• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KRONOLOGI KES PELANTIKAN MB TERENGGANU

Kronologi krisis MB Terengganu
Mar 23, 08 11:03pm
Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini.

Rentetan peristiwa krisis menteri besar Terengganu

10 Mac – majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac – Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac – nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac – Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac – pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac – Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac – Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac – Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac – Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac – Pejabat Sultan Terengganu melantik Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac – Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Advertisement

MAT SAID KIJAL MB BARU?

exco_ahmad.jpgPelantikan Dato’ Ahmad Said sebagai MB merupakan suatu tamparan hebat kepada Idris Jusoh dan pengikut-pengikutnya. Ahmad Said yang sedari awal lagi ingin dicantas oleh Idris, berjaya membolosi halangan politik itu bagi meneruskan cita-citanya untuk menjadi MB Terengganu seterusnya. Ketindaktentuan tentang siapakah bakal MB Terengganu sudah tidak relevan lagi apabila pihak Istana memang mengesahkan bahawa mereka sudah membuat keputusan bahawa Ahmad Said lah yang akan dilantik menjadi MB.

Awal pagi ini, orang ramai yang dipercayai penyokong-penyokong Idris Jusoh sudah memenuhi kawasan Seri Iman Batu Burok untuk memboikot majlis penyerahan watikah Menteri Besar yang baru. Ahmad Said terpaksa berhadapan dengan orang umno sendiri yang tidak bersetuju dengannya sebagai MB baru. Laporan berita harakahdaily semalam memberitahu bahawa Dato’ Rosul Wahid membayangkan akan ada boikot majlis tersebut dari sejumlah 23 adun Umno B yang menang PRU12 baru-baru ini sebagai tanda protes terhadap Ahmad Said dan 11 adun yang membelakangi keputusan Pak Lah yang bersetuju untuk melantik Idris sebagai MB. Mereka dianggap sebagai ahli yang ingkar keputusan parti dan akan dihadapkan ke Badan Disiplin parti.

Kenapa orang umno tidak mahu Mat Said? Adakah kerana sayangkan Idris Jusoh atau kerana benci sangat kepada Mat Said? Atau kedua-duanya sekali?

Amdang81 dalam blognya berjanji untuk mendedahkan skandal seks Mat Said setelah selesai Majlis Angkat Sumpah kerana tidak mahu dianggap melanggar titah Sultan Terengganu. Sesiapa yang sempat ke Kemaman boleh bertanya kepada rakyat Kemaman siapakah sebenarnya Mat Said ini? Semua orang politik tahu beliau Adun Kijal, tetapi berapa ramai yang tahu fe’el perangainya?

Kita sama-sama tunggukan……..

UNDI BN DAPAT PAHALA!!

rosol.jpg2 Februari 2008, Sabtu, Kuala Berang- “Sesiapa yang mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon Pas tidak mendapat sebarang ganjaran.” Kata Rosol Wahid ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al Quran Peringat Daerah Hulu Terengganu 2008 di perkarangan Masjid Kampung Nasi Dingin.
Ucapan Dato’ Rosul Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan. DPPKT menyeru agar Dato’ Rosul menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan Pilihanraya Umum yang akan datang sudah semakin hampir.
Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.
Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, ” Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti Konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala? Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud, Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka. Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik? “

PROGRAM “SELAMAT TINGGAL PAS” SATU PEMBOHONGAN

Jawapan ‘Program Selamat Tinggal PAS’ UMNO
Posted on Friday, January 25 @ 11:05:00 MYT by SongkokPutih

Artikel Oleh Muhammad Zaidan

 SETIU, 24 Jan – PAS Terengganu menyifatkan tindakan UMNO menggunakan ahli UMNO sebagai peserta Selamat Tinggal PAS akan memakan diri. Ini kerana tindakan itu akan menyebabkan rakyat sekitar tahu bahawa UMNO memang mengamalkan dasar menipu rakyat dan mempergunakan media arus perdana untuk meraih keuntungan politik.

Dato’ Abu Bakar Chik selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika mana diminta mengulas berita di akhbar tempatan yang menyebut 305 Ahli dan penyokong PAS di Jabi masuk UMNO.

“Kita kenal siapa Mohamad Daud itu. Dia bukan ahli PAS pun, dan bukanlah penggerak utama Pondok Nyamuk. Malah, masyarakat di Pondok Nyamuk cukup kenal dengan sifat buruk yang ada pada Mohamad Daud itu” Jelas Dato’ Abu Bakar.

”Begitu juga dengan Abdul Manaf Idris yang turut digambarkan baru menyertai UMNO. Sebenarnya dia (Abdul Manaf) merupakan pengikut Abd Latif Mohamad yang pernah dipecat keahliannya. Mereka ini sudah beberapa kali menyertai UMNO, dan kini mahu menyertai UMNO lagi. Maka, kenapa kita perlu terlalu risau dengan mainan politik murahan seperti ini” Terang Dato’ Abu Bakar.

”Kita tidak nampak sebab yang perlu sekiranya ada ahli PAS mahu keluar sekarang. Sedangkan PAS berada pada kedudukan yang cukup baik. Kita tiada masalah perebutan jawatan, tiada perebutan tender dan sebagainya. Sedangkan kita nampak parti lawan memang cukup bermasalah terutamanya kepimpinan Idris Jusoh sendiri. Jika tidak, masakan terdapat ura-ura beliau akan dipindah ke Pusat. Umum sudah bercakap soal enam Ketua Bahagian UMNO menolak kepimpinan Idris. ” Tegas Dato’ Abu Bakar.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim turut menyelar tindakan UMNO kerana mendaftarkan individu tertentu sebagai ahli UMNO.

”Saya mendapat maklumat bahawa antara mereka yang didaftarkan keahlian UMNO adalah mereka yang mengisi borang permohonan bantuan. Ini termasuk Bantuan Persekolahan, Bantuan Wang Ehsan dan sebagainya. Mana-mana yang didapati belum mengisi borang UMNO, maka merekalah menjadi mangsa dipergunakan.”

”Kita juga sudah mendapat maklumat akan ada lagi program seperti ini bagi mengaburi mata masyarakat. Ini mahu digambarkan seolah-olah PAS sudah tidak diterima lagi di sini. Sedangkan masyarakat di sini sudah sedar pergolakan dalaman UMNO cukup kuat dan menanti belah.” Ujar Dr Azman Lagi.

YDP PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda pula menyifatkan UMNO sekarang cuba menutup pergolakan mereka dengan mengada-ngadakan cerita bagi cuba menggambarkan mereka dalam keadaan yang baik. Walhal masyarakat di situ tahu bahawa UMNO bergolak dengan cukup kuat.

”Lihat sahaja pada September tahun lalu. Kira-kira 1000 penyokong UMNO berkumpul dan bertindak menyatakan mereka sudah tidak mahu dengan wakil rakyat Dun Jabi yang ada sekarang. Itu petanda jelas kepimpinan UMNO ditolak dan mereka cukup bermasalah sekarang.” Terang Ustaz Mohd. Pauzi merujuk kepada laporan sebuah akhbar pada akhir tahun lalu.

”Ini semua hanyalah petanda Pilihanraya Umum terlalu hampir” Tambah Ustaz Pauzi tersenyum.

CALON BN PRU 12

Oleh : Pena Lapok

 Akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Umno Terengganu yang meramalkan 12 orang YB umno akan digugurkan sebagai calon untuk PRU ke-12. 30% yang dimaksudkan oleh beliau, termasuk 32 Dun dan 8 Parlimen.

Menurut satu sumber pejabat umno Hulu Terengganu,Ketua bahagian tersebut antara yang hampir pasti tidak disenaraikan semula sebagai calon.
Walaupun Tengku Putra merupakan Timbalan Ketua Perhubungan umno Terengganu, namum konsprasi antara ketua Umno Negeri dan pusat telah berjaya untuk menggugurkan beliau.

Juga dengan jawatan MT umno pusat, Tengku Putra sah antara yang digugurkan dan termasuk didalam senarai 12 0rang atau 30% yang dimaksudkan oleh Idris Jusoh.

Sumber yang sama juga menyebut Pengerusi PTPTN yang juga merupakan MP Kuala Terengganu akan di pindahkan ke Parlimen Hulu Terengganu menggantikan Tengku Putra Awang.

Sementara itu satu sumber lain yang dikutip di UNIKOM pula memaklumkan bahawa antara ADUN yang akan digugurkan adalah, ADUN Tepuh Ramli Noh, Ahmad Kamal Abdullah ( Sura), Alias Abdullah ( Alor Limbat), Mohd Said ( Kijal) yahya Khatib ( Pengkalan Berangan),Zawawi Ismail ( Kuala Berang) , Abd Latif Awang( Bukit payung)Zakaria Abdullah (paka).

 Sementara antara yang akan bertukar dari Parlimen ke DUN ialah A.Rahman Bakar dari Parlimen Marang ke DUN Alor Limbat, Nasir Ibrahim Fikri dari Dun Bukit Tunggal ke Parlimen Kuala Nerus.
Sementara Idris Jusoh sendiri diaktakan akan bertanding di Parlimen Besut setelah satu desakan di kalangan pembesar umno Terengganu.Beliau akan diberi jawatan sebagai menteri kanan di peringkat pusat.

Anatara yang disebut-sebut akan menjadi MB Terengganu seandai BN masih mampu bertahan ialah Rahman Bakar dan Wan Farid Wan Salleh.
Wan Farid dikatakan akan bertanding di DUN Batu Buruk sementara abang belau Wan Hisaham akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu selepas ianya kosong berikutan Dato’ Razali ke Parlimen Hulu Terengganu.

2 orang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama terpaksa digugurkan kerana prestasi mereka tidak selaras dengan perjalanan umno itu sendiri.Ahmad Kamal Dan Ramli Noh merupakan bekas pegawai tadbir agama negeri.Dizaman pemerintahan PAS, mereka berdua merupakan duri dalam daging kepada kerajaan PAS.Mereka berdua ini hanyalah diperalatankan untuk berlawan dengan calon ulamak PAS pada PRU 2004.

Sebenarnya mereka berdua telah mengetahui nama mereka berdua telah tidak disenaraikan semula.menurut seorang kuat Ahmad kamal, beliau amat kecewa dengan keputusan ini malah mereka merasa amat malu dan hina.Ahmad Kamal katanya tidak akan berdiam diri, beliau akan bertindak untuk menebus maruah beliau, jasa beliau terhadap umno ketika tewas 1999 amat besar, masakan hanya diberi sepenggal, beliau kononya mula mengatur strategi.Ramli Noh Pula dikatakan tidak lagi menjalankan tugas sebagai ADUN, beliau langsung tidak menghiraukan rakyat yang datang kerumah beliau untuk mengadu hal,malahan beliau menyuruh seoarang yang datang kerumah beliau supaya berjumpa Dato Deris.

Apa pun keadaan dan suasana yang pasti ” cah kenting ” pasti akan berlaku di beberapa  kawasan pilihanraya.Di  Marang, Tengku Zainuddin bekas calon BN Rhu Rendang dikatakan mula mengumpul pertugas beliau untuk menaikan bendera PAS sebagai sabotaj kepada Nik Dir yang terpilih sebagai calon Rhu Rendang.Sumber Tengku Zainuddin juga menyebut beliau telah menempah bendera PAS dari peniaga barangan Cina untuk diagihkan kepada Markas PAS dan petugas upahan beliau di kalangan pemuda Umno itu sendiri.

XPDC DAKWAH DI PASAR PAYANG

Mat Sabu bersama Pemuda Kuala Terengganu ‘mesra’ peniaga PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay
Tuesday, 01 January 2008
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita2/img_5453.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 31 Dis – Sikap semulajadi, mesra rakyat dan bersahaja pemimpin PAS memikat hati para peniaga dan para pengunjung di Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu. The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita2/m.sabu%20pasar-1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu(DPPKT) bersama Naib Presiden PAS telah menziarahi komuniti IKS  Pasar Payang yang merupakan komuniti peruncit terbesar di Terengganu. Sambil bertanya khabar dan merapatkan silaturRahim, rombongan tersebut mengagih-agihkan buah tangan yang berupa ‘VCD’ serta makalah dwi bulanan ‘Buletin’. Sebanyak  400 keping vcd Insiden Batu Burok bertajuk ‘Demokrasi Yang Tempang’ dan  2000 keping Buletin Isu Pulau Duyong telah diedarkan.

Haji Muhamad Sabu dan Ketua Pemuda Kuala Terengganu, Ustaz Haji Ahmad Kamal Hj Ali, mengetuai rombongan 40 orang pemuda, meluangkan masa lebih satu jam di Pasar Payang dan kawasan sekitarnya.

Ustaz Ahmad Kamal ketika dihubungi Buletinonline kelmarin berkata, beliau berterima kasih kepada para peniaga pasar berkenaan kerana menerima kedatangan Haji Mohamad Sabu dengan suasana yang  sangat ceria.

“Masyarakat peniaga sebenarnya menyebelahi kita. Sembilan puluh lima peratus peniaga Pasar Payang ini terima kehadiran ‘Abang Mat Sabu’ dengan mesra dan ceria”.

“Bagi pihak Pemuda Kuala Terengganu, saya bersyukur kepada Allah, dengan sambutan para peniaga dan orang ramai bermakna terdapat kesedaran Islam yang tinggi dikalangan rakyat bawahan” ujarnya.
Menurut Ustaz Kamal, kekurangan pengunjung ke Pasar Payang ketika ini, sedikt sebanyak memberikan kesan para peniaga pasar. Namun, dengan kedatangan kami dan ‘Abang Mad’ seolah-olah mengurangkan dukacita dan mereka, kerana ada pihak yang prihatin terhadap mereka.

Sementara itu, Setiausaha DPPKT, Wan Faizul Wan Abas memberitahu Buletinonline program ‘ziarah komuniti’ akan diteruskan setiap minggu.

”Kita akan menziarahi kelompok-kelompok masyarakat diseluruh Parlimen Kuala Terengganu untuk menyampaikan tawaran PAS dan mesej bahawa kita sedia untuk mengambilalih semula tampuk pemerintahan negeri” jelas beliau.

Wan Faizul yang juga bekas Kakitangan Wisma Darul Iman berkata “sekiranya tidak ada halangan, Wisma Darul Iman juga akan kita ziarahi” bagi menunjukkan komitmen kita untuk memastikan Islam kembali berdaulat dibumi DarulIman.   

GOTONG ROYONG BAIKI RUMAH

gotongroyongbaiki-rumah.jpg

Kelihatan Mak Long memerhatikan beberapa pemuda menurunkan atap yang rosak

Dun Batu Burok, 29 Disember-Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu telah menganjurkan program gotong royong membaiki rumah seorang penduduk warga emas kampung di Cendering Raja. Wanita tua yang berusia 80 tahun itu yang mahu dikenali dengan panggilan Mak Long tinggal bersama anak angkatnya Awang, salah seorang pemuda Pas di kampung tersebut. Beberapa pemuda kampung tersebut yang juga bertugas sebagai Tukang Rumah memudahkan urusan gotong royong membaiki rumah tersebut yang dimulakan seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.

gotongroyongbaiki-rumah2.jpg

Ketika aduan keuzuran rumah tersebut dibuat oleh Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Batu Burok, Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Lattif, Lajnah Kebajikan DPPKT dimaklumkan bahawa hanya beberapa keping atap yang perlu ditukar. Tetapi setelah melihat keadaan rumah tersebut pada hari gotong royong, dppkt merasakan seluruh atap rumah tersebut perlu diganti dan ia memerlukan perancangan yang lebih baik dan kewangan yang lebih banyak daripada sebelumnya.

Justeru, DPPKT amat mengalu-alukan bantuan kewangan daripada orangramai untuk membantu kami membaiki rumah tersebut dan juga untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan yang lain dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada DANA TA’AWUN DPPNT, nombor akaun MAYBANK ISLAMIC563064113873, atau hubungi saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas(Bendahari Lajnah Kebajikan DPPNT) di talian 013 9277330.

SUWANDI&AZMAN TIDAK DIBENARKAN IKATJAMIN

Suwandi, Azman kekal tidak dibenar ikat jamin – Mustaffa Ali kesal PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wan Kay & AYu
Sunday, 30 December 2007
The image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/azmansuwandimahkamah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 30 Dis – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengekalkan keputusan tidak membenarkan mangsa tembakan polis dalam Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz di ikat jamin.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari setelah mendengar hujah daripada pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Turut berhujah mewakili tertuduh ialah Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong.

Turut mendengar keputusan itu ialah Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

Pada 9 Disember lalu, Hassan memutuskan Suwandi, 38, dan Muhammad Azman, 21, tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di Penjara Terbuka Marang.

Sehubungan dengan itu Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Hj Mustaffa Ali merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau menyatakan demikian didalam kenyataan akhbar beliau yang dikeluar hari ini. Berikut adalah salinan yang di e-melkan kepada Buletinonline :

KENYATAAN AKHBAR 

Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran.

Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret.

Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu.

Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita.

Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan.

Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui.

Dato’ Haji Mustafa Ali,

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Bertarikh: 30 Disember 2007

MB SAMA MACAM PM-KAKI TIDUR

Idris Jusoh pun kaki Tidur Macam Pak Lah
Posted on Thursday, November 01 @ 23:40:54 MYT by buletin
Oleh : Kalam Permata

 Selama ini kita seringkali dikhabarkan dengan sikap dan perangai PM kita Pak Lah Badawi ni kaki tidur.Seringkali apabila menghadiri majlis, Pak Lah sentiasa tertidur.

Pak Lah tertidur sewaktu sambutan merdeka di Sarawak, baru-baru ini tidaklah menyenakkan sangat. Orang sakit darah tinggipun, rasanya tidaklah terenjat dan melumpuhkan sistem sarafnya, bila terdengar cerita yang bukan metos itu.


Pada Sidang Apec di Australia juga, Pak Lah dikatakan terlelap ketika bergambar bersama pemimpin-pemimpin dunia yang lain! Lihat gambar, Bush menoleh melihat gelagat Pak Lah.

Rupa-rupanya Pak Lah tidak keseoranga, Deris Jusoh Menteri Besar Terengganu juga adalah kaki tidur.

Tidur sebenarnya bukanlah salah, tapi kalau tertidur dalam majlis-majlis rasmi ni tak elok sangat.Tambahan pula pemimpin utama negara atau negeri.


Patutlah dah bertiup kencang dari Besut hingga Kemaman yang Deris Jusoh nak diganti dengan Wan Farid,konon antara sebabnya Deris Jusoh ni kaki tidur.
Selama ini kita hanya lihat gambar beliau sedang berucap atau sedang buat itu ini, tapi bila beliau hadir dalam majlis orang lain yang berucap maka apa lagi…krohhh…krohhh lah beliau.

Tapi macamana Pak Lah nak Marah pada Deris Jusoh, sebab mereka dua -dua adalah kaki tidur…..krorrrrrrr

ISU PASAR BORONG DARUL IMAN

ISU PASAR BORONG DARUL IMAN (PBDI), GONG PAUH KUALA TERENGGANU – KENYATAAN BOHONG, FITNAH DAN MENGHINA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
________________________________________________________________________
1. Latarbelakang
1.1 Pasar Borong Darul Iman (PBDI), Gong Pauh, Kuala Terengganu di tubuhkan dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, dan dirasmikan pembukaannya sempena Pelancaran Pelan Induk Petanian Negeri pada 26 September, 2002 (1)
1.2 Tapak asal PBDI adalah tapak jualan hasil tani Agromart, yang diletakkan dibawah kawalan Jabatan Petanian.
1.3 Syarikat KPK Trading Sdn Bhd (KPKTSB) diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perjalanan PBDI. (2) dan Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Borong (PPPB) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan para peniaga.
1.4 Seramai lebih kurang 400 orang peniaga telah memulakan peniagaan mereka di PBDI dengan membayar sewa tapak. KPKTSB telah mengutip hasil sewaan tapak sebanyak lebih kurang RM 7,000.00 sebulan Selain itu, para peniaga mesti mempunyai lessen peniagaan yang dibayar setiap tahun kepada MPKT.
1.5 Pada akhir tahun 2004, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menamatkan khidmat KPKTSB dengan notis selama 3 bulan.
1.6 Pengurusan PBDI diambil alih oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Sejak itu, pelbagai kemudahan asas dihentikan dan penyelenggaraan peralatan tidak dilaksanakan.(3) Walaupun MPKT terus mengutip sewaan tapak dan menerima bayaran lessen perniagaan dari para peniaga setiap tahun.
1.7 Pihak PPPB telah menghantar beberapa surat kepada MPKT memohon untuk ditingkatkan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, elektrik dan tempat letak kereta.
1.8 Pada lebih kurang jam 12.30 malam, 18 April, 2007, beberapa 7 buah lot kedai didalam PBDI telah terbakar. Kebakaran yang berlaku boleh dielakkan sekiranya terdapat kemudahan asas PBDI (4)
1.9 Antara yang musnah didalam kebakaran adalah kabel bekalan elektik dan kemudahan tandas awam. Sejak itu, sebahagian peniaga tidak mempunyai bekalan elektrik dan peniaga serta pengunjung PBDI menghadapi kesukaran kerana tidak ada kemudahan tandas.
1.10 Berikutan dari itu, pada 27hb April, satu perjumpaan telah diadakan diantara PPPB dengan MPKT. Pihak MPKT telah membei akujanji akan membina tandas awam yang baru dan membaiki kemudahan awam yang rosak. (5)
1.11 Namun sehingga laporan ini dibuat, belum ada tanda-tanda, atau mana-mana pegawai yang datang mengambil tindakan susulan bagi perlaksanaan akujanji tersebut

3. Permasalahan Pasar Borong Darul Iman
3.1 Kemudahan Asas yang tidak di selenggarakan dan dipertingkatkan
i. Beberapa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, dan lampu jalan tidak diselenggarakan dengan baik malah dipotong terus dari pekhidmatan
ii. Para peniaga, terutamanya peniaga ikan dan ayam menyedut air dari taliair bersebelahan dengan tapak PBDI untuk digunakan bagi tujuan cucian.
iii. Kemudahan tempat letak kereta tidak dipetingkatkan menyebabkan wujudnya lubang-lubang besa yang menjadi lopak air, sekiranya hujan turun.
iv. Para peniaga dan pengunjung terpaksa menumpang, menggunakan tandas di pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu untuk membuang air.
v. Walaupun ada perkhidmatan mengangkut sampah yang diswastakan oleh MPKT, tetapi cucian longkang dan pembesihan kawasan tidak dilakukan.
3.2 Hala Tuju Pasar Borong
i. Beberapa peniaga telah mengajukan persoalan terhadap kegusaran mereka berkaitan masa depan PBDI.
ii. Kerajaan UMNO/BN Terengganu telah mengumumkan pembinaan sebuah pasar borong baru bernilai RM 5 juta, yang dikatakan akan dibina di Bukit Payong, Kuala Terengganu.(6)
iii. Kebimbangan para peniaga adalah meujuk kedudukan mata pencarian mereka yang akan terjejas, sekiranya PBDI di Gong Pauh ditutup dan mereka tidak diberi ruang niaga di pasar borong yang baru.
iv. Selain itu, para peniaga berpendapat, cadangan tapak pasar borong yang baru adalah terlalu jauh yang akan menimbulkan masalah kepada peniagaan mereka.
3.3 Kepimpinan Persatuan
i. Terdapat beberapa kelemahan didalam kepimpinan PPPB. Selaku Pengerusi PPPB, Pak Mansor didalam ucapannya beberapa kali meminta supaya para peniaga memberikan sokongan kepada pihak persatuan.
ii. Persatuan tidak dapat mengambil alternatif lain dan hanya berharap kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan pemasalahan PBDI, walaupun pemasalahan telah wujud sejak pengambil alihan pengurusan PBDI pada akhir tahun 2004.

4. Pendedahan Oleh TV3
4.1 Pada 5hb Jun, 2007, TV3 melalui siaran berita telah menyiarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peniaga Pasar Borong secara terperinci.(7)
4.2 Pendedahan dibuat oleh PPPB, ekoran dari kegagalan Kerajaan Negeri mengambil tindakan membaikpulih keadaan PBDI. Antara masalah-masalah yang diutarakan adalah masalah bekalan air dan infrastruktur.
4.3 Pendedahan TV3 telah memberi impak negatif yang besar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, terutamanya kepada Menteri Besar (MB), kerana TV3 meminta maklumbalas dari pihak MB secara spontan dan MB gagal memberi jawapan yang konkrit.
4.4 Selain itu, pendedahan isu PBDI menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri kerana masalah-masalah PBDI telah berlanjutan dari tahun 2005, tanpa sebarang tindakan

5. Kenyataan Media Kerajaan Negeri
5.1 Susulan dari pendedahan TV3, Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat kenyataan media pada 13hb Jun, 2007. Kenyataan ini dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut;
i. kenyataan rasmi Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu yang dikeluarkan di Laman Web Kerajaan Negeri Terengganu (8)
ii. kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media diadakan (9)
iii. kenyataan rakaman percakapan Pengerusi JawatankuasaPerumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said ketika siding media.
5.2 Kenyataan rasmi UKOM yang disiarkan melalui laman rasmi Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti yang dimuat turun dibawah;
Terminal Agro RM40 Juta di Bukit Payung

Pasar Borong Gong Pauh yang berkeadaan kurang selesa akan digantikan dengan Terminal Agro yang akan dibina di Bukit Payung.
Oleh: Suriati Ali
Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM40 juta bagi membina pasar borong baru yang dikenali sebagai Terminal Agro di Bukit Payung, Marang.
Pembinaan terminal yang menggantikan Pasar Borong Gong Pauh itu masih lagi dalam perangkaan pelan dan dijangka siap akhir 2009.
Apabila siap kelak ia mampu memenuhi hasrat peniaga terutama mereka yang menjalankan jualan secara borong memperluaskan ruang niaga masing-masing.
Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan Terminal Agro dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi peniaga yang sekarang ini masih menggunakan pasar borong lama iaitu di Gong Pauh.
Katanya, isu kekurangan bekalan air yang dibangkitkan peniaga sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor dalaman yang mana sebelum ini dipegang Yayasan Amal PAS Malaysia.
Katanya, ada di kalangan ahli yayasan itu kurang berpuas hati selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) mengambil alih pengurusan pasar itu.
“Mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan mencabut hampir keseluruhan pili air sehingga menyukarkan peniaga mendapatkan sumber air untuk menjalankan peniagaan masing-masing
“Bagi meredakan keadaan pegawai MPKT telah mengadakan perbincangan bersama peniaga pada 25 April lalu dan dalam perjumpaan itu, MPKT bersetuju membaiki segala kelengkapan yang rosak selain bertindak membersih longkang, surau dan menyusun semula aturan keluar masuk ke pasar itu sementara menunggu Terminal Agro siap,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri turut kesal dengan sikap yayasan itu kerana tiada perancangan teliti bagi memenuhi keselesaan peniaga.
“Demi keuntungan hasil sewa, mereka sanggup membuka ruang kepada 327 individu untuk berniaga walaupun menyedari pasar itu hanya mampu memuatkan 60 ruang niaga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (13 Jun).
Sementara itu, Dato, Seri Idris turut menjawab pertanyaan pemberita yang ingin mengetahui mengenai status sistem pengangkutan keretapi yang ingin diwujudkan di Terengganu.
Katanya, beliau sering membangkitkan isu pembinaan keretapi di Terengganu ketika bermesyuarat bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memikirkan sistem keretapi perlu bagi menarik pelancong selain dapat menjana ekonomi negeri Terengganu.
Jika diwujudkan ia menjadi pelengkap untuk sistem pengangkutan dan sektor pelancongan selain ada kemudahan pengangkutan lain termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
Unit Komunikasi Negeri.

5.3 Kenyataan rakaman percakapan MB ketika sidang media adalah seperti dibawah;
“ Isu Pasar Borong Gong Pauh, itu merupakan isu peninggalan PAS. Kalau dahulunya pasar borong ini ada di Cabang Tiga Kuala Terengganu, dan dipindahkan kepada Gong Pauh. Bila dipindahkan kepada Gong Pauh memang ada strateginya supaya diberikan kepada satu persatuan yang dimiliki oleh PAS sendiri. Yang memungut 55,000 (RM) sebulan sebenarnya. Dan dengan cara demikian mereka boleh membuat keuntungan daripada pemindahan pasar borong dari Cabang Tiga ke Gong Pauh. Bila Gong Pauh ini dibina hanya untuk 60 orang peniaga tapi terlajak sehingga 327, dari 60 hingga 327, memang, memangnya kelengkapan tidak mencukupi, bekalan air tidak mencukupi, infrastrukturnya tidak apa ni, apa ni, jalannya tidak ditar, ataupun tidak disimen, jadi banyak perkara lah, bangunan tidak dibina dengan baik, jadi timbul masalah. Dan apabila diserahkan tahun 2005 apabila diserah kepada MPKT timbul lagi masalah apabila kepala paipnya dibuang semua sekali, tidak diserah dengan baik. Jadi inilah dan memang telah kita cuba beberapa kali, tapi inilah isu-isu yang kadang-kadangkala memakan masa. Sama juga isu katakanlah yang ditulis didalam suratkhabar tentang Pusat Penyu di Rantau Abang, Pusat Penerangan, sebenarnya selepas kita mengambil alih, saya dah saya ingat dalam kerajaan negeri kita telah memberi beberapa peruntukan. Memang peruntukan pun kita tidak mencukupi lagi kerana mungkin ada keutamaan yang diberikan kepada pendidikan, kepada kemiskinan, keutamaan tidak diberikan kepada Pusat Penerangan Penyu mungkin. Jadi saya nak mengatakan 3 perkara ini merupakan yang dahulunya tidak sepatutnya kita kebelakang kerana Pusat Penerangan Penyu memang telah ada dahulu, ditinggalkan dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan PAS, ia jadi kita perlu kembali ke tapak yang lama”.
5.4 Kenyataan Dato Ahmad Said menjawab pertanyaan wartawan adalah seperti berikut;
“ Masa dia buat makna dia tubuhkan, purposely dia buat, dia pindahkan daripada Cabang Tiga tu, kerana dia tak boleh control sebab itu dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, so bila dia pindah ketempat lain sekurang-kurang bila dia buat satu Konsortium Petani Komersial dia dapat hasil dari itu. Kita tengok pun yang mengetuainya pun macam bekas pegawai pertanian negeri, dia pun memang orang kuat PAS, bekas apani Bendahari Risikan Malaysia, Parti PAS Malaysia, orang-orang dia semua, so dia dapat hasil dan dia buat dengan minimum punya kemudahan, jalan tidak tar, surau tidak ada, semua sekali. Sepatutnya tempatkan 60 orang dia muatkan 327, sebab sewanya banyak that’s why dia dapat lebih 55,000 sebulan, hasilnya. (Sewanya) ada 180 ada 150 ada 80 ringgit, macam-macamlah. Cara dia buat macam pasar Kedai Buluh, macam ke kat Hj Hadi begitulah, dengan tiang kayu reja, begitulah dia buat. Itulah pun ‘mentality’ dia orang. Cuba tengok kat Hj Hadi, macamana dia berniaga hari Jumaat, atas tanah, atas gerai-gerai gitulah. Pasal tu kita kerajaan negeri apa ni untuk (nak) buat Pengkalan Agro Base yang baru tu di Bukit Payong Forty Million kita buat. Kita baru buat plan design semua sekali dan akan bentang tak lama untuk keputusan. Cuma masalah kita macam baru ni, perjumpaan telah dibuat dengan Yang Dipertua MPKT, MPKT dah sanggup untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, tapi lepas tu dia panggil Wahid Endut pulak. Lepas perjumpaan tu kita hantar air sementara, bekalan sementara, paip masa kita ambil alih dia cabut semua sekali. Itulah ‘mentality’ orang dia, 90% lebih orang dia. Ini yang susahnya kita, macam sekarang ni dia orang tak bayar, sebahagian besar tak bayar sewa dengan MPKT. Bila siap yang baru kita akan pindah. Air sekaang ni kita dah hantar secara sementara, dengan lori”.

6. Pembohongan, Fitnah dan Penghinaan
6.1 Pembohongan, fitnah dan penghinaan telah dibuat didalam kenyataan kerajaan Barisan Nasional/ UMNO Terengganu berhubung isu Pasar Borong Darul Iman.
6.2 Melalui kenyataan UKOM, sebagai media rasmi kerajaan telah melakukan pembohongan dan fitnah, dengan menyatakan bahawa Yayasan Amal Malaysia terlibat didalam kerosakan paip dipasar Borong Darul Iman.
6.3 Didalam kenyataan Dato’ Seri Idris Jusoh, sebagai MB Terengganu, telah menyatakan pembohongan secara borong, bahawa semua masalah-masalah yang ada pada kerajaan Terengganu sekarang adalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu 2000 – 2004. Ini termasuk masalah infrastruktur pasar borong dan juga masalah Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang.
6.4 Dato’ Ahmad Said, dalam kenyataannya menyatakan fitnah kepada PAS bahawa penubuhan Pasar Borong DarulIman adalah bertujuan untuk PAS untuk mengaut keuntungan. Sedangkan syarikat KPK yang mengendali Pasar Borong Darul Iman, tidak ada kena mengena dengan PAS.
6.5 Dato’ Ahmad Said juga menghina rakyat Terengganu, peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga di pasar mingguan Kg Rusila, Kedai Buluh, Hj Hadi dan orang-orang PAS dengan meletakkan cemuhan, bahawa mereka semua mempunyai ‘mentality’ (pemikiran) yang rendah.

Sekian.