Terengganu Kini Tempat Orang Bunuh Diri ? | ![]() |
![]() |
![]() |
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay | |
Wednesday, 26 November 2008 | |
![]() Kuala Terengganu – Ekoran dua kes cubaan bunuh diri yang dilaporkan berlaku di negeri ini baru-baru ini, Terengganu dilihat sebagai ‘tempat bunuh diri’ di kaca mata dunia luar.
‘‘Saya yakin ia tidak menjejaskan nama baik Terengganu, ia hanyalah satu kes kecil daripada keseluruhan rakyat negeri ini,” katanya yang dipetik media perdana semalam Walau bagaimana pun, pada masa yang sama beliau mengakui kerajaan Terengganu bimbang dengan dua kejadian cubaan bunuh diri secara berturut-turut, seolah-olah menjadi ‘trend’ ikutan masakini. ‘‘Walaupun ia hanya kes terpencil namun kerajaan memandang berat kes itu kerana ia membabitkan perilaku yang tidak bermoral yang bertitik-tolak kurang ajaran agama dan keruntuhan keluarga.
Sebelum itu pada Jumaat, 21 November, seorang gadis berusia 18 tahun cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat10 sebuah hotel di sini Tindakan nekad gadis yang berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah ‘salun kecantikan’ diselamatkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat setelah pengsan akibat keletihan. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika mengulas kes yang berlaku di Hulu Terengganu berkata ia adalah yang pertama berlaku sejak enam bulan beliau bertugas di Kuala Berang. “Ini kes yang pertama sejak enam bulan saya bertugas di sini (Kuala Berang) dan saya rasa ini ‘jangkitan’ dari kes di kuala Terengganu. ‘Drama’ bersiri untuk bunuh diri,” ujarnya pada sidang media di tempat kejadian. Manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menyifatkan fenomena ‘bunuh diri’ jarang berlaku terutama di Terengganu yang majoriti orang Melayu Islam. Katanya, orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT tidak akan melakukan perbuatan jenayah yang tergolong dalam perbuatan dosa besar itu.
Menurutnya, pendidikan agama yang sebenar amat penting bagi melindungi rakyat dari perbuatan yang sia-sia itu.
|
Filed under: Politik, Isu Semasa | 2 Comments »