• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Ogos 2009
    I S R K J S A
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

GAMBAR KEJOHANAN PIALA PESURUHJAYA PAS TERENGGANU 2009

MatNorPialaPesuruhjayaYB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu sedang berucap di perasmian penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya Terengganu di Gelanggang Futsal Hazlan Indoor Soccer, Gong Tok Nasek baru-baru ini.

SaniDACSFutsalPiala PesuruhjayaSaudara Sani berbincang sesuatu dengan KP DPPNT.

SaniBerucapFutsal

Saudara Sani, Pengerusi DACS (Department of Arts, Culture and Sports) Dewan Pemuda Pas Pusat sedang menyampaikan ucapan.

KejohananFutsalUHTImage028Image029Image030

Image031

Image032

Image033

Image034

Image035

Image036

Image037

Image038

Ni lah juaranya. Team dari Marang A berjaya merangkul kejohanan tersebut.

Image040Ini Jawatankuasa Kejohanan Piala Pesuruhjaya dan AJK DACS DPPNT yang menjayakan program tersebut. Tahniah!!!

Image040

Ni semua sebahagian gambar yang sempat dirakam. Maaflah sekiranya ada yang tak masuk gambar.

Advertisement

H1N1 : KERAJAAN LEMAH JIKA ISHTIHAR DARURAT

Jumlah kematian akibat H1N1 yang mencapai angka antara 2-7 orang sehari hingga kini telah mencapai 64 kes kematian.  Dengan jumlah kes dan kematian yang dicatat ini, meletakkan negara kita antara yang tertinggi di dunia.  Agak janggal untuk mengakui virus yang berasal daripada khinzir ini tersebar dengan cepat di negara yang dipimpin oleh seorang Islam dan mengakui negara Malaysia adalah negara Islam terbaik.

Sebelum wabak ini menjadi serius seperti sekarang, beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyuarakan pandangan untuk diadakan sidang Parlimen khas bagi membendung penularan wabak ini.  Malangnya, pihak kerajaan tidak mengendahkan desakan ini dan hingga kini masih bertahan dengan hujah H1N1 masih belum serius.

Kebelakangan ini juga, ada pihak yang mencadangkan termasuk Menteri Besar Kedah supaya kerajaan mengishtiharkan darurat setelah pengumuman berkaitan kemungkinan 5 juta rakyat Malaysia bakal dijangkiti virus ini jika tiada langkah pencegahan terbaik dilakukan.

Namun malang sungguh rakyat Malaysia kerana kerajaan masih bingung memikirkan segala macam perkara untuk membanteras wabak ini.  Malah kerajaan lebih suka membicarakan soal politik pilihanraya dan mesyuarat perwakilan UMNO.  Lebih mendukacitakan perihal penguatkuasaan harga penutup muka pula menjadi topik perbincangan.

Sidang parlimen khas dan pengishtiharan darurat yang kebanyakkannya datang dari pihak Pakatan Rakyat cukup sukar untuk diambil perhatian kerana bimbang mengakui kelemahan pentadbiran dan idea daripada kerajaan.  Lebih-lebih lagi di saat pilihanraya kecil Permatang Pasir ini, jika kerajaan akur dengan cadangan Pakatan Rakyat, ia menyerlahkan kelemahan kerajaan.

Adakah kepentingan politik lebih diutamakan berbanding keselamatan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia?  Patutlah ramai cendekiawan memperlekeh slogan ‘ Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan ‘.  Adakah kerajaan menanti ratusan rakyat mati akibat H1N1 maka baru tindakan drastik diambil?  Seperti mana PPSMI yang menyaksikan ratusan ribu pelajar menjadi ‘eksperimen’ sedangkan bantahan telah wujud sejak awal lagi.

ISU NOTIS KOSONGKAN PREMIS PERNIAGAAN DI JLN BANGGOL

ALAMAKADEMIKRintihan kakitangan/pekerja di kedai-kedai yang terlibat dengan notis perobohan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu .

ALAMAKADEMIK2Keratan akhbar ditampal pada tiang-tiang di depan kedai mereka sebagai tanda protes terhadap usaha kerajaan melalui MBKT ‘menghalau’ mereka.

ALAMAKADEMIK3MBKT beri notis 30 hari sahaja yang berakhir hari ini 13 Ogos kepada mereka untuk mengosongkan kedai-kedai. Mana sempat beb!

ENhOWEncik How , pengerusi badan bertindak peniaga-peniaga yang terlibat sedang ditemubual oleh wartawan.

Image005Suatu penyataan protes yang menarik dari pekedai. “MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN” BERTUKAR “MRUNTUH TAMADUN DENGAN MELUPAKAN SEJARAH”.

Image011Lagi keratan akhbar ditampal sebagai tanda protes. Memang notis sebulan tidak realistik. Inikah sesuai dengan slogan kerajaan pimpinan Najib, “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.”???

………………………………..

Foto2 di atas merupakan sebahagian senario pagi tadi di mana peniaga-peniaga di Jalan Banggol berdekatan Pasar Kedai Payang mengadakan demonstrasi secara aman sebagai bantahan kepada kerajaan melalui MBKT yang mahu merobohkan deretan kedai sebanyak 34 buah yang melibatkan seramai 200 pekerja di pelbagai kedai termasuk kedai buku, kedai emas, kedai barang elektrik, kedai makan, kedai pakaian dan sebagainya.

Demo tersebut dipimpin oleh MAMPAT sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan hak-hak rakyat Terengganu. Kelihatan pada demo pagi tadi antaranya Pengerusi penaja DAP Terengganu Encik Ng Chai Hing, Wakil Angkatan Muda Keadilan Terengganu dan juga wakil Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

LOKET SESAT DIJUAL SECARA TERBUKA DI TERENGGANU

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu mendesak Jabatan Hal Ewal Agama Terengganu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual lambang agama seperti loket bertulisan ALLAH dan lambang salib secara terbuka.

GAMBAR2 HIMPUNAN ISA

nasir&usopSKANDAL PEMUDA K.TRG.  BERGAMBAR DENGAN GADIS2 KOTA. SIAPAKAH MEREKA YG BERTOPENG INI? CUN2 AWEK DI SEBELAH. NISA’ KL KE?

UST AZLISEMPAT JUMPA USTAZ TALIBAN. BERGAYA DGN BAJU T PERAK…

ABG MAT PAKAI TOPENGABANG MAT MENCUBA IDENTITI BARU DENGAN MEMAKAI TOPENG. RASANYA TAK TAHAN LAMA. SAT LAGI BUKAK LA TOPENG TU..PANAS, SUSAH NAK BERNAFAS…DI HADAPAN BELIAU SAUDARA HANIPA MAIDIN, SEORANG PEGUAM BERANI MATI. TAK TAKUT PADA FRU MAHUPUN FLU(SWINE FLU).

DSAI&SAMKEBETULAN, DITAKDIRKAN PENULIS BERADA DI HADAPAN PERTAMA COMPLEX. TIBA2 DSAI, SAM(SHAMSUL ISKANDAR) KELUAR DARI DALAM PERTAMA COMPLEX. KETIKA ITU SUDAH AGAK LAMA BERLANGSUNG DEMO. TAK LAMA KEMUDIAN, MEREKA MASUK BALIK KE DALAM PERTAMA.

FARIZMUSA-ISACIKGU FARIZ MUSA. SEBELUM BERSALAM, PENULIS SEMPAT LAGI KLIK KAMERA HP. BELIAU NAMPAK STEADY WALAUPUN BARU SAHAJA DI’BOM’ ASAP FRU SEBELAH SANA.

BANNER MANSUH ISAKEHADIRAN SEMUA KAUM MENENTANG AKTA ISA MENANDAKAN ‘SATU MALAYSIA’ BERSATU MENENTANG KEZALIMAN UMNO BN.

MENANTIDISERANGNI SEBAHAGIAN KECIL SHJ. RAMAI LAGI FRU SEBELAH LAIN. KAMI BUKAN MUSUH ANDA. BIARKAN KAMI DEMO SECARA AMAN.

PEJUANGMENANTIDITAHANSEKUMPULAN POLIS BERPAKAIAN PREMAN DAN SERAGAM MENGEPUNG YB AIMAN ATHIRAH AL JUNDI DAN BEBERAPA WANITA BERSAMA BELIAU.

FRU-ISAFRU SEDANG MENUNGGU ROMBONGAN…

BERHIMPUN-ISA-DEPAN PEJPASPESERTA HIMPUNAN BERHIMPUN DI DEPAN PEJABAT PAS PUSAT UNTUK MENDENGAR UCAPAN2 PEMIMPIN2 PR. ANTARANYA,SYED IBRAHIM(GMI) MAHDUZ OMAR, TIAN CHUA, LIM KIT SIANG, DSAI, TG PRESIDEN PAS, MAT SABU, DAN BEBERAPA ORANG LAGI. IA DIAKHIRI DOA OLEH TG PRESIDEN. TAPI YG BENGANGNYA, FRU DATANG SELEPAS ORANG RAMAI SUDAH BERDOA MENANDAKAN BERSURAI, TERUS MENYEMBUR AIR DAN MENEMBAK BOM GAS KE ARAH BANGUNAN PAS. TAK SEMPAT NAK RAKAM PERISTIWA TU…

CATATAN SEORANG ANAK MANGSA ISA

Kami paparkan cerita ini sempena Himpunan Membantah ISA yg baru berlalu 1 Ogos lepas.

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA – Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA !!!!!

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya……
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur…
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis….
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah… Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian….
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah…

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur… Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya…hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut….
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan… namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan…

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.
SEBARKAN!!!!

SIAPA ADUN UMNO TERENGGANU YG DITAHAN SPRM?

Berita sensasi ni kami dapati dari mymigrasi.ning.com.

DUN Kemasik Ditahan SPRM.. Apakah akan ada lagi kematian?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000, demikian lapor Bernama.

ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai mener… Continue

Posted by mymigrasi on August 3, 2009 at 2:30am