Perbicaraan Rayuan Ikatjamin Suwandi Abdul Ghani dan Azman A.Aziz pada hari ini berjalan lancar. Tiada perhimpunan besar-besaran berlaku. Tiada TAKBIR, tiada ucapan berapi-api dari pimpinan pembangkang. Cuma yang mencacatkan suasana ialah persatuan bekas perisik Malaysia hadir di hadapan pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Terengganu untuk buat Kenyataan Akhbar membantah sekeras-kerasnya permohonan Rayuan ikatjamin Suwandi dan Azman dengan alasan mereka telah mencederakan polis.
Lihat betapa angkuhnya golongan yang mahu menangguk di aiar yang keruh sehinggakan menghukum sebelum dijatuhkan hukuman.
Kelihatan orang awam berkumpul seawal 9 pagi tetapi bilangannya hanya sekitar 50 orang sahaja walaupun pimpinan pemuda menegaskan bahawa memang tiada arahan agar berkumpul, berhimpun, bertakbir mahupun bersolat hajat pada pagi ini.
Tetapi yang mendukacitakan ialah ada sms palsu(provokasi) yang sampai kepada orang awam , mengarahkan mereka datang beramai-ramai ke Mahkamah untuk memberi sokongan dan bersolat hajat, agar timbul situasi tegang.
Fariz Irwan Dato’ Mustafa, salah seorang peguam suwandi dan Azman memberitahu dppkt semalam bahawa beliau ke Penjara Marang untuk bertemu dengan anakguamnya tetapi malangnya pihak polis telah membawa mereka berdua ke lokap polis dengan lebih awal.
Perbicaraan hari ini dijangkakan akan berakhir dengan Kelulusan kepada Suwandi dan Azman untuk dibebaskan. Tapi amat mendukacitakan apabila Hakim menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya seawal jam 11 pagi kepada 3 petang, kemudian disambung sehinggalah selesai jam 7.45 malam!! Lagi mendukacitakan ialah keputusannya ditangguh ke 20 Januari 2008.
DPPKT merayu agar orangramai terus menerus bersolat hajat untuk keselamatan mereka berdua sepanjang berada di penjara. Percayalah Allah mendengar doa orang yang dizalimi tanpa hijab.
Wallahu a’lam.
Filed under: Nasional, Politik, Isu Semasa | Tagged: Batu burok, Isu semasa, Nasional, suwandi dan azman | Leave a comment »