H1N1 : KERAJAAN LEMAH JIKA ISHTIHAR DARURAT

Jumlah kematian akibat H1N1 yang mencapai angka antara 2-7 orang sehari hingga kini telah mencapai 64 kes kematian.  Dengan jumlah kes dan kematian yang dicatat ini, meletakkan negara kita antara yang tertinggi di dunia.  Agak janggal untuk mengakui virus yang berasal daripada khinzir ini tersebar dengan cepat di negara yang dipimpin oleh seorang Islam dan mengakui negara Malaysia adalah negara Islam terbaik.

Sebelum wabak ini menjadi serius seperti sekarang, beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyuarakan pandangan untuk diadakan sidang Parlimen khas bagi membendung penularan wabak ini.  Malangnya, pihak kerajaan tidak mengendahkan desakan ini dan hingga kini masih bertahan dengan hujah H1N1 masih belum serius.

Kebelakangan ini juga, ada pihak yang mencadangkan termasuk Menteri Besar Kedah supaya kerajaan mengishtiharkan darurat setelah pengumuman berkaitan kemungkinan 5 juta rakyat Malaysia bakal dijangkiti virus ini jika tiada langkah pencegahan terbaik dilakukan.

Namun malang sungguh rakyat Malaysia kerana kerajaan masih bingung memikirkan segala macam perkara untuk membanteras wabak ini.  Malah kerajaan lebih suka membicarakan soal politik pilihanraya dan mesyuarat perwakilan UMNO.  Lebih mendukacitakan perihal penguatkuasaan harga penutup muka pula menjadi topik perbincangan.

Sidang parlimen khas dan pengishtiharan darurat yang kebanyakkannya datang dari pihak Pakatan Rakyat cukup sukar untuk diambil perhatian kerana bimbang mengakui kelemahan pentadbiran dan idea daripada kerajaan.  Lebih-lebih lagi di saat pilihanraya kecil Permatang Pasir ini, jika kerajaan akur dengan cadangan Pakatan Rakyat, ia menyerlahkan kelemahan kerajaan.

Adakah kepentingan politik lebih diutamakan berbanding keselamatan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia?  Patutlah ramai cendekiawan memperlekeh slogan ‘ Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan ‘.  Adakah kerajaan menanti ratusan rakyat mati akibat H1N1 maka baru tindakan drastik diambil?  Seperti mana PPSMI yang menyaksikan ratusan ribu pelajar menjadi ‘eksperimen’ sedangkan bantahan telah wujud sejak awal lagi.

Advertisements

TAHNIAH RAKYAT! PPSMI AKAN DIMANSUH

Setelah habis segala macam helah untuk mempertahankan PPSMI, hari ini akhirnya kerajaan akur dengan kehendak majoriti pihak bahawa PPSMI tidak relevan. Walaupun keputusan ini masih ditentang oleh Tun Mahathir, tetapi kerajaan tegas untuk memansuhkannya mungkin juga disebabkan faktor politik.

2012 dipilih sebagai tahun untuk pemansuhan kerana untuk mengurangkan beban serangan isu oleh PR dalam PRU akan datang. Juga tidak dimansuhkan terlalu awal untuk mengelakkan dikategorikan sebagai dasar yang membazir.

Namun isu yang besar adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia melalui saluran ‘desakan’. Selain kajian ilmiah berkaitan PPSMI, gerakan pemansuhan ini digembeling dengan penuh tersusun melalui Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Turut menyumbang ialah penulisan melalui buku, artikel, sesi ceramah dan demonstrasi. Rakyat telah mengajar kerajaan.

Sebagaimana himpunan Bersih dua tahun lalu, di mana tuntutan yang di kemukakan tidak diendahkan oleh kerajaan. Maka PRU lepas kerajaan telah menerima ‘penangan’nya. Dan isu PPSMI ini menyaksikan kerajaan telah belajar bahawa himpunan jalanan bukan perkara remeh. Dari itu, satu lagi isu yang bakal menggugat kerajaan sekarang ialah ISA. PR telah merancang untuk himpunan besar-besaran pada 1 Ogos ini untuk menuntut ISA dihapuskan. Maka menyedari implikasi yang bakal diterima, kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji semula ISA. Namun harus diingat, janji bukanlah penamat segala isu selagi tiada perlaksanaan.

Daripada email

MAT SAID BIJAK PILIH WAN FARID

aetikel daripada e-mail .

Pemilihan Dato’ Wan Farid sebagai calon BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dilihat sebagai penentu kesinambungan atau berakhirnya karier politik beliau.  Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai lebih 80 ribu pengundi, akan menentukan nasib beliau.

Wan Farid dikatakan bukanlah calon terbaik untuk kerusi ini dan pemilihan beliau membuktikan suatu ‘pelan politik bahagian’ ke arah kenyataan.  Setelah beliau menang tanpa cabaran jawatan Ketua UMNO bahagian, cukup sukar untuk menidakkan ‘kumpulan’ Wan Farid dalam jawatankuasa UMNO bahagian.  Gandingan Wan Farid-Sabri Alwi-Wan Hisham yang merupakan kroni Pak Lah sebagai teraju UMNO bahagian tidak disukai sesetengah pemimpin UMNO negeri.

Menteri Besar Terengganu yang sering melawan arus dengan keputusan UMNO pusat sekali lagi bijak dalam percaturan beliau untuk UMNO bahagian Kuala Terengganu.  Kali ini serampang dua mata beliau meletakkan strategi politik ke tahap terbaik.

Dengan memilih Wan Farid sebagai calon, menang atau kalah tidak menjadi perkiraan.  Kerana kedua-dua keputusan memberi untung.

Kemenangan Wan Farid akan menaikkan kredibiliti Menteri Besar sebagai Pengerusi UMNO negeri yang sering diperlekehkan sebelum ini.  Malah memberikan suatu impak yang hebat dalam UMNO di saat parti itu dalam keadaan ‘goyah’.  Malah suatu hadiah manis kepada presiden yang bakal berundur.

Kekalahan pula dilihat sebagai menamatkan riwayat Wan Farid yang merupakan anak emas kepimpinan Pak Lah.  Juga sebagai tamparan kepada UMNO bahagian yang dikatakan bukanlah dari kumpulan MB.  Tambahan pula, kabinet Najib Mac depan cukup sukar melihat Wan Farid terus kekal hatta menggunakan tiket sebagai senator.  Ini akan memberi peluang kepada kumpulan MB kembali semula dalam jawatankuasa UMNO bahagian.

Lantas kempen kali ini meletakkan tanggungjawab kepada UMNO bahagian lebih berat berbanding negeri.

-ahli fikir-

DI SEBALIK WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Artikel ini dihantar oleh seorang rakan melalui email. Amat berguna untuk memahami tentang Wilayah Pembangunan Iskandar.

Teruskan membaca

“KITA CAKAP, KITA BUAT”-SILA LETAK JAWATAN!!

Di bawah ini dppkt siarkan satu coretan menarik dari seorang teman cyber yang menggelarkan dirinya cucutokwang.

MB ANGKAK SUPOH

Semalang Mad Said angkat supoh jadi menteri besor Teranung. Puok2 hok derhaka ke Sultang pung ade maghi belake. Ambe ingat ke Derih dok maghi doh. Rupe2nye muke dok mmalu tu maghi jugok. Siap pelok Mad Said lagi. Sorang lagi Rosul takdok wahyu. Kate nok letok jawatang kalu Mad Said angkak supoh. Bakpe mung dok letok jawatang di Istane rama2. Puok2 ning bukang stakat derhaka ke Sultang, hok terok lagi derhake ke Allah dok sedor skit abok.

KITA CAKAP, KITA BUAT

Ambe teringat ke ayat2 hok Derih promot. Antaranye bunyi “Kita Cakap, Kita Buat”. Ari tu Rosul kate nok letak jawatang, tapi tok buat pung. Ni la puok2 hok cakap dok serupe biking. Mad Said pulok melaksanekang slogan Derih hok bunyi “TIADA HALANGAN, HANYA PELUANG”.

EXCO TAK DOK LAGI

Ambe ingak ke exco angkak supoh slalu kmareng. rupe2nye dok lagi. Kate Mad Said bui mase ke die tempoh seminggu atau 10 hari nak lantik exco2. agok2 sape lah hok layok jadi exco mad said. 23 orang penderhaka blake. Kalu Mad Said lantik jgok maknenye macam mad said pong derhake jugok la. Tapi nok buat guane? tok kang nok lantik puok kite hok hijau ni? Aie berak kije mad said ni….Mudoh2an Agong ampung doh sek2 derhake ni…

MAMPAT

Ambe nok ucap tahniah la ke Mampat sebab berjaye anjur perhimpunang sambut Sultan kite di Lapangang Terbang 29 Mac baru2 ni. ikut kate kawang ambe, seorg reporter, ade dekat 30, 000 maghi. ade hok kate sapa 50,000. Dok tau la angke sebenor. AMbe kate 15,000 ribu je. kalu betul hok 15 ribu pung lepas target doh. TAHNIAH!!TAHNIAH!! Ghamoknye pengerusi MAMPAT lepas ni buleh anugerah mende ape? Ambe percaye die bukang kejo ke pangkat macang puok2 umno. Susoh hati puok tu bile dengor kabor nok kene tarik gelorang dato’. Dengor kabor ari tu, Sultang kite pung takbir jugok slow2. TAKBIR!!!!Hidup Sultang Mizang!!! Ambe gi jugok ari tu. mase balik ambe sengaje balik lewat sebab malas nok bratur krete panjang2. lama gile jammed. sampa pukul 1ptg baru lege jalang. menasaboh la kalu kate 30,000 ribu. Ambe teringat berite Berita Hairan kate 10ribu sambut Derih di Besut lepas komfem tok jadi MB. Hok peliknye dalang METRO pulok kate 300 org je. hok mane se betul ni? Panda2 sndiri la pikir hok mane betul…………

UKIRAN DEWA

Lepah pade berhimpung, ambe gi minung kedai dekak lapangang terbang. Temung ngang saing lame. die kabor la ade ukirang dok comel dalang bilik vvip. ambe tanye mende ape? Katenye ade ukirang macang patung dewa same ade buddha @ hindu. di sepanjang pagor flyover sbeloh kanang pung ade jugok katenye. ambe tanye guane buleh jadi gitu? Katenye Derih wak maghi ‘design’ dari Bali. Patut pung….Dok abih crite Jing Sejid Kristel, maghi pulok Jing Lapangang Terbang. Kalu Sultang tau hok ni, lagi murke ghamoknye. Dok soh maing politik la Derih wei, gi balik ngaji pondok pasir tumboh nu……