3 PEMIMPIN PEMUDA UMNO DIBERKAS TERBABIT DADAH

Kemaman-Polis memberkas tiga pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman selepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kijal, di sini kira-kira jam 3 petang kelmarin.

SinarHarian difahamkan , ketiga-tiga suspek yang ditahan itu masih memegang jawatan penting di dalam parti dan mereka dikatakan sudah terbabit dengan aktiviti berkenaan hampir setahun lalu.

Serbuan yang dilakukan menerusi Ops Bersepadu membabitkan lapan anggota Cawangan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Chukai itu diketuai Ketua Bahagian Jenayah Narkotik Kemaman, Asisten Superintendan  Hamzah Awang Dolah.

Menurut sumber, ketika serbuan dibuat, ketiga-tiganya dikatakan berada dalam keadaan tidak stabil di rumah berkenaan sambil berkaraoke sebelum polis turut menjumpai satu tiub heroin yang berada di atas lantai.

Suspek kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Chukai, di sini , untuk menjalani ujian air kencung sebelum kemudiannya ditempatkan di dalam lokap IPD itu selepas mendapati ketiga-tiganya positif dadah.

……………………..

dipetik dari SinarHarian 30 September 2009.

Satu Respons

  1. 1. naib ketua pergerakan pemuda umno bhg kemaman

    2. pen su pergerakan pemuda umno bhg kemaman

    3. ajk pergerakan pemuda umno bhg kemaman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: