• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    September 2009
    I S R K J S A
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,924 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

3 PEMIMPIN PEMUDA UMNO DIBERKAS TERBABIT DADAH

Kemaman-Polis memberkas tiga pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman selepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kijal, di sini kira-kira jam 3 petang kelmarin.

SinarHarian difahamkan , ketiga-tiga suspek yang ditahan itu masih memegang jawatan penting di dalam parti dan mereka dikatakan sudah terbabit dengan aktiviti berkenaan hampir setahun lalu.

Serbuan yang dilakukan menerusi Ops Bersepadu membabitkan lapan anggota Cawangan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Chukai itu diketuai Ketua Bahagian Jenayah Narkotik Kemaman, Asisten Superintendan  Hamzah Awang Dolah.

Menurut sumber, ketika serbuan dibuat, ketiga-tiganya dikatakan berada dalam keadaan tidak stabil di rumah berkenaan sambil berkaraoke sebelum polis turut menjumpai satu tiub heroin yang berada di atas lantai.

Suspek kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Chukai, di sini , untuk menjalani ujian air kencung sebelum kemudiannya ditempatkan di dalam lokap IPD itu selepas mendapati ketiga-tiganya positif dadah.

……………………..

dipetik dari SinarHarian 30 September 2009.

IKLAN HARI RAYA COLOUR

RUMAH UNTUK RAKYAT: KERAJAAN JANJI KOSONG

KUALA TERENGGANU – Kecaknaan PAS kepada rakyat dibuktikan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu apabila berjaya menyerahkan kunci sebuah rumah hasil bantuan penuh rakyat, di Chendering, dekat sini semalam.

https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita10/IMG_2567.jpgSekaligus, menolak ‘retorika’ dan ‘cakap-cakap sahaja’, kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang kononya memberikan bantuan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.

timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Wan Shukari Wan Abdullah berkata bantuan dan pembinaan rumah tersebut adalah salah satu gerakkerja ‘Cakna Rakyat’ PAS kepada rakyat Terengganu.

”Salah satu gerakkerja ‘Cakna Rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik dan sokongan rakyat kepada sesiapa, yang penting siapa yang layak, mereka akan mendapat bantuan,”katanya ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan kunci semalam.

Penerimanya Encik Hussin Mohd Amin, 54, berkata beliau pernah meminta bantuan dari pihak kerajaan Terengganu.

”Janji nak bagi, nak bagi tapi tak bagi, JKKK kata kalau nak, kena isi borang Umno,”jelasnya yang telah memohon bantuan rumah tersebut sejak empat tahun lalu.

Beliau yang bekerja sebagai tukang sapu, katanya,  tidak mampu untuk mendirikan rumah sendiri tanpa bantuan.

”Tak mampu nak buat, gaji RM500, mana mampu,”kata Encik Hussin yang menerima rumah ‘standard’, mempunyai 3 bilik tidur, dianggarkan bernilai RM25,000.00.

RENUNGAN SEMPENAN NUZUL QUR’AN

SAMBUTAN NUZUL QUR’AN

Hari ini 16 Ramadhan 1430 bersamaan 6 September 2009. Malam ini malam memperingati Nuzul Qur’an. Masyarakat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan istilah arab Nuzul Qur’an kerana ia disambut setiap tahun. Ada negeri tertentu bercuti sempena peristiwa bersejarah itu. Dalam pada masyarakat memperingati peristiwa penuh makna itu, berapa ramai yang benar-benar ,menghayati nuzul Qur’an? Berapa ramai yang sudah khatam al Qur’an di saat ini?

Sedarkah kita kekadang kita lebih mementingkan bahan bacaan lain dari membaca, memperhatikan, menghayati dan melaksanakan perintah ayat-ayat al Qur’an(tadabbur)? Kita lebih selesa membaca surat khabar yang berpuluh mukasurat daripada menghabiskan bacaan 1 juz satu hari yang hanyai ada 10 mukasurat sahaja. Kadang2 Kita lebih percaya berita dalam akhbar daripada berita dalam al Qur’an. Kadang2 kita lebih jadikan akhbar dan buku2 tulisan manusia sebagai panduan kehidupan daripada al Qur’an. Mahu bersosial, rujuk barat.Mahu berekonomi, rujuk barat. Mahu menghukum, rujuk barat juga. Mahu berpolitik pun, rujuk barat juga. tinggallah solat, puasa, zakar haji sahaja yg rujuk Qur’an. Apa nak jadi kepada umat Islam akhir zaman?

Masyarakat hari ini, jangankan nak ikut Qur’an, nak baca pun tak pandai. Yang mahir baca pula, belum tentu faham makna. Yang faham makna pula, belum tentu melaksanakan apa yang disuruh. Yang melaksanakan pula, belum tentu bersungguh2 dalam menghayatinya.

BAGAIMANA SALAFUSSOLEH MENYAMBUT NUZUL QUR’AN

Sebenarnya tiada perayaan khusus yang dibuat sempena nuzul qur’an. Tapi yang pasti, mereka memperbanyakkan membaca al Qur’an berlipatkali ganda melebihi bulan2 biasa. Pernah direkodkan kisah2 ulama’2 besar salaf mengkhatamkan Qur’an di luar kebiasaan kita pada hari ini. Imam az Zuhri dan Sufyan At Thauri khatam berpuluh kali dalam Ramadhan. Imam Syafie dikatakan khatam Qur’an 60 kali di bulan penuh keberkatan ini, sedangkan dalam bulan2 lain ‘hanya’ 30 kali. Imam Qatadah di luar Ramadhan mengkhatamkan setiap tujuh hari, di dalam Ramadhan khatam sampai tiga hari. Demikianlah ulama Ahlus sunnah tidak pernah merayakan Nuzulul Qur’an, namun setiap harinya khatam Al Qur’an ada yang sekali dan ada yang dua kali.

REALITI UMAT ISLAM HARI INI DAN AL QUR’AN

Sementara kita di bulan Ramadhan jika hanya mampu khatam satu kali saja sudah merasa puas dan gembira. Itupun dapat dihitung dengan jari. Kadang2 sesetengah tempat tu, budaya iftor jama’ie/berbuka puasa sempena khatam Qur’an dibuat setiap tahun di surau masjid, tetapi jamaah surau masjidnya tak khatam pun Qur’an. Kekadang di tempat tarawih lapan rakaat, selepas empat rakaat diselitkan dengan tazkirah dari ustaz-ustaz yang dijemput. Ustaz yang dijemput menceritakan betapa besarnya fadhilat mengerjakan amalan sunat di bulan Ramadhan, menyamai ganjaran pahala amalan wajib. Begitu juga menurut ustaz2 yang beri tazkirah, betapa pentingnya kita menghayati al Qur’an sebagai panduan hidup yang syumul. Bayangkan tuan-tuan, bagaimana kita mahu menjadikan al Qur’an sebagai panduan sekiranya kita jarang membacanya? Bagaimana boleh kita kata al Qur’an itu syumul dan komprehensif sedangkan kita didik anak tidak berlandaskan al Qur’an?

…………………..

diambil dari ibnuabbas.wordpress.com

SUMBANGAN IKHLAS BUAT TENAGA PENGAJAR PASTI

LOGO PASTIJABATAN PASTI DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU MENYERU SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG BUDIMAN UNTUK MENDERMA DI BULAN RAMADHAN INI BAGI TUJUAN BANTUAN BERHARI RAYA UNTUK TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN PASTI DALAM KAWASAN KUALA TERENGGANU.

SUMBANGAN KEWANGAN BOLEHLAH DISALURKAN KE AKAUN “PASTI KAWASAN KUALA TERENGGANU” NO AKAUN BIMB 13017010809438.