• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

PUTERI JADI CALON, CHE MAT JUSOH ACU SENAPANG

puteri-trg.jpg Penyenaraian Nordiana Shafie, ketua puteri UMNO Terengganu sebagai salah satu pilihan untuk menjadi calon di DUN Batu Burok menghangatkan lagi Pilihan Raya ke-12 kali ini. Selain beliau, dua orang lagi calon yang disebut-sebut bakal mengisi tempat ini ialah bekas Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh dan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Sabri Alwi.

Kesemua mereka merupakan ahli UMNO yang berprofil tinggi. Namun, Nordiana dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon kerana mempunyai rekod yang baik dan ditambah dengan perpecahan dalaman UMNO yang membawa kepada team Che Mat Jusoh dan team Sabri Alwi. Nordiana yang merupakan senator di Parlimen Malaysia telah menolak untuk menjadi calon ketika PRU lalu.sabri-alwi.jpg

Ketua Pemuda UMNO, Sabri Alwi mungkin telah disingkirkan ekoran sejak akhir-akhir ini beliau tenggelam dengan gelombang team Che Mat Jusoh yang begitu ghairah melobi untuk menjadi calon. Semasa pelancaran gerak kerja PRU peringkat DUN Batu Burok, gambar Sabri Alwi tidak dipaparkan walaupun satu di mana-mana poster dan banner. Sabri yang mempunyai pengikut dari kalangan pemuda telah memulakan kempen dengan menghantar kad tahun baru kepada semua pengundi di DUN Batu Burok.

Kini, nama Sabri mula menjadi pilihan Idris Jusoh selepas Che Mat dikatakan kurang sesuai menjadi calon kerana tiada kredibiliti selepas dilantik menjadi Yang Dipertua DUN Terengganu. Sikap beliau ketika perbahasan dewan yang hanya membiarkan Tuan Guru Dato’ seri haji Abdul Hadi dimaki hamun dengan kata-kata kesat oleh ADUN UMNO menaikkan semangat petugas PAS untuk menumbangkan beliau jika menjadi calon lagi. Ditambah pula dengan satu laporan polis semalam yang mendakwa beliau mengacukan senapang kepada petugas PAS yang memasang bendera di hadapan rumahnya memburukkan lagi imej beliau.

DUN Batu Burok merupakan kubu PAS sejak beberapa penggal lepas. Dalam PRU lepas, Dato’ Wan Abdul Muttalib telah menang ke atas Che Mat Jusoh dengan majoriti tipis dan ini menjadi asas UMNO untuk menumbangkan PAS di sini.

Namun melihatkan perkembangan muktahir, PAS diramal menang lagi di DUN ini yang pernah dihiasi dengan peristiwa berdarah. Kesilapan UMNO meletakkan calon juga bakal mengundang padah kepada mereka.

Advertisement

KEPUTUSAN RAYUAN IKATJAMIN SUWANDI DAN AZMAN DITANGGUH!!

keluarga-suwandi.gifPerbicaraan Rayuan Ikatjamin Suwandi Abdul Ghani dan Azman A.Aziz pada hari ini berjalan lancar. Tiada perhimpunan besar-besaran berlaku. Tiada TAKBIR, tiada ucapan berapi-api dari pimpinan pembangkang. Cuma yang mencacatkan suasana ialah persatuan bekas perisik Malaysia hadir di hadapan pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Terengganu untuk buat Kenyataan Akhbar membantah sekeras-kerasnya permohonan Rayuan ikatjamin Suwandi dan Azman   dengan alasan mereka telah mencederakan polis.

Lihat betapa angkuhnya golongan yang mahu menangguk di aiar yang keruh sehinggakan menghukum sebelum dijatuhkan hukuman.

Kelihatan orang awam berkumpul seawal 9 pagi tetapi bilangannya hanya sekitar 50 orang sahaja walaupun pimpinan pemuda menegaskan bahawa memang tiada arahan agar berkumpul, berhimpun, bertakbir mahupun bersolat hajat pada pagi ini.

Tetapi yang mendukacitakan ialah ada sms palsu(provokasi) yang sampai kepada orang awam , mengarahkan mereka datang beramai-ramai ke Mahkamah untuk memberi sokongan dan bersolat hajat, agar timbul situasi tegang.

Fariz Irwan Dato’ Mustafa, salah seorang peguam suwandi dan Azman memberitahu dppkt semalam bahawa beliau ke Penjara Marang untuk bertemu dengan anakguamnya tetapi malangnya pihak polis telah membawa mereka berdua ke lokap polis dengan lebih awal.

Perbicaraan hari ini dijangkakan akan berakhir dengan Kelulusan kepada Suwandi dan Azman untuk dibebaskan.  Tapi amat mendukacitakan apabila Hakim menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya seawal jam 11 pagi kepada 3 petang, kemudian disambung sehinggalah selesai jam 7.45 malam!! Lagi mendukacitakan ialah keputusannya ditangguh ke 20 Januari 2008.

DPPKT merayu agar orangramai terus menerus bersolat hajat untuk keselamatan mereka berdua sepanjang berada di penjara. Percayalah Allah mendengar doa orang yang dizalimi tanpa hijab.

Wallahu a’lam.

SUWANDI&AZMAN TIDAK DIBENARKAN IKATJAMIN

Suwandi, Azman kekal tidak dibenar ikat jamin – Mustaffa Ali kesal PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay & AYu
Sunday, 30 December 2007
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/azmansuwandimahkamah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 30 Dis – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan polis dalam Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz di ikat jamin.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong.

Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

Pada 9 Disember lalu, Hassan memutuskan Suwandi, 38, dan Muhammad Azman, 21, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Sehubungan dengan itu Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Hj Mustaffa Ali merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau menyatakan demikian didalam kenyataan akhbar beliau yang dikeluar hari ini. Berikut adalah salinan yang di e-melkan kepada Buletinonline :

KENYATAAN AKHBAR 

Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran.

Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret.

Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu.

Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita.

Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan.

Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui.

Dato’ Haji Mustafa Ali,

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Bertarikh: 30 Disember 2007

SOLAT HAJAT UTK PERBICARAAN KES BATU BUROK

bh180907dikehendaki.jpg

DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU menyeru orang ramai, rakyat Malaysia, umat Islam, rakan-rakan seperjuangan dalam gerakan Islam seluruh dunia bersolat hajat untuk PERBICARAAN KES BATU BUROK yang akan diadakan pada 30 dan 31 Disember 2007 ini.

Seramai 21 orang akan dibicarakan pada tarikh tersebut. Semuanya dibenarkan ikat jamin melainkan dua orang iaitu Suwandi Abdul Ghani,38, dan Azman Abdul Aziz, 21, yang tidak dibenarkan ikatjamin dan sekarang direman sementara menunggu perbicaraan di Penjara Marang.

Mereka berdua dituduh mencederakan polis pada kejadian batu burok 8 September 2007 lalu. Mereka ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Suwandi Abdul Ghani terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang berada seinci daripada jantung beliau.

SAMA-SAMA LAH KITA BERDOA  AGAR ALLAH MEMENANGKAN PIHAK YANG BENAR DAN MENGALAHKAN PIHAK YANG BATIL.

dppkt: PELIK bin AJAIB!! orang yang menemba terlepas,orang yang ditembak dituduh…… 

PEMUDA K. TRG MELAWAT AZMAN DI PENJARA

Dato’ Mustafa Ali lawat Azman di penjara Marang PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh AYu
Monday, 17 December 2007
Marang, 17 Dis – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali menziarahi Muhammad Azman, salah seorang mangsa yang ditembak dengan peluru hidup didalam Insiden Berdarah Batu Burok, yang kini ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Turut hadir bersama Dato’ Mustaffa Ali ialah seisi keluarga Azman, Ibu, Ayah dan empat adiknya. Azman  kelihatan ceria berbual pada pertemuan selama 40 minit itu y turut disertai ayah, ibu serta empat orang adik beradiknya.

Rombongan lawatan jam 3.00 petang itu turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ahmad Kamal Ali dan Setiausaha Urusan Ulamak PAS Kawasan Marang, Ustaz Suhairi Daud.

Pada sebelah pagi, beberapa kepimpinan PAS turut serta dalam lawatan keluarga Suwandi Ab Ghani.

Antara yang hadir ialah Cikgu Mohd Draman, Tim Pengarah IKP, Ustaz Saharizukirnain Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS negeri, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Mohd Salleh.

Suwandi dan Azman ditahan reman di penjara tersebut  sehingga hari perbicaraan pada 30 dan 31 Disember depan.

Inilah pertama kali dalam sejarah perundangan di Malaysia tertuduh ditolak ikat jamin dan ditahan di penjara, diatas dakwaan kes yang boleh diikat jamin (bailable) . Selain itu juga kehadiran Peguam Negara yang turun sendiri menjadi pendakwaraya didalam kes Batu Burok mengejutkan semua pihak.

Sehubungan dengan itu, usaha guaman sedang dibuat untuk menyemak perintah reman di penjara keatas Suwandi dan Azman melalui ‘judicial review’ yang akan difailkan oleh Tetuan Aziz & Co. Sekiranya semakan penghakiman (judicial review) ditolak, peluang untuk rayuan (appeal) akan dibuat, memandangkan perbicaraan keatas Suwandi dan Azman dijangka berlarutan.

Selain Azman dan Suwandi, seramai 20 orang lain yang berkaitan dengan Insiden Berdarah Batu Burok akan didakwa dibawas seksyen 27(5) ‘menghadiri perhimpunan haram tanpa permit’. Sebutan kes akan didengar 2 & 3 Januari, 2008.

Sementara seorang pemuda yang ‘kurang akal’ yang di tuduh merosakkan kemudahan awam berhubungkait dengan Insiden 8 September akan dihadapkan kemahkamah pada 26 dan 27 Disember akan datang.

INKUIRI AWAM TRAGEDI 8 SEPTEMBER BATU BUROK

PENGUMUMAN

Satu Inkuiri Awam berkenaan isu Peristiwa Tembakan Polis 8 September di Batu Burok akan diadakan di Primula Beach Resort bermula 14, 15 dan 16 Disember 2007 bermula jam 9 pagi.

Datuk Muhammad Shafee Abdullah (Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) akan mempengerusikan Inkuiri tersebut. Media massa dijemput sama untuk membuat liputan berita pada tarikh tersebut.

SEMUA PENYOKONG PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL.

PROGRAM PEMUDA BERSAMAMU

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Satu Program yang diberinama PEMUDA BERSAMAMU akan diadakan pada 3 November 2007 di Dun Batu Burok. Program ini akan dihadiri oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, ahli-ahli jawatankuasa Pemuda negeri, Ahli Jawatankuasa pemuda Kawasan dan ahli-ahli jawatankuasa pemuda Dun Batu Burok.

Program akan dimulakan dengan ziarah fakir miskin dan menyampaikan sedikit bantuan. Kemudian rombongan pemuda akan ke kedai kopi untuk bersama-sama dengan orang ramai. Sekiranya tiada halangan cuaca dan ada pemuda-pemuda yang bermain bola pada petang hari tersebut, rombongan pemuda akan menuju ke padang bola untuk bersama-sama dengan mereka. Pada malam harinya, acara kemuncak iaitu Ceramah oleh Ustaz Azman Shafawi, YB Dato Haji Wan Abdul Muttalib Embong Adun Batu Burok, dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu.

Semua pemuda di dun Batu Burok dijemput memeriahkan program tersebut.

CERITA SEBENAR DARI MANGSA TEMBAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Berikut adalah petikan dari BuletinOnline.

——————————————————————

KUALA TERENGGANU: Suwandi Ab Ghani, 38, mangsa yang parah akibat terkena tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah di Batu Burok pada 8 September lalu, berharap polis menyiasat orang yang menembaknya dan dikenakan tindakan undang-undang.

Suwandi yang bekerja sebagai peniaga berkata demikian dalam laporan yang dibuat di Balai Polis daerah, di sini, kira-kira jam 1.00 petang, Selasa (9 September). Bersama-sama beliau ialah peguam Fariz Irwan Mustafa, yang mengiringi beliau membuat laporan ke balai polis.

Berikut ialah laporan polis yang dibuat oleh Suwandi.

Bahawa saya pada 8 September 2007, lebih kurang jam 10 malam telah tiba di Batu Burok, Lorong Kenanga dan hendak parking kereta di situ berhampiran dengan Hotel Park Inn. Saya datang seorang diri dengan kereta Mazda plet nombor TAF 117. Saya bercadang untuk hadir mendengar ceramah politik yang dianjurkan oleh Bersih.

Selepas itu, kereta saya terperangkap kerana banyak kereta di situ dan saya parking di tepi jalan tersebut sahaja. Saya pun turun pergi meninjau dan berada di tepi warung (kedai makan) sebelah Hotel Park Inn sama ada ceramah telah berlangsung.

Lebih kurang jam 10.30 malam, saya melihat pihak polis melepaskan gas pemedih mata kepada orang yang hendak hadir ceramah.

Selepas itu, pihak Polis FRU menyembur air kimia kepada orang-orang warung termasuklah saya yang berada di situ. Oleh yang demikian, saya melarikan diri daripada pancutan air kimia tersebut dan berlindung di tepi bangunan sub-stesen TNB di sebelah Hotel Park Inn.

Tiba-tiba di kalangan orang ramai yang berada di situ, saya terdengar bunyi orang berteriak: polis, polis. Bila orang berteriak, ada seseorang yang berpakaian biasa melarikan diri ke arah Polis FRU yang berada di hadapan Hotel Park Inn.

Saya juga melihat orang ramai berkejar ke arah seseorang yang berpakaian biasa tersebut. Tiba-tiba orang tersebut, pusing ke belakang dan seingat saya melepaskan dua (2) das tembakan secara rambang ke arah orang ramai sebelum dia menuju ke arah Polis FRU.

Pada waktru tersebut (lebih kurang jam 11 malam), saya nampak percikan api daripada tembakan pistol orang tersebut. Lebih kurang beberapa saat selepas itu, saya terada pedih di bahu kanan dan saya melihat ada darah keluar daripada bahu kanan saya.

Saya meminta pertolongan daripada orang ramai dan dibawa ke hospital oleh orang ramai. Saya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Saya dibawa ke Bahagian Kecemasan dan saya diberi bantuan pernafasan.

Saya dipindah selepas itu ke Wad CCU dan bahagian rusuk saya ditebuk oleh doktor untuk mengeluarkan pendarahan dalaman.

Lebih kurang jam 12 malam, saya terdengar perbualan doktor menyatakan peluru berada dalam badan saya dan tidak dapat dikeluarkan di hospital ini kerana ketiadaan pakar dan peralatan yang sesuai. Saya cuba menghubungi keluarga saya tetapi mereka tidak dibenarkan melawat saya.

Keesokan harinya, pada waktu pagi, saya dilawati oleh beberapa orang pegawai polis yang mengaku daripada Tabung Kebajikan Polis menyerahkan bantuan hamper kepada saya.

Saya kemudiannya dilawati oleh pimpinan PAS Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali dan Ustaz Hassan Salleh. Selepas itu, barulah isteri saya dan ayah saya dibenarkan melawat saya.

Saya juga dibawa ke Bilik CT Scan dan ketika keluar daripada Bilik CT Scan, saya mula digari oleh pihak polis. Pada waktu tengah hari, lebih kurang jam 3 petang, saya dibawa keluar oleh pihak hospital untuk dipindahkan ke Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu.

Bermula pada 9 September 2007, saya dirawat di HUSM sehingga 19 September 2007 saya dibenarkan pulang ke rumah saya di Terengganu.

Saya tidak dapat membuat report ini sejurus selepas kejadian tembakan tersebut kerana saya dimasukkan ke hospital dan selepas dikeluarkan oleh hospital, saya masih belum pulih sepenuhnya. Saya masih lagi merasa sakit-sakit di bahagian dalam dada saya.

Saya membuat report ini supaya orang yang menembak saya itu disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.

Sekian laporan saya.

BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN

BANNER BARU

jam 8.30 pagi, penulis keluar menuju ke tempat kerja, sampai dekat lampu isyarat gong kapas, berhampiran Sekolah Menengah Agama Khairiah, ternampak banner baru, sempat baca tertulis Baling Batu, Sembunyi Tangan. Lalu adalah gambar kononnya ‘perusuh’ pd banner. Penulis teringat zaman sekolah menengah dulu, apa maksud Baling Batu Sembunyi Tangan? Kata cikgu Bahasa Melayu penulis, maknanya Buat jahat tapi tak mengaku. Dalam isu peristiwa Berdarah Batu Burok 8 September lalu, memang sudah terang lagi bersuluh bahawa yang memulakan provokasi adalah pihak polis. Dato’ Mustafa Ali selaku Pesuruhjaya Pas Terengganu mendakwa bahawa ada unsur konspirasi orang politik dalam hal ini. Lalu beliau menyebutkan nama Dato’ Wan Ahmad Farid, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, sebagai orang yang bertanggungjawab merancang konspirasi 8 September lalu.

Jadi, yang sebenarnya Baling Batu, Sembunyi Tangan ialah Dato’ Wan Ahmad Farid dan kuncu-kuncunya dari BN.

dppkt: pegang batu aje, tak baling2…

BUDAYA GANAS

Sekarang ni BN duk canang2 Pas ganas, Pas ajar budaya ganas. Skrip ni macam dah biasa dengar kat luar negara. US dan Barat secara umum memang anggap Umat Islam ganas. Bush anggap orang Palestine ganas sebab baling batu ke tentera Regim Zionis. Bush ikut cakap Yahudi. Pemuda Palestine baling batu sebab menunjukkan penentangan mereka terhadap kezaliman regim zionis. Mereka tidak berupaya untuk mengangkat senjata sebab tiada bekalan senjata. Orang ramai yang dikatakan merusuh di Batu Burok juga tiada senjata api macam rakyat Palestine berjuang. Jadi, bila didesak dengan bom gas pemedih mata dan semburan air asid, tambah pula ada yang ditembak dengan PELURU HIDUP, sudah tentu lah mereka bertindak mencapai apa sahaja yang ada di depan mata mereka. Lalu inikah yang dikatakan GANAS?? Polis kerana nama mereka polis, kalau tembak orang tak tentu pasal pun , tak GANAS? FRU kalau pukul orang walaupun orang tak melawan pun, kira tak GANAS? Orang macam saudara Razak, salah seorang mangsa sepak terajang FRU yang sedikitpun tidak melawan , hanya membiarkan dirinya dipukul kepala hingga DARAH MEMBASAHI BAJU, kepala dijahit 8 jahitan, dimaki hamun oleh polis dan FRU, tidak GANAS?? Razak juga yang ganas sebab hanya nak menyelamatkan sahabatnya agar tidak dibantai FRU. Menurut Razak, beliau ketika itu berada di ESSO, tanpa buat apa2, tidak baling batu, tiba2 beliau melihat sahabatnya dipukul FRU. Beliau datang lalu menarik sahabatnya agar pergi dari situ. FRU tanpa belas kasihan, memukul Razak seperti memukul ular. Itupun antara TAMADUN yang dicipta BN Terengganu.

bersambung……..

TERKINI BATU BUROK

Kami baru sahaja melawat ke rumah saudara saufi yang ditangkap jam 11 malam semalam. Beliau sekarang berada dalam tahanan reman polis selama 4 hari. Dua peguam kita telah hadir di Mahkamah jam 11 pagi tadi untuk mewakili beliau.

Semua pemuda dialu-alukan menjemput Saufi pada hari Khamis nanti, sebagai tanda sokongan.

Yang menariknya, Saufi ditahan di sebuah kedai berdekatan dengan rumah JKKK, dan difahamkan bahawa ahli JKKK itulah yang melaporkan kepada polis di mana Saufi berada.

Mudah-mudah nALLAH memberi kekuatan rohani kepada Saufi dan seluruh pemuda dalam menghadapi isu ini.

TAKBIR!ALLAHU AKBAR!!