AL FATIHAH BUAT SYEIKH DR. FATHI YAKAN YANG KEMBALI KE RAHMATILLAH PETANG SEMALAM. BELIAU MERUPAKAN ANTARA TOKOH GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA YANG SANGAT DIHORMATI. BUKU BELIAU YANG BERTAJUK MAZA YA’NI INTIMA’I BIL ISLAM (APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM) SANGAT TERSOHOR DALAM DUNIA GERAKAN ISLAM. IA DIGUNAKAN SEBAGAI TEKS USRAH DI MANA2.
MUDAH2AN ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN TEMPATKAN BELIAU DI KALANGAN PARA NABI, SOLEHIN, SIDDIQIN DAN SYUHADA’ AKHIRAT. AMIN.
SEMPENA MEMPERINGATI BELIAU, DPPKT TURUNKAN DI SINI TULISAN BELIAU YANG MENYENTUH 7 FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN GERAKAN ISLAM:
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.
Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun di tahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik.
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.
Filed under: Agama,Kuliah, Tazkirah, Antarabangsa | Leave a comment »