• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Mac 2023
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 239,818 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

KHUTBAH JUMAAT : JOM KE KONSERT!

masjid-terepung.jpg

Setelah lama tak menjejakkan kaki ke masjid kerajaan untuk solat jumaat, petang semalam saya merelakan juga telinga ini mendengar khutbah jumaat hadhari kerana sahabat mengatakan khutbah hari ni ‘menarik’. Khutbah dimulakan dengan dorongan oleh pak khatib untuk bertakwa kepada Allah s.w.t dan saling kasih mengasihi antara sesama umat.

Kemudian diingatkan pula semangat persaudaraan ketika peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Pergolakan yang berlaku di Darfur, Sudan harus menjadi teladan dan peringatan kepada kita yang hidup aman damai di sini. Walaupun begitu, khatib mengingatkan bahawa kita perlu saling membantu saudara Islam kita yang mengalami kesusahan itu. Dengan suara yang tersekat dan terketar-ketar, khatib mengajak semua jemaah untuk sama-sama menghulurkan derma kepada tabung darfur ketika pelancarannya pada 10 Februari ini.

Mengapa suara khatib tersekat-sekat? Jawapannya, pelancaran tabung Darfur pada 10 Februari ini merupakan program maksiat yang dianjurkan oleh UMNO yang merupakan suatu konsert besar-besaran dan bertopengkan tabung kemanusiaan. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Mawi, Siti Nurhaliza, Kumpulan Spider, Hattan, Mus May(pernah muncul dalam vcd Ajaran Sesat Ayah Pin) dan ramai lagi. Jelas, khatib begitu bimbang jika ajakannya tadi bakal memberi saham dosa kepada dirinya. Tidak cukup dengan itu, khutbah kedua pula jemaah diajak beramai-ramai ke Perkampungan Hadhari di Pulau Wan Man.

Yang menjadi kebimbangan saya ialah adakah konsert Darfur itu akan mendapat keuntungan untuk disumbangkan ke Darfur atau cukup balik modal atau mungkin juga rugi. Melihatkan promosi, barisan artis dan tempat program yang mungkin menelan belanja beratus-ratus ribu atau mungkin mencecah jutaan ringgit.

mawi.jpg Banner bersaiz gergasi talah merata ditayangkan di bandaraya ini dan kos pembiayaan artis seperti Mawi dan Siti Nurhaliza serta yang lain juga agak tinggi. Mustahil mereka datang dengan percuma dalam keadaan gawat sekarang. Begitu juga penggunaan Stadium Sultan Ismail yang mungkin menelan belanja besar untuk kos lampu limpah, pentas dan penyelenggaraan. Itu belum dicampur elaun petugas.

Jika mengambil kira kapasiti stadium, 15000 orang mampu dimuatkan dalam satu-satu masa (tidak termasuk penggunaan padang kerana penulis rasakan padang tidak akan digunakan memandangkan ia menjadi venue pasukan Terengganu dalam kancah Liga Super). Mengambil purata derma seorang ialah RM10 (agak mustahil kerana yang akan datang nanti ramai dari kalangan muda mudi yang koceknya cukup untuk isi minyak motor dan juga golongan kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa), jumlah kasarnya ialah RM150 000. Cukupkah untuk menampung perbelanjaannya?

Pada hemat saya, jika benar kerajaan mahu menyumbang untuk tabung Darfur, cukuplah dengan melancarkan derma ketika solat Jumaat semalam. Tidak perlulah memeningkan kepala menganjurkan konsert yang penuh dengan unsur-unsur maksiat itu. Jika mengambil purata satu masjid boleh menyumbang RM800, maka 150 buah masjid sudah boleh menyumbangkan RM120 000. Tanpa kos yang perlu dibelanjakan.

Maka tidak lain tidak bukan, konsert yang bertopengkan kebajikan ini adalah satu lagi propaganda UMNO untuk menyesatkan rakyat Terengganu.

Advertisement

KHUTBAH HADHARI HALALKAN MAKSIAT

Khutbah Hadhari Halalkan Maksiat!!
25 November 2007
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Selama dua minggu berturut-turut, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melakukan kejutan dengan mengeluarkan teks Khutbah Hadhari yang cukup membingungkan ramai jemaah. Khutbah itu secara sengaja menjadikan Monsoon Cup sebagai suatu kempen kepada para jemaah. Ianya bukan sahaja mencemarkan isi khutbah yang menyokong acara yang diiringi dengan banyak kemaksiatan itu, bahkan turut menunjukkan bahawa Ajaran Hadhari itu tidak kisah soal percampuran antara dosa dan pahala.

Minggu pertama, Khutbah telah membawa tajuk: “Manfaat Daripada Pelancongan” kepada jemaah. Manakala Jumaat lalu pula membawa tajuk: “Tiada Halangan, Hanyalah Peluang”.

Dalam sibuk khatib-khatib hadhari seluruh negeri membaca khutbah ‘Monsoon Cup’ itu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan suatu iklan konert yang cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya program Monsoon Cup itu. Pokok-pokok mula ditampal poster Monsoon Cup, tiang letrik digantung bunting, dan simpang-simpang jalan mula dipenuhi banner acara-acara sambutan kepada Monsoon Cup ini. Dari sekecil-kecil anak dijemput ke pertandingan mewarna, hinggalah kepada sebesar-besar Dato’ dan Tan Sri ke Malam Gala yang hidangannya istimewa.

Tiada pula kedengaran Forum Perdana sempena Monsoon Cup. Apatah lagi pertandingan Nasyid sempena Monsoon Cup. Maka, amat jauh sekali untuk membayangkan suatu program yang dicampur aduk ini selari dengan tuntutan Islam dan nilai ketimuran itu sendiri.

Dalam ghairah musim hujan, dan tengkujuh yang sudah bermula ini, sepatutnya agenda kemaksiatan ini dijauhi sama sekali. Apatah lagi penghujung tahun sebegini, peringatan kepada peristiwa ‘Gelombang Tsunami’ haruslah menjadi ikhtibar. Bukan bermaksud boleh melakukan maksiat, tetapi ini menunjukkan mereka langsung tidak segan silu dan melupakan peringatan-peringatan yang telah diberikan kepada golongan terdahulu.

Itu belum menyentuh soal pembaziran yang melampau, soal penindasan kepada penduduk Pulau Duyong, dan pencemaran pulau yang pernah menjadi tempat kepada seorang ulama yang dikenali dengan Tok Syeikh Pulau Duyong.

Bayangkan dalam suasana masyarakat Terengganu yang cukup rosak dengan penyakit sosial dan keruntuhan akhlak ini, Khutbah Hadhari masih mampu melunakkan maksiat menjadi sesuatu yang halal. Masjid yang sepatutnya berperanan menjadi tempat bermulanya pencegahan maksiat, telah dijadikan tempat menyebarkan dakyah maksiat. Mimbar yang suci dicemari dengan begitu sahaja. Punah!

Jika ada yang mahu menafikan program Monsoon Cup itu sebahagian dari maksiat, kenapa tidak dijemput semua imam bilal seluruh negeri untuk datang dan menyaksikan sendiri keseluruhan acara yang diadakan. Biarkan imam bilal menonton konsert yang terbuka itu. Jemput juga imam bilal ke majlis jamuan tertutup Gala Nite. Jangan lupa untuk jemput imam bilal ke atas kapal persiaran di tengah laut sana. Biar mereka ini menjadi saksi bahawa memang Monsoon Cup itu halal dan selari dengan Islam.