• Orang Mude Geng Kite

  • SUMBANGAN

    DPPKT mengalu-alukan sumbangan kewangan pengunjung laman ini untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa DPPKT. Sumbangan yang ingin dihulurkan boleh dimasukkan ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu, nombor akaun 13017010077298, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Kuala Terengganu @ kirimkan wang pos ke alamat: BENDAHARI Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu Lot 129, Kampung Dusun, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu. Ingatan:Sila tulis 'Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu' sahaja pada penerima wang pos tersebut. Sumbangan yang bakal dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, Jazakallah....
  • Kalendar

    Oktober 2008
    I S R K J S A
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • GERAMMM

  • Kunjungan

    • 240,019 hits
  • RSS harakah

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Aliran

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS KeAdilan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS MalaysiaKini

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • Laman

  • ALBUM

  • a

  • PENAFIAN

    Blog ini adalah milik Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT). Walaubagaimanapun, isi artikel-artikel yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian DPPKT. Ada yang di'copy paste'kan daripada laman-laman web atau blog-blog lain apabila ada isu-isu yang sama dibincangkan, agar blog akan sentiasa meriah dengan isu semasa. Kami menerima komen atau kritikan membina dari rakan-rakan sama ada kawan mahupun lawan.
  • ALAMAT & PERHUBUNGAN

    Pejabat Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu Lot 126, Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, Kampung Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No Tel : 09 6178591, faks : 09 6178592, email : dppktrg@yahoo.com web : https://dppkt.wordpress.com

AMAL YOGA BOLEH ROSAK AQIDAH?

Utusan Malaysia semalam(29 nov) melaporkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi akan memfatwakan hukum mengamalkan senaman yoga.Fatwa ini bakal dikeluarkan hasil dari desakan salah seorang Pembentang Kertas Kerja dalam Seminar Fikh dan Pemikiran Islam Lestari di USM baru-baru ini. Prof Zakaria Stapa yang membentangkan salah satu kertas kerja menasihatkan orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

……………………………….

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga’ yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta lacegaya lace fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah laceIndus lace sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk lacegaya lace Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta percayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai lacegaya lace atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari laceIndia lace beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis) .

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam system pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama oleh masyarakat bandar.

laceAda lace yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis “sukan” adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsure peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa. “Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai enaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan
senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan?

Sila rujuk lamanweb muis.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi “minda separa sedar” di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud “penyatuan” itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanam lacekan lace aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconscious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan “senaman” fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas
positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, “Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka.” Maka sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?” Maka Rasulullah menjawab: “Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah) .”

(Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa’i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud.”(Riwayat al-Tabrani).

Semua hadith-hadith menekankan aspek “disiplin” di dalam melakukan pergerakan masa solat. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

Advertisement

HIMPIT 2008-Lebih 1500 Pemuda Hadir

HIMPIT 2008 – Lebih 1500 Pemuda Berkampung di Pantai Pandak PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Saturday, 25 October 2008
https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/himpit2008.jpgKuala Terengganu – Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2008 yang bermula semalam, mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 1500 orang pemuda dari seluruh negeri, dan berkampung selama dua hari di Pantai Pandak, Chendering dekat sini.

”Sehingga petang semalam, peserta yang mendaftarkan diri seramai 1500, jumlah tersebut meningkat dari pada HIMPIT 2007 tahun lalu,


https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/aka.jpg”kawasan yang paling ramai adalah Marang dan Kuala Terengganu,”kata Pengarah HIMPIT 2008, Ustaz Ahmad Kamal Ali (gambar kiri) yang ditemui selepas beliau melepaskan para peserta Larian HIMPIT 2008, pagi ini.

Beliau berkata kehadiran para peserta yang begitu ramai adalah diluar jangkaan kerana pihak Jawatankuasa Induk HIMPIT 2008 mensasarkan hanya 1000 orang yang akan hadir.

Selain itu, menurut beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, para pemuda yang datang pada tahun ini juga agak berlainan dari segi kelas umur mereka.

”Sebelum ini, HIMPIT pada tahun-tahun yang lalu, ramai disertai oleh pemuda-pemuda yang masih dalam persekolahan atau pengajian, kali ini agak berbeza, mereka yang datang terkeluar dari kategori itu,”ujarnya.

Mengulas perkara yang sama, Penasihat HIMPIT 2008 Ariffin Deraman (Gambar kanan) berkata komitmen, kesedaran serta keprihatinan pemuda di kawasan-kawasan adalah faktor utama menyebabkan penyertaan HIMPIT 2008 adalah paling ramai dalam sejarah.


https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita13/arifindraman.jpg”Mereka hadir atas kesedaran dan komitmen yang tinggi untuk melatih diri dan tarbiyah serta menyertai acara-acara yang diadakan sepanjang dua hari ini,”kata beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu.

”Beberapa tindakan susulan akan diambil terutamanya menumpukan program-program berbentuk ‘desentralisasi’ yang akan memusatkan program-program di peringkat DUN dan cawangan,”katanya apabila ditanya apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Pemuda PAS Negeri selepas ini.

HIMPIT adalah acara kemuncak tahunan bagi pemuda-pemuda yang menjadi ahli dan penyokong PAS di negeri Terengganu.

Program perkhemahan selama dua hari itu menumpukan aspek latihan jasmani dan rohani bagi memantapkan tenaga pemuda di cawangan-cawangan.

Disamping acara sukan dan rekreasi seperti Explorace, Larian HIMPIT, Sepak Takraw, Bolasepak Pantai dan Sukan Rakyat, para peserta akan diisi dengan keperluan rohani seperti sesi motivasi, kuliah, tazkirah dan ceramah.

MAKSIAT BERLELUASA DI TERENGGANU


Ini antara berita yang memaparkan gejala maksiat di Terengganu Darul Iman yang dibangga-banggakan oleh rakyat Terengganu. Banyak lagi kes seumpama ini berlaku tanpa ada sekatan dan usaha bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa untuk membasminya. Pasangan di atas merupakan antara beberapa pasangan yang ditangkap oleh pencegah maksiat di Pantai Teluk Gadong, Dungun. Mereka dipercayai siswa-siswi yang sedang menuntut di UiTM Dungun.

Setelah soaljawab, ada di antara mereka yang mengaku merakamkan adegan ‘panas’ mereka menggunakan kamera telefon bimbit. Salah seorang pelajar lelaki yang ditangkap merayu agar dilepaskan kerana takut diketahui oleh pihak universiti yang sudah pasti akan bertindak buang pelajar tersebut dari pengajian.

Gejala maksiat khalwat ini semakin menjadi-jadi sejak pemerintahan Barisan Nasional Terengganu yang sangat meraikan budaya hedonism. Banyak konsert-konsert dianjurkan, menjadi pemangkin kepada gejala maksiat. Yang terbaru, Konsert Kuda Sokmo yang akan diadakan di Kuala Ibai akan menampilkan penyanyi Faizal dan Heliza. Ini contoh bahawa Kerajaan tidak serius dalam menangani masalah maksiat yang berleluasa di Terengganu.
Gejala ini bukan setakat di Kuala Ibai dan pantai Teluk Gadong sebagaimana yang dipaparkan dalam artikel ini, bahkan ia melibatkan seluruh kawasan rekreasi di Terengganu seperti Sekayu, Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan lain-lain.
Di bawah ini contoh inisiatif orang kampung yang tidak tahan dengan aksi remaja bermaksiat di sekitar pantai Kuala Ibai.

SUSPEK KES BUANG ANAK DITAHAN

dipetik dari Berita Harian

Suspek kes buang anak dalam sejadah direman

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita (gambar) berusia 21 tahun dari Jertih, Besut dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.

Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abdul Karim membenarkan suspek direman mulai semalam hingga 20 Oktober ini.

Suspek yang tinggal di sebuah rumah sewa di Jalan Terkukur di sini, bekerja di sebuah syarikat di Jalan Sultan Sulaiman ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Sabtu lalu, mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.

LUPAKAN PERCANGGAHAN

 16 September sudah selesai. Segala percanggahan pendapat tentang perubahan kuasa semakin lama semakin menurun. Bahkan sekarang ini timbul pula pandangan daripada DAP melalui ketuanya Karpal Singh yang menyatakan bantahan terhadap perubahan kuasa melalui lompat parti

Penulis bukan orang yang membangkang perubahan kuasa ini. bahkan cukup bersetuju jika ianya benar-benar berlaku. ini berdasarkan pandangan PAS sendiri yang menyokong perubahan kuasa jika Islam menjadi majoriti dalam Parlimen.

16 September begitu banyak mengajar ahli dan pimpinan PAS erti wala’ kepada pemimpin dan parti. Kalau sebelum ini, ahli dan pimpinan PAS seakan-akan bertelagah sesama sendiri dalam mencari kata sepakat tentang bentuk perubahan kuasa ini. akhirnya peristiwa yang ditunggu-tunggu tersasar dari perancangan.

Pertembungan ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional dalam PAS sebagaimana yang didakwa. Bukan juga pertembungan antara golongan tua dan golongan muda. Tetapi €ia lebih kepada pertembungan antara golongan yang terlampau menganggap PAS sebagai parti politik semata-mata dan golongan yang mengangap PAS sebagai parti Siyasah, dakwah dan tarbiyyah.

Dalam hal ini memperlihatkan ramai dari tokoh profesional dalam PAS begitu memberi komitmen tinggi kepada kepimpinan PAS. Sebab itu tidak sesuai disebut bahawa ini adalah pertembungan antara ulamak dan profesional.

Ketika muktamar baru-baru ini memperlihatkan perwakilan menyatakan sokongan padu kepada setiap keputusan pimpinan. Tetapi terdapat segelintir pimpinan PAS masih ragu dengan keputusan parti dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengkritik pimpinan.

Ini merupakan perkara biadap yang mula menular dalam PAS. Semua ini seakan-akan bermula daripada peristiwa 16 september walaupun tarikh keramat itu hanya omongan kosong

Kemudian timbul pula bahawa 16 september ini hanya satu permulaan ke arah perubahan yang lebih besar. Perubahan yang lebih besar ini sudah lama dimulakan oleh PAS semenjak tahun 1951 lagi. Ditambah pula pada tahun 1982 PAS diperkasakan dengan memperkenalkan sistem kepimpinan Ulamak bagi memperkuatkan perubahan dalam negara ini.

PAS dilihat berjiwa besar dengan melangsungkan kerjasama politik bersama parti serpihan UMNO S46 bagi mengjana perubahan besar dalam langkap politik negara.

PAS juga dilihat berjiwa besar sehingga menubuhkan GERAK yang akhirnya menjadi perintis kepada gabungan Barisan Alternatif dan PAKATAN RAKYAT.

Inilah PAS yang telah berjuang lebih dari 50 tahun untuk memulakan perubahan berdasarkan Islam.

Pimpinan yang pernah bercanggah pandangan dengan Majlis Syura Ulamak diharap dapat kembali menyusun langkah untuk sama-sama memperkasakan kepimpinan untuk masa hadapan.

Majlis Syura Ulamak bukan Maksum daripada kesilapan. Tetapi setiap keputusan selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah wajar dihormati dan diperkasakan agar keberkatan diperolehi.

Persoalan berkat ini walaupun tidak dapat dilihat tetapi kedatangannya dirasai oleh mereka yang menjadi pendokong parti.

Tuan Guru Presiden selalu mengingatkan kepada Ahli dan pimpinan bahawa sesiapa yang membuat keputusan secara individu hingga membelakangkan keputusan parti pasti akan tersingkir dengan sendirinya.

PAS merupakan Parti Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah. Siyasah mesti diselangi dengan dakwah. Siyasah tanpa dakwah menghasilkan kekotoran dalam politik.

Semoga dengan dengan tersasarnya peristiwa 16 September ini menyatu dan mempeeratkan kembali ukhuwwah di kalangan ahli dan pimpinan PAS

Cukuplah dengan pengalaman lepas yang banyak menimbulkan kekeliruan antara kita. Jangan kerana seorang individu yang bernama DSAI pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

PAK LAH TAK AKAN BERTANDING

Berita Ringkas

Sms dari Harakah menyatakan bahawa Pak Lah telah mengumumkan beliau tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden Umno pada Mac 2009 akan datang. Ini menamatkan spekulasi yang mengatakan beliau akan mempertahankan kerusinya.

Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen pada hari ini menolak petisyen Barisan Nasional untuk membatalkan keputusan Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini ke atas Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

3 M ASAS KERAJAAN BARU

Abdul Hadi Awang: Majoriti Melayu Muslim Asas Kerajaan Pakatan Rakyat (Siri I)

nuffnang_bid = “9e881cc59ed8b36d9b7e1abcbceae77d”;

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Oleh: Aqil Fithri

Islam ada pengalaman yang menarik dan elok jika dihimbau kembali dalam menghalusi kerumitan politik dewasa ini. Bagi Ibn Taimiyyah, adalah lebih penting pemimpin muslim yang zalim berbanding pemimpin kafir yang adil, asalkan shariat Islam maseh ditegakkan.

Jalur Ibn Taimiyyah ini sebenarnya ditentang oleh Khawajah Nasir ad-Din at-Thusi. Kini, dalam konteks penekanan PAS pada majoriti Melayu Muslim, wacana—antara nilai dan shariat—ini menarik untuk diangkat. Apatah lagi, al-Qur’aan menerusi Surah al-Maaidah, ayat 8 turut membicarakan kedekatan taqwa dengan keadilan. Wawancara Ummahonline.com bersama Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ini membuka medan perbahasan panjang.

Khalayak melihat Pakatan Rakyat (PR) memberi harapan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN). PR menjanjikan penghapusan akta-akta yang menindas, pendidikan percuma, kebajikan yang meluas, dan sebagainya. Jadi, apakah ada lagi kebimbangan lain untuk kita memilih PR?

Saya rasa, bagi PAS tidak ada kebimbangan, kerana PAS konsisten dengan Islam yang diperjuangkan… di mana dalam penyertaan kita bersama PR, tidak disentuh idealogi perjuangan parti masing-masing. Dalam hal ini, PAS berhak untuk menyatakan Islam sebagai satu syarat yang penting kepada sebarang perubahan. Kepada PAS, sebarang perubahan dalam negara tanpa meletakkan Islam, tidak akan berjaya. Ini kerana, kita telah mengalami percubaan idealogi-idealogi yang lain daripada Islam—bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia—iaitu kegagalan komunisme, sosialisme, kapitalisme, dan liberalisme yang sedang kita hadapi ini. Ini kegagalan orang yang bukan Islam. Oleh kerana itu, sudah tiba masanya kita mengemukakan Islam sebagai penyelesaian. Dengan sebab itu PAS meletakkan syarat Islam adalah syarat penting dalam sebarang penyertaannya di dalam PR.

Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.

Tapi bukankah kedudukan Islam dan juga Melayu telah terjamin dalam perlembangaan, termasuklah menerusi institusi Yang Dipertuan Agong sendiri?

Yang penting kita menafsirkan perlembagaan menurut al-Qur’aan dan Hadith. Bukan menafsirkan mengikut barat. Islam dalam perlembagaan hari ini ialah Islam sebagai religion. Islam bukan religion, tapi ad-Deen, yang mempunyai makna yang lebih luas. Sebab itu, kita pakai perlembagaan itu juga, tapi Islam itu sebagai ad-Deen, bukan sebagai religion.

Tapi, bukankah PAS boleh menarik diri dari PR sekiranya berlaku masalah setelah pembentukan kerajaan PR nanti. Malah, dengan sendiri PR akan turut terbubar pada waktu tersebut?

Sehingga hari ini, kita maseh dalam PR. Kita tidak bersedia untuk keluar lagi. Kita maseh peringkat awal, peringkat perbincangan, peringkat mahu membuat perubahan, dan belum lagi peringkat memerintah negara. Saya yakin dan percaya, kerana hari ini parti-parti pakatan rakyat telah menerima majoriti Muslim. Ini mereka telah terima. Saya difahamkan DAP pun terima, Keadilan pun terima, iaitu mesti majoriti mesti Islam.

Bukan saya membuat kenyataan begitu sahaja, bahkan saya mendapat maklum balas, bahawa kalangan bukan-Islam menerima majoriti Islam dalam kerajaan. Ini perkara yang sangat penting.

Tapi, apakah PAS menaruh kecurigaan terhadap ahli parlimen bukan-Islam yang ingin menyeberang ke dalam Pakatan Rakyat?

Kita menghukum apa yang zahir. Itu yang diajar oleh Islam. Hakikat yang tersembunyi, itu di sisi Tuhan. Kerana, Tuhan mengajar kita dalam al-Qur’aan, sekiranya mereka mahu menipu kamu, maka Allah akan menjadi penolong kamu dalam menghadapi mereka.

Jadi, yang penting keikhlasan kita untuk melaksanakan Islam.

Sekiranya PAS mengancam untuk keluar dari Pakatan Rakyat, itu boleh membangkitkan soal penjanjian PAS dengan Pakatan Rakyat. Tidakkah tindakan tersebut menunjukkan PAS ingkar pada penjanjian?

Tidak ada ancaman. Ancaman tidak ada. Bahkan ini dibincang secara terbuka di dalam parti-parti pakatan rakyat.

Memang isu berkenaan majoriti Melayu Muslim telah lama timbul. Tapi, berkenaan berita tentang penarikan diri PAS dari Pakatan Rakyat hanya baru saja timbul?

Itu permainan media. Media yang menimbulkan isu PAS hendak keluar. Saya tegaskan, kita maseh lagi dalam Pakatan Rakyat.

Tapi, tidakkah PAS memerlukan muktamar khas untuk memutuskan sebarang kedudukannya dalam Pakatan Rakyat?

Saya tidak mahu menjawab soalan yang berupa andaian. Andaian bila tiba masa baru kita membuat keputusan. Muktamar khas bukan mesti. Kalau tidak perlu, cukup dengan keputusan PAS Pusat sahaja.

Tapi, kalau melihat kaitan isu majoriti Melayu Muslim ini, Nabi turut bertolak ansur dalam Penjanjian Hudaibiyyah. Tidak begitu?

Tapi, Nabi tidak bertolak ansur dalam perkara prinsip. Nabi hanya bertolak ansur dalam perkara cabang sahaja. Nabi tidak terima supaya pemerintahan Islam dibubarkan. Apa yang diterima ialah, Penjajian Hudaibiyyah itu memberi makna bahawa pemimpin mustrikin makkah mengiktiraf Madinah adalah sebuah kerajaan Islam. Ini yang penting dalam Penjanjian Hudaibiyyah.

Adapun syarat-syarat penjanjian tersebut, itu adalah cabang. Prinsip Penjajian Hudaibiyyah itu adalah mengiktiraf kerajaan yang dibentuk oleh Nabi di Madinah. Itu kita kena sedar.

Tapi dalam soal BN dan PR ini, bukankah PAS juga boleh memakai kaedah “memilih kemudaratan yang lebih kecil”?

Pakatan Rakyat belum lagi teruji pemerintahannya di peringkat pusat. Apa yang ada cuma di peringkat negeri. Dengan sebab itu, penekanan dibuat di peringkat negeri seperti yang ada sekarang… di mana kita telah diberi kepercayaan untuk memimpin dua buah negeri, di samping Kelantan. Ini satu kepercayaan yang sangat besar. Bahkan, kita turut menerima hakikat DAP memerintah Pulau Pinang, dan keadilan memimpin Selangor. Dan kita menyertai kerajaan tersebut. Jadi, sebab itu tidak timbul lagi soal keluar dari Pakatan Rakyat, sebab kita maseh bersama dalam kerajaan (negeri).

Jika PR—peringkat pusat—belum lagi teruji, mengapa PAS meletakkan batas-batas lebih awal sebelum diuji?

Itu sebelum mendirikan kerajaan, maka kita mestilah ada asas dahulu. Majoriti Melayu Muslim adalah asas kepada kerajaan ini. Asas itu kena ada. Macam kita nak mendirikan rumah juga. Tapak rumah tersebut mestilah diuji terlebih dahulu. Rumah tidak ada lagi… dan ujian rumah setelah membinanya adalah ujian kedua. Sebaleknya, ujian pertama ialah tapak rumah tersebut.

Tapi, kita melihat ada perbezaan sikap dengan DAP di Perak. Di Perak, DAP sedia memilih Menteri Besar dari kalangan PAS, meskipun mereka mempunyai suara majoriti dalam DUN. Ini menunjukkan satu tolak-ansur DAP dalam semangat Pakatan Rakyat. Jadi, adakah ini juga menunjukkan bahawa DAP sebenarnya lebih berjiwa besar berbanding PAS?

Alhamdulillah, kita lebih lama dari DAP. Kita ditubuhkan pada 1951, sebaleknya DAP dalam tahun 1960-an. Kita lebih awal. Dan kita menghadapi tribulasi lebih hebat dari DAP lagi. Kita berpengalaman memerintah kerajaan negeri. Kita berpengalaman menjadi kerajaan campuran bersama dengan BN. Kita berpengalaman menjadi pembangkang. Kita berpengalaman semua. DAP baru saja berpengalaman memerintah kerajaan Pulau Pinang. Kita lebih lama. Dan kita berjiwa besar kerana ketahanan kita pada prinsip kita. Dengan sebab itu, prinsip Islam yang kita perjuangkan ini adalah sangat penting. Inilah teras kepada jiwa besar kita.

Setelah kejatuhan Baghdad, banyak ilmuan Islam yang muncul. Ini termasuklah Ibn Athaillah dalam bidang tasawwuf, Ibn Katsir dalam bidang tafsir, Nasir al-Din al-Thusi dalam bidang falsafah, dan Ibn Taimiyyah dalam bidang aqidah, dan ramai yang lain lagi. Salah satu rumusan Ibn Taimiyyah dalam Minhajul Sunnah ialah “pemimpin muslim yang zalim lebih baik dari pemimpin kafir yang adil.” Jadi, apa pandangan Tuan Guru tentang pandangan Ibn Taimiyyah ini?

Itu pandangan yang betul, dalam soal kepimpinan negara. Sebab itu saya rasakan bahawa majoriti Muslim itu penting. Kerana kepada kita, idealogi negara iaitu Islam adalah sangat penting. Bila kita memilih seorang Islam, idealoginya Islam, walaupun dia seorang yang zalim, tapi dia tetap melaksanakan shariat Islam. Jadi, ini yang kita mahu. Itu yang dimaksudkan oleh Ibn Taimiyyah. Apa yang berlaku hari ini tidak wujud. Yang berlaku hari ini ialah orang Islam yang tolak idealogi islam. Ini masalah yang kita sedang hadapi. Itu lain dengan maksud dari kitab Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah itu zaman Tartar menguasai Baghdad, di mana pada masa itu ada kerajaan-kerajaan Islam. Dan kerajaan Islam itu maseh melaksanakan shariat Islam. Walaupun rajanya minum arak, dan berfoya-foya, tapi rajanya tidak berani untuk membatalkan shariat Islam. Apa yang berlaku hari ini, pemimpinnya orang Islam, tapi menolak terus pemerintahan cara Islam. Ini masalah yang kita hadapi.

Jadi, ini bercanggah dengan pandangan Nasir al-Din al-Thusi yang meletakkan “pemimpin kafir yang adil lebih baik dari pemimpin muslim yang zalim?”

Itu pada zamannya. Zaman pemimpin Islam yang memerintah dengan Islam. Peribadi pemimpin itu sendiri memang buruk. Kita hari ini, ada pemimpin yang sembahyang, tapi tak laksanakan shariat. Jadi, kita perlu letakkan asas pemerintahan Islam sangat penting. Kita tidak ada pemeritahan Islam hari ini. Itu masalah kita.

PERUTUSAN AIDILFITRI 1429 HIJRIYAH TUAN GURU PRESIDEN