan van , ramai2 menuju ke Dataran Merdeka. Tunjukkan kepada pemimpin negara yang korup bahawa kita mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang. Tiada lagi pengundi hantu, tiada lagi penyelewengan dalama PRU12, tiada lagi nama orang mati dala senarai daftar pengundi.

Sebagai langkah berjaga2, sila rancang bawa kereta atau van , sebab sudah dengar ada ura2 untuk tidak keluarkan permit pada tarikh tersebut.

Program Kem Anak Soleh Wakaf Mempelam

Slide di bawah merupakan sebahagian dari aktiviti Pemuda Dun Wakaf Mempelam. Program Kem Anak Soleh dikendalikan oleh WaJA Dun Wakaf Mempelam dan pesertanya terdiri daripelajar-pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar diajar cara solat yang betul termasuklah cara-cara brwudhu’, tayammum, solat berjamaah dan lain-lain perkara yang berkaitan solat. Ia diadakan dalam beberapa siri. Yang terakhir dalam bentuk kursus Pengurusan dan solat Jenazah yang dibuat di Masjid Pengadang Baru. dppkt tidak sempat nak ambil gambar kursus tersebut. InsyaaAllah kalau ada, kita masukkan dalam web ini.

Check out my Slide Show!

JAMUAN AIDILFITRI DPPKT

PENGUMUMAN

JAMUAN HARI RAYA DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU AKAN DIADAKAN PADA 24 OKTOBER 2007 JAM 4 PETANG (SOLAT ASAR BERJAMAAH) DI MARKAZ TARBIYYAH PAS KUALA TERENGGANU, KUALA IBAI.

DIJEMPUT SEMUA PEMUDA DALAM KUALA TERENGGANU DI SEMUA PERINGKAT.

DATANG BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA.

MASA DEPANMU TERJAMIN

MASA DEPANMU TERJAMIN

PENGERUSI MTD WAKAF MEMPELAM KEMALANGAN

13 Oktober 2007, Sabtu-Haji Abdul Rahman Busu, seorang pesara polis yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun Wakaf Mempelam kemalangan jalanraya kira-kira jam 6.50 pagi di jalan utama K.Terengganu-K.Brang sekembalinya dari  solat subuh di Masjid Pengadang Baru.

Beliau dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah K.T. dan ditempatkan di CCU, kemudian dibedah kepalanya pada sebelah malamnya kerana dipercayai ada pendarahan dalam otak.

Sehingga berita ditulis, mangsa telah selamat dibedah dan masih belum sedarkan diri lagi. DPPKT memohon agar orang ramai berdoa dan bersolat hajat untuk keselamatan beliau.

CERITA SEBENAR DARI MANGSA TEMBAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Berikut adalah petikan dari BuletinOnline.

——————————————————————

KUALA TERENGGANU: Suwandi Ab Ghani, 38, mangsa yang parah akibat terkena tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah di Batu Burok pada 8 September lalu, berharap polis menyiasat orang yang menembaknya dan dikenakan tindakan undang-undang.

Suwandi yang bekerja sebagai peniaga berkata demikian dalam laporan yang dibuat di Balai Polis daerah, di sini, kira-kira jam 1.00 petang, Selasa (9 September). Bersama-sama beliau ialah peguam Fariz Irwan Mustafa, yang mengiringi beliau membuat laporan ke balai polis.

Berikut ialah laporan polis yang dibuat oleh Suwandi.

Bahawa saya pada 8 September 2007, lebih kurang jam 10 malam telah tiba di Batu Burok, Lorong Kenanga dan hendak parking kereta di situ berhampiran dengan Hotel Park Inn. Saya datang seorang diri dengan kereta Mazda plet nombor TAF 117. Saya bercadang untuk hadir mendengar ceramah politik yang dianjurkan oleh Bersih.

Selepas itu, kereta saya terperangkap kerana banyak kereta di situ dan saya parking di tepi jalan tersebut sahaja. Saya pun turun pergi meninjau dan berada di tepi warung (kedai makan) sebelah Hotel Park Inn sama ada ceramah telah berlangsung.

Lebih kurang jam 10.30 malam, saya melihat pihak polis melepaskan gas pemedih mata kepada orang yang hendak hadir ceramah.

Selepas itu, pihak Polis FRU menyembur air kimia kepada orang-orang warung termasuklah saya yang berada di situ. Oleh yang demikian, saya melarikan diri daripada pancutan air kimia tersebut dan berlindung di tepi bangunan sub-stesen TNB di sebelah Hotel Park Inn.

Tiba-tiba di kalangan orang ramai yang berada di situ, saya terdengar bunyi orang berteriak: polis, polis. Bila orang berteriak, ada seseorang yang berpakaian biasa melarikan diri ke arah Polis FRU yang berada di hadapan Hotel Park Inn.

Saya juga melihat orang ramai berkejar ke arah seseorang yang berpakaian biasa tersebut. Tiba-tiba orang tersebut, pusing ke belakang dan seingat saya melepaskan dua (2) das tembakan secara rambang ke arah orang ramai sebelum dia menuju ke arah Polis FRU.

Pada waktru tersebut (lebih kurang jam 11 malam), saya nampak percikan api daripada tembakan pistol orang tersebut. Lebih kurang beberapa saat selepas itu, saya terada pedih di bahu kanan dan saya melihat ada darah keluar daripada bahu kanan saya.

Saya meminta pertolongan daripada orang ramai dan dibawa ke hospital oleh orang ramai. Saya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Saya dibawa ke Bahagian Kecemasan dan saya diberi bantuan pernafasan.

Saya dipindah selepas itu ke Wad CCU dan bahagian rusuk saya ditebuk oleh doktor untuk mengeluarkan pendarahan dalaman.

Lebih kurang jam 12 malam, saya terdengar perbualan doktor menyatakan peluru berada dalam badan saya dan tidak dapat dikeluarkan di hospital ini kerana ketiadaan pakar dan peralatan yang sesuai. Saya cuba menghubungi keluarga saya tetapi mereka tidak dibenarkan melawat saya.

Keesokan harinya, pada waktu pagi, saya dilawati oleh beberapa orang pegawai polis yang mengaku daripada Tabung Kebajikan Polis menyerahkan bantuan hamper kepada saya.

Saya kemudiannya dilawati oleh pimpinan PAS Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali dan Ustaz Hassan Salleh. Selepas itu, barulah isteri saya dan ayah saya dibenarkan melawat saya.

Saya juga dibawa ke Bilik CT Scan dan ketika keluar daripada Bilik CT Scan, saya mula digari oleh pihak polis. Pada waktu tengah hari, lebih kurang jam 3 petang, saya dibawa keluar oleh pihak hospital untuk dipindahkan ke Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu.

Bermula pada 9 September 2007, saya dirawat di HUSM sehingga 19 September 2007 saya dibenarkan pulang ke rumah saya di Terengganu.

Saya tidak dapat membuat report ini sejurus selepas kejadian tembakan tersebut kerana saya dimasukkan ke hospital dan selepas dikeluarkan oleh hospital, saya masih belum pulih sepenuhnya. Saya masih lagi merasa sakit-sakit di bahagian dalam dada saya.

Saya membuat report ini supaya orang yang menembak saya itu disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.

Sekian laporan saya.

PAS TERENGGANU SEDIAKAN 36 HENTIAN SEMPENA AIDILFITRI

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Terengganu melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menyediakan sebanyak 36 lokasi Hentian Sementara Perantau sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Lokasi-lokasi hentian tersebut melibatkan masjid, surau serta markaz di bawah kelolaan PAS yang mula beroperasi pada 10, 11 dan 12 Oktober ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mustafa Ali berkata, penyediaan lokasi itu merupakan salah satu usaha PAS membantu kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya memandangkan kempen yang dijalankan oleh kerajaan selama ini tidak menampakkan kesan positif.

“Usaha yang kita buat ini dengan menyediakan 36 buah lokasi hentian sementara untuk orang ramai yang balik kampung boleh rehat seketika. Ini juga untuk membantu kerajaan dalam kempen mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari banyak berlaku di musim perayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berharap agar orang ramai serta perantau boleh memanfaatkan hentian sementara itu di tujuh kawasan.

“Kita harap orang ramai dan perantau boleh berehat seketika dalam perjalanan yang jauh di tempat-tempat yang disediakan itu,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Keselamatan Jalan Raya negeri berkata usaha PAS menyediakan tempat rehat itu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Menurutnya, ini kali pertama pihaknya mengadakan program itu secara teratur dan tersusun melalui hebahan serta kain pemidang di sepanjang perjalanan dari Kemaman hingga Setiu.

Di KEMAMAN, lokasi hentian ialah di Surau Kampung Jabor, Surau Kampung Geliga, Surau Kampung Bukit Kuang, Surau Kampung Batu 22.

Di DUNGUN: Masjid Sura Lama, Surau Haji Abidin, Masjid Kampung Nyior, di MARANG, Masjid Rhu Muda, Masjid Rusila, Surau Serating, Masjid Pasir Putih, Surau Binjai Rendah dan Surau Durian Guling.

Di HULU TERENGGANU: Masjid Tok Randuk, Markaz Tarbiyyah Hulu Terengganu, Markaz Kampung Matang, Markaz Kampung Telaga, Suarau Kampung Binjai Kertas, Surau Kampung Kepah dan Markaz Kampung Tajin.

Di KUALA TERENGGANU: Masjid Simpang Empat Chendering, Masjid Pengadang Baru dan Masjid Batu Burok.

Di KUALA NERUS: Masjid Batu Enam, Surau Padang Air, Masjid Sungai Ikan, Surau Chalok Barat, Masjid Kampung Lak Lok, Surau Kampung Sungai Tong, Surau Kampung Pak Tuyu, Surau Pak Katak.

Di SETIU: Masjid Jabi, Surau Pengkalan Atap, Masjid Lama Kampung Buloh, Surau Kampung Lerek dan Surau Kampung Selamat.