• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,817 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

Perbetulkan Dulu Asas Perjuangan GPMS

KUALA TERENGGANU – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) diminta memperbetulkan terlebih dahulu asas perjuangan mereka sebelum berhasrat mengajak kepimpinan Melayu Islam khususnya PAS dan Umno, duduk semeja.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata GPMS membawa agenda perjuangan Umno yang bersifat perkauman kerana ia tidak relevan dan tidak betul.

”Saya lihat GPMS ada membawa agenda UMNO iaitu meniupkan api perkauman kepada rakyat negara ini dan atas sebab ini mereka dilihat mengamalkan sikap asabiyah.

“Oleh itu, kita minta GPMS memperbetulkan terlebih dahulu asas perjuangan mereka supaya tidak lagi bersifat perkauman kerana ia sememangnya salah,

”PAS memang memperjuangkan orang Melayu dan Islam tetapi tidak pernah pinggirkan kaum lain,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas Presiden GPMS. Jais Abdul Karim yang berkata, usaha untuk menggabungkan kedua-dua parti utama itu perlu dilakukan segera.

Jais berharap agar pemimpin parti politik Melayu mampu duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan pemimpin parti politik Melayu di negara yang didakwanya semakin tergugat sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Wan Faizul menolak tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS berdendam dengan Umno.

Katanya, soal dendam tidak pernah timbul dan bukannya berdendam dengan UMNO sehingga menghalang usaha kedua-dua parti itu untuk duduk semeja.

Sebaliknya, PAS mengambil langkah berwaspada kerana Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang sering menggunakan tipu daya untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya.
“Kita mengambil langkah berhati-hati supaya tidak tertipu dan sejarah hitam tidak lagi berulang pada masa akan datang, bukannya berdendam,” katanya kepada Buletinonline mengulas laporan sebuah akhbar tempatan.

Oleh itu, Wan Mohd Faizul menegaskan, PAS tetap berpendirian untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan berjuang untuk orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain di negara ini.

Justeru, beliau berkata, PAS sedia menerima apa-apa cadangan dari mana-mana pihak untuk kepentingan Islam dan Melayu asalkan ia tidak menjurus kepada UMNO.

Advertisement

YB ABD WAHID ENDUT LAWAT TOKONG KG CINA TERBAKAR

Pengantin Baru Merempit

Petikan SinarHarian 12 Disember

Kuala Terengganu-Sepasang suami isteri yang juga pengantin baru ditahan pois dipercayai menjadi dalang utama kegiatan ‘samseng jalanan’ dalam operasi khas mencegah lumba haram di sekitar bandaraya ini, awal pagi semalam(12 disember).

Pasangan tersebut yang dipercayai melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu pada mulanya dikatakan cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.

Namun kecekapan pihak berkuasa yang membuat perancangan rapi berjaya menggagalkan helah tersebut, lalu menahan pasangan yang menaiki motorsikal Honda EX5 dan dikatakan baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam operasi berdekatan kampung Padang Midin.

KES PUKAU: KEDAI EMAS RUGI 1 JUTA

Polis Terengganu sedang memburu empat penjenayah warga Arab yang merompak barang kemas bernilai hampir RM1 juta dari sebuah kedai emas dekat Pasar Payang, di Kuala Terengganu semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata pihaknya telah melancarkan ‘Ops Tutup’, iaitu sekatan jalan raya di semua pintu masuk negeri itu sebaik sahaja menerima laporan kejadian.

“Usaha mengesan suspek kini dibuat berdasarkan gambar suspek yang dirakam oleh kamera litar tertutup kedai berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal nombor kenderaan yang digunakan penjenayah berkenaan adalah palsu.

Hamzah berkata pihak polis memerlukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi pegawai penyiasat Cif Insp Nik Aminuddin Raja Abdullah di talian 09-6246222 atau 019-9621223.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam ketika pemilik kedai, Zakaria Yusoff, 46, bersama isteri dan pekerjanya sedang sibuk melayan pelanggan sebelum tiga lelaki dan seorang wanita warga Arab berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun yang berpura-pura menjadi pelanggan mengambil tiga beg berisi barang kemas yang tersimpan dalam peti besi kedai berkenaan yang tertutup tetapi tidak berkunci sebelum beredar.

Ketika kejadian mereka mendakwa seperti dipukau. BERNAMA

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong

Petikan Malaysiakini.com
// Hafiz Yatim
Nov 24, 09
7:54pm

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

“Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok,” katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

[Baca berita penuh]

 


Mayat Tanpa Kepala di Pantai Mercang

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mercang

KUALA TERENGGANU: Mayat reput tanpa kepala ditemui di tepi pantai berhampiran jeti Kampung Merchang, Marang dekat sini hari semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata mayat itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Mayat tanpa pakaian itu tidak dapat dikenalpasti jantinanya dan dipercayai telah hanyut di laut sejak beberapa hari lepas, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati terdapat tatu dalam tulisan Myanmar di belakang badan mayat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat. BERNAMA