• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Jun 2023
    I S R K J S A
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

INSYAALLAH…PENGUNDI HANTU AKAN UNDI BA

    Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh sahabat perjuangan dalam PAS dan BA selepas selesai solat hajat pagi tadi.

Benarlah kata-kata para pemerhati politik bahawa PRU ke-12 ini merupakan yang terburuk dalam sejarah.  Kita ditipu oleh PM ketika pembubaran parlimen diikuti dengan kes pemansuhan duti setem.  Undi pos juga memberikan tanggapan negatif dan yang terbaru pembatalan calit dakwat pada jari.

Jelas sekali penyelewengan dan penipuan dalam sistem pilihanraya itu sendiri menjadi lawan paling kuat bagi BA.  Itu tidak termasuk lagi soal kebebasan media, beli undi, sabotaj dan fakta yang diputarbelitkan.

Maka dalam segala kekuatan yang terbatas ini, para pendokong PAS dan BA mengharapkan pertolongan daripada Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t.

Selesai solat hajat dan munajat tadi, rata-rata masih berkeyakinan bahawa BA akan menang dan kembali menegakkan syariat Allah di muka bumi Terengganu Darul Iman ini.

Advertisement

AMARAN! MANIFESTO BN TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN PENGUNDI HANTU

Kempen Pilihanraya Umum Ke-12 memasuki fasa yang lebih hebat minggu ini. Pemuda-pemuda PAS telah berikrar untuk menumpukan sepenuhnya kepada gerak kerja di bilik gerakan hingga selesai pengumuman keputusan pilihanraya. Segala urusan harian kini seratus peratus adalah terhadap perjuangan parti.

Maklumat terbaru dari risikan dalaman menyatakan UMNO/BN (Berehi Nawok) akan melakukan penipuan pada 8 Mac nanti. Mereka tidak lagi membawa ‘hantu-hantu’ dari luar kerana amaran keras daripada Presiden PAS amat menggerunkan mereka. Kini, ‘hantu-hantu’ tempatan pula dilatih untuk mengundi di 2 atau 3 tempat dalam negeri Terengganu.

Namun, jentera pemuda telah siap siaga dengan taktik kotor mereka ini. Sukarelawan PAS telah diamanahkan untuk mengesan gerak geri ‘hantu-hantu’ tempatan ini semasa proses pengundian nanti. Yang nyata, banyak laporan penipuan oleh pihak SPR sendiri telah kita buat dan tiada maklum balas diterima. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, amaran diberikan kepada ‘hantu-hantu’ supaya tidak mengambil risiko yang membahayakan diri. Adakah berbaloi dengan RM2000 untuk misi anda? Mengkhianati diri dan suara rakyat.

ANDA CUMA ADA SATU UNDI!

PAS PERSOAL SPR MANSUH DUTI SETEM

 
Muda Mohd Noor | Feb 24, 08 2:22pm
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memansuhkan pada saat-saat akhir bayaran duti setem ke atas calon-calon dalam pilihanraya umum kali ini.

Beliau mendakwa tindakan SPR tersebut, yang baru diperkenalkan tiga hari lalu, bertujuan menyelamatkan calon-calon Umno kerana krisis yang berlaku dalam parti tersebut.

SPR mengeluarkan arahan mengenakan bayaran duti setem untuk akuan bersumpah yang dilampirkan bersama kertas pencalonan pada 21 Februari.

Abdul Hadi, yang juga calon PAS di parlimen Marang, berkata semalam SPR telah memansuhkan bayaran tersebut tanpa memaklumkan kepada calon-calon PAS.

“SPR berbuat demikian untuk membantu calon BN khususnya Umno Terengganu yang menghadapi masalah pemilihan calon,” katanya.

“Kami (PAS) hanya mendapat tahu pemansuhan bayaran tersebut kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya, dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Marang hari ini.

Turut hadir di sidang media tersebut, pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin parti itu.

‘SPR alat Umno’

Abdul Hadi berkata sekarang sudah jelas bahawa SPR menjadi alat kepada Umno untuk berpihak kepada parti tersebut.

Katanya lagi, PAS akan berbincang untuk membantah arahan SPR itu.

Ditanya tentang peluang beliau merampas kembali Marang, Abdul Hadi berkata, ramalan boleh dibuat dalam beberapa hari lagi.

Tambahnya, jumlah undi pos di kawasan parlimen itu pada pilihanraya kali ini meningkat kepada 2,000 orang berbanding 500 orang sahaja pada pilihanraya yang lalu.

“Saya mahu menang bukan kerana undi pos,” katanya.

Abdul Hadi tewas di tangan Datuk Abdul Rahman Bakar dengan majoriti tipis, 163 undi.

Mustafa juga mempersoalkan alasan tindakan SPR untuk membatalkan pembayaran duti setem di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali, yang bertanding di kerusi Titiwangsa, juga terkejut apabila dimaklumkan oleh kakitangan SPR bahawa peraturan duti setem dimansuhkan.

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, beliau hanya dimaklumkan perkara itu sewaktu membantah calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Mohd. Tahir di dewan penamaan calon pagi tadi.

PERATURAN BARU SPR ?!

SPR mula ‘main kotor’ untuk bantu BN menang PRU Ke-12 PDF Cetak E-mail
Saturday, 23 February 2008

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Hrkh)- PAS serta Barisan Alternatif (BA) mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan sengaja akan mencari kesilapan teknikal bagi membatalkan kelayakan calon-calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) menjelang hari penamaan calon esok.

 

Ini kerana, beberapa peraturan baru yang dibuat di saat akhir ini banyak menyusahkan calon-calon yang bakal bertanding.

 

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata, SPR seperti sudah diarah oleh pihak tertentu dengan peraturan yang menyusahkan rakyat dan parti-parti pembangkang.

 

Katanya, SPR sengaja mahu mencari kesalahan teknikal yang sebelum ini tidak perlu tetapi disyaratkan dalam PRU Ke-12.

 

“Kita (PAS) mempertikaikan bayaran RM10 untuk duti setem yang dikenakan oleh pihak SPR kepada calon-calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

 

“Kita telah beberapa kali hadapi pilihan raya sebelum ini dan tidak pernah dikenakan peraturan itu,” tegasnya.

 

Katanya, peraturan tersebut mengejutkan banyak pihak dan kemungkinan terdapat calon-calon yang tidak sempat mengangkat sumpah.

 

Menurutnya, kelewatan pihak SPR memaklumkan peraturan baru tersebut menyusahkan serta menjadi taktik ‘kotor’ bagi kesilapan teknikal sahaja.